CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1987|Reply: 0

[Johor] Komponen kapal terbang, kelongsong peluru antara sisa e-waste dirampas

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:18 AM | Show all posts |Read mode


YUSOF (tiga, kanan) menunjukkan sebahagian daripada e-waste yang dirampas dalam serbuan di kilang memproses haram di Kota Tinggi. FOTO Farid Noh

Kota Tinggi: Pelbagai sisa elektronik (e-waste) bernilai RM23.8 juta dirampas pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah kilang memproses haram di Jalan Lombong, di sini, semalam.

Turut ditemui di premis itu adalah pelbagai komponen kapal terbang milik sebuah syarikat penerbangan antarabangsa selain bertong-tong kelongsong peluru dan anak peluru.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pasukannya dianggotai 20 pegawai dan anggota menyerbu premis itu pada jam 4 petang, susulan maklumat daripada Op Lusuh.

Katanya, dalam serbuan itu, tiga warga asing membabitkan seorang lelaki warga China berusia 50 tahun dan suami isteri warga Myanmar berusia 24 dan 23 tahun turut ditahan.

"Hasil pemeriksaan berjaya merampas 75 guni komponen elektronik seberat 46,214 kilogram (kg); sembilan guni aluminium dan plastik (514 kg); 66 mampat komponen elektronik (103,983 kg) dan 18 mampat wayar elektrik (22,791 kg).

"Turut dirampas 166 guni tembaga (369,954 kg); 62 tong mengandungi 'metal scrap' (29,085 kg); 43 gelung besi dan 10 tong bebola timah dan serbuk besi.

"Polis turut merampas tujuh tong kelongsong peluru serta satu tong anak peluru; tiga forklift; sebuah Proton X50, dua unit mangga dan tiga telefon bimbit pelbagai jenama.

"Pelbagai komponen kapal terbang milik sebuah syarikat penerbangan antarabangsa turut ditemui di lokasi dan kini disita Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) bagi tindakan susulan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kilang sisa e-waste haram itu, hari ini, yang turut disertai Yang di-Pertua MDKT, Muhamad Shahrizat Alwee.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, hasil siasatan awal premis haram itu didapati sudah beroperasi selama lima bulan, namun pihaknya masih melakukan siasatan lanjut berhubung e-waste yang diperoleh dalam jumlah besar.

"Kilang ini terletak di Kawasan Perindustrian Kota Tinggi, Batu 2 beroperasi haram kerana tiada lesen dan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), MDKT dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"MDKT akan menyita premis ini selama tujuh hari bermula hari ini bagi tindakan perundangan susulan," katanya.

Yusof berkata, hasil ujian air kencing terhadap tiga warga asing yang ditahan mendapati kesemua mereka negatif dadah, selain tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

"Bagaimanapun ketiga-tiga mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini dan tiada permit untuk bekerja," katanya yang memaklumkan warga asing itu direman empat hari hingga Selasa.

Beliau berkata, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960; Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946; Seksyen 34B Aktar Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.367109 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list