View: 2198|Reply: 24
|
[Dunia]
Suami guru mangsa amukan di Texas meninggal dunia akibat patah hati
[Copy link]
|
|
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga selama 24 tahun sebelum Irma (kiri) maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah Texas. - CNN
Suami guru mangsa amukan di Texas meninggal dunia akibat patah hati
AUSTIN, Texas – Suami kepada guru yang terkorban dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di bandar Uvalde, negeri Texas, meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor stesen penyiaran NBC kelmarin.
Mangsa, Joe Garcia, dipercayai mendapat serangan jantung akibat sindrom patah hati kerana terlalu sedih selepas isteri, Irma Garcia terbunuh bersama 19 pelajarnya pada Selasa lalu.
Irma diangkat sebagai wira apabila bertindak sebagai perisai manusia kepada anak-anak muridnya semasa kejadian, meskipun tidak mampu menahan semua peluru itu daripada mengenai mereka.
Pasangan ini merupakan pasangan kekasih sejak di bangku sekolah dan sudah berkahwin selama 24 tahun.
“Dia baru tiba di rumah selepas menziarah kubur Irma dan berborak dengan ahli keluarga.
“Secara tiba-tiba, dia rebah dan tidak bernyawa. Ahli keluarga cuba memberi bantuan pernafasan atau CPR dengan menekan dada, namun tidak berjaya,” ujar anak saudaranya, John Martinez.
Doktor menyifatkan insiden tersebut berkemungkinan besar disebabkan sindrom patah hati atau dikenali sebagai takotsubo cardiomyopathy.
Ia biasanya berlaku sebagai tindak balas kepada tekanan yang melampau seperti kematian mengejut pasangan.
Tidak seperti orang yang mengalami serangan jantung biasa yang disebabkan oleh arteri tersumbat, orang yang mengalami sindrom patah hati mengeluarkan semburan hormon tekanan yang menghalang jantung mereka daripada mengecut dengan betul.
“Ia adalah kes klasik sindrom patah hati jika dilihat daripada apa yang telah diterangkan oleh ahli keluarga mangsa,”kata Pakar Kardiologi Brigham and Women’s Hospital Boston, Dr. Deepak Bhatt. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -akibat-patah-hati/
|
|
|
|
|
|
|
|
Baiknya cikgu jadi perisai... nangissss |
|
|
|
|
|
|
|
This is too sad… kalau baca kat twitter ada seorang kanak kanak yg terbunuh sebab nak cuba call 911 .. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 27-5-2022 06:52 PM
Sedihnya.. anak2 dia ada tak?
Sayang benar dia kat wife dia sampai camtu sekali patah hatinya, ni baru betul bukannya yg hari2 meratap sedih bini ninggal. Kalau betul teramat cinta ko tak mampu hidup pun tanpa dia.
Gamaknya yg selalu kes meninggal hari yg sama atau sehari selepas pasangan meninggal tu pun sbb camni kan sbb patah hati
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah_ary2 replied at 27-5-2022 06:46 PM
This is too sad… kalau baca kat twitter ada seorang kanak kanak yg terbunuh sebab nak cuba call 911 ...
Texas ni sempadan mexico kan depa panggil belah2 selatan kan.
Tgk rupa murid2 yg ninggal tu mcm latino, cikgu ni laki bini pun mcm belah2 sana gak nama pun garcia. |
|
|
|
|
|
|
|
pasangan Garcia ada 4 org anak
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-5-2022 06:54 PM
Texas ni sempadan mexico kan depa panggil belah2 selatan kan.
Tgk rupa murid2 yg ninggal tu mcm l ...
Haah ramai yg memang ala ala latino. Cikgu cikgu yg terkorban tue pun nampak and namanya memang sound like latino. Sedih baca berita pasal Texas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah_ary2 replied at 27-5-2022 10:46 AM
This is too sad… kalau baca kat twitter ada seorang kanak kanak yg terbunuh sebab nak cuba call 911 ...
Yeap, budak perempuan umur 10 tahun. Bangsat tu perasan then tembak dia. Majoriti budak perempuan / cikgu perempuan yang jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah_ary2 replied at 27-5-2022 11:00 AM
Haah ramai yg memang ala ala latino. Cikgu cikgu yg terkorban tue pun nampak and namanya memang so ...
Memang komuniti Latino. Pembunuh tu sendiri bukan kokesen red neck. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-5-2022 10:50 AM
Sedihnya.. anak2 dia ada tak?
Sayang benar dia kat wife dia sampai camtu sekali patah hatinya, ni ba ...
Tengok la dah berapa lama mereka menikah. |
|
|
|
|
|
|
|
bangsat pengecut mampu tembak budak2 sekolah rendah ja. Plus polis yg sama mcm bangsat juga. Ada terbaca satu tu polis suruh budak jerit help, bila budak tu jerit of course si bangsat tu discover tempat persembunyian dia and terus tembak.
Another one budak 11 tahun lumur diri dia dgn darah kawan dia and pretend mati for almost an hour. Dah mcm dalam perang dah.
Bangsat punya shooter |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 27-5-2022 06:55 PM
pasangan Garcia ada 4 org anak
Yatim piatu dah anak4 dia, semoga dorang tabah dan kuatlah, mak ayah dorang mesti orang yg baik2.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 27-5-2022 07:20 PM
Tengok la dah berapa lama mereka menikah.
Yela dah lama tapi kiranya perkahwinan dorang pun maybe bahagia dan harmoni.
Lagipun tak silap iols latino ni biasanya alim2 kan
|
|
|
|
|
|
|
|
True love la ni..kesian kt anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma replied at 27-5-2022 11:30 AM
bangsat pengecut mampu tembak budak2 sekolah rendah ja. Plus polis yg sama mcm bangsat juga. Ada ter ...
Kes kat Buffalo awal bulan ni pun sama banyak kontroversi, seperti dispatcher yang letak fon bila mangsa @ pekerja shopping mall call 911 cuba mintak bantuan. Hapooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-5-2022 11:35 AM
Yela dah lama tapi kiranya perkahwinan dorang pun maybe bahagia dan harmoni.
Lagipun tak silap iol ...
Idok la alim tapi church-goer la. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap pelosi shit ones pants biden too |
|
|
|
|
|
|
|
Ini benar-benar hingga hujung nyawa |
|
|
|
|
|
|
| |
|