CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1376|Reply: 3

Wanita Kongsi Gambar Makanan RMT Cucu Saudara, Hanya Nasi Putih Dan Kuah

[Copy link]
Post time 20-1-2022 01:07 PM | Show all posts |Read mode


Perkongsian wanita di Facebook mendakwa penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah hanya mendapat nasi putih dan kuah sahaja mulai tular di media sosial.


Zurina Hassan mengemaskini status FB memohon penjelasan dari pihak berwajib mengenai penyediaan makanan RMT khususnya dari pihak sekolah tempat cucu saudaranya belajar.


Kata Zurina lagi, sebelum ini cucu saudaranya pernah mengadu makanan yang disediakan kurang enak namun mereka diajar untuk bersyukur kerana masih ada makanan untuk mengisi perut kosong.


Bagaimanapun, sebaik saja melihat makanan berkenaan, timbul rasa tidak puas hati lalu perkara berkenaan dikongsikan di FB.






"Tidak tahu hal siapa dalam hal begini. Tapi perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT.


"Sudahlah senarai penerima RMT wajib hadir ke sekolah setiap hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan mampu memacu pendidikan kita?" katanya yang turut menyebut nama Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin.


Di ruangan komen, pemilik akaun FB menjelaskan kepada warga maya cucu saudara yang membawa pulang makanan itu tidak tersenarai sebagai penerima RMT.


Bagaimanapun, pada hari itu, ada pelajar yang tidak hadir menyebabkan ada lebihan makanan. Guru kemudian memberikan makanan berkenaan kepada cucu saudaranya yang berusia 12 tahun.


























Mendapat perhatian ramai, warga maya masing-masing memberikan pendapat serta berkongsi pengalaman mengenai RMT.








Sementara itu, Radzi menerusi akaun Facebook memberikan kenyataan perkara akan disiasat lebih lanjut.


Katanya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan hal membabitkan kebajikan murid.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 01:57 PM | Show all posts
RMT sek ank i ni takat 2-3hr mggu ni dok hidang ns lemak + air milo/oren. I tatau kos 1hidang rmt brapa tp ngn ns 1cup kecik ngn condiments ns lemak typical harga 1.50 (imho). Sedih jgk la tgk. Sedangkn kt kantin ns minyak sempoi aym kicap pn rega rm2. Ank i dok bwk blk mknan rmt bila ada student yg xhadir sekolah. Enough said i tgk mmg xlalu. Tempat lain mungkin ada yg senonoh penyediaan rmt  I'm sure.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:53 PM | Show all posts
Satu menuduh satu lagi menafikan tak tahu mana satu yang betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:56 PM | Show all posts
zaman mak aku niaga kantin sekolah dulu...mkanan anak2 RMT sama dgn makanan dan minuman anak yg di jual dikantin sekolah....
kadang2 RMT lebih lagi...siap package dgn kuih...abah kata sedekah jek la anak2 mkn...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.322142 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list