View: 18851|Reply: 46
|
[C] Pagi Yang Gelap [U]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dammerung at 27-12-2010 23:12
“Lyme disease is the most common insect borne disease with 20 thousands cases reported a year...”
Wajah pembaca berita CNN, Elizabeth Cohen hanya memenuhi ruangan televisyen berjenama Panasonic selama 20 saat sebelum punat alat kawalan jauh ditekan oleh ibu jari.
“Ooohoiiiihoiii...kalau dah mata bertentang mata hati di dalam bagai nak gila”
Kelibat Datuk M. Daud Kilau terawang di udara sambil memakai mantel perak berkilauan menarik perhatian Zaf. Jika tadi dia melunjur malas di sofa kini badannya tegak membongkok ke hadapan dengan biji mata yang tercengil. Terhenjut-henjut bahunya ketawa melihat telatah orang tua itu. Kesan khas yang membuatkan Raja Gelek Malaysia itu bersinar-sinar ditambah pula dengan tarian gelek di kelilingi orang kampung membuatkan Zaf ketawa terkekek-kekek.
“Macam sial ha ha ha”
Zaf bukanlah peminat filem melayu. Dia lebih gemar menonton filem-filem barat yang sentiasa hebat dengan kesan khas yang canggih dan juga jalan cerita yang kreatif. Filem-filem melayu langsung tidak memenuhi citarasanya. Tetapi semacam kelakar pula dia melihat gelagat Datuk M.Daud Kilau di paparkan sebegitu rupa.
Cahaya kilat membuatkan Zaf mengerutkan wajahnya kerana dia tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi.
“Gedegum!!!”kelajuan supersonik membawa bersama kebisingan yang menggetarkan cermin tingkap.
“Services Currently Not Available”
“Ahhhhhhh!”baru sahaja dia dapat sesuatu yang membuatkan malam Jumaat ini tidak membosankan.
Ketiadaan Piut, Asan, Jason dan Ed hanya membuatkan Zaf mati akal. Jika tidak malam Jumaat merupakan malam yang dinanti-nantikan olehnya kerana ada sahaja aktiviti yang hendak di buat. Dari jamming di Studio Cempaka selama dua, tiga jam hinggalah bersesak-sesak di dalam kereta Kancil putih milik Jason mencari hantu di sekitar Highland Towers atau banglo-banglo tinggal sekitar Bangsar. Aktiviti “mencari hantu” mereka tidaklah seserius mana, sekadar mencari cheap thrill di kala aktiviti itu cukup popular di kalangan remaja ketika ini. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan video-video ghost hunting yang sering mereka tonton di Youtube semasa sesi makmal Networking.
Dimatikan siaran televisyen dan alat kawalan jauh berwarna putih di campak ke sofa. Kembali dia bersandar malas sambil kedua tangan di silangkan ke belakang kepala. Ditariknya nafas sedalam-dalam dan di denguskan sekuat-kuat yang boleh. Tanda kebosanan yang terlampau.
Dalam hati dia menyumpah-nyumpah Dr. Zaleha kerana memindahkan waktu peperiksaan subjek Data Structures ke hari terakhir minggu peperiksaan. Teman serumahnya yang lain sudah pulang ke kampung halaman masing-masing sejak tiga hari yang lalu. Zaf yang baru sahaja mengambil kertas subjek terakhir petang tadi terpaksa menunggu hingga keesokan harinya untuk pulang ke Seremban. Di carutnya juga teman serumahnya; Piut, Asan, Jason dan Ed kerana bertindak pulang ke kampung halaman lebih awal.
Dasar anak-anak manja. Bentak Zaf dalam hati. Laptop BENQ dihidupkan. Melayan video-video mengarut di Youtube okay juga. Baru sahaja simbol Windows XP berkibar-kibar di monitor, keadaan tiba-tiba menjadi gelap-gelita. Suasana menjadi hingar bingar hasil dari pekikan tidak puas hati pelajar-pelajar lain akibat daripada bekalan eletrik terputus.
“Ah sudah!” getus Zaf.
Dicapainya lighter dalam poket seluar jeans. Kotak rokok Pall Mall Light diselongkar mencari sebatang rokok.
“Come on la weiii!!!!”
Geram hatinya apabila mendapati kotak rokok itu kosong. Di carinya pula dalam bekas abu rokok kalau-kalau masih ada puntung yang boleh dinyalakan. Tak sia-sia dia membeli lighter mahal dilengkapi lampu LED di tapaknya. Suluhan cahaya ungu menyuluh di dalam bekas Cottage Fries yang sudah dijadikan bekas abu rokok.
“Hmmmphh”
Mahu tak mahu terpaksa juga dia keluar mencari rokok. Bala sang penghisap rokok, kalau tak kena sebatang tak keruan hidup.
Demi sebatang rokok, Zaf mengagahi dirinya menuruni tangga dari tingkat sepuluh. Jam tangan digital Casio berkelip-kelip menandakan waktu sudah pun dua belas tengah malam.
Motor Honda Cup berwarna kelabu menyalakan lampu jingga sebaik sahaja enjinnya dihidupkan. Satu-satunya aset berharga yang dimiliki olehZaf hasil pemberian bapanya sewaktu dia berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Sebelum dimiliki oleh Zaf, Honda Cup tersebut digunakan oleh Pak Brahim sebagai kenderaan untuk ke kebun, kini menjadi kenderaan Zaf untuk ke kelas.
Motor usang yang hanya berkelajuan maksima lapan puluh kilometer sejam itu perlahan-lahan menyusuri jalan menuju ke pintu utama. Zaf yang hanya membawa wang sebanyak sepuluh ringgit, cukup-cukup untuk dia membeli sekotak rokok hanya mempunyai satu tujuan.
Pergi ke 7-Eleven, beli rokok, balik, hisap sebatang dan tidur.
Dengan tidak berhelmet, dia mematikan enjin motor dan membiarkan ianya mengelongsor ke ruangan kecil di antara pengadang. Harapannya Ravi, si polis bantuan yang berdedikasi tidak menyedari kehadirannya yang boleh menyebabkan dia di saman oleh polis kampus yang perasan dirinya konstabel polis.
“Sucker!!!” sinis Zaf apabila dia berjaya melepasi halangan berbahaya.
Bunyi enjin terbatuk-batuk apabila Zaf menghidupkan kembali Honda Cupnya. Angin malam bertiup kuat menandakan hujan akan turun sedikit pun tidak membimbangkan Zaf malahan dia lebih suka kerana keadaan itu memberikan ketenangan kepadanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dammerung at 27-12-2010 23:13
Di hentian bas beberapa meter dihadapan, dia melihat seseorang sedang melambai-lambaikan tangan. Semakin dia hampir di hentian bas tersebut, dia seakan mengenali si pelambai misteri.
“Eh,ini makcik yang selalu jual keropok dekat cafe ni” kata Zaf kepada dirinya. Dia mengenali pelambai misteri itu sebagai perempuan tua yang selalu menggendong plastik besar menjual keropok. Zaf teringat satu ketika makcik itu cuba membuat jualan kepadanya.
“Macam-macam keropok ikan makcik ada jual...ikan sepat, ikan keli, ikan todak,kuda laut..semua ada”
“Takpala makcik, saya takda bawak duit lebih”
“Sian la kat makcik nak..kalau tak beli sapala nak kasi makan anak-anak makcik kat rumah tu”
Sungguh pun Zaf amat kasihankan orang tua itu tetapi harga tiga ringgit lima puluh sen satu paket melangkaui bajetnya yang hanya ada satu ringgit di dalam kocek. Tetapi dia ingin juga menolong makcik keropok ikan ini kerana kasihan. Dia memang tidak boleh melihat orang tua yang menjual barangan remeh seperti keropok, mudah sangat dia berasa kasihan.
“Saya ada seringgit je, kalau makcik nak jual...”
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, nota satu ringgit di celah jari terus disentap dengan begitu cepat sekali.
Tanpa ucapan terima kasih, makcik itu terus berlalu pergi ke meja yang lain.
“Ehhh orang tua ni”
Lamunannya terhenti sebaik sahaja dia mendekati hentian bas. Tiada sebarang belas kasihan terhadap wanita berumur itu. Dia masih teringat kes“mencuri” duit seringgitnya dahulu sekarang terimala pembalasannya. Zaf bercakap sendirian di dalam hati.
Tiba-tiba enjin motornya mati. Tidak pernah motor buruknya membuat hal.Walaupun sudah usang tetapi kehebatan enjin 70cc buatan negara matahari terbit itu masih lagi gagah. Selalu juga Zaf menunggangnya dari Seremban hingga ke Kuala Lumpur tanpa sebarang masalah.
Zaf termangu-mangu dengan keadaan motornya. Elok sahaja motor ituberhenti betul-betul di hadapan penunggu hentian bas.
“Terima kasih la nak sebab tumpangkan makcik balik rumah” terus sahajawanita tua itu membonceng di tempat duduk belakang.
“Eh...tapi...”belum sempat Zaf yang masih tergamam menghabiskan ayat, Honda Cupnya secara tiba-tiba berderum dengan tebaran sinaran jingga dari lampu motor menerangi kawasan di hadapannya.
Seperti di pukau, dia meneruskan perjalanan. Kali ini dia merasa agak kepelikan. Bukan pelik dengan wanita tua misteri yang sedang membonceng atau pun dirinya yang menurut sahaja kata-kata wanita tua misteri tersebut tetapi dengan keadaan motornya.
Bunyi enjin motornya tidak lagi terbatuk-batuk. Hanya deruan berderam sahaja yang di dengarinya malahan lampu motor yang bertahun-tahun tidak ditukar terang-benderang menerangi jalan raya. Pemegang bar motor juga dirasakan selesa, tidak lagi bergetar. Yang amat memelikkan lagi, setiap kali dia memulas pendikit, enjin motornya tidak lagi memekik tetapi mengaum pula.
Seolah-olah dia sedang menunggang motorsikal Ducati 1198!
Zaf masih lagi skeptikal. Dia menukar kepada gear rendah. Kepalanya terdongak ke belakang apabila halaju bertambah secara tiba-tiba. Dilihatnya tiang-tiang lampu sepanjang jalan seperti di susun rapat-rapat. Mulut Zaf ternganga apabila melihat jarum halaju motor berputar-putar mengelilingi speedometer.
“Nanti belok kanan masuk simpang kecil” pinta makcik di belakangnya. Kuasa magika baru motor Honda Cup membuatkan Zaf terlupa akan penumpang dibelakang.
“Eh makcik, ini flyover...mana ada simpang kecil”
“Ada tu” Terjuih mulut makcik misteri sambil tangannya menunjuk ke arah satu simpang kecil. Simpang tersebut terletak di antara dinding simen dengan saiz yang cukup-cukup untuk sebuah motor kapcai lalu diantaranya.
Sepanjang Zaf menggunakan jalan tersebut, tidak pernah pula dia perasan akan kewujudan simpang kecil itu. Setahunya memang tidak ada sebarang simpang sepanjang jalan raya ini. Kalau hendak di fikirkan secara logik, bagaimana kontraktor jalan tersebut boleh mengeluarkan satu bongkah besar dari pengadang simen untuk membuat laluan sebesar satu meter. Laluan kecil di antara potongan pengadang simen di atas flyover setinggi 10 meter dari tanah. Sungguh tidak logik.
Dia memperlahankan kelajuan motor kapcai dan memasuki simpang kecil disebelah kanannya. Laluan bertar itu lengkap dengan pengadang simen bertanjak besi di atasnya. Dia menuruni laluan itu sehingga ke bawah.
Dengan tidak semena-mena keadaan sekeliling bertukar menjadi hutan rimba.Terdapat jalan bertar memasuki hutan tersebut.
“Eh makcik, kat mana kita ni...lain macam je...ada hutan pulak ni...saya takutlah makcik”
“Ishhhh...takut apanya...orang jantan...dah dah..bawak je motor kamu ikut jalanni...nanti makcik tunjukkan jalan” seraya makcik misteri memarahi Zaf kerana meluahkan kebimbangannya.
Zaf menyusuri laluan kecil ber tar itu perlahan-lahan. Bunyi-bunyian unggas yang biasanya kedengaran di hutan-hutan rimba yang tebal bersahut-sahutan di sekeliling Zaf. Bulu romanya tegak serta-merta.Ketakutan mula menghantui diri.
“Jauh lagi ke rumah makcik?”
“Depan tu jer ha” |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dammerung at 27-12-2010 23:14
Semakin lama, semakin dalam dan semakin jauh motor kapcai 70cc memasuki hutan rimba itu. Disebalik ketakutan yang sedang di alaminya sempat dia merasa hairan, siapa pula yang rajin benar membuat jalan tar masuk ke hutan ini.
Pokok-pokok di kiri dan kanan tinggi melangit. Rimbunan daun-daun di dahan-dahan gergasi menutupi cahaya bulan di langit. Apabila dia mengamati jalan tar tersebut barulah Zaf perasan bahawa ianya sangat lurus seperti tiada penghujungnya. Pokok-pokok gergasi yang mengapitnya pula seakan membentuk satu lengkungan seperti pintu gerbang.
Deruman enjin motornya tidak lagi mengaum. Pemegang bar kembali bergetar begitu juga bunyi batukan enjin dua-lejang kuno yang amat dikenalinya. Dari jauh Zaf ternampak balaman cahaya.
Zaf meneruskan perjalanan menuju ke arah cahaya dan akhirnya jalan tar kecil itu bersambung ke sebuah lebuhraya yang amat besar. Zaf amat terkejut dengan saiz lebuhraya tersebut apabila dia mendapati terdapat tujuh laluan membentangi lebuhraya itu.
Tiang-tiang lampunya pula amat tinggi dan dilengkapi lampu yang amat terang sekali seperti lampu limpah. Zaf terpaksa mengenyitkan matanya apabila dia cuba mencari sumber cahaya lampu tersebut kerana tahap kilauan yang menyakitkan mata. Seperti berada di litar lumba kereta.
“Kiri ke kanan makcik?”
“Kiri”
Sekali lagi Zaf menunggang motosikalnya melalui jalan pelik yang amat asing baginya. Pada mulanya Zaf menyangkakan dia berada di Putrajaya kerana hanya di situ binaan-binaan futuristik ini biasa didapati tetapi Zaf sudah beratus kali merewang di sekitar Putrajaya tetapi tidak pula dia menyedari kewujudan lebuhraya gergasi yang amat pelik ini. Tambahan lagi tiada satu kenderaan pun yang kelihatan.
“Rumah makcik dekat mana?”
“Ikut je papan hijau tu”
Zaf makin bimbang. Di mana pula rumah orang tua ini sehingga perlu memasuki lebuhraya pula. Zaf memandang ke arah sebuah papan tanda berwarna hijau.
Zaf membuntangkan mata, tidak percaya dengan apa yang dilihat.
“MASUK DI SINI” bacaan di papan tanda tersebut.
Zaf memasuki susur masuk di sebelah kiri. Sebuah lingkaran mendaki membuatkan Zaf memulas pendikit dan menukar kepada gear rendah. Apa yang di lihat selepas itu membuatkan Zaf terpaksa memberhentikan motosikalnya.
Dihadapannya tersergam sebuah papan tanda iklan besar yang biasa dilihat di lebuhraya-lebuhraya Malaysia. Tetapi apa yang membuatkan dia ternganga ialah papan tanda tersebut sedang menayangkan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
“Kamu orang perempuan ni semuanya sama saje. Kalau lakinya pakai baju melayu kau katanya nak pi kahwin. Kalau lakinya pegi meeting balik malam lambat,kau katanya pergi simpan perempuan. Singkat betul la otak kamu orang ni semua. Butang baju aku mana daa?”
“Siapa yang kahwin bang?”
“Kawan aku la, namanya si Jamil. Butang baju aku mana Pah”
“Biar betulllll.....” itu sahaja yang Zaf dapat ungkapkan.
“Cerita P.Ramlee tak pernah tengok?”
“Pernah makcik..tapi..”
“Abis tu yang kau pergi berhenti tengah-tengah jalan ni apasal? Dah dah..gerak cepat aku dah lambat ni” herdik makcik tua yang sudah berubah perwatakannya menjadi seorang perengus.
Zaf meneruskan perjalanan. Mukanya ketat menahan marah kerana diherdik.
“Aku tumpangkan kau pun dah cukup bagus. Tua terkutuk tak sedar diri!” Zaf menjerit kemarahan tetapi cuma di dalam hati sahaja
“MASUK SIMPANG INI PULA” Semakin mengarut papan tanda yang di baca Zaf. Tak mungkin ianya buatan orang yang berniat untuk bermain-main kerana papan segi empat bujur itu diperbuat daripada besi dan di pahat pada besi keluli seperti mana-mana papan tanda rasmi di lebuhraya utama.
Zaf hanya mengikut sahaja panduan yang di berikan oleh makcik tua sebentar tadi. Membelok dia ke sebelah kanan memasuki kawasan perumahan.
Deretan rumah-rumah teres di situ tiada bezanya dengan mana-mana kawasan perumahan kos sederhana yang tumbuh seperti cendawan di Malaysia.Namun begitu apa yang merunsingkan Zaf ialah rumah-rumah tersebut tidak berpenghuni kerana jelas kelihatan kekosongan samada di luar atau di dalam rumah tetapi di setiap laman terdapat sebiji kereta mewah.
Mercedes-Benz, BMW, Audi, malahan Ferrari dan Lamborghini tersusun rapi di perkarangan laman rumah di tutupi pagar-pagar besi yang berkarat.
“Apa ni?..gudang sindiket kereta curi ke apa?” Zaf memalingkan kepala ke kiri dan kanan melihat kereta-kereta mewah bersidaian di sekelilingnya.
“Masuk kanan”
“Lepas tu belok kiri, jalan terus masuk simpang kiri lagi satu”
“Pusing sini”
Pening kepala Zaf mengikut arahan pemboncengnya. Dia merasakan seperti terperangkan di dalam labirin kerana rumah-rumah di situ kelihatan sama sahaja.
Zaf akhirnya keluar dari kawasan perumahan yang mengelirukan apabila dia tiba di sebuah jambatan kayu. Perlahan-lahan dia memandu motosikalnya kerana berada di dalam gelap dia tidak yakin dengan keutuhan jambatan tersebut.
Kini dia berada di dalam kawasan kampung di mana rumah-rumah papan berselerak di sepanjang jalan. Makcik tua itu mengarahkan Zaf memasuki satu denai menuju ke sebuah rumah papan yang sudah agak usang.
Selepas dia menurunkan makcik tua itu, bergegas Zaf memusingkan motosikalnya. Dia ingin segera pulang ke kampus setelah apa yang di alaminya dalam perjalanannya ke sini. Menyesal tak sudah Zaf di dalam hati kerana terpaksa melalui berbagai perkara yang menyeramkan kerana sebatang rokok.
“Masuklah dulu rumah. Rehat-rehat”
“Takpalah makcik, dah lewat ni”
“Aku cakap masuk, masuklah!”
“Makcik. Saya nak balik rumah ok?!” Zaf tidak dapat menahan kemarahannya lagi dengan ragam makcik tua yang begitu menyampah sekali.
“Tau ke jalan balik?”
“Pandai-pandailah saya” sudah malas Zaf hendak melayan karenah makcik tua itu.
Kapcainya pula tidak boleh dihidupkan. Berkali-kali dia menendang starter ke bawah tetapi hanya bunyi enjin semput yang keluar.
“Celaka punya motor, kau jangan menambah masalah aku lagi”
Tidak semena-mena rintik-rintik hujan hinggap di dahinya.
Makcik tua memandangnya sambil tersenyum lebar. Zaf berasa seram apabila melihat senyuman yang begitu lebar dihiasi dengan gigi-gigi panjang yang sudah berkarat. Tak sanggup Zaf melihatnya lama-lama.
“Nanti makcik bagitau macamana nak keluar dari sini”
Mahu tak mahu terpaksalah Zaf singgah sebentar di rumah makcik tua. Berat sahaja kakinya menaiki tangga kayu masuk ke rumah papan itu.
“Duduk dekat dapurlah. Senang sikit makcik nak hidang air”
“Eh tak payah susah-susahla makcik, air kosong je cukup” |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dammerung at 26-12-2010 09:30
“Nanti makcik buatkan air susu”
“Susu? Err..ye ok”
Zaf duduk bersila di tepi pintu. Dia semakin tidak senang hati. Selagi boleh dia mahu berada dekat dengan pintu rumah. Senang dia mahu melarikan diri.
Hujan semakin lebat. Air hujan yang menimpa atap zink di atasnya mengeluarkan bunyi bising. Zaf menari-narikan jarinya di atas lantai kayu.
“Meow”
Anak kucing berbulu putih tersembul di ruangan masuk ke dalam rumah. Zafbingkas bangun lalu mengangkat anak tersebut dan bermain-main dengannya. Zaf memandang sekeliling rumah papan milik makcik tua.
Baru dia perasan yang ruangan dalaman rumah itu amat besar sekali. Bumbungnya tinggi dan anjungnya melebar sehingga Zaf berhenti mengira di tingkap nombor lapan. Di ruangan kedua pula terdapat enam pintu di sebelah kiri dan kanan.
Zaf mendongakkan kepala di ruangan ketiga yang menempatkan dapur. Kecurigaan Zaf tidak dapat dibendung apabila dia berjungkit-jungkit menuju ke arah salah satu pintu.
Dengan perlahan Zaf menolak daun pintu yang tidak bertombol. Di dalamnya terdapat sangkar-sangkar besi di penuhi dengan anak-anak kucing. Beralih dia ke pintu ke dua. Begitu juga halnya, dipenuhi dengan sangkar-sangkar anak kucing.
Anak kucing tadi di lepaskan ke lantai. Dia menoleh ke arah jam tangannya. Sudah dekat sepuluh minit dia berada di rumah itu tetapi kelibat makcik tua masih tidak muncul-muncul.
Zaf menuju ke arah ruangan dapur yang diterangi lampu bulb.
“Makcik?”
Zaf tergamam. Jantungnya berdegup kencang. Seluruh buluan di badan naik dengan serta-merta. Matanya memandang tepat ke arah makcik tua yang sedang menganga mulutnya dengan luas. Gigi-gigi berkarat terperosok keluar dengan hujung-hujung yang runcing. Kedua belah tangannya sedang memegang seekor anak kucing.
Lantai dapur berselerak dengan bangkai-bangkai anak kucing tanpa kepala. Bau bangkai anak kucing yang sudah lama ditinggalkan menusuk ke dalam rongga hidung Zaf.
Mindanya dengan serta-merta mengarahkan kaki supaya bergerak dan berlari sekuat-kuat yang boleh keluar dari rumah jahanam itu tetapi tapak kakinya seperti terpaku ke lantai.
Makcik tua menyedari kehadiran Zafdi pintu dapur. Wajahnya berpaling memandang Zaf dengan mulutnya yang masih ternganga. Jari telunjuknya yang berkuku panjang di halakan tepat ke arah Zaf.
Zaf dapat melihat dengan jelas anak kerongkong bergetar apabila makcik tua itu mengeluarkan bunyi seperti suara tersekat di kerongkong. Sepasang mata merah kini tepat memandang ke arah Zaf.
(bersambung) |
|
|
|
|
|
|
|
wah crite baru ni......
tumpang baca ya tuan rumah....hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
wah crite baru ni......
tumpang baca ya tuan rumah....hehehehehe
ADRIANAQISTINA Post at 27-12-2010 12:38
sila sila |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# dammerung
tq tuan umah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# dammerung
cerita misteri ka damm ? dian baca bila ada masa terluang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# dammerung
kena baca hari siang neh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# di@n
hi dian sastrowardoyo
sebenarnya takda niat pun nak tulis cerita misteri...tapi kalau itu yg u think it sounds like...maybe la kot he he...anyway cerita tak habis lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# dammerung
1st chapter macam boring , bila dah ikut rasa seronok baca |
|
|
|
|
|
|
|
Waaa.... citer seram |
|
|
|
|
|
|
|
“Nanti makcik buatkan air susu”
“Susu? Err..ye ok”
Zaf duduk bersila di tepi pintu. Dia semaki ...
dammerung Post at 26-12-2010 02:02
Cerita hantu |
|
|
|
|
|
|
|
i suka cerita seram |
|
|
|
|
|
|
|
ini cerita hantu ka??
atau si zaf ini bermimipi sebab siaran astruk takde and umah blackout?? |
|
|
|
|
|
|
|
mana lagi sambungan ni... best la pulak cite hantu |
|
|
|
|
|
|
|
wah3, harap2 la mimpi je ni...adui...ngeri la..ada ke makcik tu makan kucing. tak baik tau mkn benda comelll..huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
rose_liz..ok per makan kucing dari ko makan bahu sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam kepanikan, Zaf mencuba sedaya yang boleh untuk mengangkat telapak kakinya yang seolah-olah sudah terpaku ke lantai.
Peluh jantan mengalir membasahi pipi dan bergantungan di hujung dagu. Jari-jemarinya kejung terketar-ketar dan terkapai-kapai seperti mencari sesuatu untuk mempertahankan diri.
Zaf hilang imbangan badan lalu terjatuh ke lantai. Kakinya yang mengejang sebentar tadi sudah mula boleh di gerakkan. Bertalu-talu kedua belah kaki Zaf menendang-nendang lantai papan untuk menggerakkan dirinya menjauhi ruangan dapur. Jika boleh dia mahu menyeret tubuh badannya hingga ke kampus dan membuka mata lalu tersenyum sendirian berkata kepada diri sendiri,
“Oh hanya mimpi ngeri”.
Tetapi realitinya Zaf bertarung nyawa di dalam keadaan yang dia sendiri tidak tahu kebenarannya. Perempuan tua misteri itu perlahan-lahan berubah menjadi seekor makhluk berbulu. Kuku di jari-jemari tumbuh menajam. Muka makhluk itu berdenyut-denyut bertukar rupa iras babi hutan. Telinganya meninggi bermuncung tajam terlipat ke bawah di hujungnya.
Baju kurung lusuh yang di pakai makcik tua itu terkoyak di belakang apabila tulang belakangnya terbonjol ke atas dan apa yang asalnya perempuan tua lemah kini bertukar menjadi makhluk berwajah ngeri. Ia kemudiannya menjatuhkan badan ke bawah sambil kedua belah tangan mencengkam lantai persis binatang berkaki empat.
Makhluk itu menghentikan lolongannya. Refleksi wajah ketakutan Zaf kelihatan jelas di anak mata yang merah menyala. Kini ia mula merangkak menuju ke arah mangsanya.
Kabus terhasil dari hidung dan mulut setiap kali Zaf menghembuskan nafasnya yang kencang. Keadaan sekeliling rumah papan itu tiba-tiba di landa kesejukan yang teramat sangat. Zaf seperti terperangkap di dalam bilik penyimpanan mayat.
Namun kesejukan yang mencengkam sehingga ke tulang itu seperti tidak dirasakan oleh Zaf. Telapak tangannya yang tertekap di lantai mula membiru akibat suhu lantai papan yang tidak ubah seperti permukaan ais.
Makhluk itu meletakkan tangan kirinya yang sudah berupa seperti kaki binatang ke anak tangga dapur. Zaf tersedar dari kekaburan apabila kesejukan terlampau mula menyakitinya. Dia melihat kedua telapak tangan yang membiru sambil mengigil-gigil.
Dia memandang keadaan sekeliling, mencari jalan keluar. Dia tidak mahu mensia-siakan usia muda dua puluh satu tahun mati di baham binatang buas yang dia sendiri tidak pasti kewujudannya.
Wajah bapak, ibu, Kak Lina, Kak Yong, Amin dan Amirah terpancar di depan mata. Dia masih ingat kata-kata Pak Long Mail bagaimana orang di saat-saat kematian akan terbayang wajah-wajah ahli keluarganya.
Zaf mula teresak-esak menangis seperti budak kecil.
Dia bukanlah seorang yang penakut tetapi mindanya tidak dapat memproses kejadian yang sedang di alami sekarang ini. Seperti mimpi ngeri yang nyata.
Air mata mengalir laju di pipi.
Dia kehabisan tenaga untuk menyeret badannya sehingga ke pintu masuk rumah tersebut. Berdiri pun sudah tidak termampu lagi. Apa yang boleh di lakukan ketika ini hanyalah memejam matanya rapat-rapat dan mengharapkan semua ini hanya mimpi ngeri.
Di dalam kegelapan, Zaf sangat berharap apabila dia membuka mata dia akan melihat televisyen Panasonic kepunyaan Piut, sofa pvc berwarna hijau yang sudah terkoyak menampakkan span dan juga pekikan berterusan pelajar-pelajar lain yang mahukan bekalan eletrik dihidupkan semula kerana hari-hari terakhir semester bermakna peluang terbaik untuk mengeksploit perkhidmatan internet kelajuan tinggi kampus dengan memuat turun drama-drama jepun, anime Naruto, Bleach dan juga mp3-mp3 artis-artis terkini.
Iya. Ini semua hanya mimpi ngeri.
Sebentar lagi aku akan ketawa sekuat-kuatnya kerana berjaya diperdaya oleh mainan mimpi.
Perlahan-lahan Zaf membuka kelopak mata. Namun apa yang di lihat bukanlah seperti apa yang di harapkan. Dia masih berada di rumah papan usang, tubuh badannya masih mengigil kesejukan dan binatang neraka itu kini hanya beberapa meter merangkak menuju ke arahnya.
Mulut binatang itu semakin meluas menayangkan gigi-gigi tajam dihiasi darah-darah yang menitis-nitis dari gusi merah kemerahan.
“AAAAAAAAAAAAAARGHHHHHHHHH”
Zaf menjerit sekuat hati.
Sekilas benda berwarna putih terbang di tepinya sehingga desiran angin hinggap di telinga kiri Zaf. Di lihat anak kucing berbulu putih sedang garang menghadapi makhluk hodoh. Keberanian anak kucing tersebut terserlah di wajahnya yang bengis menghadapi gergasi. Kukunya yang tajam terkeluar dari kaki yang comel.
Rangkakkan raksasa hodoh terhenti. Seperti tidak percaya anak kucing yang merupakan makanan ruji harian begitu berani mencabarnya
“HA HA HA HA HA” makhluk berupa babi hutan itu ketawa akan kecekalan si anak kucing. Tiba-tiba berdesup si anak kucing terbang dan hinggap di atas hidung berbentuk tonyok babi. Dicakar-cakarnya berulang kali sehingga berdarah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|