CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82350|Reply: 374

Koleksi:Petua,Tips,Panduan,Rahsia dan Teknik

[Copy link]
Post time 23-12-2008 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya… huhu

  • Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.
  • Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…
  • Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.
  • Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.
  • Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.
  • Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.
  • Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.
  • Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.
Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2008 12:14 PM | Show all posts
Selalu saya sebut bahawa kita patut buat apa yang kita suka… apa
yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru
ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:
“84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the
people hate their jobs!”

Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada
betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka
tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat
untuk cuti

Satu soalan yang sering ditanya, bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?
So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is
your true passion!
* Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda,
apakah kerja nya?

* Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak
sedar masa berlalu?

* Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak
menerima bayaran?

* Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
* Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang
terbaik?

* Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda
minat, siapakah dia nya?

* Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan
dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)
So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah
anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah
passion anda?
“Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka
yang hate their jobs!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:20 PM | Show all posts
WANITA TANAH
***************
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20 Mei),
Virgo (24 Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).
  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia d! an berwibawa.
WANITA API
************

Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
* Aries (21 Mac-20 April),
* Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
* Sagittarius (23 November-21 Disember).
  • Dilahirkan sebagai pemimpin
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
***************

Mereka ini lahir di bawah lambang ;
* Gemini (22 Mei-21 Jun),
* Libra (24 September-23 Oktober) dan
* Aquarius (21 Januari-19 Februari).
  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
************

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).
  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:22 PM | Show all posts
Tips Cinta Sejati

Orang yang dicintai akan merasa bahagia.
Bahagianya bukan kerana dicinta.
Tetapi dia dicinta kerana bahagianya.
Apa itu bahagia? Dimana bahagia?
Adakah bahagia datang kerana nasib?
Orang kaya sajakah yang bahagia?
Orang berjaya sajakah yang berasa gembira?
Tidak Tidak Tidak!
Semua orang berhak merasa bahagia.
Bahagia bukan bergantung pada nasib.
Bahagia bukan pada keadaan.
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib dan keadaan itu diterima.
Seorang pesakit barah kronik berkata ;
“Saya bernasib baik dan masih gembira walaupun menghidap penyakit barah kronik.
Kerana penyakit ini, saya ditakdirkan boleh menjangka pada tarikh bila saya akan mati.
Jadi, saya dapat minta maaf dan terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan ibu bapa. Saya merasa gembira, puas dan bahagia”

Usah dikata “Saya tidak bahagia. Saya tidak gembira.”
Kerana…kalau begitulah yang dikata, maka begitulah yang dirasa, begitulah jadinya.
Kata-kata itu doa. Doa yang dikota oleh si Maha Pencipta.
Orang yang tidak merasa bahagia, selalu terlupa nikmat yang ada.
Orang tak bahagia sentiasa hendakkan apa yang tiada.
Yang tiada itulah yang dikira.
Yang ada depan mata langsung tidak disyukurinya.
Pabila rasa syukur tiada, maka hilanglah rasa bahagia.
Semua orang berhak bahagia.
Sesiapa saja boleh bahagia.
Untuk bahagia tidak perlu kaya.
Bahagia bukannya pada benda atau harta.
Bahagia itu perasaanlah yang merasa.
Bahagia itu pada kesedaran adanya.
Usahlah dipinta bahagia pada sesiapa.
Kerana bahagia itu ada dalam diri manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:25 PM | Show all posts
Tips Cinta Suami/Isteri
  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  • Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  • Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  • Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  • Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  • Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  • Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  • Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  • Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  • Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  • Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  • Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  • Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
  • Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  • Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  • Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  • Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok yang tidak berbuah.
Yang menulis tak dapat apa2, yang membaca pun tak dapat apa2…melainkan kita amal apa yang kita tulis/baca.
Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:27 PM | Show all posts
Tips Untuk Jadi Suami Romantik

Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalah manifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.
Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah ;
  • Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
    Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”. Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si isteri dan si suami.
  • Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
    Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.
  • Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik.  Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.
  • Panggi isteri dengan panggilan yang manja.
    Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling” dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.
  • Bergurau senda dengan isteri.
    Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau.
    Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.
  • Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
    Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish ish

Itulah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh sang suami dalam membentuk diri menjadi suami yang lebih romantik. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dilakukan, namun cukuplah dulu 6 perkara ini. Yang penting, amalkan. Bukan hanya sekadar baca sebagai rekreasi minda.
Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2008 12:30 PM | Show all posts
Panduan Cara Tinggal kan Maksiat
Berikut ini adalah beberapa panduan cara bagaimana kita dapat menghindarkan diri kita daripada terjebak dalam perbuatan maksiat yang mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Sama2 lah kita beringat yaaa.
  • 1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
  • 2) Menjaga Telinga
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida’ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.
  • 3) Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Jagalah lidah kita dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.
* Ingat betul2 pesanan Rasulullah S.A.W. ini. Sabda baginda : “Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun.” - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.
  • 4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
  • 5) Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.
  • 6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
  • 7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Yaa sahabat2ku…apabila kita menggunakan anggota tubuh kita bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kita tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan ALLAH kepada kita.
Akhir kata, mari kita ingat pesanan Nabi SAW pada kita. Apa kata baginda?
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi.
Jadi apa kata anda? Sudah terjagakah seluruh panca indera kita dalam mentaati perintah ALLAH dan menjauhi larangannya?
Hmmm….cakap memang senang. Tulis benda ni pun bukannya susah mana. Yang payah dan susahnya ialah MACAMMANA NAK AMAL? Nak praktikkan segala ilmu yang kita ada. Aduhai…peritnya melawan nafsu ini kan…..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 12:32 PM | Show all posts

Balas #5 Joe_Shaper\ catat

tip berguna..thanks joe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 12:33 PM | Show all posts

Reply #1 Joe_Shaper's post

sy xth hidung sy mcm mn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:34 PM | Show all posts
Tips Untuk Kuruskan Badan

1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Kerap makan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedis
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 12:35 PM | Show all posts
WANITA AIR
************
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).
    Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati. Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



sangta betullah plk
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 12:36 PM | Show all posts

Reply #10 Joe_Shaper's post

wah.............ni bgus2 ni...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:36 PM | Show all posts
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:39 PM | Show all posts
Rahsia Herba Purba
  • Kalau perut anda kembung (masuk angin), apa anda akan buat untuk mengurangkannya?
  • Kalau tak ada selera makan, apa yang boleh anda buat untuk menaikkan selera makan?
  • Kalau rasa loya2, mual, dan rasa nak muntah pula, apa ubat yang anda ambil untuk mengatasinya?
  • Anda berasa lemah lesu dan badan selalu letih?? Apa usaha anda untuk menyegarkan badan anda?
Anda sebenarnya tak perlu mengeluarkan belanja yang mahal untuk membeli ubat2 moden di farmasi atau klinik bagi menyelesaikan permasalahan di atas. Tahukah anda ada satu tumbuhan herba yang mudah di dapati, murah dan mujarab (insyaAllah) untuk semua masalah tersebut?
Apakah tumbuhan herba yang hebat itu?
Jawapannya ialah “HALIA“!!

Yaa, HALIA memang sudah lama terkenal sebagai tumbuhan yang sangat berkhasiat dan mujarab bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit. Malah ia juga terkenal sebagai salah satu bahan masakan yang sangat digemari oleh bukan saja orang Asia, malah orang Amerika, Barat dan bangsa Latin juga suka menggunakan halia dalam masakan/minuman mereka.
Halia sebenarnya adalah sejenis tanaman purba. Ia sudah lama dijumpai dan diketahui mengenai khasiatnya sejak zaman berzaman.
Malah perihal mengenai Halia ada disebut didalam Al-Quran  pada ayat 17, Surah Al Insan. “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil. “Zanjabil” itu adalah Halia dalam Bahasa Arab.
Selain di sebut dalam Quran, Halia juga ada dicatatkan dalam Hikayat Seribu Satu Malam, yang menceritakan tentang khasiat halia sebagai ubat peransang dan pembangkit syahwat.
Baiklah, sebelum saya berkongsi dengan anda cara menggunakan halia sebagai ubat semulajadi dalam mengatasi masalah seperti angin dalam badan, pening, loya, kurang selera makan, senak perut dan sebagainya, saya rasa ada baiknya kita mengenali serba sedikit tentang beberapa fakta mengenai tumbuhan herba yang hebat ini.
Apakah nama saintifik bagi Halia?
Zingiber Officinale (dari famili Zingiberaceae). Halia mempunyai bentuk yang seakan2 tanduk. Jadi ia digelar Zingiber yang membawa erti sesuatu yang berbentuk tanduk.
Apakah keunikan halia?
  • mempunyai bunga yang cantik
  • boleh tumbuh di kebanyakan iklim
  • boleh tumbuh pada semua ketinggian
  • boleh dijumpai hampir di semua negara di seluruh dunia

Apakah zat-zat yang terkandung di dalam Halia?
  • vitamin A, B dan C
  • lemak
  • protein
  • asid organik
  • oleoresin
  • minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.
Kalau di Malaysia, Halia biasanya digunakan untuk apa?
  • banyak digunakan dalam masakan sebagai rempah
  • untuk mewangikan masakan
  • menghilangkan bau hanyir ayam,daging kambing dan ikan.
Apakah kebaikan dan khasiat Halia?
  • digunakan untuk mengatasi masalah kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun dan cirit-birit.
  • boleh membantu dalam pencernaan
  • digunakan sebagai penawar racun.
  • merawat penyakit angin dalam badan
  • ubat mencegah sakit perut
  • melancarkan pengaliran darah
  • memanaskan bahagian dalaman badan
  • membantu penghadaman makanan
  • digunakan untuk merawat sakit pinggang dan sakit kepala.
  • juga dikatakan boleh merawat mati pucuk(impoten)

Baiklah, sekarang saya akan kongsikan dengan anda beberapa cara bagaimana untuk menggunakan Halia sebagai ubat kepada beberapa penyakit.
Cara ubat mati pucuk :
  • Sediakan bahan di bawah ini ;
* 2 halia sebesar ibu jari
* sebiji limau nipis
* sebiji telur ayam kampung
* 1 sudu teh serbuk kopi
* satu sudu makan kicap
* satu sudu makan madu
  • halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata
  • amal makan seminggu sekali.
Cara ubat sakit pinggang :
  • halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa
  • kemudian sapu pada pelipis
Cara ubat sakit kepala :
  • ambil daun halia
  • tumbuk hingga halus
  • tampalkan pada dahi dan pelipis.
Cara ubat cirit-birit dan muntah2 :
  • Sediakan bahan di bawah ini ;
* halia
* bunga dan buah pala
* jintan putih
* 1 gelas santan kelapa
* satu sudu teh minyak kayu putih
  • semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati
  • sapu dan lumur pada perut.
Cara ubat loya dan muntah (terutamanya bagi ibu mengandung) :
  • ambil seinci hali
  • ambil sebatang serai
  • ambil 2 ke 3 kuntum bunga cengkih dan kayu manis
  • masukkan semua bahan kedalam segelas air mendidih
  • masukkan seketul gula batu
  • amalkan minum pagi dan malam
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 12:39 PM | Show all posts
all in 1 thread abg joe kasi

bes gak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:41 PM | Show all posts
Apa tanda anda menghadapi masalah Resdung?
  • hidung anda sering berhingus
  • berkahak
  • hidung gatal-gatal
  • kerap bersin (terutamanya pada waktu pagi)
  • nafas berbau
  • mata yang selalu gatal & berair
  • tidur berdengkur yang kronik
  • tidak sedap badan
  • letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi
Selain Resdung, apakah ada nama lain? Nama saintifik?
Nama saintifik resdung ialah SINUSITIS!
Hmmm…sedap gak namanya kan?
Adakah Resdung boleh dirawat?
Jawapannya ialah YA, BOLEH DIRAWAT. Lebih elok, kalau anda dapat mengesan penyakit resdung ni di peringkat awal. Maka lebih mudah untuk merawatinya.
Apakah punca yang menyebabkan Resdung?
Resdung disebabkan oleh alahan terhadap ;
  • habuk
  • pepijat
  • kutu
  • makanan tertentu
Apakah sumber alahan yang biasa dihadapi oleh penghidap Resdung?
Menurut pakar, sebanyak 90 peratus daripada alahan disebabkan oleh ;
  • selimut
  • bantal
  • tilam
  • binatang peliharaan
  • bedak herba
  • ubat-ubatan
  • buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.
Apa risiko nya kalau Resdung tidak dirawat?
Kalau ia melarat dan teruk, penghidap Resdung mudah untuk menghidapi penyakit yang lebih serius seperti ;
  • penyakit TB
  • kanser
  • jangkitan kulat, virus dan bakteria
  • memberi kesan kepada telinga (boleh menjadi pekak)
  • memberikan kesan buruk (komplikasi) pada otak
  • merosakkan penglihatan (boleh menjadi buta)
Adakah Resdung berjangkit pada orang lain melalui bersin ?
TIDAK, ia tidak berjangkit.
Ada tak petua atau tips untuk mengelak daripada menghidap Resdung?
Yaaa, memang ada. Cuba amalkan petua di bawah ini ;
  • Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
  • Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
  • Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang.
  • Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
  • Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
  • Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
  • Selalu basuh barang permainan yang lembut.
  • Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
  • Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
  • Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
  • Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
  • Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2008 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by iza_yuss at 23-12-2008 12:39 PM
all in 1 thread abg joe kasi

bes gak baca


harap harap mod kita tak marah la
kalau da salah ker harap dapat diampun yer mod mod

[ Last edited by  Joe_Shaper at 23-12-2008 12:46 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by otakotak at 23-12-2008 12:33 PM
sy xth hidung sy mcm mn

macam buah jambu batu kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 12:48 PM | Show all posts

Reply #17 Joe_Shaper's post

x salah kot

seswai apa

sbbnya mesti lelaki2 leh bace wat panduan

kalo letak kat tempat pompuan, pompuan la baca

x ke camtu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:52 PM | Show all posts
Berikut ini disenaraikan 12 tips Rahsia Gadis Kekal Ayu sepanjang masa. Semoga dapat amal dan rasai manfaatnya insyaAllah.

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty).
Dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif,
jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2. Menjaga suara.
Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
3. Menjaga cara berkata-kata.
Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
4. Menjaga kulit.
Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
5. Menjaga muka.
Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut.
Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
7. Menjaga cara berberjalan.
Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
8. Menjaga gerak-geri.
Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
9. Menjaga senyum.
Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata.
Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
11. Menjaga kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
12. Menjaga sikap.
Taat beragama. Jangan berbohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain. Sentiasa Positif.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.082313 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list