CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 36016|Reply: 49

[Tempatan] Bukan hotel:Anak duduk di dalam bilik selama satu jam sampai menangis,bapa kiciwa sekolah tiba-tiba batalkan anugerah kecemerlangan pelajar 'Top 5' kerana tak cukup bajet

[Copy link]
Post time 14-1-2025 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Difahamkan, sekolah terbabit membatalkan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Top 5 itu sehari sebelum majlis bermula.

Seorang ayah meluahkan rasa kecewa apabila anaknya mengalami tekanan emosi setelah pihak sekolah dipercayai membatalkan penyampaian anugerah kecemerlangan pada saat-saat akhir

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Wan Muhammad di Facebook, anaknya menuntut di sebuah sekolah rendah di Puncak Alam, Selangor menerima surat jemputan rasmi pada Khamis minggu lalu.

Anak duduk di dalam bilik selama satu jam sambil menangis kerana kecewa dengan pembatalan anugerah kecemerlangan

"Tinggal esok (Selasa) sahaja hari kecemerlangan, kalau tak layak dari awal tak kisah tapi ini dah dapat surat berhari-hari dan esok harinya.

"Betapa hancurnya hati seorang budak sekolah rendah diperlakukan seperti ini. Sejam anak duduk dalam bilik sambil menangis, anak tak pernah terperuk dalam bilik.

"Maaf saya menulis bukan niat nak burukkan mana-mana pihak, cuma pesan tolong jangan buat pekara seperti ini lagi pada masa akan datang. Kasihan lah murid," tulisnya.

Menerusi surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak sekolah menyatakan anaknya termasuk dalam senarai lima pelajar terbaik dan bakal menerima pengiktirafan dalam majlis kecemerlangan sekolah yang sepatutnya berlangsung pada 14 Januari.

Bagaimanapun, pada petang 13 Januari, sehari sebelum majlis berlangsung, pihak sekolah menghubungi mereka dengan memaklumkan bahawa acara penyampaian anugerah untuk pelajar terbaik terpaksa dibatalkan kerana kekurangan dana.

Tambah Wan Muhammad lagi, tindakan pihak sekolah itu sangat tidak wajar dilakukan kerana seolah-olah memberi harapan kepada anaknya.

Jelas Wan Muhammad lagi, jika pihak sekolah lebih awal memaklumkan bahawa anugerah berkenaan tidak dapat diberikan, situasi seperti itu boleh dielakkan.

Pembatalan pada saat-saat akhir ini bukan sahaja menjejaskan semangat anaknya, malah memberikan kesan mendalam terhadap keyakinan diri kanak-kanak berkenaan.

Kisah tersebut juga mengundang perhatian ramai, terutama dalam kalangan ibu bapa yang turut meluahkan rasa simpati terhadap murid yang terkesan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar la anak hadap kecewa tuh, dlm hidup ni banyak lagi kekecewaan yg dia bakal hadapi. Tambahan tu semua diluar kawalan kita, just bagi anak ruang untuk bertenang dan bagi support kat anak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 11:09 PM | Show all posts
lembik mak bapak derngan anak majlis hadiah sekolah rendah je pun... siap murung segala.... jadah la siap bangga viral
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 11:35 PM | Show all posts
Ni mak bapak yang nk konten ni.
Kalau viral nnt leh le masuk podcast mana2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Overnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
La sekolah rendah baru. Ingatkan dh form 5 ke apa tdi. Sabor je la dek. Ini baru sikit2 dugaan. Jauhh lagi perjalananmu dek. Setakat kecewa sebab batal hri anugerah ni takde apa sangat la dek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhuhu sekolah rendah je pun dpt no 5 je pun mesti hanya bersaing 100 org je, belum lagi spm bersaing, belum lagi bersaing mendapatkan kerja mendapatkan jawatan, patut bapak2 sediakan rumah sewa 10 pintu kebun sehektar supaya anak sentiasa ada masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 12:15 AM | Show all posts
Slow talk la dengan anak kau bagitau bukan anak kau tak layak dapat anugerah. Tapi sebab sekolah tu semekin tu yang tak jadi proceed
Pastu next year kau bayo lah pibg lebih sket dalam 2k ke, ha baru lah cukup Dana sekolah tu nak buat majlis anugerah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kt uni..convo cancel..tu br la valid skit nk sedih pon..jaman skrg jaman content kan..xleh la nk menunjuk kecemerlangan anak serata alam
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 dah ajar anak jadi taugeh. Keras diluar tp sebenarnye rapuh ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 03:39 AM | Show all posts

Ayah budak ni budak kelas belakang kot?

Dah kalau sekolah tak mampu/dana tak ada,  bawa jer la anak awak pergi shopping mall ke, kedai DIY ke or Ikea. Suruh la dia ambil apa dia suka sebagai ganti hadiah top 5 itu.
Tak pun bawa jer dia makan KFC ke Pizza ke?


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 04:33 AM | Show all posts
Sekolah pun mangkak kenapa nak buat anugerah tapi x rancang betul2 bajet? Buat la mcm zaman lama2 dulu gotong royong guru dan murid hias dewan utk majlis hujung tahun. Ni berlagak nak show off masing2 nak hotel la bagai dan nak bermegah2 nak bersponsor bagai. Aduiiiii.

Bapak pun satu hal, batak viral sangat dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya ko dik..sekolah pun kalau xde duit sgt bagi sijil je x kan x boleh. Makpak plk..dh sekolah x buat majlis, korang je la bwk pi makan2 ke belikan mainan ke tanda hargai usaha anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
top 5 tu... anak dia nombor berapa???.
ada 5 org pelajar tu...
kenapa ko sorang je yg melalak.
byk keramaian di skolah ni dana nya duit cikgu sendiri. setahun 400-600 sorang cikgu. mmg kna  byr utk dana aktiviti skolah. ikut gred DG.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
top 5 apa?



tokoh murid tahun 6 ke ? kecemerlangan sukan nilam mak nenek semua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alor.. Ngadenya ka mak pak cmni
Buhsannnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la jaman la ni majlis anugerah nak kena buat grand2.then makpak yg anak tak dpt anugerah kang kata kecik hsti anak yg tak dpt hadiah melangut kt bawah tu..isk..padahal hati dia yg tak puas..cer suh anak tu study rerajin...
Ni majlis cancel..ala..hang fork out your money la bg hadiah...
Jaman iols dulu semua buat hari sekolah je...penuh dewan tu...yg tak dpt hadiah pun ada ngk...tiap2 thn iols dpt hadiahnya..buku citer...ok la iols rasa sbb time tu takde mara duitan..just appreciate the present...sekolah iols pung top high performance school dah ms tu...then my older cousins bring me makan2...
Ala jaman dewasa ni lagi la kena keras hati..ada tu member susah2 setelkan keje...org lain plok yg naik....tp kita buangkan rs jeles tu..dah naik ada la 'perks' dia..hang rasain gitew..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah pun kalau tak mampu janganlah bg budak² harapan. Mental belum kuat. Baru mak bapak tipu nak beli askrim pun bila tak dapat dah boleh merajuk panjang. Iskh...dah sekolah tak mampu belanja besar, bagilah sijil masa perhimpunan depan pelajar. Terubat sikit hati budak tu.

Yg bapak pun pandai²lah memujuk. Bawa keluar makan², belikan hadiah murah² yg anak suka pun sekurang²nya anak tu rasa diraikan. Bagi semangat utk dia ulangi kejayaan pada masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 08:08 AM | Show all posts
kalau sekolah teruskan tapi takde hadiah ko membahan jugak dalam facebook. Mungkin ada penaja yg tarik diri saat akhir. entah2 duit pibg pun korang liat nak bayar
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 08:11 AM | Show all posts
over la sek rendah je pun ..mcm mcm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.124371 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list