|
Petikan dari KOSMO ari nie
DALAM seronok-seronok memenuhi undangan berbuka puasa setiap hari,tak pernah pula Marilyn mengelak kalau ada ada cerita panas menerjah kecuping telinga yang berhias berlian tulen ini.Lebih menarik lagi kalau cerita panas tu datang bergolek. Orang katatak elok tolak cerita, macam tolak rezeki juga. Marilyn pun tadahlahtelinga, dengarlah segala luahan seorang lelaki bergelar ayah yangmengakui kecewa dan malu dek perangai tak elok anaknya, seorang pelakonwanita yang tak serik-serik buat kontroversi murahan.Kalau nak tahu, anaknya itu seorang artis popular yang dianggap sibapa tadi sudah lupa daratan dan melampau batasan sebagai seoranggadis. Kata si ayah, anaknya sekarang sudah tidak tahu malu dan perasanhebat sangat.
Kata si bapa, kalau boleh dia mahu si anak terjentik rasa sedar,sedar di mana bumi berpijak dan sedar diri. Awak tu bukanlah pari-paridari kayangan, sebaliknya manusia biasa sahaja. Jadi, tak reti-reti nakinsaf dan berhentilah berangan! Kata si bapa itu juga, si anak gadisnya itu mungkin terdidik dengancara didikan si ibu. Tak pedulikan kewujudan si ayah tidak mengapa,sebab perceraian telah memisahkan mereka tapi pesan si bapa itu,janganlah sampai bila nak kahwin nanti, ayah kandung yang juga waliutama tidak dimaklumkan langsung. Teladan buruk jangan diikut, berdosabesar tau! Marilyn tak tahulah apa nak jadi dengan artis wanita seorang tu,bilakah cerita busuknya akan dibawa angin. Ingatkan hari berganti harimakin elok, tapi nampaknya, semakin melarat dah macam virus H1N1 pulakdah. Masih kebal dengan asap ego nampaknya. Dik, kaya dan ternama tidakakan ke mana, kalau diri tidak berpedoman. Insaflah selagi pintu taubatmasih terbuka. Marilyn pun bukannya alim sangat, tapi selalu merendahdiri.
Sape nie ek? |
|