CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21628|Reply: 78

Oman - Jewels of Arabia

[Copy link]
Post time 18-9-2012 11:03 AM | Show all posts |Read mode

Oman ni takdelah se popular macam UAE atau Qatar atau Saudi. Tapi banyak-banyak  Negara arab yg pernah aku pergi Oman adalah antara yang paling cantik. Lanscape nya yg unik, bergunung ganang, banyak canyon, banyak wadi, Negara yg paling banyak kehijauan berbanding dgn negara arab yg lain. Aku tinggal di Oman lebih kurang 3 tahun, puas jugak aku berjalan keliling Oman. Antara tempat yang aku pernah pergi ialah Musandam, Muscat (tempat aku kerja & tinggal), Sohar (Bandar yang berhampiran dgn Dubai – 1 hr drive), Sur (tempat penyu bertelur), Salalah (cuaca hampir dgn tropika), Nizwa, Jebel Sham, Jebel Akhdar, Wadi Bani Khalid, Sink Hole, Wadi Tiwi, Wadi Shab dan banyak lagi. Nanti aku akan ceritakan tempat ni satu persatu (kalau aku rajin lah).
Ibu Negara Oman ialah Musqat atau Muscat. Berbanding dengan Dubai atau Abu Dhabi, pada aku Musqat lebih menarik. Masih banyak bangunan-bangunan arab lama boleh dilihat di sini, museum pun banyak.  Bandaraya ini terletak diantara deretan pergunungan yang memberikan pemandangan landscape yang cukup indah.



Tidak ramai rakyat Malaysia yg  datang Oman, kecuali yg memang dah duduk Oman untuk bekerja. Terdapat lebih kurang 600 Malaysian yg menetap di Oman, kebanyakkan kerja di Oil & Gas (Oman Oil, Shell, Petronas, Worley Parsons etc.) . Ada jugak kerja construction dan aviation.
Malaysian yg menetap di Dubai pun suka dtg Oman. Ada yg datang untuk Visa running dan ada jugak untuk jalan2.  From Dubai to Muscat only take 4 to 5 hrs, bergantung kapada checkpoint, kalau hujung minggu boleh stuck kat checkpoint sampai 1 – 2 jam sebab terlalu ramai orang.
Oman terbahagi kapada 2. Musandam Peninsular  dan Mainland Oman, dipisahkan oleh UAE.
Arab Oman merupakan yg paling humble berbanding Arab lain, very friendly dan hormat (especially kalau dia tahu kita orang Malaysia.



bersambung...insyaallah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2012 03:04 PM | Show all posts
Untuk ke Omar dari KL, boleh naik Oman Air (direct flight) lebih kurang 6 jam. KL to Musqat. Emirates, Etihad, Qatar  Airways pun boleh jugak tapi lama sikit sebab kena transit.

Saya cadangkan terbang ke UAE dulu, samada Dubai atau Abu Dhabi lepas tu boleh drive ke Oman. Perjalanan lebih kurang 5 jam, very interesting and you gonna like it. Untuk ke Oman dari Dubai ada 3 pintu masuk .

Kalau datang dari Dubai boleh masuk ikut Hatta


check point at Hatta UAE side:  24°47'47.79"N,  56°13'34.15"E


checkpoint near Hatta Oman side :  24°47'5.85"N,  56°17'46.24"E

Perjalanan dari Dubai ke border checkpoint lebih kurang 45 minit. Untuk Malaysian boleh dapat visa on arrival. Sorang kena bayar 20 Omani Riyal, valid utk sebulan.

Kalau datang dari Abu Dhabi kena ikut Al Ain dan masuk ke al Buraimi (Oman)


checkpoint at al Buraimi   24°14'0.16"N,  55°46'10.98"E


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 02:44 PM | Show all posts
Salam

Saya memang amat berminat nak kunjung Oman. Scenery Oman sugguh menarik. Bukit ada, wadi ada, laut ada, padang pasir ada ..... bla bla bla. Malangnya tak ade travel package ke Oman. Puas call TA kat Mesia. Nak pergi sendiri tak tau nak pergi mana, makan apa, tinggal mana. Member atau sedara pun tak ade kat Oman. Yang paling parah, Oman punya exchange rate lah ....... RM8.15

So, nampak gaya ...... akan ke Morocco lah November ni.

Paste lah lagi gambar2 Oman.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 05:03 PM | Show all posts
Cuaca sepanjang tahu camne? Ada pix klain lagi ke utk saya bayangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 05:28 PM | Show all posts
info yg menarik....bole dipertimbangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 07:36 PM | Show all posts
Salam...
mickey pernah sampai musqat...
itupun masa transit satu satu hari dan 1 mlm masa nak pi umrah ramadhan lps...
masa tu Oman Air bg penginapan di Golden Tulip..
sgt selesa..

mickey suka musqat...
sblm ni tak pernah pun dengar nama musqat
mickey berpeluang melawat bandar dan istana di musqat...
Ya Allah.. sgt tenang.. tak sibuk...
kat sana mcm byk istana yg cantik2...
nampak mcm tak ramai pelancong asing..

tak tahulah bila lagi berpeluang nak ke sana..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2012 09:37 PM | Show all posts
Pr|nCeSS^M|cKeY posted on 25-9-2012 07:36 PM
Salam...
mickey pernah sampai musqat...
itupun masa transit satu satu hari dan 1 mlm masa nak pi u ...

Tulah Mickey, Muscat nampak tenang aje. Pasal tulah terpikat nak gi Oman.

Mickey lepas juga gi Umrah ye.
Maaf, kenapa nama Mickey saya miss dalam list 'Senarai Jemputan Umrah 2012' ek?

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 09:55 PM | Show all posts
transporter posted on 25-9-2012 09:37 PM
Tulah Mickey, Muscat nampak tenang aje. Pasal tulah terpikat nak gi Oman.

Mickey lepas juga gi  ...

hehe... mcm nak pergi lagi je kat oman tu...
hari tu, andalusia pun satu flight dgn mickey..
group diorg lagi best...
dr pagi sampai nak ptg dibawa jalan2 sekitar musqat..
mickey punya 4 jam je jalan2
tp itupun kira bersyukur dah.. dpt juga sampai musqat...

off topic sikit..
Transporter... alhamdulillah..
akhirnya lepas juga utk umrah...
sebulan ramadhan dan beraya di sana
mickey tak bgtau kat thread..
sbb masa tu sibuk dgn study week dan final exam..
jrg masuk forum...
sbb tu transporter tak tulis..
mickey cuma bgtau ibu rosputih..
dapat jumpa ibu kat masjilharam..
berbuka puasa juga dgn ibu dan seorg lain forumer amaryusof kalau tak silap...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 03:09 AM | Show all posts
Semuanya mahal kat Oman. Tahun 2008 suami bawa I sambut harilahir di Oman... pergi Muscat dan ke padang pasir Wahiba. Pergi sana dari Bahrain, penerbangan makan masa lebih kurang se-jam.

Dune drive best tapi mahal. Suka dng orang Oman yang begitu berbudi bahasa. Suka cara mereka ikat kepala kain dengan kain seperti corak pashmina, lelakinya kulit agak gelap dan handsome sangat. Mereka sangat menghormati Sultan Qaboos dan tidak henti-henti bercerita bagaimana sultan tersebut akan melawat dari satu tempat kesatu tempat di padang pasir berjumpa dengan rakyat jelata.



Last edited by Youngarif on 28-9-2012 03:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 09:01 AM | Show all posts
Youngarif posted on 28-9-2012 03:09 AM
Semuanya mahal kat Oman. Tahun 2008 suami bawa I sambut harilahir di Oman... pergi Muscat dan ke pad ...

Salam

Pergi sendiri atau dengan package? Apa itinerary di Oman?

Saya cuba google package Oman ...... ada, yang kendali local TA sanalah tapi tak banyak choice & mahal. Dan macam package tu berterabur tempat nya. (Maaf jika silap). Lain macam Dubai atau Abu Dhabi ..... terlalu banyak package, tak tau mana nak pilih, rega pun kita mampu.

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:12 AM | Show all posts
aku singgah Muscat, transit..sekejap je..
lain kali teringin nak explore Oman pulak..

by the way, Oman Air bestlah..
selesa...dari MAS
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 11:16 AM | Show all posts
duit dia mahal oman rial
ari tue aku tukar duit nak beli kopi...tukar ngan 20CHF ke Oman Rial dapat dalam 6.00 Oman Rial je..huuhu.tapi tak pe la lepas gak beli kopi secawan,FM satu dan Keychain satu...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 03:20 PM | Show all posts
transporter posted on 28-9-2012 09:01 AM
Salam

Pergi sendiri atau dengan package? Apa itinerary di Oman?

Salam

I pergi sendiri, bukan dengan package. Naik Oman Air dari Bahrain ke Musqat. Bila tiba di Oman baru cari TA. I ambil 1 hari package yang termasuk wadi bashing, melawat kampung tinggal, melawat padang pasir Wahiba, juga melawat Wadi Bani Khalid. Pagi2 tour guide jemput saya dan suami di hotel. Kami booked tour guide dengan pacuan 4 rodanya. Kosnya lebih kurang RM1200 termasuk makan tengahari.

Kalau nak bergerak dari satu tempat dari satu tempat di Musqat bukannya murah. Tambang teksi terlalu mahal.

Ingin kembali lagi ke Oman tapi kena fikir 3, 4 kali .

Secara amnya hotel rate di Timur Tengah memang mahal tapi kat Oman lagi mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 11:28 PM | Show all posts
Youngarif posted on 28-9-2012 03:20 PM
Salam

I pergi sendiri, bukan dengan package. Naik Oman Air dari Bahrain ke Musqat. Bila tiba di ...

Salam ,
Bln 11 ni saya ke jordan dan rancang nak trasit di oman utk 3 mlm , blh cdgkan tak hotel yg duduk serta TA yg you ambik.

terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 11:57 PM | Show all posts
Visa ke Oman pun dah buat dgn harga RM50 . Cuma nak cari pakej kat sana. setakat ni tak dpt lagi . Naik Oman air .
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:49 PM | Show all posts
adaraish posted on 8-10-2012 11:28 PM
Salam ,
Bln 11 ni saya ke jordan dan rancang nak trasit di oman utk 3 mlm , blh cdgkan tak hote ...

Salam,

Masa I pergi tu duduk kat Ramee hotel. Hotel 3 bintang saja.. kalau nak ke pantai kena jalan sikit. Cuaca bulan January amat nyaman sekali; tidak sejuk dan tidak panas.

Masa sampai di Musqat kami cari TA dalam travel brochure ambil di airport dan juga yang terdapat dihotel tempat penginapan. Nama TA I tak ingat tapi nama pemandu pacuan 4 roda itu ialah Zayed... harus staff kat Ramee Hotel kenal beliau. Petangnya, selepas habis buat Wadi bashing dan sand dune drive di padang pasir wahiba , si Zayed bawa saya dan suami ke kampung beliau yang terdapat air panas dari gunung disalirkan melalui terusan ke kampung untuk manfaat penduduk setempat.

I pun pernah sampai Jordan... ada juga pergi Laut Mati selain beberapa tempat lain. Masa kat Dead Sea tu dekat sangat dekat sangat dengan Palestin yang boleh nampak dari tebing laut mati sebelah Jordan dan sampai sekarang saya menyesal tidak cuba ke sana. Nantilah kalau ada rezeki saya akan ke Jordan lagi untuk melawat Palestin. Bagi orang Jordan tidak kira mereka Islam atau Kristian, mereka tidak perakui kewujutan negara Israel - mereka masih memanggilnya kawasan yang dikuasai Israel sebagai Palestin. Last edited by Youngarif on 12-10-2012 11:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2012 11:33 PM | Show all posts
Saya memang amat berminat nak kunjung Oman. Scenery Oman sugguh menarik. Bukit ada, wadi ada, laut ada, padang pasir ada ..... bla bla bla. Malangnya tak ade travel package ke Oman

sad but true, bundance of beauty kat Oman, but was never promoted. InsyaAllah saya akan proposed few iterinary dengan tempat yg menarik.

Yang paling parah, Oman punya exchange rate lah ....... RM8.15

sebenarnya untung, duit Msia lagi tinggi. But never bring Msian ringgit, always bawak USD, that's my advise. Last edited by jerambatu on 14-10-2012 11:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2012 11:38 PM | Show all posts
KUMANG2011 posted on 25-9-2012 05:03 PM
Cuaca sepanjang tahu camne? Ada pix klain lagi ke utk saya bayangkan.

Cuaca kalau summer (Jun to September) agak panas (40 - 45 deg C), masa winter (Dec to April) about 15 - 25 deg C.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2012 11:55 PM | Show all posts
Pr|nCeSS^M|cKeY posted on 25-9-2012 07:36 PM
Salam...
mickey pernah sampai musqat...
itupun masa transit satu satu hari dan 1 mlm masa nak pi u ...

sebenarnya yg nampak mcm istana tu ialah "Fort" atau castle lama.
seperti :



Last edited by jerambatu on 15-10-2012 12:00 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 12:12 AM | Show all posts
Youngarif posted on 28-9-2012 03:09 AM
Semuanya mahal kat Oman. Tahun 2008 suami bawa I sambut harilahir di Oman... pergi Muscat dan ke pad ...
sebenarnya banding dgn Dubai, Abu Dhabi, Oman jauh lagi murah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.538975 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list