CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10404|Reply: 22

[Tempatan] Dentuman kuat, takungan pecah kali ke-2 paling teruk. #2, Benteng pecah, 200 rumah terjejas di Taman Sri Alam. #4, ‘Bunyi dentuman kuat, air laju masuk rumah’. #6, [VIDEO] Bagai dilanda tsunami

[Copy link]
Post time 30-12-2024 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 30-12-2024 02:23 AM

Dentuman kuat, takungan pecah kali ke-2 paling teruk

https://www.freemalaysiatoday.co ... -ke-2-paling-teruk/

Bernama
29 Dec 2024, 11:37 PM

Seorang penduduk Taman Sri Alam berkata kejadian benteng pecah itu pernah berlaku pada 2014.


Pihak berkuasa tempatan berkata 10 rumah terjejas teruk dengan pihaknya menasihati mangsa berpindah, namun penduduk memilih kekal di rumah memandangkan air telah surut. (Gambar Facebook)

SUNGAI BULOH: Penduduk terjejas akibat benteng takungan air Taman Sri Alam di Saujana Utama yang pecah petang tadi mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum air melimpah deras memasuki rumah penduduk berhampiran.

Hafifi Saleh, 38, berkata sebelum kejadian dia berada di luar rumah berbual bersama rakan dan ketika itu hujan sudah berhenti.

“Ketika berbual saya mendengar dentuman kuat dan melihat benteng takungan air runtuh dan air mengalir deras memasuki rumah saya dan rumah jiran.

“Saya kemudian bersama isteri dan anak saya masuk ke dalam pacuan empat roda untuk menyelamatkan diri,” katanya kepada Bernama.

Hafifi yang bekerja sendiri, berkata dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dalam rumahnya berikutan kejadian berlaku amat pantas dan air yang deras.

“Air masuk ke dalam rumah setinggi dua kaki…banyak perabot dan barangan rosak,” katanya.

Seorang lagi penduduk Samsudin Adun, 49, berkata kejadian petang tadi adalah yang kedua berlaku selepas kejadian pertama pada 2014, tetapi ketika itu tidak seteruk hari ini.

Ketika kejadian dia sekeluarga tiada di rumah dan hanya mengetahui perkara berkenaan melalui kumpulan WhatsApp taman berkenaan.

“Ada jiran maklumkan benteng takungan air di depan rumah telah runtuh dan berlaku banjir kilat, saya dan keluarga bergegas pulang dan mendapati rumah dimasuki air setinggi dua kaki bagaimanapun surut dalam 30 minit kemudian,” katanya.

Dia berharap pihak bertanggungjawab membaiki tembok berkenaan segera berikutan kawasan itu sering dilanda hujan lebat kerana Monsun Timur Laut.

Sementara itu, Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Maisarah Ismail, berkata pihaknya akan membina benteng penghadang sementara di kawasan runtuhan bagi mengelakkan limpahan air berlaku lagi jika hujan lebat.

Beliau berkata dianggarkan 10 rumah terjejas teruk dan pihaknya telah menasihati mangsa untuk berpindah tetapi penduduk memilih kekal berada di rumah memandangkan air sudah surut dan mereka boleh melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Kerja-kerja membersihkan rumah yang terjejas dan sisa runtuhan akan dilakukan malam ini juga sebelum kerja membina benteng penghadang sementara dibuat,” katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang.

Benteng berkenaan pecah menyebabkan air melimpah ke seluruh taman perumahan itu, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2024 10:00 AM | Show all posts
Benteng pecah, 200 rumah terjejas di Taman Sri Alam

https://www.freemalaysiatoday.co ... -di-taman-sri-alam/

Bernama
29 Dec 2024, 09:36 PM

Benteng takungan air itu mengakibatkan paras air di taman perumahan itu di Saujana Utama mencecah sekaki.


Bomba berkata, 200 kediaman terjejas dengan pihak berkuasa sedang menimbang keperluan untuk memindahkan penduduk susulan benteng takungan air pecah.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 rumah dipercayai terjejas susulan kejadian benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam di Saujana Utama pecah dan melimpah ke kawasan taman perumahan itu, petang tadi.

Ketua Balai Bomba Bestari Jaya Azrel Izaidi Ahamad, berkata limpahan air itu kini telah surut, dan perbincangan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada perlu memindahkan penduduk terjejas.

“Air sudah surut, cuma satu lorong yang agak rendah masih digenangi air, dan ia mengambil masa untuk surut sepenuhnya. Oleh itu, pihak bomba akan melakukan kerja-kerja penyedutan air di kawasan itu.

“Kami masih menilai keperluan untuk memindahkan penduduk kerana keadaan kini menunjukkan tanda-tanda pulih. Bagaimanapun, proses mengenal pasti kerosakan mungkin memerlukan masa. Kami akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, sebelum ini dilaporkan berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang dan menggerakkan lima pegawai serta anggota ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, paras air di kawasan taman perumahan berkenaan didapati mencecah satu kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 10:04 AM | Show all posts
kawasan Sri Alam ni, tak bagus untuk perumahan, tapi tu lah, ermmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2024 10:07 AM | Show all posts
‘Bunyi dentuman kuat, air laju masuk rumah’

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... r-laju-masuk-rumah/

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
29 Disember 2024, 10:44 pm


ANGGOTA bomba memantau lokasi banjir di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Selangor, hari ini. - FOTO oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – “Terkejut melihat limpahan air itu, saya segera mengambil anak dan isteri lalu berlindung dalam pacuan empat roda kami,” kata Hafifi Saleh, 38, salah seorang penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama dekat sini yang dilanda banjir akibat benteng sebuah kolam takungan pecah, petang tadi.

Menurutnya, semasa kejadian hujan baru berhenti selepas berterusan lebat sejak pukul 3 petang dan ketika itu dia sedang bersembang dengan jiran di luar rumah kira-kira pukul 3.40 petang.

“Saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat limpahan air dari kolam takungan berhampiran memasuki kawasan rumah. Saya bersyukur keluarga terselamat biarpun ada perabot mengalami kerosakan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan benteng yang pecah itu mengakibatkan limpahan air umpama tsunami, namun tiada sebarang pemindahan mangsa dilakukan kerana banjir telah surut sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Maisarah Ismail berkata, pihaknya akan membina benteng penghadang sementara di lokasi runtuhan bagi mengelak limpahan air berulang sekiranya hujan lebat.

“Kira-kira 10 buah rumah terjejas teruk akibat kejadian itu dan penduduk memilih untuk tidak berpindah kerana mahu mencuci rumah berikutan air surut. Kerja-kerja pembersihan rumah dan sisa runtuhan benteng akan dibuat malam ini sebelum membina benteng penghadang sementara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemana la agaknya..mlm td ujan boleh tahan lebat juga sampai ke pagi..naik lg tak airnya tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2024 10:20 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 30-12-2024 02:21 AM

[VIDEO] Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami

https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... ai-dilanda-tsunami/

Oleh KOSMO!
29 Disember 2024, 6:07 pm

  


Tangkap layar klip video yang memaparkan sebuah kolam takungan di Taman Seri Alam, Saujana Utama pecah.

PETALING JAYA – Sebuah kolam takungan berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini petang tadi pecah menyebabkan limpahan air keluar ke kawasan perumahan itu.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Saujana Utama, Sungai Buloh, kejadian menyebabkan kawasan itu kini dilimpahi air.

Beberapa klip video yang memaparkan kejadian itu turut tular di laman sosial ketika ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan punca kejadian itu berlaku, namun berdasarkan komen daripada pengguna laman sosial, insiden itu berlaku akibat dinding kolam takungan pecah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah berkongsi berkenaan kejadian terbabit dan menasihatkan orang ramai tidak melalui kawasan terbabit.

“Hillpark pun turut banjir, jangan lalu jalan belakang nak ke Eco Grandeur,”tulis Nur Ain.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hafizah Cheong.

“Perumahan kat Saujana Perdana kita pun banjir. Air di longkang dah penuh,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay nnti weekend ni i nak round2 laa area kawasan perumahan terjejas... i ada baca juga ada perumahan2 kat klang kena pindah juga sbb pergerakan bawah tanah yang very derrr obvious....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 10:47 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 30-12-2024 10:18 AM
Cemana la agaknya..mlm td ujan boleh tahan lebat juga sampai ke pagi..naik lg tak airnya tu

Pagi td lepas hantar ke sekolah, nmpak dah surut air..smlm pun bomba dtg bantu sedut air..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 10:55 AM | Show all posts
takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 30-12-2024 10:22 AM
Okay nnti weekend ni i nak round2 laa area kawasan perumahan terjejas... i ada baca juga ada perumah ...

Klang tu elok lah ditelan bumi terus
Sbb segala mslh pati, gengster, kongsi gelap sume berpusat kt klang
Biar lenyap terus sume problem tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-12-2024 10:59 AM
Klang tu elok lah ditelan bumi terus
Sbb segala mslh pati, gengster, kongsi gelap sume berpusat kt ...

iols tatau mcm mana hidup kat klang tu lagi2 pandamaran. 2004 dulu iols training kat sana 8bulan stay kat pandamaran wpun diberi rumah taman yg ok (semua trainee comp dok sini) tp still bila keluar dari area weols tu mcm2 ummah dunia ke3 ada
mcm duduk di suatu penempatan negara dunia ke3

semoga dipermudah urusan mangsa benteng pecah. jenuh laa nak cuci rumah dgn segala perabot tenggelam air.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:10 AM | Show all posts
ini baru benteng kolam pecah...blom lg bayang benteng laut kt jakarta utara tu...lg seramm..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-12-2024 10:59 AM
Klang tu elok lah ditelan bumi terus
Sbb segala mslh pati, gengster, kongsi gelap sume berpusat kt ...

Kesian uolz.. ramai yang loan tak abes byar pun lagi rumah2 tu.... JUPEM dah nasihatkan diorg utk kosong kan rumah..  tanpa pampasan....

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 30-12-2024 11:08 AM
iols tatau mcm mana hidup kat klang tu lagi2 pandamaran. 2004 dulu iols training kat sana 8bulan s ...

Klang tu mmg teruk pun..sapo2 duk situ, keluar je la pi stay kat area lain
Byk sgt mslh sosial n jenayah kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 30-12-2024 11:20 AM
Kesian uolz.. ramai yang loan tak abes byar pun lagi rumah2 tu.... JUPEM dah nasihatkan diorg utk  ...

Aku tgk gambo benteng pecah tu, lerrr gitu je ke depa bikin benteng tu
No wonder la bleh pecah
And penduduk ckp ni dh kali kedua pecah..maknya ms 1st time pecah dulu, pihak berwajin buat keje sambil lewa je la.
Patut saman je balik sapa buat keje sambil lewa dulu...ntah2 budget diberi sekian2....as usual, appoint sub-con la nak cut cost sbb nk take profit
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:03 PM | Show all posts
tak leh saman pemaju pbt untuk kos repair rumah and kereta ke?
naya kereta kena guna insurance sendiri..
kalau yang takde cover flood tu naya weh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 12:12 PM | Show all posts
aku hari tu ada baca kt satu page ni, pasal loan rumah la. kenapa loan rumah still guna kadar faedah terapung mcm personal loan, sdgkan rumah tu satu keperluan. salah satu alasan mamat ni, sebab harga rumah makin lama makin naik. so jumlah loan yg dibayar tu termasuk bunga adalah harga rumah di masa hadapan.

dahtu kalau jadi mcm ni la kan, tetiba harga rumah jatuh, nak jual pun dah tak laku, so dalam kes ni bank jelah untung kan?  so ape justifikasi bank letak bunga sama tinggi macam harga rumah kalau dh mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo kolam takungan tu mcm letak kolam ats tanah je la ye
Bknnya korek dlm tanah gitu
Kalau binaan benteng so so  je, mmg disaster waiting to happen la jawabnya
Salam takziah kepada semua mangsa…semoga bertabah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 01:18 PM | Show all posts
kenapala beli rumah tepi takungan air ni.. tapi nampak tu mesti viewnya lawa kan.. kolam yang nampak mcm tasik je
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sore_itam replied at 30-12-2024 11:10 AM
ini baru benteng kolam pecah...blom lg bayang benteng laut kt jakarta utara tu...lg seramm..

Kan..Jakarta tu tunggu masa je. Gila betoii. Berat oo air laut. Sekali retak tu takdan apa2 dah tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046641 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list