CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2835|Reply: 54

[Tempatan] Jeng..jeng..jeng.. Nak subsidi bayarlah GST!

[Copy link]
Post time 31-5-2022 09:14 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Selain itu, katanya lagi, sistem pencukaian tersebut dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya lagi.

Ismail Sabri dilaporkan sebagai berkata, beliau sedar tentang persepsi negatif mengenai GST, tetapi kerajaan sudah tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini.

Beliau berkata, dalam usaha mengembalikan GST, kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran tentang sudut positif GST serta sistem pengutipan cukai yang lebih telus.

Katanya lagi, kerajaan juga akan memastikan kadar GST yang akan diperkenalkan semula, tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.

Selain itu Ismail Sabri berkata, kerajaan ketika ini juga sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi dengan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan menengah.

“Sebuah pelan komprehensif akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya lagi.

Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2022 09:32 PM | Show all posts
tahniah semuaaa

gst untuk kesejahtraan bershama shama

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 11:25 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 31-5-2022 01:32 PM
tahniah semuaaa

gst untuk kesejahtraan bershama shama

Malayaia the only one country
ada cukai pastu tukar kerajaan pastu remove ganti cukai pastu tukar kerajaan pastu cukai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu apa jadi dgn sistem percukaian ISLAM?

kenapa menteri PAS dh jadi setan bisu dlm kabinet?

Kenapa x propose sistem percukaian Islam yg diperjuangkan dlm manifesto GS sblom ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 11:48 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 31-5-2022 09:32 PM
tahniah semuaaa

gst untuk kesejahtraan bershama shama

Amende.. orang atas semua dapat free mana bayo GST pun nett zero dapat gaji semua transfer ASB Tabung Haji Cayman British Virgin Island gitu hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2022 11:53 PM | Show all posts
axl_bach replied at 31-5-2022 11:44 PM
Dah tu apa jadi dgn sistem percukaian ISLAM?

kenapa menteri PAS dh jadi setan bisu dlm kabinet?

Sistem cukai Isle apa ada?? jizyah aka cukai kepala & kharaj - cukai tanah kaa apa kaa?? kira orang kapir jer laa kena bayaq untuk negara  ..

ikot percukaian Isle yang sebenaq, mampos negara zaman moden ni nak survive.. hatta kerajaan kaa empire Isle zaman lama pun terpaksa maintain population orang kapir dek kerna mahu kenakan jizyah ka kharaj ka apa kaa demi sumber kewangan negara..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 boleh la hasut rakyat pasal GST ni

Sekarang rakyat majoriti dah paham kebaikan GST terutamanya orang melayu dan tak ditipu lagi oleh DAP
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 31-5-2022 11:53 PM
Sistem cukai Isle apa ada?? jizyah aka cukai kepala & kharaj - cukai tanah kaa apa kaa?? kira oran ...

Cukai dalam Islam mengikut konsep zakat
April 11, 2018

KUANTAN: Zakat adalah konsep percukaian dalam Islam, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menjelaskan bahawa cukai di dalam Islam diambil daripada mereka yang kaya sahaja dan diagihkan kepada yang memerlukan bersandarkan kepada hadis.

“Paderi, sami yang tak dak kerja tak ada cukai. Peniaga ada cukai, petani hasil pertanian ada cukai, rukun hidup tak kena cukai, hotel ada cukai, rumah sewa kena cukai,” katanya pada Majlis Amanat Pilihan Raya Negeri Pahang, malam tadi.

Beliau juga menyentuh tentang negara berkebajikan, antaranya termasuklah rawatan, belajar dan pengajian secara percuma.

“Tak ada lagi PTPTN,” ujar beliau dalamenerangkan berkaitan negara berkebajikan.

Manifesto PAS meletakkan 9 teras dengan 20 tawaran utama yang mana antaranya adalah menghapuskan cukai GST, melupuskan hutang-hutang peminjam PTPTN yang sedia ada dan mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program untuk memperkasa golongan miskin bandar dan luar bandar. – HARAKAHDAILY 11/4/2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 12:07 AM | Show all posts
Edited by silencekiller at 1-6-2022 12:10 AM
axl_bach replied at 1-6-2022 12:01 AM
Cukai dalam Islam mengikut konsep zakat
April 11, 2018

Ikot konsep Isle.. dok kutip zakat jaa.. mana mai hasil untuk negara? punya cetek pikiaq Hadi Bawang.... awat dia dah habaq pasai jizyah & kharaj ka apa kaa..

lain2 cukai tu tadak dalam Isle pun... mungkin Isle versi lobai2 hamPAS jer laa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 1-6-2022 12:07 AM
Ikot konsep Isle.. dok kutip zakat jaa.. mana mai hasil untuk negara? punya cetek pikiaq Hadi Bawan ...


Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS)

MANIFESTO PAS : Hapus GST Ganti dengan Cukai Orang Kaya Ikut Model Zakat
11/04/2018 7088


Rabu, 11 April 2018 | 24 Rejab 1439H

Oleh :
Ustaz Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
AJK Kerja PAS Pusat

1. GST yang dikenakan berdasarkan perbelanjaan adalah cukai zalim yang mesti dihapuskan. Ia menambah pendapatan negara dengan cara yang salah, mengcekik 6% pemilikan dari poket rakyat termasuk golongan miskin dan menyebabkan kenaikan harga barang.

2. Alternatif yang dikemukakan oleh PAS ialah cukai terhadap pemilikan orang kaya sebagaimana model zakat Islam terhadap pegangan saham di Bursa Malaysia dan simpanan korporat dengan dikenakan cukai 2.5% apabila cukup tempoh setahun pemilikan dan melepasi nisab nilai harta RM17,500. Cukai ini adalah hak milik rakyat miskin pada pemilikan golongan kaya.

3. Nilai pegangan saham di Bursa Malaysia ialah RM1.9 trilion untuk Disember 2017. Pada kadar cukai serendah 2.5% ini sahaja pun, Kerajaan boleh mendapat hasil sebanyak RM47.5 bilion; melepasi jumlah kutipan GST pada tahun 2017 yang hanya berjumlah RM44 bilion sahaja.

4. Simpanan rakyat Malaysia di bank pula untuk 2017 ialah RM1.7 trilion berbanding 2015 sebanyak RM1.66 trilion. Dengan anggaran RM500 bilion dimiliki oleh korporat, jika dikenakan cukai 2.5% mengikut model zakat Islam terhadap wang simpanan apabila cukup tempoh setahun dan melepasi nisab RM17,500, maka Kerajaan boleh mendapat hasil sebanyak RM12.5 bilion. Menjadikan jumlah keseluruhan pendapatan negara dari kedua-dua sistem cukai alternatif ini ialah RM60 bilion bagi 2017.

5. Sebenarnya, inilah nilai pendapatan yang hilang akibat Kerajaan gagal mengenakan cukai kepada pemilikan harta orang kaya menurut model zakat dan sistem ekonomi Islam yang menjadi hak milik rakyat marhaen.

6. PAS mengemukakan manifesto yang sangat praktikal menurut kaedah ekonomi Islam. Apabila sistem ekonomi Islam diterima pakai, rakyat dan negara mendapat manfaat dan keadilan.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sistem percukaian PAS sgt praktikal kununnya.... Tp bila dlm kabinet x berani nk cadang utk dilaksana
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kenakan GST dah tak boleh complain 'B40 tak bayar cukai macam M40 T20'
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 08:15 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 31-5-2022 11:48 PM
Amende.. orang atas semua dapat free mana bayo GST pun nett zero dapat gaji semua transfer ASB Tabu ...

semua tu dlm konteks ni.. kita2 le. umah kepam ucuk2 ... hat atas2  termasuk geng payung kunin sedari zaman batu kebal namatey
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 08:38 AM | Show all posts
GST ni ada bagusnya, tapi nak laksana sekarang memang mengundang kecaman makian rakyat laa..

dengan harga barang naik, bila implement GST lagi berganda naik...

tambah2 kalau kerajaan tak telus laksana macam dlu, rebat sepatutnya bayar tak bayar sampai ke sudah pihak industri merayu merangkak mintak...tu pun baru bayar sikit
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.sekarang pendatang haram pon kena bayar cukai.kalau tak semua subsidi diaorang rembat
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah...gst implement semua benda kecuali brg asas. Yg sekarang kan ada sst..value pun 16% juga, apalah sgt. Lain le klau lps gat, mmg xde lsg dah tax ni. Gst gov dpt duit, peniaga mmg kena byr gst tu n mmg xleh lari. N rakyat boleh buat report pun klau rasa harga barang tu naik, akta pencatutan, mmg kompei xsuka ni, sbb jenuh nak clarify n submit bukti kat gov.sst byk kemungkinan gov xdpt duit tu..msk acc kompeni tu je sbb kompeni x byr tax.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 1-6-2022 08:38 AM
GST ni ada bagusnya, tapi nak laksana sekarang memang mengundang kecaman makian rakyat laa..

dengan ...

Tak bayar time tukar gst ke sst kan? Sebelum2 tu ok je. Time peralihan tu terus tutup dept gst kat kastam tu. Haywire jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wirazam at 1-6-2022 09:10 AM
testly replied at 1-6-2022 09:02 AM
Alah...gst implement semua benda kecuali brg asas. Yg sekarang kan ada sst..value pun 16% juga, apal ...


Gst Tu peniaga caj kat customer...beli skru 5 biji pun kena gst...
Satu lagi..in term penguatkuasa oleh pihak berkuasa, so far aii kureng percaya sikit...
Pasti harga akan naik bila gst diintroduce balik..
Yg dulu dulu pun, hasil kutipan gst Tu diaorg buat pe? Public transport masih mcm tu jugak...
Pak politician yg bermewah mewahh
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 09:08 AM | Show all posts
Untuk yang tiada sebarang urusan penting di luar rumah, sila dengar lagu ini



Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 09:12 AM | Show all posts
wirazam replied at 1-6-2022 09:08 AM
Gst Tu peniaga caj kat customer...beli skru 5 biji pun kena gst...
Satu lagi..in term penguat ...

SST pun caj kat customer jugak....cuma tak nampak atau tak ditunjukkan aje...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.314739 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list