CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18838|Reply: 138

BCL nikah 2 Disember di Bali?

[Copy link]
Post time 26-11-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

BCL dikhabarkan bakal bernikah di sebuah hotel di Bali pada 2 Disember depan.

NAMA penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL menjadi bualan hangat apabila tular dakwaan dia bakal menamatkan zaman janda dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Tiko Pradipta Aryawardhana pada 2 Disember depan.

Memetik laporan media Indonesia, majlis pernikahan BCL dan Tiko akan berlangsung di sebuah hotel di Bali.

Perkara tersebut turut disahkan oleh seorang kakitangan Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dikenali sebagai Emma Fatmayani yang berkongsi jangkaan lokasi pernikahan BCL adalah di KUA Mengwi, Bali.

“Kedua-dua pihak sudah menghantar borang dan salinan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suami BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.

“Pihak Tiko juga sudah menyerahkan salinan dokumen pengesahan perceraiannya sebelum ini,” ujarnya.

Perkongsian tersebut sekaligus mendedahkan Tiko berstatus duda.

“Berdasarkan dokumen yang dihantar, Tiko adalah seorang duda yang bercerai hidup sebelum ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, gosip percintaan BCL dan Tiko tercetus selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu .

Kelibat dan aksi mesra dalam video tersebut membuatkan ramai yang membuat spekulasi bahawa wujud hubungan istimewa antara mereka.

Selain itu, Tiko juga dilihat kerap hadir ke majlis keluarga BCL termasuk sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

Terdahulu, BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Ashraf Sinclair akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.

Sejak hidup solo, BCL kerap terpalit dengan gosip cinta bersama beberapa selebriti lelaki Indonesia seperti Ariel Noah dan Reza Rahadian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11/26/bcl-nikah-2-disember-di-bali/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 04:00 PM | Show all posts
slot kubur sebelah asyraff dah jual blik ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts

Bunga Citra Lestari dilapor bakal nikah 2 Disember ini di Bali

BCL dikatakan akan menikah dengan lelaki yang pernah dikaitkan sebagai kekasihnya, Tiko Pradipta Artawardhana. -Astro Gempak

PENYANYI popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BLC, dikhabarkan bakal mengahwini seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Tiko Pradipta Aryawardhana pada 2 Disember ini.

Portal media Indonesia menyebut majlis pernikahan pasangan itu akan dilangsungkan di sebuah hotel di Bali.
Khabar itu mula menjadi buah mulut selepas salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu Jakarta Selatan, Emma Fatmayani memaklumkan kedua-duanya sudah pun melengkapkan urusan dokumentasi bagi tujuan perkahwinan itu.


“Permohonan nikah sudah dihantar, tetapi soal tarikh, kami tidak tahu,” katanya seperti dipetik media Indonesia.

Awal tahun ini, industri hiburan kecoh memperkatakan hubungan cinta baharu BCL dengan Tiko selepas bapa tunggal kepada tiga orang anak itu muncul di majlis ulang tahun kelahiran ke-40 BCL.

Bahkan, Tiko juga dikhabarkan sering menemani BCL ke pelbagai acara lain.

Setakat ini, BCL belum membuat sebarang pengesahan tentang berita itu.

Kehidupan peribadi BCL mendapat perhatian meluas media tempatan selepas dia kehilangan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga seorang artis popular dari Malaysia pada 18 Februari 2020.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.

BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasakah?
Tempah xtra kubur?


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh.....

Hari tu menangis2 mcm nk ikut sekali masuk kubur....

Betul je tekaan aku, tak lama lg kawin le tu....
Sama mcm mak nora ....hari² meratib, tup tup, laki org pun jadi
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu Islam ajar jgn nangis lebih2 bila laki mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2023 07:08 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 26-11-2023 07:00 PM
Pergh.....

Hari tu menangis2 mcm nk ikut sekali masuk kubur....

memang selalunya mcm tu kan? dah brp kali tengok cth org sekeliling... tak kesah la laki ke pompuan ke. hari2 nangis mcm nak ikut mati sama, mcm nak tinggal kat kubur terus la. tak sampai setahun kawen baru.


apepun, tahniah BCL. harap kali nih takda sedih2 lagi. life must go on.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lg, cantik plak tu
So let her be
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 07:25 PM | Show all posts
dani-rox replied at 26-11-2023 11:08 AM
memang selalunya mcm tu kan? dah brp kali tengok cth org sekeliling... tak kesah la laki ke pompua ...

Si suib berapa bulan je dah start mssg pompuanTapi ikutkan ye lah life must goes on takkan nak bersedih lama2, cuma sesetengah tu kita terperanjat sbb cepat sgtt Tp aku pun ada ckp kat tok lani klu aku mampos jgn bersendirian lama2 bukak hati utk pompuan lain, atleast ada peneman suka duka hidup tua sama2. Cuma aku pesan jgn kawin je, bersekedudukan sudah lol utk protect harta peninggalan semua jatuh pada anak, itu je aku mintak lol kohkohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nikoh ke tidak esok tetap hari isnin yg perlu dijalani dengan rasa lemau
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. tahniah BCL. Biarlah dia cari kebahagiaan dia. Mmg la dia sedih dulu, husband dia soulmate dia pergi tiba2, keluar toilet dah gone arwah Asyraff tu. Dia bukan sakit terbaring berbulan2, ofc BCL kekejutan and kalau boleh nak ikut sekali masuk dlm kubur tu. That's normal human being feeling. And life goes on. Berkenalan berkawan n jatuh cinta.. itu proses biasa utk org yg masih hidup. Dulu time budak2 i pun selalu judge org yg remarried coz i kuat cemburu. Terbayang pula what if bapa i remarried bila my mom dah xda eee geramnya rasa kalau bayangkan. Tp bila dah dewasa ni i fikir, org yg dah pergi tu dia takda rasa cemburu dah.. dunianyg berbeza, dia kat sana dah struggle minta2 ada amalan jariah dia utk selamatkan hidupnya kat alam barzakh, dah x peduli cinta cintun ni semua. So yeah yg masih hidup ni, teruskan lah hidup, cari pasangan utk kita sayang dan menyanyangi... ada teman mcm org lain.. Asalkan jgn terburu2 nak settle down, ok lah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ke dia tangkap cinta sama noah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut kumbre ingat LCB tadi
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd nanti komfem ke tak tanam sbelah tu  Buat tiga skali unge, srap, and tiko
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 07:57 PM | Show all posts
Cepat gila ganti arwah selepas drama cam itu cinta satu satunya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 26-11-2023 07:08 PM
memang selalunya mcm tu kan? dah brp kali tengok cth org sekeliling... tak kesah la laki ke pompua ...

Tu kubur yg dibeli sebelah Asraf tu mcmana ek?....
Tak jeles ke laki dia nati, knp nk kena tanam sebelah laki pertama ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 09:08 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 26-11-2023 08:12 PM
Tu kubur yg dibeli sebelah Asraf tu mcmana ek?....
Tak jeles ke laki dia nati, knp nk kena tanam s ...

entah ler... nanti mcm pusara Saloma lah kot, tgh2 antara kubur AR Tompel dan P Ramlee.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ashraff meninggal 2020. 3 tahun jadi balu.. ok la tu utk seorang pompuan muda dan cantik. Anak pun dah besar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 09:24 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 26-11-2023 07:25 PM
Si suib berapa bulan je dah start mssg pompuanTapi ikutkan ye lah life must goes on takkan na ...

hahaha suib terpaling duda kematian bini ye ke lepas bini mati, baru msg2 pompuan? bukan pernah main golf sama2 masa arwah bini masih idop ekekekek


normal la kan kepentingan anak2 harus didahulukan. cuma harap pengganti uols bukan jenis pisau cukur dan ibu tiri ala2 drama sinetron

ai dan somi pun dah buat perjanjian, siapa antara kami yg mati dulu, yg tinggal tu la teruskan hidup dan kawen baru. dah mati, nak fikir apa lagi kan? nak rasa jeles jauh sekali. kawenlah dgn sesiapa pun, harta ai yg secoet termasuk epf tu bagi la kat mak (kalau masih hidup) dan anak2. kalo idokk, ai menjelma jadi hantu, gitu ai bagi warning
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda la cepat sangat. 2 tahun tu tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.129896 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list