View: 3756|Reply: 25
|
"Mana-Mana Anggota Polis Hidup Kurang Mampu Tapi Mewah Akan Disiasat"
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Kesemua jawatan yang ada dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah sensitif.
Ini kerana mana-mana anggota atau pegawai boleh menyalahgunakan kuasa serta terlibat dalam kegiatan rasuah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau sendiri ketika dilantik ke jawatan berkenaan telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard(JIPS) untuk menyiasat mana-mana pegawai atau anggota polis yang mampu hidup dalam keadaan mewah berbanding dengan kemampuan kewangan mereka.
Foto: Kosmo
“Ada cakap CID (Jabatan Siasatan Jenayah) satu jawatan sensitif dalam PDRM, pada saya semua jawatan sensitif kerana mana-mana manusia yang jadi polis dan mempunyai kuasa dia boleh salah gunakan kuasa, serta boleh terlibat dalam rasuah.
“Saya sendiri telah arahkan JIPS cuma saya tidak isytiharkan sahaja apabila telah menjadi KPN untuk melihat perkara ini, mana-mana (pegawai dan anggota) yang hidup dalam keadaan yang dia tidak mampu tetapi dia mewah hidupnya kita akan siasat,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan sambutan peringatan Hari Polis Marin ke-76 di Dataran Kawad markas berkenaan.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, kepimpinan tertinggi PDRM tidak akan berkompromi serta tidak akan membantu mana-mana pegawai yang terlibat dengan salah guna kuasa, rasuah termasuk juga tatakelola yang salah.
Tambah beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain yang memberi amaran kepada pegawai dan anggota hidup mewah kerana bersubahat dengan sindiket jenayah adalah berpaksikan kepada fokus beliau dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sementara itu, katanya, PDRM akan membetulkan secara dalaman kekurangan yang ada pada agensi berkenaan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan rakyat kepada polis. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Yelah.... rasanya hampir semua KPN bercakap dlm nada yg sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
yg thread sebelah isteri curi 2 jam rolex tu xnak siasat sekali? padahal muda lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Baik ko siasat si azam belen tu dulu, |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm... ye la tu.. ketua2 pn 2x5 |
|
|
|
|
|
|
|
Ye, aku dah siap letak rege 2 utas jam rolex tersebut utk dianalisa oleh warga porem. |
|
|
|
|
|
|
|
oh baru iols perasan post chuols...kalau pangkat DSP tinggi tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe….betul ke?
Lewat Tahun 90an dahulu saya jual kereta satu pasangan suami isteri bekerja JPJ dan suami polis biasa beli cash kereta saya beharga rm70k. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak pasti pula berapa gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 polis ramai tak menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
sejak dulu sehingga kini, bangsa melayu memilih menjadi askar dan polis kerana boleh songlap wang sebab diberi sedikit kuasa...
PDRM perlu keras dgn kakitangan mereka, buang kerja sekiranya didapati bersalah, gantung gaji sekiranya dlm siasatan |
|
|
|
|
|
|
|
sperma lemah atau terlebih makan duit haram?
|
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 12-10-2023 04:45 PM
Baik ko siasat si azam belen tu dulu,
Teringat lapiji nak carik azzam belen sampai lubang cacing lps menang pru....yg tragisnya tb3suku siap interbiu azzam dpn pasar borong, kesian kwn tu gigil2 jwb pertanyaan reporter |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 12-10-2023 05:23 PM
Teringat lapiji nak carik azzam belen sampai lubang cacing lps menang pru....yg tragisnya tb3suku ...
Sejak dari tu, aku mula dah x percaya dgn sperm ni serupa jadi alat politaik madanon dibuatnyeh |
|
|
|
|
|
|
|
dari bawah sampai atas, sama je la staf gomen ni pon kebanyakannya. Kalau bab claim tu, confirm2 mintak ejas resit, tak gitu noks? tokla dok mengata yang atas2 tu...korang pon 2x5 je nyah...acik2 porem yang keje gomen mesti biasa buat ejas resit ni kan? tak gitu? ko pon 2x5 sial macam diorang ni jugak |
|
|
|
|
|
|
|
x kan berjaya kempen banteras resuah ni..
sbb
rekyat pon sokong pemimpin resuah n sakau
so, x kan ler rekyat x sokong staf agensi gov resuah n sakau jugak
rekyat mcm ni hipokrit n munapik
|
|
|
|
|
|
|
|
baru nak siasat laaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa.. JSJ pnnnn.. ko xyh la open ckp mcmtu.. sampai viral.. mcm kn korg jer yg mkn rasuah.. ko settel antara korg memasing sudah la.. nk nama baik kt masyarakat ko buat kenyataan mcm nie.. apoooo.. nie nama nya wat malu company.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|