CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10881|Reply: 19

[Jenayah] PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN

[Copy link]
Post time 14-2-2026 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Skyline_84 at 14-2-2026 09:38 AM

PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN

KOTA KINABALU :
Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu telah berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh susulan 9penemuan beberapa bahagian anggota tubuh manusia di kawasan tempat pembuangan sampah Pekan Indah Permai, Menggatal pada 12 Februari 2026.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Bin Syed Ab Rahman berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, pada 12 Februari 2026 jam lebih kurang 4.30 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Kota Kinabalu telah menjalankan operasi di kawasan Kampung Sri Kenangan, Sepanggar, Kota Kinabalu.

Menurutnya, hasil maklumat saksi mendapati mangsa pernah dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki.

Susulan itu, pada jam lebih kurang 8.10 malam hari yang sama, sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Kota Kinabalu dengan kerjasama D7 dan D9 telah menahan seorang lelaki berumur 71 tahun di unit kecemasan Hospital Queen Elizabeth ii, Kota Kinabalu bagi membantu siasatan.

Seterusnya pada jam lebih kurang 10.30 malam, seorang lagi lelaki berumur 19 tahun turut ditahan di sebuah unit kediaman di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar, Kota kinabalu kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian.

Turut dirampas dalam tangkapan tersebut ialah beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dipercayai dipakai semasa kejadian serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail berwarna keemasan.

Hasil soal siasat awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan menyatakan motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi dan tuntutan wang pertunangan. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Polis memandang serius kes ini dan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran.


#kesbunuhsabah #pembunuhankejam #kerattujuh #indahpermaisabah #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang
credit: sabah revolusi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ank ke bapak yg bertunang dgn pompuan tu? Tgk pompuan pun dah tua, bapaknya lah kot yg bertunang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasus 4g

Ganas

Gila gatal gay
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 14-2-2026 09:48 AM
Ank ke bapak yg bertunang dgn pompuan tu? Tgk pompuan pun dah tua, bapaknya lah kot yg bertunang.

Cinta Beralih Arah Setelah Ribuan Ringgit Dikorbankan

Kota Kinabalu : Tidak Puas Hati Tunangnya Guna Wang Pertunangan Lalu Berkahwin Dengan Orang Lain Disyaki Menjadi Motif Utama Pembunuhan Tragis Di Indah Permai.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun Berkata, Mangsa Berusia 44 Tahun Itu Merupakan Pemegang Kad Imm13.

"Kita Percaya Bahawa Motif Kes Bunuh Ini Lebih Kepada Perasaan Cemburu Dan Tidak Berpuas Hati Terhadap Si Mati.

"Suspek Dan Si Mati Mempunyai Hubungan Pertunangan, Tetapi Dalam Tempoh Pertunangan Itu, Mangsa Telah Menggunakan Wang Suspek Kira-kira Rm7,000 Dan Mereka Tidak Jadi Berkahwin.

"Ekoran Itu, Mangsa Telah Berkahwin Dengan Orang Lain Sehingga Menyebabkan Suspek Cemburu Terhadap Apa Yang Berlaku Dalam Hubungan Mereka, Seterusnya Membawa Kepada Pertengkaran Dan Pembunuhan Ini," Katanya Ketika Ditemui Di Ibu Pejabat Kontinjen (Ipk) Sabah, 13 Februari 2026.

Mengulas Lanjut, Beliau Berkata, Semasa Kejadian Mangsa Telah Pergi Ke Rumah Suspek Dan Mereka Masih Berhubung.

"Dalam Kejadian Itu, Suspek Dipercayai Menggunakan Senjata Tajam Iaitu Parang.

"Setakat Ini, Dia Mengaku Memotong (Mengkerat Badan Mangsa) Dan Suspek Kedua Merupakan Anak Suspek Yang Berada Di Lokasi Kejadian,” Katanya.

#sabahrevolusi
#familytime

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 14-2-2026 11:41 AM

Kiranya mmg dah geram nak mampus la kut..sampai xde akal nak fikir..sakit hati sgt la tu dipermainkan dek pompuan..pengajaran yg ada tp tetap tak diambil kesah oleh kebanyakkan manusia utk jd pedoman..

Utk perempuan..ko permainkan emosi jantan..ko ingt ko selamat..kalau jumpa jantan yg naif, ko selamat la sbb dia setakat nangis dibucu katil je..dpt yg mcm pakcik tua bangka ni, sodoqallahula'zim..badan ko pun mcm ayam dipotong2..

Yg pakcik tua bangka ni pula..nk yg bergetah (bergetah ke????)..tp ko pun dh tua bangka..takkan la xblh fikir yg perempuan materialistik ni sentiasa ada...

End of story..entahla..moga kita semua dilindungi dari kejadian2 yg tidak diingini..sbb utk den, den xkuat nak hadap benda2 begini..jd moga Allah swt lindungi den dan keluarga..kome semua juga..

p/s..gambar dlm plastik tu, kepala ke??
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 12:08 PM | Show all posts
kuat jg tenaga dia. main kerat2 pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2026 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 12:55 PM | Show all posts
indon ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 02:42 PM | Show all posts
Kalau tidak jadi kawin bayar baliklah duit tu...sepatutnya mungkin tak ada masalah kalau dia bayar. Kalau tak bayar, memang rasalah sakit hati kena tipu dengan scammer..

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 03:39 PM | Show all posts
plywood replied at 14-2-2026 02:42 PM
Kalau tidak jadi kawin bayar baliklah duit tu...sepatutnya mungkin tak ada masalah kalau dia bayar.  ...

Anak arwah kata sudah bayar rm7k kepada suspek
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana mangsa boleh ada di rumah saspek?

Kena culik ke? Atau rela hati datang singgah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ilustrasi pun kemain tek chor....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 14-2-2026 03:39 PM
Anak arwah kata sudah bayar rm7k kepada suspek

Betul,dh bayar semua. Lps tu ppuan dh kawen dgn laki baru. Sjak tu asik kena ganggu dgn tunang lama. Smpai 6 no tepon kena ganggu. Yg iols bca dan faham la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 05:56 PM | Show all posts
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun Berkata, Mangsa Berusia 44 Tahun Itu Merupakan Pemegang Kad Imm13.


Berbaloi ke melabur RM untuk warga asing? Kena tipu, kena tinggal, last sekali masuk penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 14-2-2026 05:56 PM
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun Berkata, Mangsa Berusia 44 Tahun Itu Merupakan Pemegang  ...

Pemegang Kad Imm13 tu apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis hospital penjara pengali kubur sekolah imigresen x penat ka handle jenayah wargasing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 07:17 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 14-2-2026 06:32 PM
Pemegang Kad Imm13 tu apa

Kad IMM13 adalah dokumen perjalanan dan pengenalan khas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, untuk pelarian perang dari Filipina yang menetap di Sabah dan Labuan.


Pas IMM 13 merupakan pas lawatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mengikut peruntukan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


Pemegang IMM 13 dibenarkan tinggal di negeri Sabah dan Labuan mengikut tempoh yang dinyatakan dalam pas yang mana  pemegang pas ini boleh bekerja di negeri Sabah dan Labuan tanpa perlu memohon pas kerja (tetapi bukan untuk bekerja dalam sektor profesional dan perkhidmatan awam).
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:09 PM | Show all posts
bodoh saspek ni

tiru ler Bijan

guna C4
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:11 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 14-2-2026 08:13 PM
pengecatbintang replied at 14-2-2026 08:09 PM
bodoh saspek ni

tiru ler Bijan

Macam mana Tuya aka mangsa boleh ada di negara saspek aka Bijan?

Kena culik ke? Atau rela hati datang singgah?

atau nak mintak duit sebagai bekas mistress?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:12 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 14-2-2026 08:11 PM
Macam Tuya aka mangsa boleh ada di negara saspek aka Bijan?

Kena culik ke? Atau rela hati datang s ...

dengarnya mendiang PI Bala ada bgtau

Bijan penah liwat Tuya

btol ker?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066972 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list