CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1653|Reply: 34

[Tempatan] PM tiba di Washington

[Copy link]
Post time 11-5-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 11-5-2022 12:29 PM




BERITA

PM tiba di Washington, dijadual temui Biden-Kamala Harris
BernamaDikemaskini: 10:02 AM
Ismail Sabri Yaakob tiba di Washington hari ini untuk lawatan kerja selama empat hari termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden AS Joe Biden dan pemimpin Asean.
Perdana menteri tiba di Pangkalan Udara Andrew pada pada jam 8.16 malam (8.16 pagi Malaysia) dan disambut Menteri Luar Saifuddin Abdullah.
Ismail Sabri kemudian disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali, Menteri Sumber Manusia M Saravanan dan pegawai kanan Malaysia ketika tiba di sebuah hotel.
Perdana Menteri akan menyertai Biden, Naib Presiden AS Kamala Harris dan pemimpin lain dari Asean dalam Sidang Kemuncak Khas Asean-AS yang berlangsung selama dua hari mulai Khamis (Jumaat di Malaysia).
Biden akan menghoskan majlis makan malam untuk pemimpin Asean di Rumah Putih pada hari tersebut, diikuti pertemuannya dengan pemimpin Asean di Jabatan Negara AS, tempat sidang kemuncak khas, sehari kemudian.
Sidang kemuncak khas itu menandakan ulang tahun ke-45 hubungan dialog Asean-AS dan sidang kemuncak khas kedua yang dianjurkan oleh presiden AS selepas Barack Obama mengalu-alukan pemimpin rantau tersebut di Sunnylands, California pada Feb 2016.
Ismail Sabri bersama pemimpin Asean juga akan menyertai perbincangan dengan Kamala di Jabatan Negara pada hari Jumaat (waktu tempatan).
Perdana Menteri juga akan bertemu Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo dan Wakil Perdagangan AS, Katherine Tai di Washington pada Khamis.
Ismail Sabri juga dijadualkan bertemu ketua-ketua industri Amerika serta Majlis Perniagaan dan Dewan Perniagaan AS-Asean pada Khamis selain bertemu dengan diaspora Malaysia semasa majlis sambutan Aidilfitri Keluarga Malaysia di pada esok.
- Bernama






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 11-5-2022 11:40 AM

Hebat lg bapa dafi dari muhyiddin dan atok zaman 22 bulan. Dapat jumpa Joe Biden.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 11:47 AM | Show all posts
Urusan kerja bagi memantapkan lagi ekonomi negara...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Joehari bin Biden dan Kamala binti Harris tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kamala masa visit SEA pun tak hadap nak melawat KL.
Sheols singgah Singapork dan negara2 jiran je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 12:03 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 11-5-2022 12:04 PM
kakikuDibibirmu replied at 11-5-2022 11:51 AM
Joehari bin Biden dan Kamala binti Harris tersenyum sinis


Semoga pertemuan Ismail / Biden dapat terus mengukuhkan ekonomi negara.


Malaysia bantu perkukuh ekonomi AS - NajibSeptember 13, 2017 @ 2:40amrl=][/url][url=][/url][url=][/url][url=]14[/url]




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) beramah mesra bersama Presiden Donald Trump selepas membincangkan hubungan strategik antara kedua-dua negara di Rumah Putih hari ini. - Foto BERNAMA

kami memiliki KWSP, dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda," katanya.
Perdana Menteri juga berkata, Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya. - BERNAMA



Dividen tertinggi KWSP bukti pelaburan di Amerika Syarikat bijak - Khairul Azwan
Harits Asyraf Hasnan
Februari 11, 2018 16:47 MYT






Pengumuman pembayaran dividen tertinggi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuktikan pelaburan yang dibuat di Amerika Syarikat satu pelaburan yang bijak.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata ia juga cerminan pentadbiran cemerlang kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kadar dividen yang tinggi saban tahun adalah hasil daripada strategi pelaburan bijak KWSP yang memilih untuk melabur dalam dan luar negara."Ternyata, pilihan KWSP untuk melabur di Amerika Syarikat merupakan antara bukti pelaburan yang bijak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Jelasnya, pelaburan dan perdagangan kini terus berkembang pesat seperti yang dijangka.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 12:12 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 11-5-2022 12:13 PM
hungryhenry replied at 11-5-2022 11:59 AM
Kamala masa visit SEA pun tak hadap nak melawat KL.
Sheols singgah Singapork dan negara2 jiran je

ni namanya terpaksa hadap si mael...dah nama pun sidang kemuncak khas asean-us.takkan nak exclude malaysia pulak khen.jakun je acik porem bandingkan mael blabla yada2 ...ekonomi malaysia konon.akainya... mesyuarat ni nak kuatkan pengaruh us kat belah sini utk menghadap pengaruh china
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 12:27 PM | Show all posts
alesandra replied at 11-5-2022 12:12 PM
ni namanya terpaksa hadap si mael...dah nama pun sidang kemuncak khas asean-us.takkan nak exclude m ...

nak kuat kat pengaruh, kenalah kuatkan ekonomi....
lawan dengan cina yg banyak buat pelaburan dirantau Asean..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2022 12:56 PM | Show all posts
PM tiba di Washington untuk hadiri Sidang Kemuncak Khas Asean-Amerika Syarikat
BERNAMA
ISMAIL Sabri (tengah) tiba di Pangkalan Udara Andrew, Washington D.C untuk lawatan kerja empat hari pada Selasa (Rabu di Malaysia). FOTO BERNAMA
ISMAIL Sabri (tengah) tiba di Pangkalan Udara Andrew, Washington D.C untuk lawatan kerja empat hari pada Selasa (Rabu di Malaysia). FOTO BERNAMA
Washington D.C: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini Selasa (Rabu di Malaysia) untuk lawatan kerja empat hari termasuk pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin Asean.

Perdana Menteri Malaysia tiba di Pangkalan Udara Andrew, di sini, pada 8.16 malam (8.16 pagi Rabu di Malaysia).
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 01:21 PM | Show all posts
rashiman replied at 11-5-2022 12:27 PM
nak kuat kat pengaruh, kenalah kuatkan ekonomi....
lawan dengan cina yg banyak buat pelaburan dira ...

US skrg tgh inflation la ngok...ngencing tak abis2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 01:38 PM | Show all posts
cakap mulayu ke guna bahasa isyarat tuuuu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 11-5-2022 01:38 PM
cakap mulayu ke guna bahasa isyarat tuuuu?


Baru nk komen yg sama....harap2 pak mael guna slideshow powerpoint bhs melayu dpn joe anak bidin
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 11-5-2022 12:27 PM
nak kuat kat pengaruh, kenalah kuatkan ekonomi....
lawan dengan cina yg banyak buat pelaburan dira ...

Berani ke lawan china? Huawei dh psg tracking setiap umah kt malaya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 11-5-2022 02:18 PM
Berani ke lawan china? Huawei dh psg tracking setiap umah kt malaya tersenyum sinis

Rumah yg takde huawei camne plak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 11-5-2022 02:24 PM
Rumah yg takde huawei camne plak?

Samsung tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mael totey x reti ckp bi ke noks
Malu nyehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 03:10 PM | Show all posts
Jumpa tok biden nnti kecek meleis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 11-5-2022 03:35 PM

wajah2 PM kebanggan walauncai..





Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:45 PM | Show all posts

ehh.. cam tau jahh iols pakai samsung.. heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:51 PM | Show all posts
rashiman replied at 11-5-2022 11:47 AM
Urusan kerja bagi memantapkan lagi ekonomi negara...

terbukti bapak dafi
berganda lebih hebat dari najib.

sepatutnya kita lantik dia pm
sblm najib jatuhkan matawang negara
dan bebankan negara dgn hutang 1mdb.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.119947 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list