CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4403|Reply: 22

Housemate From Kelantan- Pengotor Baju Tak Pernah Basuh, Ulang Pakai Sampai Busuk, 'Berkubang' Atas Sofa Sampai Kain Hitam Legam

[Copy link]
Post time 15-9-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Seorang individu meluahkan rasa geli dan bengang dengan teman serumahnya yang seolah-olah 'kebal' penyakit.


Bilik yang didiami bukan sahaja bersepah dengan sampah dan berbau busuk, malah lantai juga melekit apabila dipijak.


Lantai berjubin putih itu juga kelihatan seperti berkarat kerana terdapat kotoran akibat tidak pernah dicuci.










Paling mengejutkan apabila bajunya tidak pernah dibasuh dan diulang pakai selama beberapa kali meskipun telah berbau busuk.


Menurut lelaki itu lagi, paling menyakitkan hati apabila makanan yang dibelinya turut dimakan oleh teman serumah itu tanpa meminta keizinan terlebih dahulu.


"Housemate from hell. Pengotor, pakaian tak pernah basuh dan makan makanan orang suka hati saja.


"Housemate berasal dari Pantai Timur, negeri bermula dengan huruf K," ciapnya di Twitter.







Tambahnya kejadian yang paling tidak dilupakan adalah kain sofa rumahnya bertukar hitam selepas rakan serumah 'berkubang' di atasnya.


Mana tidaknya, sofa tersebut dijadikan tempat tidur selama lebih dua bulan kerana pada waktu itu kipas di biliknya rosak.


"Dia pernah 'tinggal' di sofa rumah selama dua bulan lebih sebab kipas bilik rosak. Kain sofa tu jadi hitam legam brother.


"Ada masa dia pakai boxer loose, 'lato-lato' tergantung dan lepak di sofa... aku juga yang kena basuh kain sofa tu," luahnya lagi.








Disebabkan tidak tahan dengan situasi sebegitu, dia anggup membelikan kipas baharu untuk teman serumahnya sekali gus mengelakkan dia daripada terus menggunakan ruang tamu dan sofa sebagai tempat tidur.


"Masa tukang elektrik datang pasang kipas, dia tiba-tiba mengaku ada sijil SKM (Sijil Kemahiran Mara) level 3 dan tahu buat tetapi enggan sebab bukan kerjanya."


Menurutnya lagi, dia sudah berbincang dengan rakan serumah mengenai isu ini beberapa kali sama ada melalui WhatsApp mahupun bersemuka.


Namun kesemuanya tidak berjaya menemui penyelesaian meskipun sudah bertumbuk dan memaki hamun.


Bagaimanapun, dia menyatakan bukan semua K, dipercayai singkatan untuk negeri Kelantan berperangai seperti rakan serumahnya itu.


Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya berkongsi pengalaman mendapat rakan serumah dari negeri yang sama.


"Aku pernah dapat housemate macam ni. MasyaAllah tak tahu nak cakap dia punya pemalas tu tahap macam suruh telan racun.


"ernah jumpa lagi teruk daripada ini... tilam hilang warna dah.


"Aku pun pernah hidup dengan roomate macam kau juga dan negeri yang bukan K, aku rekod dan ambil gambar biliknya sebiji keadaan macam ni dan lagi teruk!


"Rumah sewa pertama masa kerja semua geng K. Aku husnuzon masa tu, sebulan sahaja tahan aku terus chow (pergi) sebab masak tak basuh dan lantai melekit memang pakai selipar dalam rumah," ujar beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 03:32 PM | Show all posts
mana komen ni??
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
jijik gila la
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 04:09 PM | Show all posts
iol pernah se-roommate dgn org dari negeri K juga. memang pengotor. bilik, katil dipenuhi dgn baju yg tak berlipat lepas tu budu dibiarkan sampai berulat2x. busuk, bau sampah bilik dia. sgt2x bersepah.

akak sorang tegur, terus dia tak balik bilik sebulan dan dibiarkan biliknya berbau.

masalahnya, dia dah kahwin. tp perangai kotor mengalahkan setan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 15-9-2023 04:09 PM
iol pernah se-roommate dgn org dari negeri K juga. memang pengotor. bilik, katil dipenuhi dgn baju y ...

Setan-setan pengotor ni lah yang suka undi parti PIS
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2023 04:25 PM | Show all posts
Eh i nak share lah, i pernah ada hsemate dari K juga, 1 uni, sheols senior, lain course, Ya ampun sheols kalau nak keluar lawanya lahaiii, tapi spender rendam sampai bertahi lalat, bilik dia jgn cakaplah mcm kena bom. serdak2 biskut atas karpet, selamba kat situlah sheols baring2, kat situlah makan, kat situlah solat, adoii entah apa cerita lah akak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik roomate aku dr negeri K xpengotor mcmni
helok bersih orgnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
org lelaki dah mmg semulajadi pemalas...tmbh pulak dari belah sana...x dapek nak tolong....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 05:50 PM | Show all posts
jangan la main negeri 2 pulak  

wa pernah dpt 1 vendor repair printer, rambut kusut masai, jaket dia punya bau, pergh 4 meter dah berbau.. tak basuh ke apa baju dan jaket atau seluar dia

wa rasa dia ada masalah BO, tp baju seluar pn mmg lekeh je cam tak baso

wa tanya kg mana?

orang rawang bang, selangor

oh dekat je la, tak jem la balik kg nnti...

tp wa tak viral kan orang selangor pengotor, ini individu bukan orang negeri..

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 05:56 PM | Show all posts
oh ye korang kena paham orang neger K kan ada masalah air,

oh ye aku bukan nak kutuk orang lelaki negeri K,

tp wa ada kenal sorang, kt rumah mak dan adik2 pompuan dia basuh kan baju , pinggan , buang sampah

bila dok sorang

sama la cam topik ni , baju tak basoh, sampa tak buang, pinggan tak baso

bila balik kg hangkut baju2 tak baso tu byk2

skrg suda kawin, wa ada g roma dia , kejap2 panggil bini, baso pinggan, buang sampah, lap lantai,

dia pulak, menguap huaaa aduh aku pening kepala ar, mengantuk ar, ps makan tido , tido siang tu ibarat rutin harian...

tp bini dia redho walopn pada awal tahun ke 3 ada la juga bini ter lepas cakap laki dia malas


tp berbanding dgn laki lain yg telan pil kuda, dia redo, laki dia rokok pn tak isap jd kategori laki baik juga la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 06:35 PM | Show all posts
kalau cmtu mudahlah kaka boleh buat conclusion orang pangkal nama F _ _ _ k a suka sondol suami orang.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Roommate i zaman uni dr Kelantan...housemate lepas tu masa duk rumah sewa pun dr Kelantan...ok je dia orang...takde masalah macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pokok nyaaaaaa... harus di tebang dong
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:31 PM | Show all posts
bkn semua mcm tu tp mmg kebanyakan mcm tu
pastu suka sembang benda2 lucah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Roomate k aku plk zmn hostel, dia simpan mug milo bawah katil sbb dh mls nk basuh konon dh mlm, esok la basuh. Last sampai habis sem tak basuh siap berkulat. Trs dia buang mug tu . Klu nk buang patutnya xpyh rancang basuh, lps minum milo ty trs buang dgn mug2 sekali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dapat roommate org K..kawan geng2 dia saja ..pakai baju mmg hanger bawah kipas ,simpan balik dlm almari. Basuh baju pun setakat rendam hilas sidai. Senang.jarang ada Kat bilik sebb dok kumpul nagan set2 dia tu tengok Hindustan. ..bangun tidur kul 12 terus pi kelas... kalau bersiap memang kemas..banyak pulak peminat  siap tukar2 bf.tak tau ada jadi sebab dia dok ulang semester.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mung ni pembangune ko mung nok isle
Mamat ni solat kat surau 24 jam ke
Bilik x serupa tmpt solat
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa individu punya masalah ni, dan didikan dari rumah. I dulu rumet kelantan, memang jenis baju tak lipat, dia hempuk campak je dalam almari dia. Situlah. Tapi time keluar, memang bersiap. Housemate kelantan, pembersih, rajin masak.

Anyway, mohon minta housemate tu keluar je lah. Tak payah menyewa situ lagi. Sakit mata, sakit hati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Roommate aku pulak terlebih rajin.. klu pegi kelas, seluar jeans pun dia iron.. dah abih uni dah kawin apa suma, skang pakai seluar jeans aku pun ikut sama terpengaruh iron dulu sebelum pakai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.202746 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list