CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15169|Reply: 179

Bayi terselamat daripada dibuang-Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch)

  [Copy link]
Post time 29-6-2010 09:24 AM | Show all posts |Read mode
OrphanCARE terima bayi lelaki pertama


2010/06/29


Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki seberat 2.7 kilogram yang dilahirkan pada Jumaat lalu, menjadi bayi pertama diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) untuk Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang julung kali dilancarkan di negara ini pada 29 Mei lalu.

Bayi itu yang berada dalam keadaan sihat diserahkan pada Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing.
Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir berkata, pasangan itu masih belum membuat keputusan untuk membesarkan sendiri anak mereka itu ataupun menyerahkannya kepada keluarga angkat.

Menceritakan detik penyerahan itu, beliau berkata, pasangan terbabit tiba di pusat berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi dengan si bapa memasuki pusat berkenaan untuk meninjau terlebih dulu manakala si ibu dan anaknya itu menunggu di dalam kereta, sebelum mereka dijemput masuk kemudian.

Pasangan berkenaan akan membuat keputusan nanti sama ada mahu anak mereka itu diserahkan kepada keluarga angkat, katanya.

Baby Hatch yang beroperasi 24 jam di alamat 6, SS1/24A, Kampung Tunku di Petaling Jaya, dikendalikan OrphanCARE dan penaungnya Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom

* comelnyer.. nape lah dia tak nak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 09:28 AM | Show all posts
selamat 1 nyawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 09:29 AM | Show all posts
selamat 1 nyawa.
NIXAR Post at 29-6-2010 09:28



tu lah.. harap lps ni siapa yg tak nak anak tu boleh lah hantar bayi tu ke tempat ni.. jangan buang merata2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 09:32 AM | Show all posts
tu lah.. harap lps ni siapa yg tak nak anak tu boleh lah hantar bayi tu ke tempat ni.. jangan  ...
along3746 Post at 29-6-2010 09:29 AM


pusat mcm ni bagus. bukan nak galakkan seks bebas tapi yg penting kena fikir nak selamatkan nyawa kecik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 09:33 AM | Show all posts
lps ni, tolong lah jgn bunuh bayi or buang bayi merata2....
tempatkan kat cni... untung2 dapat keluarga angkat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 09:36 AM | Show all posts
bila bby dh selamat ok lah....cuma...makpak dia yg xnikah lg tu akn nikah kemudian ke, apa ke ....xkena caj persetubuhan haram ke? sori la kalu ai silap....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2010 09:41 AM | Show all posts
jgan orang yg same je hantar baby ke pusat jagaan ni sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 09:51 AM | Show all posts
syukur alhamdulillahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 09:58 AM | Show all posts
Apa2 pun menjaga nyawa itu lebih penting
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:00 AM | Show all posts
jgan orang yg same je hantar baby ke pusat jagaan ni sudah...
alladeen Post at 29-6-2010 09:41


Haha.. tul tu... Sok2 senang la pulak depa duk buang lagi.. DAN lagi.. DAN lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:04 AM | Show all posts
pusat mcm ni bagus. bukan nak galakkan seks bebas tapi yg penting kena fikir nak selamatkan nyaw ...
NIXAR Post at 29-6-2010 09:32



apa pulak tak galak seks bebas? once budak2 tu tau..bukan ke salah satu cara mengayat nantik...

ehemm..kan ada bab hatch tu sayang, kalo terhamil i tolong lah anto bayi tu ke sana..sapa2 ada bleh bela dan nanti kalo u decide nak amik balik , kita amik balik lah ok sayangggg (sambil membelek2 botol minyak Sudan yang baru di beli)

tak btui ke?

kenapa tak one step better cam omputeh cakap ler tuh..misal pakai kondom !! haaaaaa..

kenapa kalo kempen pakai kondom tu dikatakan galak seks bebas tapi hok ni di katakan bukan galak seks bebas

kalo aku kata hangpa ni seme hipokrit kang sentap plak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:05 AM | Show all posts
apa apa pun kita tunggu 'ulama muda' amano tu nanti bersidang dan komen tentang perihal muksiattttttt yang berleluasaaaaaaaaa dalam masarakat kita yer..sabaqqqq

errr.. majlis fatwa tak kuo fatwa pasal buat pusat cam tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:05 AM | Show all posts
apa pulak tak galak seks bebas? once budak2 tu tau..bukan ke salah satu cara mengayat nantik.. ...
ajinomotonosuga Post at 29-6-2010 10:04 AM


sapa pulak nak sentap? bila aku kata x boleh pakai kondom?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:07 AM | Show all posts
oh comei sungguh budak tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:09 AM | Show all posts
phewwwww, selamat satu nyawa mati dlm longkang/tong sampah

sekurang kurangnyer dpt selamatkan nyawa, nak banned org bersex mmg dah tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:12 AM | Show all posts
lepas ni, makin bertambah la. masing2 sedap je, dapat baby, hantar kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 10:12 AM | Show all posts
mcm mana proses pendaftaran baby2 ni dgn JPN? mcm maklumat2 si ibu atau bapa dlm surat beranak..depa perlukan jgk kan maklumat2 penting
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:13 AM | Show all posts
Haha.. tul tu... Sok2 senang la pulak depa duk buang lagi.. DAN lagi.. DAN lagi..
munchosky Post at 29-6-2010 10:00



ape2 pn selamat la baby dari dibuang merata...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by carold at 29-6-2010 14:42
OrphanCARE terima bayi lelaki pertama


2010/06/29


Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi ...
along3746 Post at 29-6-2010 09:24



    Ok..selamat 1 nyawa yg tak berdosa TAPI
aper tindakan utk mak/pak bayi ni...kaunseling? dibiarkan begitu saje lepas serahkan bayi tu?buat mcm tak ader aper2 terjadi?

esok2 mak/pak bayi ni buat projek lagi..TERmengandung TERberanak..anta lgi kat Baby Hatch
dan lagi dan lagi dan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:19 AM | Show all posts
OrphanCARE terima bayi lelaki pertama


2010/06/29


Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi ...
along3746 Post at 29-6-2010 09:24



    thank you..... its about time......
jgnlah pulak ada yang kata pusat jagaan bayi ni nanti akan hanya menggalakkan zina...:re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066682 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list