CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1830|Reply: 0

[Johor] Polis tumpaskan sindiket dadah campuran, rampasan hampir RM7 juta

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 11-3-2025 11:39 AM



KUMAR (dua dari kanan) menunjukkan pelbagai peket minuman berisi dadah campuran yang dirampas. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Polis menumpaskan dua sindiket dadah yang mencampurkan pelbagai jenis bahan terlarang dalam peket menyerupai produk minuman bagi mengaburi pihak berkuasa, dengan nilai rampasan hampir RM7 juta.

Sindiket berkenaan ditumpaskan dalam dua operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di Seri Alam dan Johor Bahru Selasa lalu, sekali gus membawa kepada penahanan tujuh individu termasuk seorang wanita warga asing.

Difahamkan, sindiket ini mencampurkan pelbagai jenis dadah yang diletakkan dalam bungkusan dengan label minuman terkenal, sebelum ia dijual pada harga RM250 hingga RM300, bergantung kepada saiz peket.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata, dalam serbuan pertama, polis melakukan dua serbuan di kawasan parkir dan juga sebuah hotel lebih kurang 7.20 pagi hingga 6 petang.

Beliau berkata, polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam berusia 25 hingga 29 tahun, termasuk dalang, bersama pelbagai dadah bernilai RM1.56 juta.

Katanya, dalam serbuan itu polis berjaya merampas 9.28 kilogram (kg) serbuk ekstasi, ketamin (74 gram), pil Eramin 5 (90 biji), pil ekstasi (26 biji), dan 17 mililiter cecair ekstasi, selain merampas dua kereta, wang tunai berjumlah RM15,450 dan pelbagai barang kemas yang keseluruhannya bernilai RM95,490.

"Dalam serbuan kedua pula, empat individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan menerusi empat serbuan di sekitar bandar raya ini pada Selasa dan Rabu lalu. Kesemua suspek berusia 17 (tidak bersekolah) hingga 42 tahun ditangkap bersama pelbagai dadah bernilai RM5.38 juta.

"Polis berjaya merampas 32.2 kg serbuk ekstasi, syabu (13.50 gram), dan pil Eramin 5 (lapan biji). Turut disita, sebuah kereta dipercayai kenderaan curi, dua motosikal dan wang tunai bernilai RM3,659," katanya pada sidang media di IPK Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun sindiket ini berlainan, modus operandi mereka sama dengan menjadikan kondominum yang berpengawal dan berpagar sebagai tempat penyimpanan dadah, mereka aktif sejak Januari lalu.

"Polis menahan reman kesemua suspek sehingga 12 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061247 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list