CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56312|Reply: 95

Perkongsian Maklumat Dr Zubaidi Hj Ahmad ttg Kacip Fatimah & Tongkat Ali

[Copy link]
Post time 22-1-2013 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Salam kawan2,
Korang pernah baca tak fanpage Dr Zubaidi?
Byk info & maklumat beliau bg utk kesihatan wanita khususnya....
Kat cni sy focus ttg Kacip Fatimah & Tongkat Ali......

Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis:
15 January

assalamualaikum dr....cuma nak minta pendapt&pandagan dr....sy dah b.kahwin selama 10 tahun..umur dah 30thn..sya m.punyai ovarian cyt d k.kedua2 ovary sebesar 2.4cm...sejak bujang period mmg x teratur shingga b.kahwin...sya jg dah b.jumpa pakar..dan d brikn ubat clomid 2 kli..pengambiln bertama dos100 mg...kli kedua 150mg...period still swing....terpaksa mkn ubat utuk period...masa scan utk cek telur ada....tp x jg jd...pada pandangan dr....ok ke klu sya nak cuba mkn produk kacip ftimah 2?@Ada request lain....tq dr...

Wa alaikum mus salam. Secara ringkas saya membuat kesimpulan bahawa:
1.        Puan sudah berkahwin 10 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat.
2.        Kitaran haid puan tidak normal, semenjak belum kahwin.
3.        Puan pernah mendapat rawatan dan pernah diberikan clomid.

Saya percaya masalah ketidaksuburan puan disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan hormone, sehingga menyebabkan kitaran haid puan tidak menentu.

Menggunakan ‘ubat turn darah’ untuk mendapatkan haid adalah amalan yang tidak baik kerana ia akan memburukkan kitaran haids yang tidak stabil.
Bagaimana dengan suami puan pernahkah dia memeriksa airman beliau?
   
Saya mencadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah sebagai rawatan alternative terhadap rawatan masalah haid puan yang tidak teratur.

Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM ini adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Ia sangat disyorkan kepada wanita yang mempunyai masalah dengan kitaran haid.




Last edited by alya_aisya on 23-1-2013 03:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2013 08:36 PM | Show all posts
Dr Zubaidi Hj Ahmad
3 January
PUNCA SAKIT BELAKANG SEMASA HAID

"As Salam.. sy yan berumur 25tahun dan belum berkahwin.. sy kurang pasti kenapa haid sy datang lambat.. biasanya haid sy dtg pd awl stiap bulan tp smenjak 2bln lpas haid sy jd lmbt sehingga akhr bln bru dtg dan bln lpas haid sy masih tdk dtg sehingga skrg.. sy kurang pasti samada ia disebabkan stress atau ada tnda pnyakit lain.. selain itu juga sy akan skt blakang n pinggang(bhgian belakang) terutama ketika bgn tidur dan jika terlalu lama duduk.. adakah masalah haid saya berkait dengan sakit di bahagian belakang n pinggang.. dan adakah masalah haid saya ini serius atau ada tanda2 pyakit??"

Dr Zubaidi: Saya mengucapkan simpati dengan masalah yang saudari hadapi. Semoga ALLAH terus memberi kesabaran pada saudari mencari rawatan yang bersesuai dengan diri saudari.

Kedatangan haids bukan saja menyebabkan pendarahan haids, tetapi boleh menyebabkan sakit di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.

Malah ada wanita yang mengalami sakit belakang di bahagian pinggang. Sakit belakang sebegini boleh jadi di peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat seingga mengganggu aktiviti seharian.

Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ia boleh dirasai pada bahagian tengah bahagian tengah pinggang, yang disebut lower backpain. Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedtangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.

Apakah punca sakit belakang pinggang ketika haid?

Sakit belakang selalunya dianggap normal dan disebabkan oleh pengeluaran hormone Prostaglansin yang menggalakkan pengecutan rahem untuk mengeluarkan darah haid dalam rahem.
Pengeluaran hormone Prostaglandin yang berlebihan akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit pada bahagian ari-ari (suprapubic) secara keterlaluan dan sakit di bahagian belakang pinggang.

Namun ada kalanya, sakit yang terlalu kuat boleh disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain seperti endometriosis dan fibroid.

Oleh itu tahap kesakitan dn lama masa rasa sakit dapat memberikan isyarat bahawa seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius atau masalah senggugut yang biasa saja.

Ramai wanita yang bosan mengamalkan ubat penahan sakit mendapat manfaat mengambil ekstrak kacip Fatimah beberapa hari sebelum kedtangan haid.

Darah haids keluar dengan lebih lancer dan sakit yang dirasai tidak berapa kuat dan mampu melakukan keja-kerja seharian. Last edited by alya_aisya on 23-1-2013 03:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 09:02 AM | Show all posts
selalu baca dan rasa macam nak try....tapi taktau nak beli kat mana. kat blog dia pon xder cara nak beli.....just promot jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 09:06 AM | Show all posts
tp mana2 produk kacip fatimah ok kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 09:12 AM | Show all posts
produk2 dari UTM boleh didapati di


http://www.livingactive.net.my/store/index.php
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 10:29 AM | Show all posts
MistrezHermanaz posted on 23-1-2013 09:06 AM
tp mana2 produk kacip fatimah ok kot

saya percaya kepada khasiat kacip fatimah...
tp sy lebih percaya kpd produk yg telah dikaji dulu oleh pakar...
rasanya amik dari company mana pun ok sbb yg penting kacip fatimah tu....
sbb herba ni, kalau tak diproses dgn betul, boleh mengganggu buah pinggang....
buah pinggang terganggu sbb molekul herba yg tak diproses dgn betul tu besar....
ni yg sy pernah baca... kalau salah ampun..........

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2013 10:31 AM | Show all posts
kodoklawa posted on 23-1-2013 09:12 AM
produk2 dari UTM boleh didapati di

yup, betul....
byk produk2 UTM ni yg telah dikaji secara klinikal...
produk2 ni akan dibawa ke peringkat antarabangsa utk dikomersialkan secara meluas....
kita sebagai rakyat Malaysia, elok amik peluang try dulu....

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 11:13 AM | Show all posts
alya_aisya posted on 23-1-2013 10:29 AM
saya percaya kepada khasiat kacip fatimah...
tp sy lebih percaya kpd produk yg telah dikaji dulu  ...

but this time br dgr,kalau xde thread ni misz pon xtau,,sorry nk tanya,ini produk br ke..kalau mmg betul2 bagus,rugi rasenye sbb xde marketing yg meluas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2013 11:19 AM | Show all posts
MistrezHermanaz posted on 23-1-2013 11:13 AM
but this time br dgr,kalau xde thread ni misz pon xtau,,sorry nk tanya,ini produk br ke..kalau mmg ...

tak la baru sgt....
sy kenal since 2010...
sblm tu xtau la....
sbb produk penyelidikan universiti kat Malaysia mmg mcm tu....
sekarang ni dah tubuhkan badan khas, baru universiti2 di Malaysia nak all out produk masing2...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 12:07 PM | Show all posts
Status update
By Klinik FB Dr Zubaidi
"Assalam dr. Saya baru 3 bulan consume EPO ni dan saya terkejut kerana EPO ini hanya boleh dimakan semasa ‘period’ sahaja.. Kalau saya consume EPO ni sebagai supplement untuk setiap hari adakah ia akan memberi apa-apa effect? Saya belum mengandung dan merancang untuk mengandung. Adakah ini akan beri kesan negatif kepada proses ni? Terima kasih."

Dr Zubaidi: Wsalam. Boleh puan beritahu umur, tinggi dan berat puan, sudah lama berkahwin dan tarikh pertama haids dari Jun 2012 hingga sekarang, dan hantar ke [email protected]

Jika puan belum bersedia berjumpa doktor pakar kesuburan, puan juga boleh mencuba ekstrak KACIP FATIMAH keluaran UTM, sebagai suplemen. Last edited by alya_aisya on 23-1-2013 03:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 12:12 PM | Show all posts
6 Jan
Dokter, Phyto Plus kacip fatimah adakah efek sampingannya? apakah ada patient yang berhasil mendapat kitaran haid teratursetelah memakan kapsul ini? saya berumur 32 tahun, sejak umur awal 20an memiliki kitaran haid tidak teratur. setelah 3 tahun menikah masih belum hamil. Please advice, Terima kasih

Dr Zubaidi Hj Ahmad : Setakat ini belum ada lagi kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan sampingan jika dimakan dengan dos dan cara yang betul.

Ia adalah usaha rawatan alternatif untuk mengembalikan kitaran haid yang normal, seterusnya mengembalikan kesbuburan.

Saya tidak dapat memberi jaminan mana-mana ubat moden atau herba dapat memberikan kesan sepertimana yang diharapkan. Ia bergantung kepada fisiologi setiap orang dan sepanjang pengalaman saya Phyto Plus kacip fatimah telah memberikan kesan yang baik kepada kebanyakan orang yang mengamalkannya. Last edited by alya_aisya on 23-1-2013 04:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 01:11 PM | Show all posts
suebitt posted on 23-1-2013 09:02 AM
selalu baca dan rasa macam nak try....tapi taktau nak beli kat mana. kat blog dia pon xder cara nak  ...

bleh beli kat sni gak........https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah?fref=ts
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 02:54 PM | Show all posts
disebabkan teruja baca blog doc ni la sy beli krim lumiglow yg harga nak cecah rm200 for 1 bekas brt 50g tu....mula2 sbb tuk kesuburan je....sekali tamak nak tuk smua perkara....so sy sapu kat leher, blkg telinga, bawah lengan, kiri/kanan lengan, area rahim, breast, peha bahgian dlm.....50g tu semggu je habisnye pon.....kene beli 1 tongdram la baru tahan sebulan gamaknye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 03:40 PM | Show all posts
220796 posted on 23-1-2013 02:54 PM
disebabkan teruja baca blog doc ni la sy beli krim lumiglow yg harga nak cecah rm200 for 1 bekas brt ...

Lumiglow ok tak?
p/s: tetiba nk tanya tp terkeluaq tajuk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 03:54 PM | Show all posts
Masalah Keputihan Dan Jangkitan Kuman

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (veneral disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan.

Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.


1. Peranan lendir di dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.


2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguan jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.


3. Keputihan sebagai tanda penyakit

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.


PS: Ekstrak Kacip Fatimah mengandungi phytoestrogen, iaitu bahan semulajadi dari tumbuhan yang menyerupai hormone, maka lebih selamat dan berkesan Last edited by alya_aisya on 23-1-2013 03:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 04:04 PM | Show all posts
alya_aisya posted on 23-1-2013 03:40 PM
Lumiglow ok tak?
p/s: tetiba nk tanya tp terkeluaq tajuk

sebotoi 50g tu tahan smggu je pakai 2x sehari....mane nak dpt kesan sis....kene pakai 2-3 bulan cmtu....4 botoi sebulan....plg mruah rm150 sebotoi sebulan dh rm600...seyes mmg tak mampu den
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2013 04:08 PM | Show all posts
220796 posted on 23-1-2013 04:04 PM
sebotoi 50g tu tahan smggu je pakai 2x sehari....mane nak dpt kesan sis....kene pakai 2-3 bulan cm ...

ya ka....
saja akak tanya sbb teringin nak pregnant....
sedang berusaha selain berserah je kat Allah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 04:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 04:12 PM | Show all posts
alya_aisya posted on 23-1-2013 04:08 PM
ya ka....
saja akak tanya sbb teringin nak pregnant....
sedang berusaha selain berserah je kat A ...

ye ke sis? try la...if sapu kat area rahim (bawah pusat) tu je leh tahan sebulan sebotoi 50g tu....tp akak tamak...nak tegangkan all over body.....pdhal baru 33yrs old bukan kendur mane pon bape taun u tggu sis? mine 8yrs already...anak sulung dh drjah 2....xde rezeki dia nak beradik lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 04:17 PM | Show all posts
220796 posted on 23-1-2013 04:12 PM
ye ke sis? try la...if sapu kat area rahim (bawah pusat) tu je leh tahan sebulan sebotoi 50g tu... ...

sama la 8 tahun....
2011 keguguran kandungan 4 bulan ++
2012 ectopic pregnancy... dah buang tiub belah kanan....
entah la ada rezki lagi ke tak....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.600745 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list