CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 57486|Reply: 43

[Politik] Marhaen bergaduh pasal maggi tepi jalan tapi jual RM15. Golongan elit pula, “RM3 juta saja? You wasting my time”!

[Copy link]
Post time 9-11-2024 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 16-11-2024 04:53 AM

Update:




Dalam rakaman yang dipercayai dibuat awal tahun ini, seorang ahli perniagaan yang wajahnya tidak kelihatan boleh didengar berbincang dengan para Adun berkenaan mengenai rasuah yang telah diberikan kepada setiap seorang daripada mereka.


Sekurang-kurangnya, lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri.

Ini termasuk mereka yang memegang jawatan kanan dalam pentadbiran negeri tersebut.

Difahamkan terdapat lebih banyak rakaman video juga melibatkan Adun-Adun lain daripada negeri itu.

Malaysiakini telah melihat lapan video itu dan tidak akan mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga mendapatkan salinan rakaman serta komen daripada mereka yang terlibat.

Sumber memberitahu Malaysiakinipemberi maklumat sedang cuba mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sebelum meneruskan lebih lanjut.

Sumber itu berkata SPRM telah dimaklumkan mengenai rakaman itu juga.

Difahamkan, pemberi maklumat telah melantik peguam Izwan Azmi daripada Izwan Mazniza Kamil & Associates untuk meneruskan perkara itu.

Malaysiakini juga ditunjukkan salinan dua surat daripada peguam kepada SPRM bertarikh 24 Okt dan 29 Okt untuk mendapatkan pertemuan berhubung mendapatkan perlindungan.

Kedua-dua surat mengandungi cop "resit akui".

Pemberi maklumat bersedia untuk mendedahkan maklumat sulit berhubung isu ini tetapi dia mahu memastikan perlindungan untuk dirinya sendiri sebelum mengambil langkah seterusnya," kata sumber itu.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bertujuan untuk menggalakkan pendedahan maklumat mengenai rasuah atau salah laku lain dan menyediakan perlindungan kepada pemberi maklumat termasuk daripada tindakan sivil, jenayah, atau disiplin.

Malaysiakini juga ditunjukkan dokumen-dokumen berkaitan projek tersebut serta butiran perbankan dalam talian berkaitan dakwaan rasuah.

Ahli perniagaan minta pulangkan duit

Difahamkan, pertemuan berlaku selepas kerajaan negeri membatalkan lesen projek tersebut, menyebabkan ahli perniagaan itu menuntut agar para Adun berkenaan mengembalikan wang, yang dalam beberapa kes hanya merupakan bayaran awal daripada jumlah sebenar yang dijanjikan.

Ahli perniagaan tersebut juga memberikan kelonggaran kepada para Adun terbabit untuk membayar balik secara ansuran.

Jumlah yang disebut mencecah ratusan ribu ringgit dan dalam satu kes seorang ahli politik veteran diingatkan dia akan menerima hampir RM3 juta jika urusan itu berjalan.

Beberapa Adun mengaku telah menggunakan wang tersebut manakala seorang lagi berkata dia boleh mengembalikan RM300,000 tanpa ansuran kerana jumlah tersebut “kecil”.

Ahli perniagaan itu turut mengingatkan para Adun berkenaan mengenai masa, tempat dan cara transaksi tersebut berlaku.

Pada salah satu video, ahli perniagaan tersebut, ketika bercakap dengan seorang pembantu salah seorang Adun, mendedahkan ratusan ribu dalam bentuk tunai telah diserahkan kepada bos pembantu itu di pejabatnya dan pembantu tersebut mengesahkan hal tersebut.

Sumber itu berkata apabila pemberi maklumat mendapat perlindungan, laporan akan dibuat kepada SPRM dan rakaman akan diserahkan kepada suruhanjaya tersebut bagi memudahkan siasatan.

Malaysiakini sedang menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk mendapatkan maklum balas pihak berkuasa.











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2024 10:18 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau negeri pembangkang mesti tak serumit ni kot. Terus dedah dpt perlindungan kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk politik bukan nak jaga rakyat, jaga poket masing2… gitu lah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Astagfirullah
Hope pihak SPRM bertindak pantas dan tegas dengan segera
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana videonya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
leen_shaza replied at 10-11-2024 06:17 AM
Astagfirullah
Hope pihak SPRM bertindak pantas dan tegas dengan segera

Bak kata porumer kt atas,  tindakan dibuat ikut parti mana yg perintah klau adun tu blok gomen federal tu bkn rasuah tp hadiah klau blok pembangkang blm bicara lg dah cop sakau2
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 01:00 PM | Show all posts
Sumbat semu dalam penjara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 05:53 PM | Show all posts
Beberapa Adun mengaku telah menggunakan wang tersebut manakala seorang lagi berkata dia boleh mengembalikan RM300,000 tanpa ansuran kerana jumlah tersebut “kecil”.

Dapat duit haram dah belanja pada bini, skandal, shopping gold, branded items, joli. Suruh bayar balik terkebil-kebil biji mata.

Kalau tak berduit tu, sedar diri lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tanya ostat apa hukum? Kena cammpak dalam api neraka bersama pompun pree hair tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 10-11-2024 06:59 PM
white_musk replied at 10-11-2024 06:00 PM
Cuba tanya ostat apa hukum? Kena cammpak dalam api neraka bersama pompun pree hair tak?


bergantung kpd blok mana...jugok.
gomen...akn 'disucikan' dgn holy water
pembangkang...msk mulaka...
                  
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 10-11-2024 06:57 PM
bergantung kpd blok mana...jugok.
gomen...akn 'disucikan' dgn holy water
pembangkang...msk mu ...

Ckp sajalah ramai panas bontot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Penerima dan pemberi rasuah patut tembak sampai mati je. Perosak negara. Semua projek kualiti takde sebab duit masuk banyak poket.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Td kat tibitige azam baki ckp sprm x blh nk janji utk tidak mendakwa atau mengambil sebarang tindakan kpd pengadu. So maksudnya pengadu ni si pemberi rasuah la kan? Job cancel report sprm. Job on, diam diam je. Gitu konsepnya  kahkahkah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 09:47 AM | Show all posts
percent dari kontrak/projek macam menda biasa dlm politik.... kalau xda sumbangan dri syarikat.kontraktor... tak tau mana agaknya YB dapat dana... klu ikut dana kerajaan bukan banyak sangat pun.... kalau harap gaji YB nak bagi peruntukan kat rakyat ... mmg tak cukup tu.... tu yg berebut nak jadi YB... klu tgok gaji tak menarik sangat pun....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 10:04 AM | Show all posts
ada la dalilnya itu wang hadiah....bukannya rasuah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2024 10:50 AM | Show all posts
negeri mana... kalau negeri iols tak payah dedahkan pun seluruh rakyat tahu cuma takde bukti je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Adun yg menerima rasuah tu patut dihukum je
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 11:26 AM | Show all posts
Nurdianah replied at 9-11-2024 11:30 PM
Masuk politik bukan nak jaga rakyat, jaga poket masing2… gitu lah.

ai terpikir mende yg sama, tak kira parti politik memana pun...





Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 11:36 AM | Show all posts
ada satu negeri ni MB dia macam menikus je senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 02:39 PM | Show all posts
denga kata kedah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.251855 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list