CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1677|Reply: 22

[Tempatan] Beratur 30 minit demi seekor ayam

[Copy link]
Post time 24-5-2022 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Beratur 30 minit demi seekor ayam

https://www.utusan.com.my/nasion ... t-demi-seekor-ayam/

Oleh DIYANA SURYA ABD Wahab
24 Mei 2022, 8:37 am


KEKURANGAN ayam menyebabkan pembeli perlu beratur sehingga 30 minit untuk mendapatkan bekalan itu di Pasar Besar Kuantan, Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD. WAHAB

KUANTAN: Demi mendapatkan seekor ayam, pelanggan perlu beratur sehingga lebih 30 minit.

Itu terpaksa dilalui pelanggan di Pasar Besar Kuantan di sini, berikutan masalah kekurangan bekalan ayam segar yang meruncing di pasaran ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Razanah Abu Osman, 53, berkata, mahu tidak mahu, dia terpaksa gigih beratur kerana memerlukan ayam mentah untuk kegunaan harian sedangkan ramai mahu membelinya.

“Malah jika harga melambung tinggi pun pembelian ayam tetap juga diteruskan. Walaupun susah mendapatkannya kita terpaksa berdepan masalah ini.

“Cuma diharap pihak kerajaan membuat tindakan sewajarnya dalam menyelesaikannya supaya tidak berlarutan,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Kuantan semalam mendapati, rata-rata peniaga ayam mengalami kesukaran bukan sahaja untuk penjualan kepada pembeli harian malah lebih tertekan berdepan peniaga makanan.

Peniaga ayam, Azizah Omar, 34, berkata, sejak kelmarin dia berdepan dengan masalah kekurangan ayam dan terpaksa membuat catuan bagi membolehkan semua pelanggannya mendapatkan bekalan.

“Kebiasaannya pada hari minggu, pengguna ramai datang ke pasar membeli ayam dan saya boleh jual sehingga 200 ekor namun kali ini agak sedih kerana terpaksa menutup kedai.

“Memandangkan bekalan ayam yang kita dapat kurang daripada jumlahnya, saya hanya menyediakan bekalan ayam kepada peniaga kedai makanan yang sudah membuat tempatan awal di belakang pasar ini.

“Saya terpaksa mencatu 180 ekor ayam yang ada kepada beberapa peniaga kedai makan. Mana yang memerlukan 16 ekor dikurangkan kepada enam ekor manakala pembeli 50 ekor kita boleh bagi antara 10 ke 15 ekor sahaja,” katanya.

Seorang lagi peniaga ayam segar, Mohamad Abdullah, 43, berkata, kekurangan bekalan ayam kerap berlaku namun kali ini dilihat lebih serius.

“Lazimnya apabila berlaku perkara seperti ini, saya mengambil tempahan segera bagi mendapatkan kuantiti yang betul-betul diperlukan.

“Kalau boleh saya nak jual kepada semua pembeli namun dalam keadaan ini lebih memberi keutamaan kepada sekolah, pusat asuhan, tadika dan kedai-kedai makan kerana penggunaan ayam lebih penting dalam urusan mereka,” katanya.

Pengusaha kedai makan, Hafiz Mohd. Anas, 37, ketika ditemui pula berkata, catuan yang dibuat oleh peniaga ayam memberi kesan kepada operasi perniagaannya.

Katanya, hampir kesemua menu daripada hidangan makan pagi hingga masakan panas di sebelah malam melibatkan bahan mentah ayam.

“Sukar bagi saya untuk menjual menu-menu yang ada jika bahan tidak mencukupi kerana ia melibatkan harga hidangan. Ada pelanggan yang faham dengan isu semasa namun ada juga buat-buat tidak faham.

“Saya cuba juga mendapatkan bekalan ayam segar hampir di seluruh Kuantan dan tidak hanya tertumpu di Pasar Besar sahaja tetapi semuanya mengalami nasib yang sama.

“Buat masa ini, kedai saya masih boleh bertahan namun jika kritikal terpaksa juga ditutup buat sementara waktu. Kita juga cuba ubah kepada bahan alternatif lain walaupun permintaannya kurang,” katanya yang menjual hidangan nasi lemak ayam di sini. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 08:49 AM | Show all posts
hypermarket masih mdah diperolehi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
30 minit je? ai sebelum covid beratur lagi lama dari itu. dah la custemer kat depan beli banyak ayam,tukang potong pulak lambat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa tak de ayam ni, mkn le benda lain...yg kau hadap nk beli ayam jugak pehal.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke ada dgr kerajaan hapuskan subsidi kepada penternak ayam tempatan, to make way to kartel utk import ayam dari luar?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 24-5-2022 10:22 AM
Betul ke ada dgr kerajaan hapuskan subsidi kepada penternak ayam tempatan, to make way to kartel utk ...

So penternak ayam tempatan mogok xnak supply ayam..adakah betul?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 10:25 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 24-5-2022 10:06 AM
Masa tak de ayam ni, mkn le benda lain...yg kau hadap nk beli ayam jugak pehal.....

same jgk ms mula lockdown, awl2 pkp
roti gardenia msg2 mencari



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:26 AM | Show all posts
mejaputih replied at 24-5-2022 10:22 AM
Betul ke ada dgr kerajaan hapuskan subsidi kepada penternak ayam tempatan, to make way to kartel utk ...

pak mail kata stop eksport jeyg import pun kena ea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 10:28 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 24-5-2022 10:06 AM
Masa tak de ayam ni, mkn le benda lain...yg kau hadap nk beli ayam jugak pehal.....

Kan...nak seekor je pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 24-5-2022 10:26 AM
pak mail kata stop eksport jeyg import pun kena ea

Ea tu apa chuols
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:08 PM | Show all posts

European Asian



xde lah...more like gestures je
mcm....eh?...but more like...ea???



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 24-5-2022 02:08 PM
European Asian



Oo hahaha..
Tp betul ke sblm2 ni malaysia mana ada pernah import daging ayam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Berpengelaman mengusaha pelihara ayam kampong. Bela ayam sendiri pun terasa macam tak berbaloi. Kos tinggi buat reban dll.Makanan ayam mahal, penat nak jaga kebersihan reban, beri makan,
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Membeli ubat ayam, lampu ayam, pencegah lalat...memang penat. Belum lagi musuh2 spr anjing dan ular.
Rasa nya beratur 30 minit tu tak sepenat menternak ayam
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:21 PM | Show all posts
aku baru balik dari Jaya Grocer dan Aeon
ada je ayam
nk bahagian apa semua ada
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 02:28 PM | Show all posts
Ayam segar je susah kalau di supermarket ada je banyak kelihatannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Last week gi mall..kosong ayamm..dalam sejarah..yg ada ayam yg potong2 bahagian peha kepak bagai tu je.. manaler cukup aku sefamily..ada netz kata takda ayam bela lah ayam.. wah semudah abc je ko sembang
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 04:06 PM | Show all posts
korang2 ni mmg tahap kesabaran sungguh tinggi ya
aku mmg tak la kalo kena berato beli benda
mintak maap
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 04:10 PM | Show all posts
iols beli ayamas aja lepas raya ni..laju sampai grabfood

setakat ni kt pasar belum jejak kaki lg lepas raya.. nampak sgt time romadhon i byk buka kt resto sampai stok fridge ada lg..

karang mlm iols masak ikan bawal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2022 04:44 PM | Show all posts
baru tadi singgah supermarket around lunch time beli juice aku perasan bertimbun aja ayam segar tak laku

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.081123 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list