Magis Bomoh Diraja KedahSaturday, December 29, 2012
Bedah Mata, Jantung, Hati, Otak, Buah Pinggang Secara Spontan
BOMOH Diraja Kedah, Azizan Abdul Aziz, 45, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Teh diuar-uarkan memiliki kebolehan istimewa, membedah pelbagai jenis organ manusia seperti mata, jantung, otak, paru-paru, perut dan buah pinggang secara spontan. Pembedahan itu pula bukan di bilik pembedahan menggunakan peralatan bedah yang serba lengkap seperti dilakukan doktor paka bertauliah semasa membedah para pesakit. Sebaliknya, Pak Teh terus membedah pesakitnya secara spontan di tengah-tengah orang ramai menggunakan sebilah pisau kecil dan gunting.
Bagaimanakah cara Pak Teh boleh membedah organ secara spontan tanpa membahayakan nyawa pesakitnya?
Wartawan Mastika, Hanaffi Ibrahim mengalami sendiri kaedah pembedahan mata yang dilakukan secara spontan oleh Pak Teh baru-baru ini.
Pak Teh meletakkan pisau sepanjang sejengkal rapat ke arah kelopak mata penulis. Seram juga apabila melihat Pak Teh seakan-akan hendak mencungkil mata saya dengan hujung pisau tadi. “Tolong pegang kepala dia kuat-kuat!” arah Pak Teh kepada seorang pembantunya.
Kejapnya pegangan lelaki itu menyebabkan kepala penulis tidak dapat bergerak ke kiri dan ke kanan sebaliknya hanya mendongak saja. Mungkin Pak Teh menyuruh membantunya pegang kuat-kuat bimbang saya tidak dapat menahan kesakitan semasa dibedah nanti. Kalau bergerak-gerak mungkin membahayakan nyawa.
Sehelai daun sirih dicelup ke dalam gelas yang berisi air yang telah dijampi. Daun sirih yang masih lagi basah ditekup di bahagian atas kelopak mata sebelah kiri saya yang hendak dibedah. Sejuk dan segar rasanya bila terkena daun sirih basah tadi.
Fikiran saya terus hanyut seperti orang yang ‘dipukau’, terasa mengantuk amat sangat. Tiba-tiba penulis dikejutkan dengan satu tekapan tangan memenuhi sebahagian muka penulis. Pak Teh menarik daun sirih yang menutupi mata kiri saya. Terasa hujung pisau mula menyentuh bahagian atas kelopak mata sebelah kiri. Pak Teh menyuruh saya pejamkan mata. Kepala terasa berpinar-pinar! Argggghhhh! Argggggggghh! Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya setelah pisau ditusuk-tusuk dengan agak kuat. Senak dan sakit tak usah cerita, terasa hendak tersembul biji mata.
Puhhhh! Jantung berdegup kencang. Rasa takut, sakit dan ngeri bergabung. Terasa bunyi urat-urat mata putus, setelah dihiris dengan pisau bedah tadi.
Ketika sedang menahan kesakitan, datang dua orang pembantu Pak Teh memegang kedua-dua belah tangan dan badan bagi mengelakkan penulis menggelupur. Pembedahan masih berlangsung di Dewan Serba Guna Taman Bidara, Selayang. Peluh merecik seluruh tubuh. Rasa takut masih menguasai diri. Hakikatnya penulis tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku. Dunia terasa gelap-gelita.
“Mengucap! Mengucap!” arah Pak Teh menenangkan penulis. Pak Teh berbisik supaya jangan takut sebab dia baru saja mengeluarkan ‘mata lama’ dan sekarang sedang menggantikan ‘biji mata baru’. Ketika itulah memang terasa rongga mata kosong. Dunia masih gelap.
Setelah dimaklumkan mata baru dimasukkan, Pak Teh memberitahu dia perlu mengetatkan ‘skru-skru’ yang mengikatnya. Beliau mendakwa ada ‘tiga skru mata’ bagi mengikat mata daripada tersembul. Tapi, penulis masih samar, tidak tahu apakah sebenarnya yang telah dilakukan Pak Teh. Tambah hairan dari manakah Pak Teh memperolehi organ ‘mata baru’ tadi?
“Kita hanya meminta daripadaNya... kalau Dia izin, dapatlah! jawab Pak Teh ringkas. Okey, Hanaffi boleh buka mata,” arah Pak Teh. Apabila mata dibuka perlaha-lahan, masih lagi terasa sakit bahagian kelopak mata. Mula-mula penglihatan kabur. Selang bebera minit, penulis sudah boleh nampak objek yang jauh, tapi masih samar-samar lagi. Pak Teh kemudian membekal sebotol air penawar untuk di minum dan tiga helai daun sirih yang lengkap dengan pinang dan kapur untuk dimakan.
Jika ikutkan hati pada malam itu penulis hendak bedah kedua-dua mata sekaligus, tapi Pak Teh melarang takut-takut badan kita tidak dapat menampung rasa sakit. Lagipun, Pak Teh memberitahu beliau hanya akan mengubati saja penyakit yang ada dalam tubuh seseorang meskipun mereka ada menghidap beberapa penyakit lain. Maknanya, kalau ada lagi penyakit lain, perlu datang beberapa kali jumpa Pak Teh.
Tadi, penulis sudah mengalami bagaimana Pak Teh tukar ‘mata lama’ dan ganti ‘mata baru’. Adakah pesakit lain yang hendak dibedah Pak Teh malam ini? Seterusnya Pak Teh melangkah menuju ke arah deretan pesakit. Kali ini seorang wanita muda pula dihampiri Pak Teh. “Mata tak nampak?” beritahu wanita berusia 40-an itu kepada Pak Teh.
“Oh, sakit mata juga!” balas Pak Teh lagi. “Tapi ingat, kita cuma ikhtiar saja, hanya Allah saja yang mampu menyembuhkan,” pesan Pak Teh. Pesakit kedua yang sedang dibedah ini melalui proses yang sama seperti dilakukan ke atas penulis tadi. Wanita muda ini mengerang dan meraung-raung kesakitan akibat dicucuk dengan mata pisau tadi. Ngeri betul kalau sesiapa melihatnya! Tidak sampai beberapa saat, kelihatan kelopak mata wanita tadi merah petanda dipenuhi darah. Pembedahan itu amat pantas, tidak sampai 10 saat. Segala-galanya sudah selesai. “Ya. Saya dah cungkil matanya dan saya ganti dengan mata baru!” beritahu Pak Teh.
Betulkah Pak Teh tukar mata wanita tadi dengan yang baru sebab penulis tidak nampak darah meleleh dan biji mata dikeluarkan? “Saya bedah secara ghaib, guna kaedah batin!” akui Pak Teh.
Pak Teh menerangkan, memang orang awam tidak nampak sebarang organ yang dikeluarkan sebab semua urusan pembedahan dibantu oleh khadam ghaib. Maknanya, organ mata pesakit wanita tadi diambil daripada alam ghaib? Pak Teh mengangguk. Selepas dibedah wanita tadi tidak meraung sebaliknya tersenyum sambil mengelipkan matanya.
Sebenarnya Bomoh Diraja Kedah ini bukan saja boleh membedah mata tapi mendakwa Allah telah memberi kepakaran kepadanya untuk membedah organ seperti jantung, hati, paru-paru, otak, lutut dan kaki. Senang cerita semua pancaindera kita boleh dibedah dan diubati Pak Teh secara ghaib. Pak Teh melangkah pula menuju ke arah seorang pesakit, sambil di tangan kanannya memegang sebilah pisau kecil sepanjang sejengkal. “Pakcik sakit apa?” soal Pak Teh kepada seorang pesakit yang bertongkat. “Sakit pingganglah Pak Teh,” jawab lelaki bertongkat itu tersengih. Zasss! Hisss! Seramnya! Pak Teh terus menghiris-hiris di bahagian belakang lelaki bertongkat itu seakan-akan menconteng pen atas kertas.
Arggghhhh! Lelaki bertongkat itu meraung kesakitan. Tidak sampai sepuluh saat, Pak Teh selesai merawat sakit pinggang yang dialami lelaki bertongkat tadi. “Hah! Cuba bangun dan berjalan,” arah Pak Teh.
Pakcik itu membuang tongkat dan terus bangun. Masya Allah lelaki itu yang sebelum ini asyik mengepit tongkat sudah mampu berjalan seperti biasa. Dia tidak perlu terbongkok-bongkok lagi dan bertongkat. Sejak pukul 9.00 malam Jumaat itu, seorang demi seorang dibedah Pak secara spontan. Setiap pesakit dibedah dalam tempoh singkat lebih kurang 10 saat sahaja. Mulanya, penulis sangka, cuma dua tiga orang saja yang dibedah malam itu, rupa-rupanya, penuh sesak dewan. Jika beginilah ramainya, sampai ke pagilah jawabnya. Kalah hospital kerajaan.
Penulis sendiri melihat Pak Teh sudah berpeluh. Isterinya membantu mengelap peluh Pak Teh yang sentiasa membasahi baju dengan sehelai tuala kecil umpama seorang jururawat yang setia di sebelah seorang doktor. Penulis sendiri terkejut apabila Pak Teh memaklumkan malam Jumaat itu beliau mendakwa telah membedah lebih kurang 200 pesakitnya.
Antaranya melibatkan pelbagai jenis penyakit seperti pekak telinga, sakit dada, buasir, lumpuh, buah pinggang, sakit belakang, barah payu dara dan bermacam-macam lagi dalam tempoh dua jam sahaja. Hairan sungguh, bagaimana orang tahu malam itu ada Bomoh Diraja Kedah akan datang melakukan rawatan dan pembedahan secara spontan di Dewan Serba Guna Taman Bidara, Selayang.
Seperkara pesakit yang datang itu melibalkan pelbagai jenis kaum, ada Cina, India, Sikh dan paling ramai tentulah orang Melayu. Bayangkan, anggota RELA terpaksa ditempatkan di pintu masuk jalan bagi mengawal lalu-lintas dan keselamatan. Tidak sangka pula, orang awam lebih suka mendapatkan khidmat bomoh diraja terkenal ini berbanding hospital atau rawatan di klinik swasta dan kerajaan. Adakah rawatan di klinik swasta mahal menyebabkan orang ramai beralih kepada perubatan alternatif seperti dilakukan Pak Teh? Atau, rawatan Pak Teh lebih cepat dan berkesan berbanding rawatan dengan doktor pakar di klinik kerajaan dan swasta?
NOTA: Kepada pembaca dan sesiapa yang berminat untuk berubat dengan Pak Teh bolehlah menghubungi pembantunya, Pak Tam di talian 012-583 4504.
2. Waktu berubat dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
3. Caj berubat RM30.50.
4. Barang-barang perlu dibawa atau beli sahaja di kedai berhampiran rumah Pak Teh; 5 helai daun sirih, pinang dan kapur dan air mineral.
5. Hanya 1 penyakit untuk diubat pada 1 hari. Kalau ada 4-5 penyakit, kenalah berulang pergi.
6. Masa makan set sirih mestilah teratur. Kalau hari pertama makan waktu siang, maka hari kedua dan ketiga pun waktu siang juga.
7. Setiap pesakit diminta minum air mineral yang telah dibacakan doa dan menghabiskan sirih 3 helai daun sireh serta 3 hirisan pinang kering untuk tempoh 3 hari.
8. Hubungi Pak Teh Jan ditalian 012-487 4952/ 012-583 4504 disebelah malam sebab dia free sikit masa tu. Lepas pukul 2 petang, dia pergi part time bedah di hospital swasta Pulau Pinang setiap hari. Menurut orang kanannya (Pak Tam) Hospital Metro Penang bayar Pak Teh Jan mahal untuk khidmatnya.
pnh tgk utube hubby tunjuk org tu kt obersea lah.. dia kuarkan penyakit dr dlm badan cthnye pempuan ckp ade ketumbuhan kt buah dada kan... dia tekan2 pastu korek2.. lepastu jumpa ketulan dia tarik dia potong... ramai org ckp berkesan.. g dokter sahkan mmg penyakit tu dh takde... yg bestnye.. ms dia belah tu nmpk darah mancut2.... tp lepas dia lap2 cuci2... langsung takde kesan torehan.. luka pun x de... wallahuaklam.... nak bg link utube pun aku taktau ape namanye.... ade org tag hubby kt FB je....
jiran aku, pakcik tuo nie dulu ada sakit kanser paru2....sampai jadi bengkok wei badan dia....tak larat nak jalan....nampak lembik aje dan jarang keluar rumah.
Then pakcik nie pg berubat dgn tok moh nie.....alhamdulillah, kanser dia hilang sampai doktor pun heran besar apa yg pakcik nie dah buat.......mungkin dia serasi berubat dgn tok moh nie.
Sebelum kena lahar, ye, pakcik jiran aku nie dah puas keluar masuk hospital.....masa tu, aku tgk mcm jerangkung berjalan aje...kurus kering, bongok dan tak bermaya....sekarang, siap blh rempit dgn motor lagi....