CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3649|Reply: 47

"Air Telaga Penawar Penyakit,"- Lelaki Dakwa Jumpa Gua Bentuk Naga, Naik Tangga Bunian Di Gunung Jerai

[Copy link]
Post time 30-5-2022 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Laporan mengenai aktiviti syirik yang dilakukan di Gunung Jerai, Kedah hangat menjadi perdebatan sejak beberapa hari lalu.


Malah, beberapa video memaparkan ritual amalan khurafat yang dipercayai dilakukan di atas Gunung Jerai turut tular menerusi aplikasi TikTok.


Terbaharu, seorang pemuda yang berkongsi video sedang mengambil air menggunakan botol plastik di sebuah perigi di gunung itu turut menjadi perhatian netizen.


Foto: Tiktok




"Time ni kami ambil air telaga Tok Sheikh, rasa lain sangat air dia dan dikatakan air ini sebagai penawar segala penyakit.


"Waktu Maghrib kami berjalan menuju ke air terjun yang guanya berbentuk naga. Dikhabarkan tempat tersebut adalah puteri bunian dan nenek kebayan mandi.


"Terjumpa pacat tak tahu mana dia datang. Besar sungguh pacat dia. Lepas Maghrib selepas kami mandi dan solat terus berjalan menuju jalan pulang dengan menaiki tangga bunian.


"Dan akhirnya kami selamat sampai juga. Alhamdulillah," ujarnya pada video tersebut.







Video yang dikongsi menerusi TikTok sejak sehari lalu meraih lebih 22,000 tontonan.


Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen yang bertelagah mengenai perbuatan berkenaan.


"Yang menyembuhkan segala penyakit itu Allah bang, betulkan tauhid kita dulu, ini ikhtiar sahaja.


"Ada pula percaya air tu jadi penawar segala penyakit. Islam tak ajar umat dia jadi macam tu pun. Khurafat dan syirik kalau percaya macam tu.


"Tak boleh percaya air tu pengubat segala penyakit. Allahu, zaman sekarang.


"Hmm jangan buat benda pelik-pelik," tulis beberapa netizen.







Dalam pada itu, semakan mStar mendapati pemilik video telah memohon maaf dan mengakui tidak berniat untuk melakukan perbuatan syirik di gunung berkenaan.


"Sebelum tu, ingin memohon maaf ya dekat hampa. Tiada niat pun nak buat benda syirik. Apa-apa pun berserah pada Allah, Dia maha mengetahui," tulisnya di ruangan komen pada Isnin tengah hari.


Terdahulu, mStar pada Ahad melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) sedang menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan ritual amalan khurafat yang dipercayai dilakukan di atas Gunung Jerai.







"JHEAIK amat memandang berat dan sedang menyiasat aduan tersebut mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam," ujar Pengarah JHEAIK, Datuk Mohd Yusri Md Daud.


Mohd Yusri berkata, jika sabit kesalahan, Seksyen 4 memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.







Tambahnya, Seksyen 7 Enakmen yang sama memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla orang2 ni sembah BERHALA lagi baik bak kata vokuro...

Ada ke air telaga ni yg menyembuhkan penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 06:41 PM | Show all posts
bukan dah lama ke gunung jerai nih, jadi tempat bertapa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 06:49 PM | Show all posts
bukan stakat gunung jerai je gunung ledang pon sama, pernah skali i terserempak segerombolan manusia siap pakai baju pendekar mcm hang tuah tu bertanjak bagai siap keris, yg perempuan pula siap berkebaya mcm dayang istana siap ada bunga putih kat sanggul, igt ada shooting ke apa skali tgk ehh siap ada ayam golek pulut kuning kuah kari bagai tgh menuju naik ke kolam puteri
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
“The greatest trick the devil ever played was convincing the world that he did not exist.”
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Da kantoi terus ckp xde niat. Mende. Kalau yakin sgt dgn yg dibawa tu, mengaku je la terus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh rawat SEGALA penyakit??cer bg minum air tu kat pesakit covid,kanser nk tgk buleh sembuh ke dak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Brader tu mmg bodoh ke apa? Pacat dlm hutan tu normal lah nk pelik apa duk kata tetiba muncul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti geng sama yg mana asal komen je mesti nak petik al quran & hadis
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 10:17 PM | Show all posts
kuasa syifa'atau penyembuhan tu hanya da pada ALLAH WT, waima anti biotics, an ti virus, vaccine etc. air tu tak ade kuasa, ia makhluk. so tolong jgn syirik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa budak2 tik tok ni jer sebok mandi minum kata air tu mujarab. Biasa orang pergi sana bukan pasal air tu. Air tu buat ambik sembahyang jer. Ada bekas masjid lama atas tu. Tak salah yang bukak sahabat nabi ke tabi'in.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu kecoh orang2 yang mengaku kerabat dok buat ritual kat kaki gunung. Bersungguh buat pertabalan Raja segala Raja kat situ, nak membuktikan memang keturunan raja gak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulis sume tgh ada trip oversea..so sementara waktu ni korg santai2 la dlu ok...layan tiktok budak2 br nk up
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Rase diorg ade kem motibasi kot erk atas tuh…pastu sj claim air mujarab…bole la ubat sakit kanser and hiv
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha,  makin panas isu gunung jerai ni.... Lagi panas dari isu kononnya ada pembalakan yg sebabkan banjir tu...

Tp ni mmg dh melampau,  mcm nk buat seolah2 Gunung Jerai tu tempat suci yg harus dilawati plak dh.... Aduiiii

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Marah nnt kata kita wahabi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2022 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 31-5-2022 02:27 AM
Hahahaha,  makin panas isu gunung jerai ni.... Lagi panas dari isu kononnya ada pembalakan yg sebabk ...

Pnh naik dak

Btw awat depa jd lagu ni
Mcm dh lm amalan ni
Lg 1 yg die sebut makam tu
Kena pi kaji tgk is it true
Pihak berwajib kena siasat aktiviti depa ni


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 30-5-2022 06:49 PM
bukan stakat gunung jerai je gunung ledang pon sama, pernah skali i terserempak segerombolan manusia ...

Yup
I heard that too
Gunung ledang tu lg lah
Mitos nenek kebayan bagai
Ala mcm wtk pgl tu lh
Jd penunggu gunung
Kononnya ada keramat

Eeee simpang....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah jadinya bila bljr agama duk sulam mnde2 penglipurlara. Jgnlah jd mcm belah2 india tu duk mntk syafaat kt kuburlah apa. Btw tak takut plk dia naik mghrib2 ats gunung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
puak2 ni la punca segala tempat bersejarah di mekah madinah kena katup dgn kerajaan arab saudi..pantang ada kesempatan..mula la nak berkurafat..lepas tu salahkan wahabi..padahal dia yg babi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 1.195490 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list