CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29750|Reply: 197

Malay Sketches (Perihal Orang Melayu) - Sir Frank Swettenham (1850 - 1946)

[Copy link]
Post time 24-6-2012 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Baru2 ini saya membaca sebuah buku karangan Sir Frank Swettenham terjemahan oleh Zubaidah Ibrahim. Tajuk asal ialah Malay Sketches yang mula diterbitkan pada tahun 1884. Pada amnya, kisah2 yang disampaikan menurut pemerhatian Frank Swetteham ini dapat memberi gambaran tentang pemikiran, pandangan dan perasaan orang melayu pada zaman itu.

Kesemuanya ada 22 kisah yang termuat dalam buku tersebut. Insyaallah, saya akan memetik beberapa perenggan yang menarik daripada kisah2 yang terdapat dalam buku tersebut sebagai perkongsian ilmiah.

Untuk ruangan Lagenda, Mitos & Sejarah:
1) Orang Melayu
2) James Wheeler Woodford Birch (JWW Birch) (Cadangan)

Untuk ruangan Misteri, Paranormal & Sakti:
1) Tahyul Orang Melayu (Cadangan)

Untuk makluman kepada yang tidak mengenali siapa Sir Frank Swettenham, nama penuh beliau ialah Frank Athelstane Swettenham dilahirkan pada 28 March 1850 di Belper, Debyshire. Beliau tiba di Singapura pda tahun 1871 sebagai Kadet bagi Jajahan Negeri-Negeri Selat dan mempelajari bahasa melayu dengan seorang Munshi bernama Mohammad Said.

Beliau tidak asing dalam sejarah Tanah Melayu kerana merupakan Residen British yang pertama di negeri Selangor dalam tahun 1882. Dalam tahun 1896, beliau dilantik menjadi Resident General yagn pertama sehingga 1901 bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Beliau bertanggungjawab memulakan pengangkutan kereta api. Pada tahun yang sama beliau memulakan pembinaan Carcosa Seri Negara sebagai tempat kediaman rasminya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2012 01:04 PM | Show all posts
ORANG MELAYU

Jika kita ingin memahami orang Melayu, kita perlu tinggal di negerinya, bertutur bahasanya, menghiormati agamanya, memninati apa yang diminatinya, melayan apa yang disukai dan yang tidak disukainya, bersimpati dengannya dan menolongnya dalam kesusahan, sama-sama merasai keseronnokan dan mungkin menanggung kerugiannya. Hanya dengan cara itulah kita mendapat kepercayaannya. Dan hanya dengan kepercayaannya inilah kita dapat memahami jiwanya, dan pengetahuan seperti ini hanya boleh didapati oleh orang yang diberikan peluang tersebut dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2012 01:04 PM | Show all posts
Setakat ini, peluang mengamati orang Melayu di dalam negerinya sendiri di mana watak mereka yang sebenarnya dapat dilihat, hanyalah terbuka kepada segelintir orang Eropah sahaja, itu pun hanya sebahagian kecil sahaja daripada mereka yang menunjuk minat untuk mengambil hati orang-orang Melayu. Ada kira-kira seratus ribu orang Melayu di Perak dan ramai lagi di bahagian-bahagian lain di Semenanjung  ini, dan orang putih yang betul-betul berminat dengan bangsa Melayu ini bukan sahaja boleh mendapat keyakinan tetapi kesetiaan, mereka sanggup berkoraban nyawa atas nama persahabatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2012 01:04 PM | Show all posts
Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap, rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidungnya dan bibirnya agak tebal, dan matanya cerdas dan cerdik. Biasanya ia bersifat baik-hati, gerak-gerinya sopan dan senang berbicara. Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenalinya dia agak pendiam dan agak curiga, walaupun tidak ditunjukkannya. Dia seorang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas, tetapi dia juga bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula membayarnya balik. Dia petah bercakap, berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka menggunakan peribahasa dan kata-kata pujangga, suka berkelakar dan suka benar dengan jenaka. Dia mengambil tahu hal ehwal jiran tetangganya dan sebab itu kadang-jkadang dia juga bercerita tentang hal orang. Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahyul. Dia tidak pernah meminum sebarang minuman yang memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, meyabung ayam dan permainan-permainan lain seperti itu. Dia memang semula jadinya suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir dan sungguh cekap sekali dengan perahu. Tetapi yang terutama sekali, dia seorang yang agak konservatif, bangga dan cintakan tanah air dan rakyatnya, memuliakan ada resamnya, takut kepada rajanya, dan menghormati pihak berkuasa - tetapi ia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksakan ke atasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2012 01:05 PM | Show all posts
Tetapi jika ia diberi masa untuk meneliti sesuatu itu dengan berhati-hati, dan tidak dipaksakan ke atasnya, maka dia boleh dipujuk dan diyakinkan tentang kebaikan sesuatu yang baru. Selain dari itu dia seorang yang cepat belajar dengan cara meniru dan bila ia cukup bersemangat dan berhasrat untuk melakukan sesuatu dia juga boleh menjadi seorang mekanik yang baik. Namun demikian dia seorang yang agak malas, dia tidak mempunyai sistem atau cara yang tertentu, tidak ada peraturan walaupun dalam hal waktu makan, dan tidak mementingkan soal masa. Rumahnya tidak kemas, malah kadang-kadang kotor, tetapi dia mandi dua kali sehari, gemar sekali memakai perhiasan diri iaitu dengan pakaian-pakaian yang segak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2012 01:05 PM | Show all posts
Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntu bela. Kalau tidak dapat dituntutnya ke atas orang yang menghinanya itu, dia menyerang sesiapa sahaja yang pertama ditemuinya, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Keadaaan marah membabi buta inilah, iaitu bila di matanya hanya ternampak darah , yang menimbulkan apa yang dikatakan amuk. Orang Melayu selalu dikatakan berperangai suka mengkhianat, tetapi saya tidak bersetuju, mungkin ada orang lain yang lebih bersifat begitu. Dia seorang yang bersopan dan dia mahu orang lain juga bersikap begitu terhadapnya dan dia tahu cuma satu sahaja cara untuk menebus malu jika dihina.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2012 01:06 PM | Show all posts
Semangat berpuak-puak juga tebal dalam dirinya. Dia mengakui yang perintah ketuanya mesti dilakukan, walaupun membuta tuli, tetapi ia juga akan mempertahankan kaum keluarganya dengan apa cara sekalipun, perkelahian mereka menjadi perkelahiannya sendiri.

TAMAT/-
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 01:38 PM | Show all posts
sampai sekarang perangai org melayu tak berubah dan memang tepat la apa yg F. swettenham tulis tu...............


sib baik aku kokesen mulia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2012 04:29 PM | Show all posts
Reply 8# lkick2113

Hihihih. Caucasian hina la.
Biadab melampau hingga dibelasah melayu macam hanjing kurap. Makan percuma kat soup kitchen. Dieksport sebagai hamba seks.  Yang jadi hamba di lombong mexico pun ada.

Dulu ada gak wanita & kanak-kanak mereka yang ditangkap 'lanun' melayu untuk jadi hamba
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 10:38 PM | Show all posts
ini melayu zaman dolu2 yg Swettenham ni tulis..

melayu skang dah bnyk berubah. kalo sama pun maybe dlm 10-15% gitu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2012 10:49 PM | Show all posts
tp rsenye secara random, mmg sifat2 melayu mcm ni. terutama bab amuk tu. huhu.. lg satu aku konpius, melatah tu adekah org mlayu saje or ade bangse lain jugak melatah? sbb x penah tgk cite cina ke korea ke omputih ke nenek dorg melatah. cite melayu je ade..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:28 PM | Show all posts
Reply 1# AwgSagi


   kt mana awk beli buku ni ye? sy cari kt pesta buku tak jumpa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 02:37 PM | Show all posts
Reply 12# arisa_imamura

tak beli. saya pinjam kat public library

buku terbitan:
Penerbit Universiti Malaya


www.um.edu.my/umpress


ISBN983-100-145-1
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 02:39 PM | Show all posts
Reply 13# AwgSagi

owh ok terima kasih atas info..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 03:05 PM | Show all posts
ada baca yg original publiaction, tp ckit jer, itu pun macam main selak2 je.. but buku tu memang menarik untuk dibaca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 03:30 PM | Show all posts
Reply 15# byz_87

Ada bab menarik yang bertajuk "Menebar Dengan Jala". Kisah bagaimana rombongan Sultan Perak zaman itu berpesta menangkap ikan. Saya ambil 4 perengan terakhir dari kisah itu:

" Begitulah caranya rombongan menangkap ikan Sultan Perak pada setiap tahun mendapat keseronokan, dan kira-kira pada masa yang sama Yang Maha Mulia Sultan Pahang juga akan mengetuai rombongan yang serupa pergi ke kawasan air tenang di sebuah terusan tua di Sungai Pahang.

Di sana lain sedikit caranya, air sungai itu diracun dengan air akar tuba, dan ikan-ikan yang mamai itu dipanah dan dijalan sewaktu mereka terapung-apoung dan berenang tidak keruan ke sana ke mari. Keseronokkannya lebih kurang sama, tetapi cara menangkap ikan seperti ini tidak memerlukan kemahiran seperti yang dilakukan di Perak. Walaubagaimanapun, bukanlah senang memanah ikan walaupun yang sudah ditaruh ubat jika tidak berlatih dan tidak ada kepandaian.

Di Pahang, kemeriahan ini juga dilakukan dengan segala adat dan amalan lama,disebabkan riadah ini hanya memerlukan usaha sederhana, orang-orang perempuan dari kaum diRaja tersenyum sahaja melihat acara tersebut, dan mereka sendiri dengan penangguk dari sutera dan berbingkai emas, cuba menangguk mangsa bersisik itu. Di kalangan orang perempuan dari Istana ini ada yang sungguh jelita, berkulit putih, bemuka bujur dan satu pandangan dari mata yang ayu menyebabkna orang lelaki dalam rombongan ini merasa sangat canggung, sehingga banyaklah tombak dan panah yang tak mengena sasaran langsung.

Memang ada banyak perkara yang masih tersembunyi dari pengetahuan Tuan Cook (Sir James Cook - Ketua Penjelajah Inggeris di Rantau Pasifik Kurun 18) dan bangsa yang menjelajah dunia ini. Saya tidak gentar mendedahkan rahsia dari sudut dunia yang jauh di sebelah sini, kerana andainya ada yang datang ke sini cuba mencari pertunjukan seperti yang saya telah cuba ceritakan, dia pasti kecewa. Kita tidak boleh seperti dalam kebudayaan Barat, memasukkan duit ke dalam peti permainan dan menggerakkan roda orang-orang Timur ini yang kononnya tidak bertamadun."

Secara keseluruhannya, melalui pemahaman dari buku tersebut, saya percaya Frank Swettenham sangat teruja dengan apa2 yang beliau alami di tanah melayu. Dia juga nampaknya begitu mudah mensesuaikan diri dengan adat-istiadat orang melayu dan mengambil manfaat sepenuhnya penempatan beliau di tanah melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2012 03:33 PM | Show all posts
Reply 11# day2

saya pernah jumpa cina dan india melatah sebijik macam melayu. tetapi cina dan india tu pun rasanya dijangkiti penyakit tu dari orang melayu sendiri... cakap melayu pun dah pelat daerah tempat dia tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 04:24 PM | Show all posts
xde cte psl pmpn melayu ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 04:29 PM | Show all posts
Reply 7# AwgSagi

Yang ni sampai la dok ada, sikit-sikit demo, cuit pasai plet pun demo, utusan  lapor salah pun demo, ketua rasuah pun sokong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2012 04:30 PM | Show all posts
Reply 18# mrs.wentworth

pemimpin melayu atau perempuan melayu?

pmpn?

dua2 ada.... dalam beberapa tajuk, antaranya:

1) Kisah Mat Aris
2) Wanita Sejati
3) Berlalunya Penglima Prang Semaun
4) Gelagat Raja
5) Sebuah Percintaan Melayu
6) Makhoda Orlong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.134912 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list