CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2226|Reply: 49

[Tempatan] Malaysia patut jadi negara pertanian

[Copy link]
Post time 15-6-2022 01:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-6-2022 09:56 AM

Malaysia patut jadi negara pertanian[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Jun 14, 2022 @ 1:07pm[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Penghasilan padi tempatan belum dapat menampung keperluan dalam negara. - Foto NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR



PUTRAJAYA: Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan Malaysia kembali menjadi negara pertanian bagi mengatasi masalah bekalan makanan.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sekiranya cadangan itu dapat dilaksana, Malaysia kurang bergantung kepada negara lain.

"Tadi kita ada bincangkan mengenai kenaikan harga ayam. Perkara itu berlaku kerana negara ini mengimport 100 peratus makanan ternakan haiwan berkenaan.
"Disebabkan itu, ketika berlakunya masalah rantaian makanan ini di peringkat global, Malaysia berhadapan dengan masalah makanan ternakan yang meningkat berlipat kali ganda.

"Antara solusi yang dibincangkan ialah mampukah negara ini keluarkan bahan makanan ternakan sendiri dan tidak bergantung 100 peratus dari luar negara. Kita berpendapat wajar untuk kerajaan meneliti dasar import bahan ternakan, dan negara ini berusaha supaya sebahagiannya dapat kita tampung dan tidak bergantung pada negara luar semata-mata," katanya selepas mempengerusikan MPN, hari ini.

Muhyiddin berkata, Malaysia perlu lebih agresif untuk meneroka teknologi moden, bahan keperluan negara dan bahan yang diimport.
"Umpama sektor tanaman sayur-sayuran, kelapa dan sebagainya, sebahagiannya masih diimport. Seperti kelapa, untuk santan hampir 500 juta biji kita import, sedangkan ada kawasan tanaman kelapa. Ia hanya perlu diusahakan dan dimajukan semula kerana permintaannya meningkat kini.

"Kalau dasar ini dapat dilakukan lebih agresif dan selari dengan dasar jaminan keselamatan makanan, saya fikir kita boleh maju dalam sektor industri makanan dan pertanian," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia berada pada kedudukan ke-39 dalam Global Food Security Index pada tahun 2021, naik sembilan anak tangga
berbanding tahun sebelumnya dengan bekalan lapan komoditi utama yang stabil.

"Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga menjalankan tindakan intervensi yang berorientasikan pengguna, pengeluar dan perdagangan, bagi mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara.

"Antara intervensi jangka pendek yang diambil adalah mewujudkan stok bekalan ayam, semakan prosedur import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan semakan semula Tarif Elektrik Sektor Pertanian.

"Majlis berpendapat terdapat keperluan yang mendesak untuk memperkasakan industri input kepada makanan ternakan supaya negara mencapai tahap sara diri kos input makanan ternakan terurus dan tidak terjejas akibat faktor luaran," katanya.

Malaysia wajar mengeluarkan jagung bijirin untuk makanan ternakan. - Foto hiasan



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/965982/malaysia-patut-jadi-negara-pertanian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
A'ah eh. Patut sangat.

Tahun 2022 baru ko fikir begini? Telen sengih2 kambeng ja dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham.....

Tukar PM nati, di tukar pulak msia patut jadi negara perindustrian.....

Mcm tu lah sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pak lah buat...semua meroyan..x bg sokongan termasuk atuk97..nyampes...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu paklah buat korang gelakkan siap kutuk org tua tu minda kebelakang. Coiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 07:29 AM | Show all posts
JunkMail replied at 15-6-2022 07:24 AM
Dulu paklah buat korang gelakkan siap kutuk org tua tu minda kebelakang. Coiiii

ya, dulu2 bila Pak Lah promote agro-business, semua orang kata dia slowkan development, industry etc. walhal, agro-industry was important then as it is now.. more so kot now. all in all, mcm industrial countries kena import food and dairy and green products from elsewhere. dulu Pak Lah bukan sekadar digelak dan dimock, malah dibantah dan ramai org actually marah. sian dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka rakyat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 07:46 AM | Show all posts
apsal nak tukar.. xyah tukar.. diversify jer lahhh.. tambah lagi..bukan fokus satu jaa...

takkan laa itu pun x leh pk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
1. atuk97 jadikan Malaysia negara industri. Banyak kilang dibuka dan banyak pelaburan asing masuk buka kilang. Kos buruh murah dan ekonomi china masih belum open.

2. China open up. Banyak kilang berpindah ke China. Malaysia bukan lagi tempat tumpuan pelaburan.

3. Disebabkan item 2,kita cuba fokus knowledge economy. Kerja high-skilled. Tapi yang highly skilled ni migrate ke negara lain atas faktor gaji dan peluang untuk career advancement lebih tinggi.

Apa aje yg Malaysia cuba buat akan nampak mediocre. Termasuklah nak jadi negara agro
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:05 AM | Show all posts
Yang mana ada tanah semua dah tukar buat rumah, shoplot semua.
Tanah kat dlm sawah pun dah convert bikin rumah utk homestay.
Alasan takde org nak kerjakan sawah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni ptot jdi negara semua kjer gomen
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:09 AM | Show all posts
ultra78 replied at 15-6-2022 07:50 AM
1. atuk97 jadikan Malaysia negara industri. Banyak kilang dibuka dan banyak pelaburan asing masuk bu ...

Kesian Malaysia, buat apa pun tak jadi. Maybe kena betulkan mindset dan sikap rakyat dahulu. Kena ada mindset kalau nakkan sesuatu mesti usaha keras dan berdaya saing serta daya juang tinggi, bukannya asyik asyik nak semua benda free, semua nak suruh orang lain buatkan, bagi kat dia. Even nak pergi Mekah pun duduk ada mindset kalau boleh nak free, orang lain yang taja. Di samping itu, mesti ada integriti dan kejujuran dalam diri. Ini asyik asyik nak amik kesempatan, asyik nak songlap kalau ada nampak peluang. Memang susahlah nak laksanakan inisiatif apa apa pun kat Malaysia kalau dah sikap macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 15-6-2022 06:09 AM
Dulu pak lah buat...semua meroyan..x bg sokongan termasuk atuk97..nyampes...

Move on jela dik, pak la tu bkn staff sokogan gred 17 kalau kasi idea kena tolak mentah2 dgn ketua jabatan. Ini cadangkan tp xde pelaksanaan aggap jela mcm laki/bini ko nk masak lemang tp x buat2 pon
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 15-6-2022 07:24 AM
Dulu paklah buat korang gelakkan siap kutuk org tua tu minda kebelakang. Coiiii

Move on jela dik, pak la tu bkn staff sokogan gred 17 kalau kasi idea kena tolak mentah2 dgn ketua jabatan. Ini cadangkan tp xde pelaksanaan aggap jela mcm laki/bini ko nk masak lemang tp x buat2 pon
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:13 AM | Show all posts
masa paklah jadi PM dia perkasakan pertanian kan? lepas tu naik najib aku pun taktau la dia perkasakan apa..

poket kot...

pastu tukar atok balik, pun taktau jadi apa, jadi haru biru...kedian tukar Muhyiddin, berdepan covid19...

ni tukar ke ismail sabri, pun jadi haru biru naik segala bana.....

malaysia ni boleh jer berjaya buat apa2, cuma bab kroni & rasuah tu kuat....nk buat projek jer mesti ada unsur2 ni, walhal projek bodoh bekal barang murah2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 08:26 AM | Show all posts
dah terlambat.
worang malaysia boleh makan buah sawit dan susu getah nanti,
itu yang banyak di tanam dalam negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 08:48 AM | Show all posts
sawah yg sekangkang kera pun waris2 xnk kerjakan..ujung2 tambak tanah sawah jual buat shoplot atau residential area..lagi nk buat negera pertanian balik?knowing rakyat malaysia yg bkn jnis suka keje berpanas susah bagai, ujung2 still nk mengharap tenaga kerja dr bangla. nepal, myanmar?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 09:01 AM | Show all posts
salah tu..Malaysia patut jadi negara rider. foodpanda grab shopeefood, to all riders..selamat berjuang untuk negare.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-6-2022 08:26 AM
dah terlambat.
worang malaysia boleh makan buah sawit dan susu getah nanti,
itu yang banyak di tana ...

Jgn lupa ketum. Emas hijau katanya. Boleh la buat ulam2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 09:18 AM | Show all posts
'Know how' untuk tanaman padi ada kat Malaysia

Hasil padi kat Sekinchan ~ 10 ton/ha - paling tinggi dalam dunia , kalah Vietnam & Thailand

Integrated Agricultural Development Area, one of the eight granary areas of the country. Indeed, Sekinchan frequently boasts of paddy yields in excess of 10 t/ha.
Tapi penanam padi kat sana adalah dari geng Cina

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.103609 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list