CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5567|Reply: 104

Kedai Makanan Viral Sekejap Je Meriah, Sekarang Suram- Punca Rasa 'Tak Sampai' Harga Mahal!

[Copy link]
Post time 16-10-2023 10:21 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Laporan mengenai nasib kedai-kedai makan tular yang dahulunya meriah tetapi kini bertukar suram mendapat perhatian ramai.


“Apabila rasa, kualiti dan kuantiti tidak seperti yang ditularkan. Begitulah jadinya, sekali sahaja orang datang," komen seorang pengguna media sosial, Mohammad Nazrin Kamim.


Dalam mengoperasikan kedai makan, kualiti dan kuantiti hidangan merupakan antara perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pemiliknya.




Gambar Hiasan




Namun lain pula jadinya apabila segelintir pengguna media sosial mengeluh asbab populariti gerai makanan yang dahulunya dikunjung ramai pelanggan merundum kerana rasanya yang tidak ‘sampai’.


“Kalau sedap, tidak perlu tular pun orang datang. Selalunya jadi begini bila makanan tular. Bila orang pergi, rasanya biasa saja,” kata Bakri.


Ada netizen yang mengkritik harga di kedai makan tular tidak sepadan dengan kualiti yang ditawarkan.


“Tular tapi bila datang makan, rasa ‘out’. Kadang-kadang rasa ‘ada’ dan unik, tetapi harganya pula melampau. Rasanya selain `viral’, perlu ada penelitian soal kualiti dan rasa makanan selain disokong faktor-faktor lain yang menarik,” kata Nash Hj Adnan.


Difahamkan, kedai makanan yang terkenal yang tular sebelum ini tidak bertahan lama ekoran faktor ekonomi yang kian mencabar serta trend bermusim. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 10:28 AM | Show all posts
apa nama kedai tu..nak try juga
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:29 AM | Show all posts
kadang2 tempat viral ni bukannya sedap sangat pun...unless tempat makan tu ada something special mcm tarian bogel ke, live band ke, etc...org dtg juga
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila satu tempat tu viral, dah jadi serik nk try. Satu kne beratur lamaaa, hargaa mmg mahal berdentum, tp rasa and presentation indah khabar dari rupa. Jarang sekali akan repeat. Kira pg sbb org hyping pasal kedai tu ja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-10-2023 10:29 AM
kadang2 tempat viral ni bukannya sedap sangat pun...unless tempat makan tu ada something special mcm ...

Betul. Kalau nak kata reason atas rasa kualiti makanan tu sangat susah nak bertahan kedai2 nya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:38 AM | Show all posts
i kalau kedai makan tu ada perkataan viral, top etc, memang tak pergi..
memang tau rasanya tak seberapa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang kawan, jenis rajin singgah makan merata², semua tempat dia kata sedap.
Aku cakap biasa² jer tempat tu siap aku justify kenapa aku cakap camtu.
Sampai sekarang dia takde update makan² dah.

Mungkin sejenis tekak stainless steel kot, apa telan semua laju jer masuk perut. Besi karat dengan lauk sedap pun dah takde beza... semua sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kot2 owner kedai tu yg pakat dgn budak2 yg rajin buat content dlm tik tok....upah bagi mkn free. Masa buat review bkn main close-up gmbr mknan nmpk menyelerakan tp bila pg...indah khabar dari rupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 11:01 AM | Show all posts
kebanyakan kedai2 mkn viral nih cuma indah kabar dari rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:04 AM | Show all posts
iols unfollow dah mana2 ig yg buat content membongak jer. time dia buat review, semua benda berlebih dlm pinggan, tang kita pergi, haghaaammmm xde mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:29 AM | Show all posts
ye lah.. viral2 tp rasa mcm jahanam xguna..
mcm kedai western food banjir yg kena review jujur tu...
mmg idok la nak repeat makanan hauk.. ko takat bagi sayur aje melambak sama fries soggy/ sejuk kejang...
baik aku buat kat umah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bisanya kalau viral ,lalu lalang kan byk platform.. review berbayar .. biasanya  rupa ada ,rasa tiada .. biasanya makanan hampeh harap OOTD je. Beli lah air secawan $12 (penuh pewarna n perasa) ..utk OOTD saja.dunia tipu2 hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tasteless sama khuenz... Tak cukup bahan.. yg kata sedap semua iols pangkah..  semalam makan nasi minang kat sepang.. air kelapa dia mug besau pueh hati
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:46 AM | Show all posts
Ada ketika, baru sesuap makanan, kunyah pun belum... raut muka berubah auto-nikmat seolah-olah sedap tidak terperi.

Nak menipu pun agak-agak laa hanat.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:49 AM | Show all posts
aku pun hairan yg jual tomahak wahyu A5 harga ribu2, sekali makan, rupanya sup tulang dekat kedai tomyam kat kelantan lagi sedap beratus kali ganda
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 11:57 AM | Show all posts
ada jual air claim brew, tp bancuh mcm kedai mamak, pastu pret sikit whip cream, n wallah jd mcm starbak, charge ikut harga setara kedai stabak, mmg aku p sekali ja ah.. n kedai mcm ni aku pastikan akan rating kt google
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 11:58 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-10-2023 11:46 AM
Ada ketika, baru sesuap makanan, kunyah pun belum... raut muka berubah auto-nikmat seolah-olah sedap ...

kan?

baru letak kt bibir mata dah putih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:00 PM | Show all posts
ifanonline replied at 16-10-2023 10:29 AM
kadang2 tempat viral ni bukannya sedap sangat pun...unless tempat makan tu ada something special mcm ...

teringat kedai air buoh di sebuah negeri panta timur..

yg special nya ialah buah pemilikk kedai tu je, dah la berbuah agakbesar, pakai ketat pula, pegang2 pula dgn customer..


viral sebab kontroversi...


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:02 PM | Show all posts
salimrock replied at 16-10-2023 12:00 PM
teringat kedai air buoh di sebuah negeri panta timur..

yg special nya ialah buah pemilikk kedai t ...

ya...elemen sebegitu kadang2 penting utk bisnes...sebab tu cina upah amoi2 seksi utk promo produk mereka...tetapi bagi umat islam, memang un-islamic la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:02 PM | Show all posts
manehnya replied at 16-10-2023 11:57 AM
ada jual air claim brew, tp bancuh mcm kedai mamak, pastu pret sikit whip cream, n wallah jd mcm sta ...

baik minum kedai starbuck je kalo harga pn kurang rm2 je dr SB kan?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.348745 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list