View: 2373|Reply: 26
|
Beli Pemain, Gaji Tinggi Tapi 'Dikurung Dalam Sangkar' - Sanusi Perli TMJ?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Hal inilah yang meruntuhkan industri bola sepak, tetapi disangkakan satu sumbangan besar. Alangkah peliknya. Sumbangan besar apa kepada siapa?".
Itu 'serangan' terbaharu Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dipercayai ditujukan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan isu penetapan gaji tinggi.
Dalam posting terbaharu Menteri Besar Kedah itu di laman Facebook miliknya, beliau mengakui penetapan gaji tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) hingga menyebabkan banyak kelab terperangkap dengan isu tunggakan gaji ditetapkan sebuah pasukan.
Katanya, kelab berkenaan menawarkan gaji cukup tinggi, namun akhirnya pemain berkenaan lebih banyak duduk di bangku simpanan atau umpama dikurung dalam sangkar.
"Kedah bukan pasukan super kaya yang harus tunduk sahaja kepada gaya gaji elit diset oleh pihak lain yang berkemampuan membeli pemain terbaik pasukan lain untuk dikurung dalam sangkar mereka.
"Setting gaji super elit itu menyebabkan banyak pasukan bersaing menghadapi masalah kewangan yang turut mengheret kerajaan negeri masing-masing dalam kancah kemelut gaji pemain bola sepak.
"Boleh lihat apa sedang terjadi dengan pasukan Seladang (Perak FC), yang berjiran dengan Kedah. Banyak lagi pasukan lain sedang bergelut dengan isu kewangan.
"Hal inilah yang meruntuhkan industri bola sepak tetapi disangkakan satu sumbangan besar. Alangkah peliknya. Sumbangan besar apa kepada siapa?," katanya.
Sebelum ini, kedua-dua tokoh bola sepak tempatan itu bertikam lidah apabila Sanusi mendakwa wujud 'tokong' dalam bola sepak tempatan hingga menyebabkan persaingan Liga M bergerak seolah-olah tidak adil dan berat kepada pasukan tertentu.
Begitupun, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) mencabar Sanusi untuk mendedahkan nama individu yang didakwanya 'tokong' itu.
Bukan itu sahaja, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu mengeluarkan komen bahawa pasukan Kedah tidak memerlukan individu seperti Sanusi kerana beliau tidak mempunyai sebarang sumbangan terhadap bola sepak tanah air, disamping mempersoalkan bagaimana Kedah boleh melepaskan dua pemain, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali ke Sabah.
Sanusi menjawab: "Sabah berkemampuan menawarkan pendapatan dan pengalaman lebih kepada mereka selain memilih berada di bawah kendalian jurulatih yang mereka gemari.
"ertemuan jurulatih dengan pemain dan orang lain sebelum perpindahan itu berlaku pun orang Kedah tahu, tapi itu hak mutlak sebagai pemain dan jurulatih yang menjadi lumrah dalam dunia bola sepak.
"Namun mendakwa mereka berdua itu berpindah kerana 'benci atau marah' dengan seorang orang Kedah, tentulah sukar dibuktikan," katanya.
Di akhir kenyataan Sanusi, beliau sempat mencuit Tunku Ismail dengan bertanya, di manakah di simpannya 'pendrive' lama yang didakwa oleh pemilik JDT wujudnya ketirisan dan rasuah di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, selepas siasatan dalaman dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disahkan tidak wujudnya sebarang aktiviti mencurigakan dalam 'pendrive' itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la player gaji tinggi.. nak duk takuk gaji minima RM1200 je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
loyalty is not cheap...zaman melayu tolong melayu sudah berlalu... |
|
|
|
|
|
|
|
i dah lama fikir strategi TMJ ni... dia kaut semua player bagus, bagi gaji besar lepas tu siapa nak kekal dalam first eleven kena compete, dalam pada masa yang sama jugak... dia dah kurangkan 'ancaman' sebab yang bagus semua dia dah simpan.
jadi bagi yang kejar duit... dia akan ke JDT, bagi yang rasa kualiti permainan dan nak main bola lebih penting dari segalanya depa akan pilih kelab yang mampu beri kedua-duanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 25-5-2022 04:46 PM
Gaji presiden kedah fc berapa? sebelum gaji pemain jadi mahal dulu2 gaji pengawai yang tak main tu dah sentiasa tinggi kan? time kelab tak mampu bayar gaji pemain pun, gaji pegawai jalan je. |
|
|
|
|
|
|
|
apesal dia ni kuat mencapub 2 3 hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
nazurah replied at 25-5-2022 04:30 PM
i dah lama fikir strategi TMJ ni... dia kaut semua player bagus, bagi gaji besar lepas tu siapa nak ...
Ada pro and cons strategi ni. Pada iols utk long term sangat la tak bagus dan iols setuju dgn mb kedah ni dalam hal ni. Tindakan sebegini seakan2 tindakan seorang pengecut dan takut bersaing.
Hanya pandangan peribadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun fikir benda yang sama itulah strategynya
|
|
|
|
|
|
|
|
macam pondan suka main ejek2 |
|
|
|
|
|
|
|
x habis2
ape isu sbnrnya ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringin lagi mcd free kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
ujung2 prestasi bola mesia sendu jah sis. Malu sket kat viet nam. Mesia sibuk gaduh. Choi sangat. Sila kembalikan era Mokhtar Dahari dan yang seangkatan. Kalau tak, baik kambus jah sis. Fokus kat renang, gimrama, badminton, hoki. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan vietnam pun kalah. Rugi je melabur duit banyak2. Bagi duit tu untuk besarkan jalan dan hapuskan tol lagi elok. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda nih berkait dgn ego
TMJ nak JDT main peringkat tertinggi bola sepak Asia iaitu ACL. TMJ sedar selagi nk guna player local saja mmg x ke mana bola kita sbb bakat kita mmg setakat ASean saja. Jadi TMJ aim maksimakan bakat luar (guna player warisan/kacukan dan juga naturalisasi) dgn cari 5 pemain import yg hebat2, serta minimakan penggunaan pemain tempatan. Semua nih memerlukan kos yg tinggi. Sekarang barisan pemain utama JDT adalah 5 pemain import, 3 pemain warisan, serta 3 lagi slot lokal.
Dan dijangka barisan pemain JDT selepas jendela perpindahan kedua nnt adalah 5 import, 4 pemain warisan, dan 3 naturalisasi ( selain Liridon dan De Paula) akan bertambah Gonzalo Cabrerra. DAn Tahun depan sorg lagi naturalisasi iaitu Endrick Dos Santos.
Bayangkan ke mana tempat pemain lokal nnt bila JDT ada pemain2 bukan tempatan :
1. Forestierri
2. Bergson.
3. Natxo
4. Cabrerra
5. Corbin
6. MAtt Davies
7. Endrick Santos
8. Shane
9. Hong Wan
10.Leandro
11. Sumareh
12. Liridon
13. De Paula |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 25-5-2022 08:16 PM
Dengan vietnam pun kalah. Rugi je melabur duit banyak2. Bagi duit tu untuk besarkan jalan dan hapusk ...
err...uols sedar tak siapa vietnam.dan ranking vietnam...
vietnam.siap.bleh cabar jepun lagi wey |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yg Nusi bangkitkan nih adalah barah yg sedang memakan liga M .
Dek ego TMJ, pasukan2 lain terkesan, sedangkan rata2 pasukan x mampu pun nk berbelanja besar nak bersaing, tp kalau x berbelanja liga akan jadi sarkas lah setiap tahun JDT bolot semua piala. Nak x nak masing2 akan berbelanja lebih dari kemampuan, in the end kisah pemain tersangkut gaji akan terus berulang.
|
|
|
|
|
|
|
|
DAri satu segi btol gak tu, dgn Vietnam yg gaji pemain dia jauh lebih murah pun kalah...walaupun mmg btol Vietnam dah jauh tinggalkan kita kalau kita guna all local lah..
For now kalau kita guna local blended dgn pemain kacukan mcm Natxo, Brendan Gan, Matt Davies, Corbin, rasanya kita bleh saingi Vietnam...Tp x best lah sampai 4-5 muka mat saleh nk lawan Nguyen2
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 25-5-2022 11:07 PM
DAri satu segi btol gak tu, dgn Vietnam yg gaji pemain dia jauh lebih murah pun kalah...walaupun m ...
malulah vietnam....player dia rendah2 ja...muka.mcm sabahan..tp boleh celen jepun |
|
|
|
|
|
|
|
RAsanya kita pun bleh saingi Jepun skang nih, provided kita guna full strength laaa...yg mana wajib ada 4 nama nih Natxo, Corbin, Davies, dan Brendan Gan...Xder dorg mmg lauk lah kita even kalau lawan dgn Thailand dan Vietnam |
|
|
|
|
|
|
| |
|