"Saya sudah hubungi pihak TikTok tapi setakat ini masih belum ada keputusan lagi. Kami tiada orang dalaman yang boleh tolong.
"Saya dan suami masih tak tidur lagi mengenangkan apa yang berlaku dan sedang usaha dapatkan kembali beg kuning,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nilam memberitahu dia terpaksa bermula daripada bawah jika beg kuning tidak dapat dikembalikan.
"Saya kena buat siaran langsung selama 24 jam semula, macam-macam mula nak dapatkan kepercayaan orang.
"Sebagai peniaga saya memang kecewa dengan apa yang berlaku. Sedih dan penat sebab saya kena mula dari bawah," luahnya.
Sebelum ini, Nilam membuat siaran langsung sambil menangis teresak-esak apabila beg kuning perniagaannya lesap secara tiba-tiba.
Sumber: mStar