lily_kama posted on 5-4-2013 09:05 PM
apa kesah nya?
Sepanjang hidup aku ni
Aku tak pernah bercinta ngan perempuan
Pernah suka adala.
Sebab pertama aku miskin dan tak kacak dan aku ni kulit gelap sikit la
Pertama kali aku suka popuan masa aku masuk university
Aku selalau pandang popuan sekelas aku tu
Cantik orangnya putih melepak comel
Aku pendamkan jer la bila terkenang kekurangan aku tadi
Ditambah lagi pada masa tu ada budak lelaki lain minat kat popuan tu course lain sebaya aku ja dan aku tak kenai rapat lelaki tu..tapi satu blok hostel ngan aku jer..
Lelaki tu hensem muka nak macam edika yusuf ker aper pelakon dan model iklan dulu2 tu tapi lagi hensem la kot sebab lelaki ni putih
Aku mula la nampak depa selalu berdua, aku pergi library aku nampak mereka berdua kat meja kadang2 aku nampak mereka kat court food, budak laki tu satu jurusan ngan aku tapi lain kelas popuan tu jer sekelas ngan aku.
Aku pun sedeh gak la...apa boleh buat aku tengok laki tu dah la hensem anak org kaya kot sebab
Pakai motor besar dan kadang-kadang bawak kereta..
Aku apa ada...aku mula la rasa dunia ni tak adil kenapa org mcm depa tu selalu jer dapat hidup best-best..
Aku biarkan perasaan aku tu walaupun aku nak lupa tapi tak berdaya..
Akhirnya lepas diploma tu aku tatau la apa cerita mereka berdua tu..
Selepas 15 tahun mcm tu, aku terjumpa rakan perempuan sekelas yg pernah jadi group assignment aku masa diploma dulu..nasib baik aku ingat nama budak perempuan ni sbb group aku la. Sbb aku ni
Susah la nak berkawan ngan perempuan ni sebab mcm aku cakap tadi la, malu sebab miskin dan huduh..
Aku terjumpa pun dalam facebook la. Maklumla zaman dah canggih bila aku add rakan lelaki lama satu diploma dulu terpandang frendlist budak pouan group aku tu.
Aku pun pm la budak perempuan tu, aku teringin nak tau bagaimanakh budak perepuan yg aku minat tu rakan dia tu dh kawin ker dgn lelaki kacak mcm edika yusuf tu..
Aku Tanya jer apa nick name fb budak perempuan yg aku minat tu aku cakap aku rindu kawan2 satu kelas dulu padahal aku nak tau jer kisah hidup budak perempuan yg aku minat tu apa jadi hidup dia, bahagiakah dia dgn lelaki tu..
Melalui rakan perempuan aku tu dapatla aku nickname budak perempuan aku minat tu, dapatla aku add jadi frend aku kat fb.tapi malangnya budak perempuan tu dah kahwin dan baru sangat kahwin.
Aku dapat tgk album foto kahwin dia.
Dan yg membuatkan aku terkedu, lelaki yg dia kawin tu bukan lelaki kacak mcm edika yusuf tu tapi lelaki lain yg aku tak kenal dan lebih gelap dari aku..tapi rasa anak orang kaya jugak la sebab kereta hebat-hebat.Bergambar bergaya dengan kereta...aduih aku apa ada.....
file:///C:/Users/Samsung/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image005.jpg
Budak perempuan yg aku minat tu sampai sekarang tak tahu yg aku pernah suka dekat dia.
Dan semua ini kekal sbgi pengalaman yg pahit dekat aku semuanya sebab duit. Kalo dari
awal aku org berduit tentu aku ada keyakinan......seme org punya,aku xder aper...
kisah kedua....
Aku nak cerita aku berkenan kat awek kat pasaraya pulak yg jadi cashier kat situ.
Aku dok pi pasaraya tu selalu sebab dekat sebab bila balik lepas kerja aku lalu pasaraya tu.
Pada satu hari aku pegi la beli barang, org ramai gak hari tu. Lepas aku pilih barang nak bayar aku pegi la bayar aku igt aku sampai kat kaunter hujung dah rupanya ada lagi hujung yang kosong,
Memula aku pegi beratur kat belakang org ramai kat satu kaunter tu, tetiba aku dengar suara perempuan. Lembut,comel dan manja jer aku dengar,
“Abang sinni la..” suara budak perempuan.
Aku pun pergi la masuk kaunter cashier popuan tu, terpegun aku tgk popuan tu, muka cantik puteh, manja, mata hitam dia tu alahai geramnya aku, mulut munggil lak tu..aku mcm khayal tgk dia.
Dalam ati aku cakap, kalo dapat jadi bini ni sampai mati aku setia xcari lain, hari2 aku mengusik dia bagi dia menangis baru nampak comel dia tu.
Dia amik barang2 aku scan, pastu total rm50.99. Aku tak perasan 99sen tu sbb suka asyik leka tgk muka dan gelagat dia yg comel tu. Aku buka dompet aku aku bagi sekeping RM50.
“Lagi singgit la abang”.. aduih comelnya nada suara dia tu, tangan dia tu letak dekat dada dia tapak tangan buka mintak duit aku. Aduih geramnya aku jari dia tu runcing mcm gebu jer..sumpah aku tak pernah sentuh popuan rasa cam geram jer. Aku amik duit sekeping RM1 aku letak atas tangan dia tanpa sentuh kulit tapak tangan dia.
Aku cakap, sory sory adik,,
Selepas dari itu, aku selalu pergi pasaraya tu setiap mingu sbb rindu nak tgk wajah comel popuan tu.
Kadang aku sempat jumpa kadang tak. Aku pegi bukan beli barang sangat saja jer nak pi kaunter cashier popuan tu saja nk tgk muka dia yg comel tu....
Pernah sekali aku terlanggar troli makcik mana ntah dok depan aku.."eh,eh,eh, apa ni"makcik tu ingat aku nak rompak dia ker?" nasib baik barang kat situ tak jatuh...sbb aku asik tgk dia jer masa beratur nk bayar barang yg aku beli, pastu dia pandang aku, aduihhhh anak mata hitam dia yg besar comel tu buat aku tertunduk malu segan tak dapat bertentang mata ngan dia,,,
Selepas dari hari itu aku dapat rasa dia mcm nak lari dari aku, bila aku plan nak pi bayar kat dia, dia pi tolong cashir kawan dia yg sebelah dan org lain pulak mai ganti tempat dia, aku tgk dia mcm senyum semacam ngan kawan2 dia tu. Macam tak suka aku jer. Setiap kali beli barang tak pernah cakap terima kasih pun, pernah aku beli barang ubat gigi dapat mangkuk free, dia tak gitau pun ambil kat mana mangkuk tu....
Aku rasa dia mcm tak suka aku...ni la nasib org huduh dan miskin macam aku.. boleh suka jer la xdapat pun.. start dr hari itu aku tak nak pegi lagi pasaraya tu, kalo pegi pun kalo dia ada kat kaunter tu aku rela pi kaunter lain bayar kat orang lain walau panjang berjela..........
kisah ketiga..
Kali ini aku nak citer aku pi interview kat Langkawi taun 2008 kot. Aku pergi ptg dan sampai sana 8 malam sampai kat jeti naik teksi cari hotel budget jer, sbb esok pagi kul 9 dah ada interview. surat panggil interview dapat gitau masa kul 9 pagi. Masa aku pi interview kerja tu sebelum di interview aku sempat la cakap-cakap sikit dengan seorang gadis ni. Dia muda dari aku, nama dia Liza dia berbaju kurung dan rambut panjang ikat cam ekor kuda.heheh. Masa aku masuk kat dalam ofis tempat menunggu sebelum dipanggil interview aku sapa dia sbb dia sorang jer duk kat situ sambil memegang fail sijil akademik dia.
Aku: ramai lagi ka adik yg dtg hari ni,?
dia pun cakap ada ramai jugak yg dh masuk dalam interview. (aku ni kadang2 malu kadang2 ilang malu ntah kenapa pun aku tatau,,macam2 aku borak ngan dia, aku tanya dia duk mana, kerja apa, belajar mana,,sbb aku nk ilang gugup nk kena interview kerja kot.hehehe)
mula-mula aku dan dia jer kami berdua yg masih menunggu turn untuk diintervie jawatan kerani akaun tu lps tu ada pulak ramai lagi lelaki dan perempuan datang sempat juga la beborak dgn mereka sebelum turn aku sampai.
sampai la selepas si liza tu masuk dalam. pastu dia keluar turn aku pulak.
lepas interview tu, tak sangka yg si Liza tunggu aku kat luar tu.
Liza: camana abang rasa boleh dapat ka kerja tu? Aku: tatau la, last2 dia tanya pasai sukan, dia kata mereka lebih suka org ada main sukan mcm main bola nanti leh la mewakili jabatan depa. saya rasa sy xdpt kut kerja tu. Liza: abang nak balik dah ka, sapa hantar mai tadi, bini ka gf? Aku: haaaa?????saya mai sorang2 ja, bini xdak gf xdak keja pun xdak yg bagus apa pun tadak la... Aku tgk liza tu tunduk mcm senyum ja...pastu dia tanya lagi Liza:ni abang nak balik dah ker nak pi jalan-jalan lagi, makan ker, liza leh la bawak sbb hari ni xada apa lagipun awai lagi baru kul 10. abang tunggu kat luar liza ambik keta sat, Aku: tak apa lah liza, saya nak balik la, saya jalan kaki ke jeti jer la tak jauh mana, Liza: kalau abang nak balik terus pun tak apa saya tolong hantarkan.(.dia pergi kat keta dia belakang ofis lepas turun dari lift) Aku pun jalan kaki menuju ke jeti, aku rasa malu pulak, popuan tu ada keta aku ni apa tadak, perasaan xdak keyakinan dan takut tu mai dah.... masa aku jalan tu. ada keta hon aku, sah si Liza yg pandu keta tu, keta apa aku tak ingat. aku pun masuk la dalam keta tu dh dia hon nk hantar, aku pun nak jalan kaki rasa 6 km tu penat gak.. Liza: betui ker abang nak balik dah? Aku: ya, saya nak balik dh xder apa dah. si Liza tu diam jer. Pastu dah sampai jeti tu aku turun dari kereta tapi aku sempat jugak mintak no tel si liza tu. kot2 aku leh mai langkawi lagi hehe. si liza ni bagi no tel dia. sempat lagi dia pesan kat aku sambil dia tunduk malu pegang rambut dia main-main rambut dia tu. Liza: kalau abang mai langkawi call la saya, kalo nak jalan-jalan kat langkawi saya temankan.. Aku:insyaAllah kalo saya mai saya cal liza...terima kasih sbb hantar saya.. Aku pun angkat beg ,dia pun masuk dalam kereta dia. aku pergi beli tiket dan naik feri balik kuala kedah..pastu esoknya aku balik ke sg petani..
malangnya masa aku sampai sg petani, aku terjumpa kawan lama satu ofis dulu nama liza juga yg dah berenti kerja tempat lama dan buka butik pengantin, sembang pi sembang mai, entah camana masa si liza kat sg petani ni bagi no tel dia aku silap save nama liza jugak teroverite la patut aku save la nama liza lain..aduih........kalo tak mungkin aku sempat kenal liza langkawi tu..si liza sg petani ni buat apa bini org anak satu....
aku selalu camni...
masalaha utama aku xkonfiden sbb aku tak kaya..
Last edited by pemburubayang on 5-4-2013 09:14 PM
|