CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8977|Reply: 65

kisah persahabatanku..

[Copy link]
Post time 26-10-2009 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Aku tak tahu sejak bila aku menyayanginya…dia pernah bekerja bersamaku.tp dia hanya kontrak..setelah dekat 4 bulan bersama..dia dapat jawatan tetap tuk keja dia tu..tp sayangnya dia ditempatkan bertugas di area rumah dia..dan aku tetap di tempat keja sekarang..dia menangis bagitau kat aku yang dia ditempatkan bertugas di area umah dia..thats mean kami tak dapat keja bersama lagi.sewaktu dia p kursus sebelum mengetahui posting kja kat mana…aku selalu mimpikan dia..aku hairan..aku pelik..kenapa dia hadir dalam mimpi aku…rupanya itu adalah petunjuk dari Nya yang kami akan menjadi SAHABAT. Di hari kedua aku dgr berita dia tak akan bekerja dengan aku lagi..baru aku faham akan hati aku yang aku sedih..aku call dia..waktu tu dia masih ditempat kursus..aku tak sangka aku menangis..mula2 dia menangis.pastu aku lak menangis.dia kata nak jumpa aku bila balik dr kursus..aku pun tunggu dia dekat bustop..kami p sugar bun..tempat yang kira privacy ckit di area kami lah..dia tgk aku dia bleh nangis..aku jd sayu..aku tahan air mata aku dari jatuh..aku kena kuat kalu dia lemah…macam tu juga dia..dia kena kuat kalu aku lemah.dia menangis..dan aku memujuknya..dia kata aku lah ketua yang paling baik yang pernah dia jumpa.dan dia tak akan lupakan aku..aku pun kata aku tak akan lupakan dia.sejak hari tu kami tak lagi jadi rakan sekerja..hubungan kami bertukar menjadi kawan..nama sahabat aku watiun..kalu dia turun p pekan aku akan turun jugak menemani dia.aku temankan dia p hospital buat medical check up tuk pengesahan jawatan dia…aku sanggup temankan dia berjam2 tanpa mengira penat lelah aku waktu keja.yang penting aku temankan dia.masa tu aku apa sebabnya aku melakukan semua itu..napa mesti aku temankan dia..untuk apa aku pun tak tahu..tp aku memerlukan dia dalam hidupku..mungkin aku tiada kawan dan semenjak dengan dia…hidupku jadi terisi.dalam sedar tak sedar hubungan kami menjadi rapat..hammpir setiap hari aku sms dia..namun semua itu aku yang mulakan..kalu aku sms dia, baru dia akan sms aku..kalu aku call dia akan kata dia tak tahu nak cakap apa ngan aku..kadang2 tu pedih jugak hati aku..agaknya dia dah tak nak aku ganggu dia kot bila dah keja ngan orang lain..aku cuba tuk tak harapkan apa2 dari dia..aku cuba tak sms dia..sunyi pulak rasanya bila tak sms dia..aku tetap sms dia..aku tak kira lah dia suka sms aku atau
tak..terpulang lah pada dia…tapi aku tetap sms dan bagitau apa aktiviti yang ku lakukan sepanjang hari..dia tak Tanya pun tapi aku tetap melaporkan apa yang aku lakukan sepanjang hari..pelik kan..tapi ye la aku pun tak tahu mengapa…aku nak jadikan dia sahabat aku tp aku tak tahu dia sudi ke tidak waktu tu..tp aku tetap jumpa dia kalu dia turun ke pekan..kadang2 dia cakap buat apa nak jumpa kat pekan..dia kata dia tak biasa berteman kalu turun ke pekan,dia kata dia tak selesa..aku jd sayu waktu tu..nampak sangat dia tak terima aku ni jadi kawan dia..tapi tak pe..aku tetap juga sms dan turun temankan dia walaupun dia tak selesa..pernah aku sms dia,dia sudi tak sudi je balas sms aku..aku call dia endah tak endah je..waktu tu rasa nya tak tahu nak kata apa..gelisah resah aku rasanya..aku Tanya dia kenapa..dengan selambanya dia kata dia tak ada mood..huhuhu…sedihnya aku waktu tu..rasa nak merajuk pun ada..rasa nak nangis pun ada..tapi memang aku menangis juga pada malamnya sebelum tidur..aku kata pada diri aku sendiri…ayun..jgn sesekali sedih..kalau betul aku ikhlas nak bersahabat dengan nya…aku kena terima seadaanya layanan watiun terhadapku..aku percaya dengan keikhlasan dan kejujuran aku nak jadi sahabat dia…aku pasti Berjaya tuk menjadi sahabat nya..aku pun terus memujuk hatiku dan mengetepikan semua kepedihan dan kesedihan aku bila dia boh layan aku..aku tetap menceritakan segala aktiviti dan terus melaporkan aktiviti aku walaupun dia tak ingin nak tahu pun.(tak tahu malu betul aku ni kan).bak kata pepatah…hidung tak mancung pipi tersorong..hehehe..itulah aku waktu tu..tapi aku tak kira..aku tetap juga sms dan call dia walaupun tak dilayan baik. Lama2 tu lahir rasa rindu dalam hati aku..dan hamper setiap hari aku memikirkan dia..apa saja yang aku buat pasti dia ada dalam hati dan fikiran aku..aku pun hairan..kenapa aku macam tu..aku ni jenis yang mudah meluahkan perasaan..dan memang tak tahu malu pun..aku luahkan pada dia..yang aku asik rindukan dia dan teringatkan dia..dia bleh kata aku ni asik berfikir benda yang remeh temeh..huhuhu..sedihnya aku waktu tu..aku ingatkan dia akan kata yang dia pun rindu aku dan teringat kat aku juga..rupanya dia kata itu hal remeh temeh dan dia malas nak fikirkan…huhuhu…sedih pilu rasa hati…tapi aku terima jugak..aku sedar yang aku ni tak layak nak harapkan lebih dari dia..aku menangis juga…aku kata tak kan dia tak rasakan apa yang aku rasakan…nak Tanya pada dia mesti dia akan tak ada..pernah hari tu aku Tanya dia tak rasa ke apa yang aku rasa…bleh2 dia Tanya kat aku balik..rasa apa pulak…huhuhu..adus….rasa nak meraung pun ada..kenapalah aku boleh kalah pada orang yang keras hati macam watiun ni…tapi entah la..aku tetap juga sms dan call dia..degil jugak aku ni..tak tahu malu juga nak mengharap kasih pada yang tak sudi..ah lantak lah suma tu..aku nak buktikan aku ni benar2 ikhlas nak bersahabat dengan dia..aku ada juga bagi hint2 sikit supaya dia Nampak yang aku ni nak jalinkan persahabatan dengan dia tapi aku tak tahu lah dia ni Nampak ke tak..hari berganti hari..aku jadi rutin pulak untuk sms dan call dia..aku ingin berterus terang pada dia yang aku nak jadi sahabat dia tapi aku betul2 malu..jadi aku pun kata dalam hati aku..bila harijadinya aku nak buatkan sesuatu yang istimewa tuk dia supaya dia tahu yang dirinya adalah istimewa bagiku..dan aku lamar dia jadi sahabat ku yang sah..masa tu aku harap dia akan terima aku jadi sahabatnya dia kala susah dan senang..dulu setiap sebelum nak tidur aku pasti sms dia dan kata gnite my fren kat dia..dia always balas gnite madam..huhuhu..sayu gak waktu tu..dia hanya anggap aku ni bekas ketua dia je..tak anggap kawan pun..tp setiap malam aku aku say gnite my fren kat dia..sampai satu malam tu entah macam mana aku berani kata kat dia supaya jgn panggil aku “madam” lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2009 11:55 PM | Show all posts

kisah persahabatanku 2

pastu dia Tanya kenapa…aku pun tak ingat apa yang aku kata kat dia..dia pun ubah gnite madam tu jadi gnite “manje”..huhuhu…tak suka nya aku “manje” tu..aku pun kata tak suka dengan gelaran tu..aku minta dia panggil aku yang best2 ckit macam honey ke..hehehe..sweet ke…huh jangan harap nak dapat..tak de dapatnya pun..dia kata geli pun ada..uih nah waktu terguris gak hati ni.pastu aku tak ingat dah macam mana dia bleh ubah jadi gnite my best2 fren.waktu tu aku rasa macam aku dapatkan nya dengan hati yang merajuk..akhe nya aku dapat gak title “my best2 fren” tu..rasa nak lompat2 pun ada tau..suka nya waktu tu tak tahu nak cakap apa. Happy la aku..maklum lah aku kan teringin nak jadi sahabat dia tapi aku malu nak nyatakan..pastu hari yang aku tunggu2 pun hamper nak tiba..betday dia..aku dah lama nak plan nak buat sesuatu yang istimewa tuk hari bersejarah dia tu..bila hari tu tiba aku pun laksanakan rancangan aku yang dah lama aku rancangkan..aku nak dia tahu yang aku betul2 ikhlas dan jujur nak jadi sahabat dia.aku nak bagitahu dia yang aku menyayangi dirinya dan aku nak bagitahu dia yang dirinya adalah sebahagian dari hidupku..aku akan hargai hari istimewa nya itu setiap detik dan saat dalam hari bersejarah dia tu aku nak ciptakan kenangan yang manis dan indah je.pada pagi tu ..malam sebelum hari jadinya aku buat seperti biasa seperti aku tak tahu akan betday nya..sebab aku punya plan adalah betul2 pada tanggal harijadinya..detik 12am tanggal 13 julai bermula..aku send padanya sebuah puisi khas untuk dirinya..
Sahabat,
Hari ini tanggal 13 julai
yang Bahagia bagimu,
Aku berharap dapat membawakan semua kemegahan bunga di bulan julai untukmu,
Aku berharap dapat mengirimkan sebuah kejutan kebahagiaan untukmu,
Aku berharap,
Aku  dapat menulis sebuah puisi untukmu,
Aku berharap,
Aku dapat menjadi seorang Sahabat!
Sahabat di kala susah senangmu,
Namun aku tidak akan pernah mampu memberimu,
Karena aku tidak dapat mengekspresikan
perasaan ini,
Di dalam kehadiranmu,
Kau telah membawakan aku kegembiraan,
Kau membawakan aku rasa bahagia yang
tidak pernah berakhir,
Tidak ada kata-kata yang dapat mengungkapkan perasaan yang terdalam ini,

Karena hanya akan mengalir di dalam hatiku,
Selamanya …  Selamanya …

Namun pada
hari
ini,
A
ku, ….diriku,
Pada hari yang indah pada
tanggal 13 julai ini,
Mengucapkan,
Selamat Ulang Tahun, “Happy Birth Day for You !”
My Dear Best Friend.

itulah puisi yang aku berikan kepadanya..aku smsnya dan aku dapat balasan sms darinya pada paginya..dia kata dia sungguh terharu dan mengucapkan terima kasih kepadanya..aku kata aku akan datang ke rumahnya dan berjumpa dengan nya.dia tak bagi aku datang jumpa dia..dia kata dia bz dan malu di tgk orang kalu aku datang jumpa dia..wah..sayu nya hati ini bila dia kata dia malu kat rakan sekerja dia kalu aku datang jumpa dia..adeh..sampai betul hati dia kata mcm tu..tapi tahu je la aku ni jenis yang memaksa dan tak tahu malu..aku degil juga nak datang jumpa dia..apa tak nya dah lama aku rancang nak tunjuk betapa aku ikhlas dan sayang kat dia tak kan di hari istimewa dia aku tak bertindak..rugilah aku tak menaburkan kenangan manis untuk da..dengan degil aku dia pun mengalah juga.hehehe..aku memang macam tu degil,sampai kat pekan aku pun amik kek yang aku dah lama tempah untuk dia..aku tuliskan “happy betday my dear fren watiun” kat situ..biar dia tahu hati aku macam mana..sampai kat tempat keja dia aku pun call dia..aku ajak bagi dia kek..dia Nampak suka dan happy sangat..aku pun apa lagi gembira yang teramat sangat la sebab dapat membahagiakan dirinya..aku pun ajak dia balik umah dia tuk antar kek tu ke rumah dia.rumah dia tak jauh pun dari tempat keja dia..pas antar dia ke rumah,aku antar dia ke tempat keja dia semula..pastu aku pun balik.ikutkan hati aku nak cium je pipi dia tu tanda aku sayang dia..tapi gila betul lah aku kalu buat macam tu..kalu cubit batang hidung tu bleh lah aku buat.hahahaha..memang cubit pun..rugi lah tak cubit. Malam nya dia call aku..maklum lah sebelah petang aku bz kat tempat keja aku..dia pun bz gak.dia rajin, aku pemalas..hehehe..kontra nya kami kan.malam tu dia call guna hp adik dia..aku rasa terharu pulak dia sanggup tukar hp adik dia tu call aku..dia call tu..bukan aku yang call..selalunya aku yang call dia..tapi waktu tu dia call aku..best rasanya..terasa diriku begitu dihargai..segala pahit2 dan sedih2 yang dulu sebelum aku tambat hati dia tuk jadi sahabat aku t uterus terubat..terus hilang dengan call dia tu..terasa bahagia sungguh..terasa indah sungguh..lebih suka lagi bila dia kata dia suka sangat kat hadiah yang aku bagi tu..aku bagi dia gambar kami berdua yang aku frame kan..dan aku bagi kat ucapan serta aku bagi kain tuk dia jadikan baju..sekurang-kurang dia bleh pakai hadiah aku tu..dia kata dia sangat happy di hari jadinya..aku pun suka lah..berjaya juga aku buat sesuatu yang istimewa di hari jadinya..sejak hari tu…hubungan kami semakin rapat..hubungan kami semakin dalam..aku bagi sms yang menyatakan :
bila ku keseorangan,
ku teringat dirimu,
bila ku terlena,
ku terbayang wajahmu,
bila ku kesepian,
ku dengar suaramu,
bila ku fikir,
baru ku tahu..yang diriku ..
MENYAYANGIMU.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 11:57 PM | Show all posts

kisah persahabatan ku 3

Dia kata dia terharu dan dia pun kata buat julung kalinya yang dia juga menyayangi aku. Ya allah…suka nya aku waktu tu tak tahu nak kata apa..dia kata dia sayang aku tu..mau tak suka..lama aku nanti kan kalimat tu dari mulutnya..akher nya dia kata macam tu mau aku tak happy..tidur dalam senyuman aku tau.namun ada juga kadang2 dia sia2 kan aku..maybe aku yang sensitive..tapi sungguh pun aku terasa hati…aku merajuk…aku terluka..aku tetap memujuk diriku dan menjaga persahabatan aku dengan sebaiknya..aku tetap memujuk diriku agar jangan sensitive dengan apa yang terjadi..di bulan ramadhan..macam2 yang kami kongsikan..cerita menu lah..biskut lah..kek la..macam2 lah..maklumlah pempuan..memang macam2 cite nya..aku sungguh bahagia sangat2 dan tak ingin kehilangan dirinya. Hidupku terasa sungguh bermakna dengan ada nya diri dalam hidupku..bila mendengar suaranya , hati ini terasa begitu
lapang..hati ini menjadi semakin sayang.bila melihat senyuman nya..segala kekusutan hati dan kecelaruan fikiran pun hilang..segala masalah ku pun aku dapat lupakan bila elihat wajahnya..ingin sekali ku menatap wajahnya agar hati ini merasa puas agar hati ini berhenti untuk merinduinya…namun semakin ku menatap wajah semakin hati ini bertambah sayang.aku akui sendiri dan menyatakan pada dirinya yang aku semakin hari semakin menyayangi nya..aku nak dgr katanya..dia kata dia pun sama..dia membalas dalam acuh tak acuh..namun aku gembira yang amat sangat2.

Namun dalam bulan ini…13 oktober, 14 oktober dan 14 oktober..adalah hari yang kelukaan bagi..salahnya dia kata adalah pada aku yang emosi dan sensitive..huhuhu..ya ni nilai lah sendiri..memang aku akui aku bersalah..memang aku akui aku sensitive dan tak pandai kawal perasaan..tapi sudah lama aku memujuk dan belajar mengawal perasaan ku…namun semua itu ada tahapnya..ada batasannya…sampai bila aku harus memujuk hati ku ..sampai bila aku mampu berpikiran positif atas sikapku yang kuat mosi se[erti yang dikatakan sahabatku..huhuhu..ya allah aku menyayangi sahabatku..kau jaga lag dirinya..hilangkan lah kekecewaan nya..kau berikan lah pada ku kesakitan nya..aku rela menaggungnya.hari tu..ditakdirkan ALLah kami sama2 terpaksa menghadiri sesuatu untuk urusan keja..dia dipanggil untuk menduduki ujian mana kala aku dipanggil utk menhadiri temuduga…kami di panggil pada tarikh yang sama iaitu 14 oktober..alangkah bahagianya..kami dapat berjalan bersama2…rupanya itu lah kali terakhir aku bersabar dalam mengawal emosiku..hari itu la aku tewas.aku tak mampu memujuk diriku lagi..sehingga hatiku menjadi keras.dia ku rasa kan cukup mendera perasaan dan jiwaku..hati aku sakit ,,luluh…segala macam ada…aku hairan kenapa dia menyembunyikan hp setiap kali hendak membalas sms..sekalipun dia nak sms,aku tak kisah…tp jangan bersikap macam tu..aku terasa sakit sgt..nampak sangat dia tak menganggap aku sebahagian dari hidupnya…kemudian..malam sebelum kami balik dan sebelum tidur…aku tiba-tiba teringin hendak mendengar dari mulutnya sendiri..adakah dia menyayangi aku sebagai sahabatnya…jawapan nya sungguh membuatkan hatiku luluh,berdarah..perih..dan merintih…bukan aku inginkan perhatian..bukan aku inginkan dimanja..tapi aku inginkan kepastian dari mulutnya..aku ingin tahu sejauh mana kejujuran dan keihklasannya…setiap insane mesti ingin dihargai dan di sayangi..dan salahkah aku bertanyakan soalan yang aku ingin dgr dari mulut dia sendiri kerana selama ini dia hanya menjawab melalui sms..salah kan aku ingin mendengar dari mulut nya untuk pertama kalinya..jawapan yang aku dapat dr nya apabila aku bertanya adakah dia menyayangi aku..”entah”! itu jawapan yang keluar dari mulutnya..YA ALLAH…bayangkan perasaan ku macam mana..kalau ikutkan hati,aku reka nyawaku di cabut ketika itu juga.sakit nya tuhan jak tahu,…aku Tanya berulang2..jawapannya tetap tiada…jawapannya tetap sama…aku tak dapat tidur waktu tu..hati ini menahan tangis..namun tetap menitis..aku tak mampu berbuat apa..aku tak dapat memujuk hatiku lagi…aku tak dapat memikrkan yang positif…aku merayu..aku memohon simpati nya agar dia menjawap nya dengan jujur namun tiada jawapan yang pasti diberikan…dikala aku menaip kenangan ini…air mata ku tetap mengalir..ya allah kuatkan la hatiku ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 11:58 PM | Show all posts

kisah persahabatanku 4

Akhirnya aku mengalah…aku tak Tanya lagi…aku tak dapat tidur..sedangkan dia di sebelahku dpt tidur setelah menguriskan hatiku…aku beristiqfar…sehingga aku tertidur..esok nya aku kuatkan hati dan semangat ku untuk berkelakuan seperti biasa..kemudian entah macam mana hatiku berdesir untuk mengetahui siapa dengan nya bsms sehingga mesti bersembunyi dari
pengetahuan aku..aku terasa sait sangat waktu itu..aku cemburu…?tak..aku sedih..dalam masa yang sama aku takut kehilangan dia..seandainya dia ada pasangan hidup aku tumpang gembira namun apa yang buatkan aku kecewa adalah sikapnya..sikapnya yang menganggap aku bukan sebahagian dari hidupnya..sikap nya yang tidak menerima aku sebagai sahabatnya..aku silap..aku salah..aku yang bersalah..rupanya hanya aku yang menganggap dia sebahagian dari hidupku namun dia tidak…patutlah dia kata sayang yang ingin ku dgr lahir dr mulutnya..selama ini..kisah hidup aku aku kongsikan bersama nya…aku ceritakan segala kisah suka duka ku terhadapnya..sekalipun hal percintaan ku juga aku ceritakan dengan nya..sehingga kan hal remeh temeh pun aku kongsikan..aku tak ada menyimpan rahsia dalam persahabatan ini..tapi dia selalu berahsia..sakit hati ini. 15 oktober kami balik dan malam nya aku call dengan niat untuk yang terakhir kali nya aku call dia..itu kerana hatiku betul2 luka dan aku ingin menjauhkan diri darinya.aku ingin hatiku berhenti dr terus menyayangi dia…keesokkanya…aku off hp aku…aku rasa nak buang hp aku…hp lah punca segalanya..itu bagiku..waktu itu 16 oktober dia pergi mengikuti lawatan..sepanjang itu aku tak sms, tak call dan tak tahu beritanya..hp celcom aku off dan sengaja hp maxis aku on..aku ingin tahu sejauh mana dia mencari ketiadaan aku..namun semua itu menghampakan..sehari berlalu langsung dia tak mencari aku…dua hari berlalu pun tiada..3 hari pun tiada..4 hari..juga tiada..sedihnya hati ini..ternyata ketiadaan ku tidak bermakna langsung pada dirinya..kemudian hari ke5, setelah aku mandi nak dekat jam 6 dia call hp maxis aku..aku jadi hairan..aku hanya membiarkan hp aku bordering..namun hanya sekali itu saja dia call..tak ada yang kedua kalinya..kebetulan hp celcom ada di tempat keja aku..entah macam mana tak tahan lagi menahan diri dr menghubunginya..aku mengambil hp ku di tempat keja walapun hari kian senja..aku on hp aku..dan ternyata ada sms dari bertanyakan kenapa aku menyepi..aku pun menjawap dan meluahkan segala yang aku rasakan.dgn selambanya dia kata aku emosional dan sensitive.aku mengakuinya dan meminta maaf padanya..dan dia suh aku lupakan apa yang terjadi dan jangan memikirkan hal sedih tu lagi..huhuhu..sebegitu mudah kah untuk ku tunaikan permintaannya sedangkan soalan ku yang mudah tempoh hari kenapa dia tak menjawap..huhu..5 hari aku off hp,aku mula merasakan ketenangan menjalar dalam diriku..aku merasakan hatiku semakin kuat menerima dugaan perasaan itu..dan apabila aku on semula hp aku..aku rasa jiwaku sakit..aku rasa fikiranku kecamuk..aku pun off lagi hp ku…dan aku rasa aman semula..aku rasa hatiku sedikit terubat tanpa sms dan call darinya.namun entah macam mana 24 oktober pada jam 11 malam aku pulang dr lawatan hatiku tiba2 teringin nak on hp sekejap..bila aku on..sms dia ada.tak sempat aku baca sms…dia call..aku berfikir nak angkat ke tidak..dia terusan medial no ku..akhirnya aku jawap panggilannya..dia Tanya macam2..aku jawap.dan dia nak jumpa aku esok di pekan..aku kata aku tak nak jumpanya.dia terus memaksa..aku tetap tak nak.kedengaran suaranya sedih.namun hati ini sudah keras..sudah tidak dapat berbuat apa..hatiku membeku..aku tetap tidak mahu berjumpa dengan nya.25 oktober adalh harijadiku. Dan atas sebab itu dia ingin berjumpa dengan ku..aku tetap tidak mahu sehingga dia kata yang dia tetap menunggu aku di pekan dan dia tak akan balik sehingga aku datang menemuinya..aku kata terpulanglah pada dia.dan aku tetap tak akan jumpanya..malam tu aku bangun untuk melakukan solat dua rakaat memohon petunjuk pada ALLAH samada perlu atau tidak aku turun berjumpa dengan nya. Ternyata allah memberikan
petunjuk untuk menyuruh aku menemuinya..paginya bangun tidur aku call dia dan bagitau yang aku akan turun jumpa dgn nya namun ku nyatakan pada nya yang aku tak ingin kan apa2 darinya..semalam adalah hari yang paling pedih dan sakit ku rasakan..aku berat hati turun ke pekan menemuinya..namun aku tak dapat berlagak seperti biasa..hati aku sudah tawar..hati aku sudah membeku..dia Tanya aku kenapa diam..aku kata tak ada benda nak dikatakan…ayat yang aku tiru dari dia..dia selalu kata mcm tu bila aku Tanya kenapa dia hanya diam..masa tu aku gunakan ayat dia..biar dia tahu itu lah yang aku rasakan bila di jawap acuh tak acuh..kemudian dia diam..dia Tanya lagi adakah aku marah pada dia..aku jawab tak..kalu aku marah..aku tak akan datang menemuinya..kemudian dia paksa aku untuk menatap wajahnya..aku tak ada kekuatan untuk itu..dan aku langsung tak menengok wajahnya..kerana andai aku melihat wajahnya…air mata ku pasti menitis..aku kuatkan hati aku.dia sperti penuh berselera makan dan minum sedangkan aku nak meneguk air minuman pun terasa perit.dia bagi hadiah kepadaku..aku kata aku tak nak terima apa2 dari dia lagi sekalipun kasih sayangnya.dia kata dia ngin menjawap segala pertanyaan aku tempoh hari dan aku katakana pada nya semua itu sudah tak bermakna bagi ku..segalanya telah terlambat..kenapa dia saat aku memerlukan dia tak memberikan jawapan malah membiarkan diriku terpinga2 dengan persoalan yang semakin menyakitkan..kemudian dia meminta maaf kepada ku..aku kata tiada maaf lagi bagiku untuk nya..dia terkedu..aku kata hatiku sudah cukup terluka dan terseksa dengan sikap acuh tak acuh dia selama ini..aku sudah berhenti untuk terus mengharapkan dirinya..dia soh aku cuba untuk melembutkan hatiku…aku kata aku tidak dapat..sekalipun aku dapat melembutkan hatiku…dan memaafkannya,,..aku tetap tak ingin bersamanya lagi…dan hadiah nya aku pulang kan semula td di tempat keja nya..dan dia betul2 kecewa..dan aku katakana padanya…hatiku lebih kecewa dari hatinya…dan sekarang ,,,aku tahu dia menderita kerana aku tidak menerima hadiahnya dan tidak memaafkan dirinya..namun selagi aku tak memaafkan dirinya..selagi itu hatiku tak tenang..dan aku sms pada nya dengan ikhlas aku telah memaafkan dirinya..dan sekarang aku tetap menutup hp aku dan aku tak tahu adakah lagi persahabatan ini..atau akan terus hilang dimakan masa…
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:40 AM | Show all posts
sayang mana perenggan sayang

pinar2 mata i ni bc

dah la ngantok ni

tiba2 rs mcm nmpk byk bintang plak atas paler
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:42 AM | Show all posts
Walaupun sakit  mata nak baca tapi aku faham cerita ko ni...aku penah berada dlm situasi hampir sama dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 11:49 AM | Show all posts
adoi...sakit mata membacanya....tapi acang suka baca crta ayun...tmpg rasa ksedihan ayun..nnt smbg lagi ya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:13 PM | Show all posts
perenggan pls!!!

aku sakit otak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 12:56 PM | Show all posts
sinopsis plzzz......
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:03 PM | Show all posts
sinopsis plzzz......
widuri Post at 27-10-2009 12:56



taw xapa. ehhehe

sy nak sipnosis pls

atok terror bab2 ringkasan and summary neyh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:07 PM | Show all posts
atok sema benda dier teror.....satu je dia tak bape nak teror....
ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:27 PM | Show all posts
atok sema benda dier teror.....satu je dia tak bape nak teror....
ekekekeke
widuri Post at 27-10-2009 13:07



apa bnd 2 kak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:41 PM | Show all posts
jangan harap la nak sinopsi ke apa
copy paste aje..bukannya cerita peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:42 PM | Show all posts
erm? mcm mn atok taw?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by widuri at 27-10-2009 14:04

wid pun ada kisah persahabatanku.....

ermm camne nak mula ye....mcm nie laa....pada awal tahun 2004....wid baru berjinak2 tuk mengenali porem cari.com....kenal porem nie pun dari seorang abg satu opis...dia laa yang banyak ajar cara2 nak berporem kat sni....katanya seronok...dan macam2 info leh dapat termasuk laa nak bergosip...dan menambah kawan....nick dier tok janggut....ahaks.....

wid memula join kat thread CNM.. which is cari new member....wahhh baik2 mod kat stu...pastu dah bosan...beralih ke thread LNF masa tue thread CNO blom ujud lagi....kat sni kenal ramai kawan tapi tak penah jumpa.....pastu dah agak tak serasi....beralih lak ke thread borak.....kat sni havoc suatu ketika dulu....macam2 kes dan kerenah.....suka duka....pergaduhan.....gosip....politik.....perghhh memang syok waktu nie...sonok dangat......dan disni laa bermulanya pertemuan demi pertemuan dan kekal sampai skang.....teringat masa nie 1st time digosipkan dengan budak nick api....salah sorang porumer yang lagend.....and the queen of porumer is cleopatra.....mereka2 nie laaa org kuat yang menjayakan setiap activiti....

so suatu hari dorang merancang untuk buat gathering...gathering kitorang bukan makan2 tapi sport gathering.....dulu dorang suka main futsal dan jugak karaoke...dorang nie bukan jenis yang kemut....punya laa susah nak jumpa dorang nie dulu...segan laa kan....cleo laa yang memainkan peranan penting....pandai minah nie pujuk.....ahaks....pastu hari yang ditunggu pun tiba....masa nie dah siap tukaw2 telefon...ye laa memudahkan urusan....wid masa tue mana ada kereta and baru lagi kat kl....jadi menumpang laa keta salah sorang porumer....puas gak dorang2 nie nak arrange wid datang join futsal kat ampang.....hehhehee.....kebetulan mas atue porumer kak putu active jumpa2 nie...so dier laa tawarkan diri amik wid kat kawasan umah wid.....masa nie laa wid kenal kak putu and husban dia....sporting sangat.....naik segan gak laa kan....

sampai je kat ampang...apa nama tempat tue pun dah lupa.....tapi tempat main futsal laa....masa nie wid dah start merah muka....sebab ramai geng2 porem dah ada kat stu.....hahahaha.....wid agak pendiam masa nie...ye laa baru jumpa...malu2 tenok lagi....masa nie laa bermulanya persahabatan kami.....wid mula kenal cleo, api, aran, otomen, cipotcedut, greenpeace, fast n furious, geng jahat and ramai lagi....geng2 nie sema memang gila sport.....lepas abih sport...mesti pi ajak minum....lepas minum mesti pi karaoke....perghhh dasyat....penah kitorang balik kul 2 pagi....ekekee....havoc giler....pastu mereka sema nie kelakar dan memang satu kepala laa....memang best la kawan ngan dorang nie....havoc.....

jadi tiap pertemuan demi pertemuan.....kami makin rapat...so makin havoc laa porem borak cari......makin ramai jugak laa wid kenal org2 porem nie....sampai laa satu masa.....ujud satu pergaduhan kat borak.....jadi issue besar kat borak.....sampai laa salah sorang porumer kena beggar....ekekeke.....dan semakin lama semakin ramai junior yg join borak.....maka org lagend lama nie dah jadi tak syok sebab junior2 nie mcm ada laa something kan.....malas nak cite.....pastu kitorang yg lama2 nie start contact melalui phone je.....so gather2 kami takde dah dalam porem.....sampai satu tahap.....member2 borak makin hilang bawak haluan masing2.....

so wid pun dah tak lagi kat thread borak....so kembali kat thread LNF.....kat sni ramai kengkawan yg jenis jiwang2 karat laa.....hahahaha......dan disini bermula persahabatan wid ngan porumer LNF.....kami mula wat gathering2.....wid kenal laa ngan alyn, hana, firdarudin, lida, gepren dan ramai lagi.....tapi gathering for LNF makan2 laa.....ahaks....paling best gather masa jumpa kat nasi lemak kat kg baru tue...best giler.....masa nie dah wujud plak satu gosip liar yg lain.....wahhh skang wid tak malu macam memula dulu.....ekekeke.....makin pandai berceloteh.....bukan tue je kami ada memacam aktiviti.....berkelah laa kan....ermmm windu laa kat dorang....dorang skang dah bawa haluan memasing terutama pak B.....dengar cite dia sakit...tak tau laa skang...harap2 dia pulih seperti biasa.....dan kengkawan lain sema dah mula melangkah ke alam bahagia....mas amemula jumpa dulu dorang nie havoc jugak...manis2 sema....jejaka plak ensem2....hehehe....tahniah tuk korang yg dah melangkah ke jingjang pelamin...apa pun kenangan ngan korang tetap dalam ingatan....buat seseorang yang penah menyukai wid...maapkan wid ye...anyway semoga berbahagia dengan pasangan skang.....aminnn.....

emmmm lepas thread LNF.....thread nie wid tgk dah makin hambar....so beralih ke thread CNM....thread yg mana jantan2 kaberet je banyak kat sni....gadis2 kurang....hahahaha....wid mengenali thread nie dari sorang porumer borak....nick dier grugal...lagenda mod yg paling byk masalah....ahaks....sampai kami2 nie penin laaa ngan dia....hahahaha.....so kat sni laa wid mula kenal bebudak motor and kereta...dorang nie takde keje lain asik cite pasal keta motor je....hahaha....bila wid masuk....wid agak tergamam sebab sema kat stu dah kenal wid....perghhh hebat kan.....padahal wid tak kenal pun dorang2 nie sema.....hahaha....so...bermula laa lagi gathering2 utk CNM.....kat sni laa wid kenal bebudak porumer dewamafia, lipanlapan, joeshaper, afja, riuk dan beberapa porumer yang lain....wahhh gempak jugak kat sni...pertemuan kami kat kedai mamak....lupa plak nama kedai mamak kat wangsa maju tue....ekekeke.....so havoc laa kan....tambah2 dah kenal....lagi havoc.....hahaha....sampai la nie...makin bertambah lak perkenalan wid.....kenal lak ngan org baru.....si takumi, dean, og, anis nor dan ramai lagi.....persahabatan kami tak penah putus.....walau wid jauh dirantau org...mereka tetap sahabat yang sejati.....

dan skang wid mula berjinak2 ngan C&O plak...mana taw ada rezki leh tambah sahabat yang mana wid dah mula berjinak2 ngan raiqah, raudah, tok manting, deen, lily, lyn dan ramai lagi.....walau blom bersua muka....kami macam dah kenal lama....dan insyallah kalau ada jodoh kami pasti bertemu muka....tue pun kalau mereka2 nie nak tgk muka wid yg cute nie...hahahhaa.....wahhh sonok sebenarnya ramai kawan...tambah2 kalau kita wat gather2....pastinya meriah.....thanks korang sudi jadi sahabat wid.....wid harap persahabatan yang terjalin akan kekal sampai bila2....mcm wid ngan the lagenda of borak...walaupun dorang tak lagi berada di cari porem.....tapi wid masih contact dan berjumpa.....ermmm sebenarnya banyak pengalaman2 suka duka yang best bersama porumer2 nie....cuma wid cerita sebahagian je...kalau nak cite sema mau tok potong kredit wid....ekekekeke.....apa pun nak bagitau.....persahabatan yg mula terjalin jgn diputuskan......inilah serba sedikit kisah persahabatan wid....cewahhh....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:01 PM | Show all posts
uikkkk panjangnya karangan.....

nie 1st time wid post panjang....ekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 02:04 PM | Show all posts
pnjgnyer wid

leh buat cerekarama malam sabtu nie
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:11 PM | Show all posts
tue laa pasal.....sib baik wid tak sambung.....panjang lagi tue cite persahabatan sebenarnya....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:17 PM | Show all posts
nk baca.... tapi kena masuk lab balik, jadi balik karang i baca.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:26 PM | Show all posts
takyah laa mazeed.....susah2 je.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.065649 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list