CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2508|Reply: 0

[Sabah] ELMU tawar tajaan belajar anggota, keluarga APM

[Copy link]
Post time 12-3-2025 11:05 AM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Aminurrahim dan Dr Kassim bertukar-tukar dokumen dalam majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) menawarkan tajaan penuh sepuluh anggota dan keluarga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk melanjutkan pengajian di universiti itu.

Ketua Eksekutif dan Naib Canselor ELMU, Prof. Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed berkata tajaan itu dibuat menerusi Yayasan ELMU.

Katanya, calon terpilih ditawarkan mengikuti program Pengurusan Bencana dan Penguatkuasaan Undang-undang Antarabangsa ambilan Mac 2025 sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa.

“Kami menawarkan lima biasiswa kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program Diploma in Disaster Management atau Diploma in International Law Enforcement.

“Syarat kemasukan ialah minimum tiga kredit pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya,” katanya.

Selain itu, katanya, ELMU juga menyediakan lima lagi biasiswa kepada mereka yang lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau lulus Diploma/Asasi/Matrikulasi.

“Mereka ditawarkan mengikuti program Bachelor in Disaster and Emergency Management (Honours), atau Bachelor in International Law Enforcement (Honours),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Bulan Pertahanan Awam dan Wacana Nasional mengenai Struktur dan Hala Tuju Kesukarelawanan Malaysia, di Bangi, Selangor.

Majlis berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Pada majlis itu, Dr. Kassim turut menandatangani Nota Kerjasama bersama-sama Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed.

Sementara itu, Aminurrahim dalam kenyataan balasnya menyatakan penghargaan kepada ELMU kerana ia adalah kali pertama agensi itu menerima tawaran biasiswa daripada sebuah universiti untuk anggota dan keluarga mereka.

Terdahulu, ketika melancarkan majlis berkenaan, Dr. Noraini berkata perancangan dan hala tuju yang jelas dalam aktiviti kesukarelawanan akan memastikan aktiviti lebih tersusun, berkesan, dan memberi impak positif kepada masyarakat.

“Apabila sukarelawan memahami matlamat sesuatu program dan diselaras dengan baik, maka mereka dapat melaksanakan aktiviti atau khidmat sukarelawan dengan lebih teratur dan sistematik.

“Sekiranya wujud perancangan strategik yang bersifat jangka panjang serta penyelarasan yang lebih sistematik antara pelbagai pihak berkepentingan, setiap inisiatif dilaksanakan akan memberi impak yang lebih mampan kepada masyarakat,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.151113 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list