CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2379|Reply: 22

Impian Nak Mancung Macam Artis K-Pop, Hidung Mak Nyah Jadi Senget Dan Bengkok

[Copy link]
Post time 1-6-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Idamkan fizikal hidung tegak mancung serta tirus persis artis K-Pop.


Malangnya impian seorang mak nyah 'jelita' bertukar derita apabila pembedahan haram dilakukan menyebabkan hidungnya menjadi senget dan bengkok.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss L, 31, memberitahu mula tertarik untuk mencantikkan hidungnya selepas melihat iklan rawatan di media sosial Facebook pada Mac lalu.




Foto: Harian Metro




Menurutnya, sebuah pusat rawatan kecantikan terletak di Kepong di sini, menawarkan rawatan pembedahan plastik dan kecantikan dikendalikan 'pakar' dibawa dari China.


"Tanpa berfikir panjang dan membuat penyelidikan lanjut, saya segera menghubungi pusat kecantikan itu pada 8 Mac lalu sebelum membayar tempahan rawatan sebanyak RM150.


"Saya kemudian membuat bayaran tambahan sebanyak RM6,666 pada 22 Mac lalu diikuti bayaran ketiga sebanyak RM6,800 selepas pembedahan rhinoplasty selesai dilakukan pada 27 Mac," katanya.


Menurutnya, pembedahan itu dilakukan seorang lelaki warganegara China berusia sekitar 30-an dan mendakwa pakar dalam bidang itu.


"Saya menjangkakan tiada masalah akan timbul selepas prosedur pembedahan itu selesai dilakukan. Namun masalah muncul 16 hari kemudian apabila saya mula berasa pelik dengan kedudukan hidung yang senget ke arah kanan.


"Malah terdapat bengkak ketara pada bahagian kiri hidung selain lubang hidung saya memiliki saiz berbeza. Lubang hidung sebelah kiri lebih besar berbanding di sebelah kanan," katanya yang bekerja sebagai pendandan rambut.


Menurutnya, dia kemudian segera pergi ke pusat kecantikan itu untuk mendapatkan penjelasan.


"Namun saya terkejut apabila 'doktor' itu mendakwa hidung saya amat cantik dan memujinya berulangkali. Malah dia seolah-olah enggan bertanggungjawab dan hanya mahu memulangkan separuh dari wang dibayar sebelum ini.


"Susulan itu saja segera mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum doktor pakar memaklumkan ramai mangsa yang turut mengalami nasib sama akibat rawatan pusat kecantikan tidak berdaftar," katanya selepas membuat aduan di Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA semalam.


Sementara itu Ketua Biro berkenaan, Datuk Seri Michael Chong memaklumkan mangsa turut kehilangan deria bau kesan rawatan kecantikan dilakukan itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
I want close up pictures..maybe bg pakar tu da cukup cantik la..beauty is in the eye of the beholder gituh hahahaah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tak memasal, dah senget pandai pulak pergi hospital besar ye, dr pakar pun tak boleh nak tlg benda dah jadi
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila xreti bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu je aku nak cakap… padan muka… tak bersyukur… dari hidung elok2 dan jadi senget…
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:20 PM | Show all posts
pic yg michael pegang tu versi asli ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 02:26 PM | Show all posts
Bila hidup semata2 nak pujian mcm ni le jadinya cuolls
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak memasal je hilang deria bau sekali...terima je hakikat dh mcm tu rupa kte..xpyh la cari masalah.. satu kerja plak nk cari pakar lain nak baiki..[em:12:]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cantik sangat la hidung tu! Entah apa yg dia cari ntah?!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:37 PM | Show all posts
nak tanya artis kpop mmg hidung diaorg originally mancung ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 02:54 PM | Show all posts
"Tanpa berfikir panjang dan membuat penyelidikan lanjut.."

Kat sini pun dah mengaku salah sendiri. Tak payahlah excited sangat bersaing sesama nyah dah tentu2 semua palsu belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 03:01 PM | Show all posts
Elok nak jimat guna perkhidmatan dari situ langsung kos jadi meningkat.  Kalau dapatkan khidmat yang benar2 pakar pertauliah pasti tak jadi macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 03:27 PM | Show all posts
ada gmbar seblm dan selepas di bedah tak..??
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 1-6-2022 03:27 PM
ada gmbar seblm dan selepas di bedah tak..??

Sape kenal?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa susah edit lah blk guna filter kt phone
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 1-6-2022 02:37 PM
nak tanya artis kpop mmg hidung diaorg originally mancung ke

Operate semua tu. Operate muka, mata, hidung, rahang, mulut, bibir, gigi, pipi...semua lah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cash!! ada hidung normal ciptaan tuhan ko nak yg buatan manusia, last2 makin buruk
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mampu byr sampai byk tu pegi je lah kt doktor pakar ...haiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 1-6-2022 02:37 PM
nak tanya artis kpop mmg hidung diaorg originally mancung ke

Aku pegi Tokyo & Seoul serentak jaman tarak K-poop 1992 dulu so aku terkejut nampak orang Korea sume burok2 tak macam Jepun.  Honest to god.  Aku balek itu je aku cakap kat mak aku.  "Orang Korea burok features dorang tak macam Jepun.  Kesian.."

Sebab tu la dorang berazam nak kuasai donia plastik sejeri..  
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2022 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 1-6-2022 07:29 PM
Aku pegi Tokyo & Seoul serentak jaman tarak K-poop 1992 dulu so aku terkejut nampak orang Korea su ...

Serious la kaka?? Kejamnya chuolss ngata korean begitu sekali. Tapi serious la muka dieorg buruk yg amat? Contoh la kan.. mcm yg kawin dgn malaysian tu muka dia ori kan.. mmg nampak tak lawa. I taknak sebut nama dia tp chuolss mesti tau kan sapa dia..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.091889 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list