CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18668|Reply: 0

[Seni] QUTB MINAR | Menara bata lambang kemegahan pemerintah Islam di India

[Copy link]
Post time 8-3-2025 08:42 PM | Show all posts |Read mode

Kompleks Qutb Minar salah satu destinasi pelancong yang popular di ibu kota India. Ia bukan sekadar mempamerkan gabungan tradisi seni bina India dan Islam, malah turut menyimpan pelbagai kisah tentang kuasa, penaklukan dan keimanan.

Terletak di selatan New Delhi, ibu kota India yang sentiasa sibuk, kompleks Qutb Minar merupakan tapak warisan dunia UNESCO yang menerima jumlah pelawat kedua tertinggi selepas Taj Mahal.

Dengan ketinggian mencecah 73 meter, Qutb Minar adalah menara tertinggi yang dibina di dunia pra-moden dalam kawasan kompleks ini. Sejak dibina, ia digunakan oleh para muazzin menyeru umat Islam untuk solat melalui azan, seruan suci untuk beribadah.


Qutb Minar yang juga dikenali sebagai ‘menara kemenangan’ adalah salah satu seni bina Islam yang mengagumkan. Menara ini didirikan oleh pengasas Kesultanan Delhi.

Ia antara menara terawal yang dibina di India. Projek pembinaan Qutb Mibar bermula pada 1190-an yang diarahkan oleh Qutbuddin Aibak, panglima dari Kesultanan Ghuri yang telah menubuhkan kerajaannya sendiri iaitu Kesultanan Delhi.

Qutbuddin yang merupakan pemerintah Islam Delhi yang pertama telah membangunkan banyak monumen di India untuk memperingati kemenangannya menakluki kawasan tersebut. Salah satunya ialah Qutb Minar dan pembinaannya diteruskan oleh pewaris Kesultanan Delhi setelah Qutbuddin meninggal dunia.

Minaret ini bukan saja sebagai lambang kemenangan, tetapi juga digunakan untuk keagamaan Islam. Ia juga dimanfaatkan sebagai menara peninjau untuk mengesan kehadiran musuh.


Seni Bina Mengagumkan

Menara bata ini setinggi 73 meter dengan diameter sepanjang 14 meter. Mempunyai 399 anak tangga untuk sampai ke puncak, ia dibina dengan batu pasir merah berjejalur.

Strukturnya dihiasi alur yang diukir rapi dengan lekuk-lekuk berbucu beserta inskripsi yang didedikasikan kepada Sultan Muhammad al-Ghuri yang merupakan raja untuk Kesultanan Ghuri.

Sultan Muhammad al-Ghuri berbangsa Turk-Muslim adalah penguasa yang berjaya merebut wilayah-wilayah India yang ketika itu diperintah oleh dinasti Hindu dan menyerapkan wilayah itu ke dalam kekuasaannya. Selepas Sultan Muhammad mangkat, panglimanya Qutbuddin Aibak telah memerdekakan diri dan mengasaskan kerajaan Kesultanan Delhi.


Menara ini berbentuk bulat yang dihiasi dengan seni kaligrafi Islam dan ukiran ayat-ayat al-Quran, menjadikan ia antara seni bina Islam mengagumkan yang masih boleh ditatap sehingga ke hari ini.

Sampai sekarang, menara ini masih terus digunakan untuk melaungkan azan, menggamit orang Islam untuk datang menunaikan solat di masjid Quwwat al-Islam, antara masjid terawal yang dibina oleh Kesultanan Delhi yang terletak berhampiran menara tersebut.



Sumber: Utusan TV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.383713 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list