CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2946|Reply: 50

[Tempatan] Berharga rm35000 seekor,Pahang bakal ternak lembu wagyu di Tanjong Gahai, Lipis.Korang teruja?

[Copy link]
Post time 20-7-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-7-2022 11:54 PM

LIPIS: Kerajaan negeri bakal memulakan ternakan lembu baka wagyu di daerah ini dalam usaha menampung keperluan daging untuk pasaran akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kawasan ladang seluas 120 hektar di Tanjong Gahai di sini dikenal pasti antara lokasi kedua selepas di Bukit Kajang, Raub sebelum ini.

“Penternakan lembu wagyu ini menggunakan pemindahan teknologi dan kaedah yang diguna pakai daripada pengusaha di Jerman menerusi hasil lawatan saya bersama beberapa pegawai yang mewakili agensi kerajaan awal bulan lalu.

“Setelah melihat potensi pasaran daging ini, kita berhasrat mempelajari teknik penternakan untuk memelihara lembu ini menerusi kerjasama dengan pertubuhan pengusaha wagyu di sana serta pembabitan pengusaha tempatan untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu yang berasal dari negara Jepun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-45, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benta di Dewan Balora Benta di sini.

Sempena majlis tersebut, Mohd. Soffi turut menyampaikan bayaran dividen hasil keuntungan PPK Benta kepada Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Benta, Mohd. Razaki Abd. Razak yang mewakili ahli pertubuhan berkenaan serta bantuan kerajaan negeri kepada pesakit kronik dan mangsa banjir di kawasan Benta, Lipis.

Menurut Mohd. Soffi, kerajaan negeri juga mewujudkan Pertubuhan Lembu Wagyu seperti dilaksanakan di Jerman sebagai usaha kerjasama kepakaran antara penternak termasuk pasaran di negara ini.

Katanya, dalam rangka lawatan ke beberapa buah negara Eropah untuk mencari peluang dengan melihat sendiri teknologi pengeluaran makanan, kerajaan negeri begitu berminat dengan Jerman yang menggunakan sistem memperkasakan agro makanan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta selanjutnya menjelaskan, sebuah syarikat tempatan yang berpengalaman telah berminat untuk bekerjasama bagi menjayakan projek ternakan lembu baka Jepun itu.

“Ternakan ini mampu berkembang selepas pengusaha di Raub dengan kerjasama MIG Dairy Fresh dan Jabatan Veterinar Pahang

berjaya membuktikan projek ini apabila lembu wagyu boleh menyesuaikan dengan persekitaran, cuaca dan suhu yang sama di negara Jerman dan Jepun.

“Walaupun harga dagingnya bertaraf ‘kayangan’ yang boleh dijadikan pelbagai menu untuk juadah harian dan komersial, tetapi sudah ramai penggemar makanan berasaskan daging wagyu di negara ini,” katanya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahang? Harap tak jadi kes ternak lembu di kondo yach. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:55 AM | Show all posts
kira ni usaha baru dari dok menebang pokok dan tanggung kerugian yang lagi tinggi bila berlaku bencana...

semoga berjaya dan tiada yang teraniaya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.... harap2 industri dan teknologi makanan ternakan semakin berkembang
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:05 AM | Show all posts
wait and see harap berjaya bukannya nak scam duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap bukan sekadar hangat-hangat tahi lembu aje.

Pendapat personal aku adalah tiada yg istimewa baka ni. Yang jadikan ia istimewa adalah obsesi rakyat jepun kepada perfection. Aku doubt rakyat Malaysia ada disiplin mcm rakyat jepun nak layan lembu tu. Di Jepun 2 biji mangga pun pernah dijual harga belasan ribu ringgit. Sedap sangatkah? Orang yg pernah makan kata sedap mcm mangga-mangga lain yg jauh lebih murah. Petani mangga tu jaga pokok mangga tu bagai nak rak. Kawal temperature dan humidity bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 20-7-2022 11:57 PM
Pahang? Harap tak jadi kes ternak lembu di kondo yach. Amin.

Aku dengar laki ijat terlepas dakwaan dispura....sebab mayban tarik balik saman?

Boleh ler lepas ini ternak lembu dlm kondo lagi....

Kahkahkahkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 ternak dgn elok la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu pahang juga k projek ternak ikan apa tah tu untuk caviar
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
satu lg projek bakal melingkup. lembu wagyu tak tahan cuaca panas. mcm dlu gak depa bawak mai red deer dari nz. abis mati rusa tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 20-7-2022 11:57 PM
Pahang? Harap tak jadi kes ternak lembu di kondo yach. Amin.

Apa kes lembu NFC dulu tu...gomen dah dpt balik ke pampasan projek tu..Mohon gantirugi juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembu2 wagyu jepun mandi air dr spring water tau, dimanja kan sgt siap diurut2
Jgn malas2 tau kalau nak bela baka wagyu ni
Kang nama je baka sana, marbling daging pun xnampak, tau nak jual mahal je
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Projek yg bakal melingkup. Target utk pasaran komersil & org wat juadah harian. Hapo..org mkn teloq pn bcatu la ni. 35k sekoq. Kah! Hat dok wat korban ponnnn sanggup wat korban luar negara sbb kos lg murah dr lembu tempatan. Sembang betoi nk market lembu 35k sekoq. Kah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooo ada lembu bernama wagyu. Ingatkan daging wagyu tu daging batang pinang hiksss
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nk wagyu? Lembu baka lain kan ok..tgk kt maeps byk lembu2 baka lain yg besar2...rasanya tak perlu nk dijaga tersangat rapi mcm wagyu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 tiba musim raya security tu tinggi sikit nanti end up belakang keta kancil kena rembat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 08:37 AM | Show all posts
lembu biasa pun daging tak cukup..itu mknan asas rakyat msia
nk pulak hasilkan wagyu..baik letak jwtn dlm kjaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 21-7-2022 07:30 AM
Kenapa nk wagyu? Lembu baka lain kan ok..tgk kt maeps byk lembu2 baka lain yg besar2...rasanya tak p ...

Ada lembu wagyu ada gaya - t20
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:46 AM | Show all posts
Hari raya, rumah aku buat rendang daging Wagyu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:52 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 21-7-2022 03:20 AM
dulu pahang juga k projek ternak ikan apa tah tu untuk caviar

haha, ikan sturgeon tak silap,



so skrg ni kita rakyat malaysia makan telur ikan sturgeon sebgai sumber protein hari2

sepatut nya bila ikan2 ni mula bertelur?

ke lepas ni keluar statement,

ikan mandul, ikan lesbian, ikan gay..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.628944 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list