
LAWAT: Pengarah Operasi NADMA Datuk Mazli Mazlan mendengar taklimat daripada APM semasa lawatan di PPS Dun Banir Beaufort.
KOTA KINABALU: Mangsa banjir semakin berkurang kepada 2,655 di tiga daerah yang terjejas masing-masing Beaufort, Membakut dan Tenom.
Berdasarkan kenyataan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, kesemua mangsa daripada 916 keluarga itu masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah.
“Beaufort masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di 10 buah kampung terjejas manakala Membakut semakin berkurang kepada 422 orang daripada 150 keluarga di empat PPS.
“Tenom menempatkan 514 mangsa dari 210 keluarga di tujuh PPS,” katanya.
|