View: 47589|Reply: 498
|
‘Saya Rasa Marissa Ikut Ayah Dia, Masa Norman Kahwin Dengan Memey Dulu Pun Saya Tak Tahu’ – Abby Abadi
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan sedikit komennya mengenai dakwaan anak perempuannya, Marissa Danial yang dikatakan sudah bernikah dengan jejaka pilihannya, Ahmad Aslam di Thailand.
Menerusi potongan video daripada sesi podcast GVV Studio yang dikendalikan oleh pelakon, Datin Rabeeca Nur Al-Islam, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan itu mendedahkan dia sedikit ralat dengan apa yang telah berlaku.
Menurut Abby, sehingga ke hari ini dia dan keluarga masih belum mengetahui status sebenar di antara anaknya dan Aslam.
"Mungkin adanya beberapa kelemahan daripada saya tetapi apa yang saya boleh cakap ialah saya berasa ralat sebab saya rasa anak saya buat keputusan yang salah."
"Dia ada pilihan untuk dapatkan yang lebih baik.
"Saya tak boleh paksa dia cuma, perkara ini masih belum selesai dan saya pun tak tahu apa status mereka."
Tambah Abby, dia ada menasihati Marrisa untuk mendaftarkan perkahwinan sekiranya benar sudah mendirikan rumah tangga di Thailand namun anak perempuannya itu masih belum berbuat demikian.
"Saya tak tahu status mereka di sana (Thailand) macam mana. Tapi kalau dah nikah, bila balik Malaysia kenalah sahkan tapi masih tak jelas lagi."
"Sebab ada orang pergi ke sana sah, ada orang pula tak sah. Kita pula bukan ahli yang pakar dalam hal ini
"Saya dah ajak dia buat (pendaftaran) tapi dia kata dia akan buat dalam masa terdekat."
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri ‘Gerak Khas’ ini mengakui dirinya terkejut dengan penularan berita mengenai pernikahan anaknya itu.
"Saya terkejut dan tergamam sebab dia pun tak ada bagitahu kami sekeluarga.
"Dia sangat berahsia dan perkara itu berlaku dalam masa satu hari dan sangat di luar jangkaan kami.
"Saya tak pasti apa yang membuatkan mereka untuk bertindak seberani itu”
Di akhir sedutan video tersebut, Abby dilihat sempat berseloroh dengan mengatakan perbuatan Marissa itu mirip sekali dengan bapanya, Norman Hakim yang bernikah dengan Memey Suhaiza pada 2011.
"Saya rasa yang ini dia ikut ayah dia lah sebab masa Norman kahwin dengan Memey saya tak tahu.
"Ni betul serius, masa mereka berkahwin dulu saya tak tahu, Lillahi Ta’ala."
Terdahulu, dakwaan mengatakan Marissa dan Aslam telah pun bernikah di Thailand pada 27 Disember tahun lalu menjadi tular dan meraih perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi OhBulan!.
Sebelum ini, Marissa juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.
Walau bagaimanapun, dakwaan itu sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tularnya beberapa video memperlihatkan Marissa dan Aslam melakukan sesi fotografi bersama bagi satu jenama pakaian tempatan.
Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan jenama pakaian tersebut malah mereka mendakwa Marissa tidak menjaga hati ibu bapanya dan isteri Aslam iaitu Misya Mazlan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau pun kahwin kat Thailand. Norman kahwin senyap2. Maka, anak kau ikut dua2lah. Kahwin Thailand senyap2. |
|
|
|
|
|
|
|
ninajaybee replied at 11-3-2024 10:16 AM
Kau pun kahwin kat Thailand. Norman kahwin senyap2. Maka, anak kau ikut dua2lah. Kahwin Thailand sen ...
Well said! Marissa tu betul2 gene mak ayah, nikah family xtau, gatal melegha pon sama mcm mak ayah. Ayah berangkut tilam, mak bertukar2 jantan. Lps tu salahkan satu sama lain |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prince_marhaen at 11-3-2024 11:00 AM
Yebbi pun anggap benda ni tak serius kan...siap boleh berlawak lagi...patutlah anak dia berani kangkang merata...nanti mama maafkan & it's okey, mama & papa pun pernah buat silap...gittewww.... maka si markisa pun sambung bertenggek atas si selam...
Bagai buah markisa ditebuk jantan muka tupai.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ada satu video tu.. dlm qisar kot..ada tiktokerrr ajak dia dance dlm video tersebut.. tapi markisah ini tepis dgn menjawab "tak kan menari" sembang apa kau ni nonox!! hahahaha
kau mengatal dgn laki smp check in orite je.. tapi menari dpn video acah2 terpaling alim la... sedihnya.. kau zalim nok dgn diri kau.. apo |
|
|
|
|
|
|
|
kakakgarang replied at 11-3-2024 10:51 AM
ada satu video tu.. dlm qisar kot..ada tiktokerrr ajak dia dance dlm video tersebut.. tapi markisah ...
Dlm video raya Leeyanaarahman tu nokss.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh yehhh.. iolls lupo brand apo.. tq uolls (kissssss bnyak2)
Pembetulan... video dlm leeyanaarahman ye semua
|
|
|
|
|
|
|
|
kau bagi statement macam kau suci sgt kan bakyah |
|
|
|
|
|
|
|
Jadah interview si Abby tapi si Bekah tu yang bercerita? Aje bodo punya interviewer. Si Abby pulak terpaksa menyampuk |
|
|
|
|
|
|
|
Abby lupa dia penah nikah kat siam.. hilang ingatan ke???
|
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi bekahyislamik ni..
ingatkan dah masuk freezer lepas rumah kena lelong dengan cerita company laki songlap duit customer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Camana dia boleh kata dia tak tau miang dgn memek kawin? Bukan ker miang bawak danish dgn marissa masa menikah kat kampung memek dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 11-3-2024 11:47 AM
ada lagi bekahyislamik ni..
ingatkan dah masuk freezer lepas rumah kena lelong dengan cerita company ...
Rumah yg dia dok laani ke...
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
NuansaBiru replied at 11-3-2024 12:23 PM
Camana dia boleh kata dia tak tau miang dgn memek kawin? Bukan ker miang bawak danish dgn marissa ma ...
Klu dh bercerai tak ptg pun nk beritahu janda... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi menikah di thailand ikut acik abby kan? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dewi_rina at 11-3-2024 05:28 AM
Memey bawak bersabar ye, orang lain buat hal nama chuols naik.. Rasakan kurma itu manis
Iols nak tengok dorang interview noman.. Biar mcm taik tepek kat muka
|
|
|
|
|
|
|
|
acik yebby dulu bukan ke menikoh dekat siam? |
|
|
|
|
|
|
| |
|