View: 2469|Reply: 29
|
[Tempatan]
'Tiada apa nak dimalukan, asalkan ia halal'- Hamid Bador
[Copy link]
|
|
'Tiada apa nak dimalukan, asalkan ia halal'- Hamid Bador
HAMID di kebun sayurnya di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.
Kuala Lumpur: "Tiada apa yang perlu dimalukan apa yang kita buat asalkan ia halal dan tidak salah," demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, ketika mengulas gambarnya yang tular kononnya sedang menjual sayur-sayuran.
Abdul Hamid berkata, setiap insan tidak perlu berasa malu dan segan dengan apa juga bidang perniagaan dan kerja yang dilakukan termasuk menjual sayur-sayuran di tepi jalan atau di pasar.
Terdahulu beliau mengulas dakwaan gambarnya yang tersebar dalam laman sosial dengan duduk di sebuah gerai menjual sayur-sayuran dengan memegang buku nota dan pen.
"Gambar itu adalah gambar lama semasa saya bergambar bersama rakan saya di gerainya suatu masa dahulu.
"Saya melawat gerai kawan baik saya dan secara kebetulan ada individu yang lalu-lalang mengambil gambar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Hamid berkata, rakannya yang berniaga sayur, daging dan ikan sebelum itu pernah menjual hasil tanaman dari ladangnya.
"Gambar yang tular itu bukan satu isu besar kerana pada masa ini saya sedang menikmati kehidupan sehari-hari sebagai seorang pesara kerajaan dan saya bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan ia halal dan tidak melanggar undang-undang.
"Sejujurnya sebelum ini saya mempunyai pengalaman menjual sayur-sayuran dari ladang saya di pasar serta pasar mini di Seremban, Rembau dan Kajang dan tiada apa yang perlu dimalukan pun," katanya.
Ahad lalu, seorang pengguna Twitter, Mohamad Yusof Yahya memuat naik gambar menunjukkan Abdul Hamid di hadapan sebuah gerai menjual sayur.
Yusof memuji sikap rendah diri dan keberanian bekas pemimpin tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kerana tidak segan silu menjual sayur di pasar.
Dalam ciapannya, Yusof berkata 'adakah orang lain akan berani dan tidak malu untuk melakukan perkara sama seperti Hamid? Dia langsung tidak malu. Salute to you," katanya.
Yusof juga dalam ciapan lainnya turut menyatakan Abdul Hamid akan duduk minum bersama penduduk di pekan kecil di Lubuk China, Negeri Sembilan, sekali gus menunjukkan dirinya dihormati dan diterima orang ramai.
"Beliau peramah sama seperti masyarakat lain sehinggakan dia sangat disenangi oleh orang sekeliling," katanya.
Sebelum ini, Abdul Hamid, semasa masih menjawat jawatan Ketua Polis Negara, pernah menyatakan rasa cintanya pada bidang pertanian termasuk bercucuk tanam selepas sekali gus melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan badan.
Abdul Hamid pada masa itu tidak sabar untuk menunggu waktu persaraannya pada Mei tahun lalu, sebelum terus menumpukan sepenuh perhatian pada bidang pertanian di kediamannya di Kampung Panchang, Rembau, Negeri Sembilan.
"Kini sepenuh masa saya boleh bertani, percayalah ia adalah satu perkara yang mendamaikan.
"Saya ambil kesempatan ini untuk menggalakkan semua orang mempelajari asas pertanian kerana ia membina stamina dan mengekalkan minda segar. Ia sangat bermanfaat," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-halal-hamid-bador
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambil buka ladang sambil risik kalau ada yg tanam ganja dlm hutan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je dah pencen buat kebun tak ada yang peliknya |
|
|
|
|
|
|
|
dia tanam sayur pon bukan sebab miskin kot..bersara sbg ketua polis, duit pencen berlambak dah.. paling koman turus |
|
|
|
|
|
|
|
tanam sayur best oiii,malangnya sayur aku kering sbb panaih lit-lit
tengah semai benih baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk dlm gmbr mcm pakcik2 kg je ha
Btw background die tu pokok ape ye |
|
|
|
|
|
|
|
Tanam sayur jual pasar pun tapi tan sri berduit berpencen bulan2...kita yg ngadap porem ni ada ke....ooppss... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau umur panjang, teringin juga berkebun macam ni. Berbudi pada tanah ni lebih untung. Tanah yang ada sekarang tak cukup luas, masih cari kawasan lagi sambil sambil kumpul modal. |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah dari jadi bod genting.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn kecewa. Setiap orang tu tetap ada rezekinya, cuma banyak atau sedikit jadi cabaran bagi seseorang untuk mencukupkannya. Tapi bak kata orang2 tua, biar sedikit tapi berkat kerana itu lebih selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Turus memang confirmla kot KPN.. tatau turus 1 atau 2 je..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak malu apa...tgk la kebun dia tu bkn sekangkang kera blkg umah |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah berbakti pada tanah. Imam sudah lama pulang ke kampong mengusahakan tanah pusaka dengan pelbagai tanaman serta menternak ayam & itik.. tapi bukan kerja mudah, hanya orang berjiwa kental lagi waja yang mampu.. Imam berharap lebih ramai orang Malaysia pulang ke kampong dan usahakan tanah pusaka dari terbiar sepi .. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ChildrenOfBodom at 8-6-2022 10:12 PM
hampa kena read between the lines kat para 1 artikel nie, mesej yg double edged sword. satu habaq kata takyah malu tanam sayoq, satu lg janji halal ..nk bg setepek kt bekas duta yg lepas pencen tanam ganja ler tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
samada peria or petola meols rasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni sebelum dia jd ketua polis, dia kan pengarah ke timbalan pengarah kt bukit aman.. Lepas dia cuit psl 1mdb,terus pencen... Kedian mmg dia tanam sayur sayuran pun..kebun kt negeri sembilan
Dia ada cerita dia bawa lori sayur, ada polis tahan....polis tu tak kenal yg dia bekas polis.., cuba nk tahan dia bg mcm alasan.. Siap minta duit kopi... Ni cerita sebelum dia naik jd ketua polis negara |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 9-6-2022 12:03 AM
watie79 replied at 8-6-2022 05:14 PM
tanam sayur best oiii,malangnya sayur aku kering sbb panaih lit-lit
tengah semai benih baru.. ...
Sama lah......
Tapi baru2 ni musim hujan.....aku semai sawi, kobis, dah kuar pucuk dah...lambat transfer ke polibag...kena hujan lebat, nati semua ank pokok aku....
Kena semai baru |
|
|
|
|
|
|
|
Btol tuan xde apa nk d malu kn
Nnti dtg bukit aman hntr sayur pula ya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|