View: 2161|Reply: 23
|
Warga Emas Berbasikal Di Jalan New Zealand Malaysia Maut Dilanggar Kereta
[Copy link]
|
|
NILAI - Seorang penunggang basikal maut selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Temiang-Pantai di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu ialah lelaki berusia 72 tahun.
Foto: Sinar Harian
"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 26 tahun telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar basikal ditunggang mangsa di bahu kiri jalan.
"Ketika itu Perodua Axia terbabit dipandu dari Jalan Pantai menghala ke Kajang, Selangor," katanya kepada media pada Rabu.
Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bagaimanapun katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"olis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan," katanya.-CARI
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Start dari kes ni...kerajaan negeri dah boleh ambil serius ttg ni...lebuhraya kut...ko ingat ni taman rekreasi? So sapa2 yg stop kereta/ motor/ berpiknik tepi jln atau berbasikal lenggang kangkong boleh disaman 10k atau dipenjara... |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 2-6-2022 02:39 PM
Start dari kes ni...kerajaan negeri dah boleh ambil serius ttg ni...lebuhraya kut...ko ingat ni tama ...
Banyak penunggang basikal otak sengaja ditinggalkan kat rumah. Jalan busy yg sempit satu lane pagi2 orang nak pegi keje, hantar anak sekolah, dia sibuk nak mengayuh kat situ. Harapan aku agar puak begini pupus cepat. |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang kawalan ni subjectivela....
Tp yg ralat nya.. Terbabas langgar pakcik ni... Helok terbabas betul2x terkene pakcik ni... Ayat fishy sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 2-6-2022 02:43 PM
Banyak penunggang basikal otak sengaja ditinggalkan kat rumah. Jalan busy yg sempit satu lane pagi ...
Akak pernah lalu jln konon2 New Zealand ni waktu nk pi n9....mmg x sesuai pun depa stop tepi jln ni...kenderaan laju2...yela dah mmg jln raya.. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan sana berbukit
tgh laju terkejut gaknya nampak orang
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian penunggang basikal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Leka berphoto lihat pemandangan sampai tak perasan orang dah mendekat mau tak kemalangan. Sebab elok jalan diviralkan tempat2 macam ni. Kena yang jenis leka hayal hidup dalam dunianya aje jadi ler macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Letaklah bumper setiap 10m kt jalan tu...barulah takde sapa nk speeding |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 2-6-2022 02:48 PM
Akak pernah lalu jln konon2 New Zealand ni waktu nk pi n9....mmg x sesuai pun depa stop tepi jln n ...
Sy selalu lalu situ. Agak bahaya walaupun bahu jalan luas & kereta tak busy. Eh kalau dah menunggang basikal tu, kat mana2 pun bahaya lah. Sebab jalan tu bukan dibuat untuk rekreasi basikal. |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 2-6-2022 03:14 PM
Leka berphoto lihat pemandangan sampai tak perasan orang dah mendekat mau tak kemalangan. Sebab elo ...
Eloknya mamat motor besar yg kurang ajar tu yg kena lanyak. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg aku fahami drp artikel kt atas...keta wanita tu...hilang kawalan..terbabas dan melanggar rentua tu... |
|
|
|
|
|
|
|
pasang je CCTV macam kat highway tu. lagi bagus pasang speaker besar. Nampak je berkumpul sergah kat malaun2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan raya status highway boleh ka berbasikal
Kat Penang ni pun kena perambat dgn polis kalau berbasikal kat highway.. Penang driver dah la bawak kereta mcm nk ke Alam barzah..xpedulik org..seram ooo drive kat Penang |
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan istilah lebuhraya atau highway di Malaysia ni agak bercelaru sikit.
In English speaking countries, highway simply means a long route consisting of various roads of many sizes connecting two destinations. Justru highway boleh membelah pekan2 kecil dgn traffic lights bagai. Kalau macam Plus highway tu depa panggil freeway or expressway. Kat sini semua kita panggil highway.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi pandangan peribadi saya, mungkin atok ni salah kerana berbasikal di highway yang mana sepatutnya hanya di khaskan kepada kenderaan bermotor sahaja? Tetapi juga saya salahkan setengah sikap pemandu yang selalu lalai, pentingkan diri sendiri, kurangnya pengelaman dan sikap aku lebih berhak di atas jalan raya kerana kenderaan aku lebih besar dari kau dan tiadanya sikap bertimbang rasa sesama pengunaan jalanraya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik ini usianya 72 tahun.
Masih gagah berbasikal sendiri tanpa pemantauan keluarga.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang kawalan sbb sibuk rakam pemandangan ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
Denda aje seribu sapa berbasikal atau berjalan atau stop bergambar di highway tak kira mana |
|
|
|
|
|
|
| |
|