View: 5173|Reply: 78
|
Doktor-doktor Kepanasan Bila Doktor KK Dikecam Buat Muka Seringgit, Goyang Kaki
[Copy link]
|
|
Seorang pengguna TikTok, Sri Idrina, 28, kesal dengan perkhidmatan yang dirasakan kurang memuaskan di sebuah klinik kesihatan (KK) yang tidak dinyatakan lokasinya.
Dia yang senang disapa Sri bercerita mengenai pengalaman ketika berurusan dengan doktor yang didakwa memberikan jawapan kurang pasti mengenai sakit yang ditanggung selama lebih dua bulan.
"Sebenarnya saya sakit bahu dah lama, tapi disebabkan sibuk dengan kerja shooting di Perlis, jadi saya tahan sakit tu berbulan-bulan sebab tak nak ganggu waktu kerja.
Foto: IG Idrina
"Sebelum ni pun saya dah pernah pergi KK tapi mereka seolah-olah anggap saya sakit sikit je. Mereka tanya 'nak MC ke?' dan akhirnya masih beri saya ubat tahan sakit yang berbeza-beza tanpa mendengar penerangan saya.
“Bila saya tanya apa-apa perkara, jawapan mereka sentiasa berbunyi 'kalau tak jatuh ke apa, tak ada apa-apa tu'. Bila cakap saya pernah jatuh, doktor tu kata 'tapi tu tahun lepas kan?' dan akan terus proceed untuk bagi saya ubat tahan sakit sahaja,” kata Sri ketika dihubungi mStar.
Menurut Sri yang menetap di ibu kota ini, keadaan sakit bahu dan bahagian tengkuknya bagaimanapun semakin mengganggu tidur.
Malah dia mula merasakan kebas di bahagian belakang kepala dan tangan kanannya membuatkan dia nekad untuk berjumpa doktor di klinik kesihatan sama untuk pemeriksaan lanjut.
"Bila saya jumpa doktor, dia terus sebut 'oh mungkin salah tidur'. Tanpa mendengar penerangan saya dengan lebih lanjut. Saya terpaksa minta juga nak buat X-ray.
"Dengan muka yang seolah-olah nak tak nak, dia hantar saya ke bahagian X-ray. Lepas dapat keputusan dia kata bahagian belakang saya ada bengkok sikit, tapi tak ada apa yang serius. Lepas tu terus suruh saya ambil ubat.
Foto: IG Idrina
"Saya tak pernah diberi ubat ibuprofen sebelum ni tapi kali ni doktor bagi. Bila saya makan, rupanya badan saya tak menerima ubat tu dan menyebabkan mata bengkak. Lepas mata bengkak, saya berhenti makan dan mungkin minggu depan akan dapatkan rawatan di hospital swasta," ujar Sri lagi.
Berikutan video yang menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 1 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen serta doktor turut menyatakan pendapat masing-masing.
Para netizen turut menyokong serta menceritakan pengalaman sama yang dialami semasa berurusan dengan pihak klinik kesihatan walaupun berlainan tempat.
"Saya dapat kecaman dari ramai orang, pada masa yang sama netizen menyokong kenyataan saya sebab mereka pun pernah dapat layanan yang sama.
"Kecaman-kecaman yang saya dapat banyak daripada doktor-doktor. Mereka kecam sebab saya sebut 'semua doktor klinik kesihatan' tapi saya akui memang bukan semua cuma saya memang sentiasa ke KK dari umur 10 tahun hingga sekarang.
"Layanan mereka tetap sama. KK yang berlainan tapi layanan kasar dan suka anggap orang yang datang hanya sebab nak MC. Jadi saya kecewa sangat. Memang bukan semua macam tu tapi saya boleh katakan 80 peratus dari mereka memang tak berminat nak ambil tahu atau layan pesakit mereka," jelas Sri berikutan video yang tular.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semua tp segelintir mcm tu la..
|
|
|
|
|
|
|
|
So far pengalaman pergi KK ok je. Anak buah pergi klinik swasta byk kali diberinya ubat demam. Kemudian pergi KK check darah terus kena naik ambulan pergi hospital krn denggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bende free gitulah dek, lagipun kk ni mcm general dr je kan? Ko g la swasta minta xray pastu refer ke gomen ke. Kalau g klinik yg berbayar pun dr kasi ubay tahan sakit je kalau ko ngadu gitu. If tulang bengkok kumpoi duit g betulkan okeh. Bahaya tua2 sok |
|
|
|
|
|
|
|
Bdway kalau mkn ubat tahan pastu bengkak2, jaga2 sikit okay tkt allergic ubat. Sama mcm hubby iols. So g klinik sila bagitau ubat ape yg tak sesuai ngan kt, kt yg kena take note n ambik tau psl kesihatan kt, bkn org lain. Ni mkn ubat n u allergic pun dr jgk salah? |
|
|
|
|
|
|
|
So far i gi KK ok je
Mcm2 'penyakit' dh rujuk
Ckp elok2 pastu minta rujuk hosp
Senang je doc bagi surat
Kalau duit lebih, gi klinik swasta minta surat utk refer hosp
Kita tahu body kita cmne. Kalau rasa klinik xboleh selesaikan, minta buat surt rujuk hosp |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x pnh pi KK except mase buat ujian HIV pre nikah. Aritu saje try nk buat appointment gigi kt KK via Qmed. Manjang penuh for the next 3 mths. Emangnya kita x bole walk-in ke kalau kes tak emergency? |
|
|
|
|
|
|
|
kat kk ni most of the time MA je yg attend.. ade hari2 tertentu jek kot doctor ade..
aku mmg tk suke gi kk sbb kena menunggu lama... gi klinik je lah pastu claim ngan comp.. dh sakit nk menunggu lg, mmg tidak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
minahmanja replied at 13-6-2022 09:24 PM
kat kk ni most of the time MA je yg attend.. ade hari2 tertentu jek kot doctor ade..
aku mmg tk suke ...
Depends on kk jenis apa cuols pegi. Kalau yg asalnya klinik 1 malaysia jadi klinik komuniti, ada yang masih belum fully ada mo. Ada ma jah. Tapi kalau klinik kesihatan mmg kena ada mo. Siap ada oncall.
Utk tak ot, meols tak tahu sheols ada complain ke x kat dr bila dah sakit bahu 2 bulan kata sheols. Kalau dah 2 bulan sakit bahu, meols akan buat x ray and refer pegi ortho, di samping bagi painkiller ke sheols. Meols rasa cerita sheols tak habis.
But meols akui jah ada mo di kk yang pemalas yach. Tanya gitu2. Discharge patient away. |
|
|
|
|
|
|
|
doktor pon ada memacam jenis dikkk. Ada yang memang cream of the cream, ada yang mohon sebab nak title je, ada yang result exam hazab masa mohon sambung belajar medic sebab berangan mak jadi doktor bleh flex, dan sebagainya. Selalunya iols akan tengok Dr ni kelulusan mana kalau dipaparkan. Yang grad dari uni krik2 tu pepaham je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
ader insuran p swasta ajer....ape guna byr mahai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Meols rasa pelik sikit...senang sangat ke dapat MC dr KK? Rasa mcm lagi susah dari klinik swasta.. selagi tak nampak betul2 sakit..jarang dapat mc..pengalaman meolsla..x tau yg lain mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
Pesskit boleh minta dr KK rujuk ke hospital kerajaan kalau rasa sakit tu serius. Cakap nak jumpa pakar. |
|
|
|
|
|
|
|
doktor bgi ubat utk mengawal saja. sembuh xda la. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 13-6-2022 10:23 PM
Meols dulu sakit bahu dlm 8 tahun. Pegi klenet semua ubat dah try, mmg tak elok2 pon sakit bahu. Bila meols msuk study fulltime..hilamg semua sakit bahu tu. Takde berubat apa pon. Stress keje dan practices in ergonomics omputeh kata boleh mempengaruhi la sakit2 kt bdn ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau banyak duit xyahla pegi Kk xray kat klinik berlambak. Patut bila rasa x puas hati terusla ke klinik private or hospital...x semua KK teruk...ikutlah nasib sbb yg bekerja tu manusia bukan robot so ada masa bagus dan elok ada masa tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
Doc n nurse dkt KK usually x seteruk doc n nurse dkt spital. Mcm made in hell gituh |
|
|
|
|
|
|
|
Tips utk dilayan baik oleh nurse and doc ialah guna bahasa2 medik skit hahah
Selama ni aku dgn laki aku mmg buat trick ni mmg tak pernah di pandang sebelah mata la oleh doc smpai ada doc ni siap tnya puan kerja dlm medical line ke giteww |
|
|
|
|
|
|
| |
|