CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13391|Reply: 47

Misteri Lagenda Lata Kijang Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 18-6-2012 03:46 PM | Show all posts |Read mode


Misteri Lagenda Lata Kijang Negeri Sembilan | Bagi penduduk Jelebu Negeri Sembilan khususnya sudah pasti mengetahui mengenai misteri lagenda Lata Kijang ini. Tempat ini merupakan tempat tumpuan orang ramai setiap minggu. Tetapi sebenarnya ia menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama “Kinjang” hingga kekal namanya sampai sekarang.


Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik. ” Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang ” kata Tok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.


Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda. Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.


Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.


Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi batu.

Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai ” Puteri Bunian “ yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu.


Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang.


Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu. Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja.


Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya. Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja.


Encik Haslam memberitahu, ” Puteri Bunian ” muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa.


Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk dijadikan ubat untuk memerdukan suaranya.


Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri. Beliau berkata, semua cerita misteri yang berlaku di kawasan lata itu menjadi cerita lisan yang bersambung dari mulut ke mulut sahaja. Beliau sendiri mengetahui cerita misteri lata daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.


“Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem ” tegasnya. Beliau yakin, misteri lagenda Lata Kinjang akan menarik perhatian khalayak jika dapat dijadikan drama atau filem.


Melayukini.net - Sanggup hartawan Inggeris tersebut membina sebuah banglo semata-mata untuk melihat wajah Puteri Bunian. Namun demikian, hajatnya tidak kesampaian kerana makhluk yang diharapkan muncul, tidak kunjun tiba. Namun sehingga kini tiada siapa yang menerbitkan sebarang karya mengenai kisah misteri ini.


Source: http://melayukini.net/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 03:51 PM | Show all posts
Aku rasa cam pernah picnic je kat Lata Kijang nie.. takde cerita pengalaman TT sendiri ke? mehla share
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 03:55 PM | Show all posts
aku penah sampai lata kijang ni thn 2007....

dah nk senja....sunyi sepi je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:03 PM | Show all posts

Misteri Lagenda Lata Kijang Negeri Sembilan

kat perak pun ada lata kinjang jugak


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 04:14 PM | Show all posts
Reply 2# ninjago


    pernah pergi waktu siang tp sunyi sepi je..tp x de jd apa2 pn..sbb tu jumpa artikel ni share kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:15 PM | Show all posts
kat perak pun ada lata kinjang jugak


(posted by mobile)
intan_smsb Post at 18-6-2012 16:03


hoh,,,tetiba aku confuse. aku rasa dulu aku pegi masa kat Perak la. Sebab igt lagi masa tu ikut trip g Pangkor, nak balik singgah kat Lata Kijang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2012 04:20 PM | Show all posts
tompek boronang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 04:22 PM | Show all posts
Reply 6# ninjago


    yg sy pegi mmg kat n9 sbb ms tu dari kl...x lama sgt perjalanan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 04:24 PM | Show all posts
Reply  ninjago


    yg sy pegi mmg kat n9 sbb ms tu dari kl...x lama sgt perjalanan...
novelloverzz Post at 18-6-2012 16:22


maybe nama sama tak..? kat n9 tu area mana?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:26 PM | Show all posts
yang kat perak nampak tepi hiway tu bukan Lata KINJANG ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 04:33 PM | Show all posts
Reply 10# alphawolf


    kat perak lata kinjang...spelling dkt2 nk sm sbb tu org misunderstood...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:34 PM | Show all posts
hoh,,,tetiba aku confuse. aku rasa dulu aku pegi masa kat Perak la. Sebab igt lagi masa tu ikut  ...
ninjago Post at 18-6-2012 16:15



   hampir aja terfikir, jin yang mengangkut lata kijang di perak ke negeri sembilan
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:36 PM | Show all posts
hampir aja terfikir, jin yang mengangkut lata kijang di perak ke negeri sembilan
esbok Post at 18-6-2012 16:34



   hehehhehee... ingat nie jin masa zaman Nabi Sulaiman apa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:38 PM | Show all posts
“Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem ”

novelloverzz Post at 18-6-2012 15:46



   jadi pening dah, ni nak sebut kijang ke kinjang
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:44 PM | Show all posts
rasa mcm pernah lalu time blk dari cameron highlands..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 9# ninjago


td alphawolf mention kat perak lata kinjang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 04:50 PM | Show all posts
ade ke lata kijang kt n9?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply  ninjago


td  mention kat perak lata kinjang...
novelloverzz Post at 18-6-2012 16:49


oo ok.. Lata Kinjang (Perak) , Lata Kijang (N9). Confuse den nak dekat2 je nama lata..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 04:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 04:54 PM | Show all posts
Reply 14# esbok


    la br prasan dalam artikel tulis lata kinjang..sy pn dah confuse..tp tajuk kat n9...kira anggap salah spelling la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list