View: 3291|Reply: 65
|
[Tempatan]
Bazar Ramadan... pesta naik harga?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kenaikan harga bahan mentah yang tinggi menyebabkan rata-rata peniaga bazar Ramadan tahun ini tidak ada pilihan lain selain menetapkan harga baharu untuk jualan mereka.
Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan peniaga mengakui terpaksa menaikkan sedikit harga makanan bagi menampung modal perniagaan.
Bagaimanapun kenaikan harga makanan di bazar Ramadan masih dianggap berpatutan oleh orang ramai yang rata-ratanya memahami situasi peniaga.
Peniaga nasi tomato dan sate, Latifah Mohd Hassan, 58, berkata, dia terpaksa menaikkan harga jualan sate dengan peningkatan 20 sen manakala nasi tomato meningkat RM2 berbanding harga sebelum ini.
"Nasi tomato sekarang saya jual RM10 dengan satu per empat bahagian ayam berbanding RM8 sebelum ini.
"Manakala sate ayam RM1 berbanding 80 sen secucuk sebelum ini dan sate daging pula naik kepada RM1.20.
"Kenaikan ini disebabkan kos bahan mentah mahal. Pembekal ayam dan daging lembu yang dibeli menaikkan harga dua bahan mentah itu.
"Lebih merumitkan lagi apabila pembekal beritahu bekalan ayam muda sudah tidak ada.
"Jadi saya terpaksa cari sendiri di beberapa pasar borong kerana saya gunakannya untuk jualan nasi tomato," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), kelmarin.
Beliau berkata, situasi sama berlaku bagi harga sayuran yang turut mengalami kenaikan agak tinggi dan bahan kering seperti minyak masak, tomato puri serta cili kering.
Peniaga otak-otak di Bazar Ramadan TTDI, Mohd Muhaimin Md Aliman, 28, berkata, harga ayam yang meningkat di pasaran menyebabkan dia menaikkan harga jualan pepes ayam dari RM1 kepada RM1.10 manakala harga otak-otak dan satar ikan kekal.
"Kenaikan harga ini sudah bermula sejak bulan lalu. Jadi, kebanyakan pelanggan sudah sedia maklum mengenainya.
"Saya bersyukur mereka menerima dengan baik kerana faham situasi dialami peniaga," katanya.
Sementara itu, peniaga di Bazar Ramadan Jalan Raja Muda Musa, Muhammad Azhari Ariffin, 32, mengakui terpaksa menaikkan harga jualannya berikutan kenaikan harga barang mentah daripada pembekal.
"Saya tiada pilihan selain menaikkan harga makanan dengan peningkatan antara 50 sen hingga RM1 untuk setiap makanan.
"Jika tidak, kami peniaga tidak akan merasai sedikit keuntungan daripada hasil jualan," katanya.
Lauk pauk berasaskan ayam masih menjadi pilihan utama masyarakat walaupun berlaku kenaikan antara RM3 dan RM5 seekor.
Tinjauan di bazar Ramadan di Dataran Shah Bandar, mendapati ayam bakar dijual pada harga RM27 seekor berbanding hanya RM22 Ramadan tahun lalu.
Seorang peniaga ayam madu Sarawak, Abd Wafi Zainuddin, 25, berkata, walaupun berlaku peningkatan harga, tetapi sambutan masyarakat amat menggalakkan apabila mampu menjual sebanyak 80 ekor dalam tempoh dua jam.
"Kenaikan harga ayam mentah tidak boleh dielakkan berikutan kesukaran mendapatkan bekalan.
"Kami harap bekalan ayam mencukupi sepanjang Ramadan," katanya.
Abd Wafi yang menjual ayam Bakar madu Sarawak lebih tujuh tahun lalu berkata, harga ayam mentah dibelinya daripada pembekal utama RM18 seekor.
"Kita berharap tiada lagi kenaikan harga ayam berlaku sepanjang Ramadan ini," katanya.
Pengunjung, Siti Rabiatul Tajulnisa, 20, berkata, kenaikan harga bukan terhad kepada ayam, malah pelbagai barangan keperluan asas lain termasuk daging.
"Pada pandangan saya, kenaikan ini boleh mengajar seluruh masyarakat berjimat cermat dan tidak membazir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/04/828572/pesta-naik-harga
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semlm beli nasi beriani xde rs dr nasi smpai daging masak itam..ntah ape2 masak..nk kata br niaga mcm dh lama niaga |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah bertahun x g bazar,
mahal,xsedap,
|
|
|
|
|
|
|
|
Pilihan ditangan anda.
Saya mmg dah bertahun tak membeli kat Bazar Ramadhan.
Ramai peniaga pun acah2 meniaga setahun sekali je ...tu pasal makanan derang tak sedap tambah lagi kalau kena masak byk2. |
|
|
|
|
|
|
|
pesta menyembelih pembeli yg bajet2 bagus nk support peniaga tamak ni |
|
|
|
|
|
|
|
orang kita ni bising je lebih tapi hadap juga membeli..
|
|
|
|
|
|
|
|
same old, same old...beli dari peniaga yang biasa kita beli kalau tak berbaloi memasak.
kalau family besar, better masak sendiri..
mcm iols, goreng bilis masak kicap (letak cili api) dgn ulam2 pun dah cukup selera. kebersihan terjamin. |
|
|
|
|
|
|
|
Bazzar area umah iols sendu gile.
Tak banyak choice, dulu ada yg jual lauk pauk, boleh la beli buat tambah-tambah.
Tahun ni, gerai yg jual lauk takde, yg jual nasi briyani, nasi ayam pun ada 1-2 gerai je.
Yang banyak jual kueh ngan air ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak beli kuih, tapi kebanyakkan dah pek-pek RM2.00. Kita nak beli campur2 seketul dua je, nak rasa macam2 jenis. Last2 x jadi beli |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dlm soalan psikometrik (kot) nak keja gomen.
Di kedai, anda upah tukang masak, memasak utk anda
Setuju/tidak
Gitu la lebih kurang
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari last year ,ramai peniaga makanan Hulu g tikar Dan ramai jugak peniaga baru. Menawarkan pelbagai pilihan ..Mahal murah subjectif ..mcm nasi tomato satu portion dengan 1/4 ayam Mahal ke murah..ada kata murah sebb ayam besar.tapi ayam sekarang besar dlm sekilo je seekor.
Kat taman nie melalak kata air balang $3 sebungkus ..Mahal . Walhal depa dok minum kopi tepi jalan secawan $7 gigih beratur ..murah dari Starbucks gamaknya .
Bazar Ramadhan nie..setakat Mana nak makan..faham2lah sendiri .nie pulun segala juadah sehari dari sarapan ke makan malam letak nak makan waktu berbuka ..boleh makan ke. Biar logic sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terbeli kopi tepibjalan ni..mmg sedap..tapi harga mmg 6-7 ringgit segelas..
Kalau diaorg Jual segelas tiga ringgit pun boleh laku..dan affordable utk rakyat lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mahal tak yah beli. Simple. |
|
|
|
|
|
|
|
BN = Barang Naik
memang tak pelik la |
|
|
|
|
|
|
|
pergi beli kalau ada special request je
sebab dia hari2 bertarung kat rumah
permintaan mesti dipenuhi
kalau setakat suka2 jalan2 cari makan aku lebih prefer makan kat kedai |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm akau beli set cucur udang kuah kacang. xder timun dan tauhu.
Aku tanya brp RM? budak tu jwb RM6.50
Aku pun repeat balik apa dia sebut. 6.50? Series aa? 6.50?
Dia diam smabil ambik duit.
Aku makan mlm tu sedap siutt.. series.
Hari ni repat balik
|
|
|
|
|
|
|
|
sama...bertahun dah aku tak pi bazar ramadan..kalau aku hitung2 balik duit yg aku spend kat bazar ramadan yg lepas2 rasanya dah boleh pi HAJI balik hari
|
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 5-4-2022 01:22 PM
Pernah terbeli kopi tepibjalan ni..mmg sedap..tapi harga mmg 6-7 ringgit segelas..
Kalau diaorg Ju ...
Banding starbucks rm20 segelas, amount lg sikit hahaha.. haritu i try kopi Vietnam org jual dlm lori putih kecik tu... rm6 size besar... skali dpt besar sungguh.. tak terabis... tp sedap la.. lg sedap dr stabak |
|
|
|
|
|
|
| |
|