CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29543|Reply: 28

[Tempatan] Meminta Maaf Tidak Mampu Beli Kek Harijadi

[Copy link]
Post time 2-9-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: "Maafkan ayah tak dapat beli kek dan hadiah. Ayah dah usaha cari duit tapi tak dapat."

Hanya itu kata-kata dapat diungkapkan Zulkifli Ainul Mokhsein, 39, kepada anak bongsunya, Ainul Haqiem, 3, yang meminta kek dan hadiah sempena ulang tahun kelahiran, hari ini.

Jauh di sudut hati, Zulkifli yang juga orang kurang upaya (OKU) bisu dan pendengaran mahu menggembirakan anaknya seperti bapa lain namun kesempitan hidup menghalangnya berbuat demikian.

Tambahan pula, kesihatan Zulkifli belum stabil sepenuhnya kerana baru keluar daripada wad hematologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini pada 26 Ogos lalu selepas menjalani kemoterapi sebagai alternatif merawat barah limfoma.

"Anak ada tanya saya bila nak bagi hadiah dan tergamam juga dengan pertanyaannya. Sedih pun ada kerana dia berharap dan saya hanya mampu mohon maaf kerana memang tak mampu nak tunaikan permintaannya.

"Selepas dimasukkan ke hospital tempoh hari, saya tak dapat membuka gerai pisang dan cempedak goreng. Isteri pula menunggu hari nak bersalin jadi memang buntu dibuatnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkifli berkata, dia cuba juga meminjam wang daripada rakannya namun mereka tidak dapat membantu.

"Jadi, saya hanya mampu pujuk anak dan minta dia main permainan apa yang ada di rumah saja.

"Kasihan kerana walaupun masih kecil tapi dia pun mahu kek dan hadiah hari jadi macam orang lain.

"Jika ada yang sudi belikan kek buat anak, saya hargai sangat namun jika tiada pun, saya reda," katanya yang akan masuk ke HSA semula untuk rawatan susulan pada 18 September depan.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan dengan menghubungi Zulkifli melalui WhatsApp di nombor 013-742 8343.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 09:27 PM | Show all posts
Kejap lagi, ramailah yang akan dermakan kek tu macam ada satu kes dulu.

Budak 3 tahun dha pandai minta kek? Ni mesti dah didedahkan dengan bday cake drp kecil lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat Malaysia mmg pemurah.. Satg byk la bdk ni dpt mcm2 kek n adiah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
budak 3 thn... bole ingat lak birthdate senirik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Birthday cake tu bkn keperluan pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 mak ayah lebih2
Konon anak nak...rasanya anak pung mana ingat tarikh besday..
Paling koman pung nak mainan je ...
Habang fokus rawatan dolu lah
Adoi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adek ni wajah terpampang oleh ayah nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Si mak menunggu hari pula nak bersalin. Apa bendalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dapet nak kasihan. Si bapa mampu tabur sperma, kek mengagau cari belas ehsan org.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajarlah anak itu kek tunggu bila buka balik gerai jual buah. Dapat duit beli kek.

Boleh pula di CI kek ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:37 AM | Show all posts
umo 3 tahun dah demand?

tak percaya haih... mak bapak jangan jadikan hari lahir sebagai satu kemestian untuk disambut. Ada buat xder xpa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini pun masuk CI
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mehmet replied at 3-9-2024 07:23 AM
Tak dapet nak kasihan. Si bapa mampu tabur sperma, kek mengagau cari belas ehsan org.

Tabur sperma free khuen..dalam sakit2 pon tetaplah menjaga nafkah batin..nafkah zahir nanti pandai2lah minta derma kat nurtijen..

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape letak gmbr anak tu je.. letak le 1 family. Biarpun gmbr crop tp nmpk sedondon je bj raya tu. kiranya xde la susah sgt smp nak merintih kek kat org. Thn ni je kot sesak sikit sbb masuk hosp.. dah tu kau sambut je la thn dpn. Tiap2 thn pun ada besday. Mengada nak rintih2 kek kat org. Tp jgn risau jap g ada la yg bwk, janji bleh buat content sekali
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan x berempati..tapi sedih ar tgk org skrg jenis x malu meminta2..si bapa ni, kalu dia btol2 sedih, dia takkan merintih kat socmed..melainkan ada niat supaya ada org sponsor @ beri..anak pulak baru 3 tahun kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 02:28 PM | Show all posts
walaupun gbr crop nampak macam gbr dalam studio je huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu pon penah susah. Xde duit nak beli kek bday anak. Kesudahannya belilah biskut oreo dgn susu kotak jadilah kek oreo. Nak senang kita kena rasa hidup susah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti adalah tu yg derma. Rakyat Malaysia ni ramai yg terlebih pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 04:31 PM | Show all posts
nanti mintak smart tv pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 04:35 PM | Show all posts
c===8 replied at 3-9-2024 04:31 PM
nanti mintak smart tv pulak

anak nk tengok katanya pulak

iols nk slhkan reporter atau sape jgk lah termasuk tt ni sekali
why la keluarkan story ni


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.098749 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list