View: 10874|Reply: 157
|
Tuntutan Harta Sepencarian RM2 Bilion: Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis Dan Empat Anak Serta Ibu Mentua Gagal Capai Persetujuan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail dan empat anak serta ibu mentuanya, gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan harta sepencarian berjumlah lebih RM2 bilion.
Tuntutan harta sepencarian itu difailkan Kalsom selaku plaintif terhadap empat anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla serta ibu mentuanya, Aminah Abdullah yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima.
Ikwan Hafiz (kiri) dan Nurul Alyaa (kanan) hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin bagi prosiding mengenai status perbincangan untuk penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian arwah bapa mereka yang bernilai lebih RM2 bilion. Foto: Bernama
Peguam, Nur Hidayah A Bakar, yang mewakili Aminah, ketika ditemui selepas prosiding hari ini, berkata Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid memutuskan supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan berikutan kedua-dua belah pihak gagal mencapai persetujuan.
Hidayah berkata, keputusan berkenaan dibacakan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi yang kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Oktober ini.
Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar, keluarga
Kalsom, 67, memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan empat anak serta ibu mentuanya sebagai defendan.
Puan Sri Kalsom (kiri) hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin bagi prosiding yang difailkan beliau terhadap empat anak dan ibu mentuanya. Turut hadir anaknya, Nur Anis (kanan). Foto: Bernama
Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.
Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham mak vs anak vs nenek ke? Tp knp elok je jalan together2 dgn anak nama anis tu?
Ke tu cara nak rebut harta dr makmen? |
|
|
|
|
|
|
|
Bini vs anak vs mentua...
Hampir 10 thn meninggal pun tak setel2 lagi pembahagian harta.
Byk sgt harta tu yg berebut
Patut org kaya ni siap2 buat wasiat. Klu apa2 jadi xda la anak bini mentua berebut harta |
|
|
|
|
|
|
|
Wow RM2 billion, banyak sekali ya. Saya mau nabung RM1 juta aja udah ngos-ngosan! |
|
|
|
|
|
|
|
Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar, keluarga
tgh baca cite keluarga jarjis tiberrrr muncul kisah ps |
|
|
|
|
|
|
|
xfhm la cite ni..balu lawan ex mertua ke..mcm mcm cinta tiga segi..bapakk kaya arwah ni..untong la |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ank pun xsetuju mak sendiri tuntut harta sepencarian.? Mcm mak tiri plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru balik dari indon ni friska, sehari aku spend 3juta selamber. skali makan je 800k / pax belum masuk 21% service & tax, tu pon dpt discount 50%. ko bayangkan kalau takda discount. huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mak dia dpt tuntut harta sepencarian. Nnti nilai utk bahagian faraid dah berkurangan. Contoh: harta peninggalan rm100. Kalau mak dia tak tuntut harta sepencarian, rm100 akan d bahagikan mengikut faraid. Tp kalau mak dpt tuntut harta sepencarian... 50% utk bahagian mak dia. Balance rm50 baru buat faraid
|
|
|
|
|
|
|
|
Dpt kurangkan nilai utk pembahagian harta mengikut faraid. Kalau mak dia dpt harta sepencarian. Jadi mak dia boleh dpt banyak sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
susah juga yer bila byk harta ni... |
|
|
|
|
|
|
|
2 billion tu jumlah yang banyak. Hmm...sayang, banyak halangan nak selesaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
petpom replied at 12-9-2023 12:52 PM
Kalau mak dia dpt tuntut harta sepencarian. Nnti nilai utk bahagian faraid dah berkurangan. Contoh ...
Ok tu faham, tp mmg ada hak dia kn bole tuntut? Nanti kalau mak xde harta tu gi kat anak-anak jgk. anak-anak pun semua dh besar dh kerja, dpt xkurang 100j sorg kot, harta-harta hahahah..
Yg mak arwah tu iols no comment la dh umur gitu masih nk fight...
btul la lagu tu nasyid tu ckp, begitu indah dunia….. harta pangkat & wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin jumlah yg mak dia demand tu tinggi sangat agaknya, tu yg x dapat persetujuan..
seeloknya masa hidup.. si suami kena declare harta sepencarian siap2.. kemudian hari takde la berebut mcm ni..
sebab bila mati laki.. bini dapat 1/8 je.. kalau ada anak. sikit aje sebenarnya.. kalau dibanding dengan isterila jadi tulang belakang suami tu masa jatuh bangun.
tapi.. ada kaedah2 lain yang membolehkan si suami bagi siap2 harta tu.. atas dasar menghargai isteri..
hibah ke.. declare harta sepencarian ke..
kira kalau si isteri tu mmg tak keje.. takde income sendiri.. still layak kan claim harta sepencarian.. selagi mana harta yg si lakinya kumpul tu dalam tempoh perkahwinan.
taktau la kalau si bini ni kawin.. cuci kaki.. laki mmg dah kaya raya.. tu mungkin la ada pertikaian.. ada sebahagian aje yg dia bole claim kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa anak2 tak setuju mak dia tuntut harta sepencarian? Kalau mak dia dapat pun nnt mak dia mati dapat juga kat anak2 tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Moral nya kalo byk sgt harta hibahkan kepada badan kebajikan kalo mati. At least dpt bantu kat 'sana' nanti. Lantak la yg hidup ni nk survive dah bagi education etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak arwah fight demi kelangsungan hidup adik beradik arwah. Buat ghaso2 adik beradik yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu kau datang malaysia jd bibik
|
|
|
|
|
|
|
|
pergi indonesia ramai rakyat malaysia jd jutawan. friska masuk malaysia terus jd papa kedana
|
|
|
|
|
|
|
| |
|