CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17903|Reply: 22

Misteri Nenek Kebayan Di Gunung Ledang~!

[Copy link]
Post time 11-9-2013 11:24 AM | Show all posts |Read mode


Sebut sahaja Gunung Ledang, sudah pasti tergambar betapa cantiknya kawasan di situ yang kaya dengan spesis tumbuhan. Kawasan ini juga dikaitkan dengan lagenda Puteri Gunung Ledang. Namun begitu KisahBest.My bukan mahu bercerita tentang si puteri ini, akan tetapi tentang pengalaman seorang lelaki yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Lelaki ini telah terserempak dengan seorang Nenek Kebayan pada waktu senja. Sejak daripada itu, dirinya sering meracau tidak tentu hala. Mengapa ini terjadi?

Kisahnya lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan berkhemah di sana untuk bermalam.

Tiba pada masa yang dijanjikan untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu kala.

Baik, kita berbalik pada cerita si pemuda tadi. Hampir sehari suntuk dia dan teman-teman yang lain menjelajah hutan, mendaki gunung melalui sungai, memasak makanan sendiri, games misi mencari harta karun dan sebagainya. Hari semakin senja, matahari semakin terbenam dan benar-benar senja. Semasa si pemuda dan teman-teman yang lain menyusuri hutan dan semak-samun, mata si pemuda seimbas lalu terlihat seorang nenek kebayan tidak jauh dari kumpulan mereka. Tidak silap saya kata si pemuda ni dia nampak susuk tubuh nenek kebayan itu dari belakang. Mujur juga tidak nampak dari depan entah bagaimana rupa dia.

Sebaik sahaja si pemuda melihat nenek kebayan yang berjalan pergi ke semak-semak itu, terlintas di dalam hati “apa orang tua tu buat senja-senja ni?” Tidak lama kemudian si pemuda sudah tidak nampak kelibat nenek kebayan itu lagi. Setelah tamat perkhemahan mereka selama 2 hari keesokan harinya kumpulan si pemuda bersama teman-temannya berangkat ke kampus untuk kuliah seperti biasa.

Pada malam itu juga sesuatu yang aneh berlaku pada si pemuda itu. Kawan-kawan sebiliknya merasa pelik dengan kelakuan si pemuda yang mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak mahu bercampur orang. Hanya diam dan termenung sahaja di dalam bilik tanpa sebab. Semakin lama kawan sebilik si pemuda itu merasa tingkah laku si pemuda itu berlainan. Macam kebingungan dan terpinga-pinga. Malam semakin larut dan si pemuda masih tidak tidur lagi.

Tidak lama kemudian lebih kurang jam 3 pagi, terdengar bunyi cermin berderai. Kawan-kawan di bilik dan jiran mereka turut terkejut mendengar bunyi benda pecah. Sebaik bangun kawan sebilik si pemuda melihat si pemuda ini telah memecahkan kepingan-kepingan kaca tingkap di bilik mereka. Si pemuda dengan tidak sedarkan diri seperti dirasuk meronta-ronta ingin terjun tingkap.

Segera mereka menahan si pemuda dari terus terjun tingkap dan mengamuk. Istilah sekarang dipanggil histeria, begitulah yang di alami si pemuda. Segera kawan sebiliknya memanggil warden asrama dan memanggil pensyarah yang arif dalam bidang histeria untuk membantu si pemuda yang tidak sedarkan diri itu. Setelah ustaz atau pensyarah yang berkaitan datang dan meredakan si pemuda dari kerasukan, kelihatan si pemuda ini perlu diubati atau dicutikan untuk pulang berubat.

Apa yang diperhatikan benda yang merasuk di dalam tubuh si pemuda gagal dikeluarkan dan amat ganas. Hanya mampu ditundukkan buat sementara waktu sahaja. Tidak lama kemudian pihak universiti menghubungi keluarga si pemuda dan meminta mereka menjemput anak mereka pulang untuk diubati baru meneruskan pengajian seperti biasa.

Diringkaskan cerita sebaik sahaja pulang di rumah perkara sama diulangi oleh si pemuda. Dia seakan-akan dirasuk oleh sesuatu yang membuatkan dirinya melakukan kekecohan. Habis tingkap di rumah keluarganya dipecahkan satu persatu. Tingkap dapur dan tidak lama selepas itu tingkap di bilik air. Kemudian menjerit-jerit meminta tolong.

Apa yang anehnya tangan yang digunakan untuk pecahkan kaca-kaca tingkap tidak luka dan berdarah. Memang sesuatu yang jika difikirkan dengan fikiran waras hakikatnya mesti berdarah dan cedera. Seperti kebal pula langsung tidak luka malah si pemuda tidak merasa sakit. Mungkin begitulah yang akan terjadi setelah ada makhluk lain di dalam badan manusia.

Bila melihat situasi yang serius ini, ayah si pemuda segera memasung anaknya yang kerasukan itu dengan tali dan ikat tangan dan kakinya. Kasihan sungguh melihat apa yang berlaku. Tiada ibu atau ayah yang ingin menyakiti anak sendiri tapi dalam kes ini terpaksa diikat dulu untuk keselamatan semua pihak.

Ayah dan ibu si pemuda mencari jalan keluar untuk memulihkan anak mereka. Setelah mereka mendapat tahu ada seorang tukang ubat yang boleh mengubati anaknya segera mereka bawa. Malangnya tidak berjaya malah semakin mengganas reaksi si pemuda seolah-olah tidak takut diubatkan.

Begitulah kesnya ramai juga yang cuba ubatkan tapi gagal. Yang terakhir setelah melalui jalan buntu, ibu dan ayah pemuda mendengar khabar ada seorang kiyai yang boleh mengubati penyakit-penyakit ganjil yang pelik. Setelah dibawa berubat Alhamdulillah menampakkan kesan positif dan sifat si pemuda yang sering mengganas bertukar sedikit demi sedikit lembut dan tidak berkasar. Cuma kelakuannya masih keanak-anakan dan separuh sedar.

Setahu saya sepanjang keluarganya menjaga si pemuda ini, ianya berlaku di bulan yang berkat iaitu ramadhan bulan umat islam berpuasa. Kejadian itu berlarutan sehingga syawal sambil mendengar takbir raya. Cukup sedih dan syahdu mana tidaknya semua menyambut raya dengan gembira tapi mereka dalam keadaan berduka dengan anak yang masih separuh pulih.

Ada yang menyarankan untuk di bawa ke hospital orang sakit jiwa sahaja kerana sudah tidak boleh dikawal lagi. Orang sekeliling memandangnya seperti orang gila. Siang hari berjalan kaki seorang pergi ke kedai dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek. Jalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan dan tidak hiraukan orang yang hon kereta dengar cerita. Nasib tidak berlaku kemalangan.

Di ringkaskan lagi cerita ini, si pemuda yang sakit dirasuk oleh sesuatu yang tidak tahu dari mana puncanya pulih setelah menjalani susulan perubatan dengan kiyai yang mengubatinya. Si pemuda tidak lama itu menghabiskan pengajiannya dan tamat mendapat ijazah sarjana muda. Syukur pada Allah masa depannya cerah dan berjaya menjadi pegawai kerajaan yang disegani dan dihormati.

Siapa sangka dahulu jika dilihat akan mengatakan dia orang gila dan patut berada di hospital gila atau tanjung rambutan sekarang telah menjadi orang yang berjawatan tinggi. Ini semua berkat kesabaran ibu dan ayah serta keluarga yang membantu memulihkan anaknya.

Jika ikut kajian juga setahu saya, peratusan orang gila yang jika diperdengarkan selalu dengan ayat suci Al-quran akan pulih dari sakitnya. Berbalik pada tajuk kita misteri nenek kebayan gunung ledang tadi. Sehingga sekarang masih tidak dapat dirungkaikan apa kaitan nenek kebayan yang dilihat di gunung ledang dengan si pemuda itu.

Yang pasti selepas kejadian melihat nenek kebayan itu telah berlaku perkara misteri dalam hidup si pemuda. Adakah nenek itu sejenis jin ifrit yang merasuk atau jin baik? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang saya dengar jin islam memang tidak boleh merasuk tubuh manusia kerana itulah perjanjiannya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 03:11 PM | Show all posts
copot jantung aku!!!! terkejut walopon nmpk mate nenek tu je!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 03:31 PM | Show all posts
tekojott mak nak....
bukak thread aje...gambau nenek punye la besssauuu........
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 03:38 PM | Show all posts
ms laki aku kat itm dulu ada dia ikut expedisi ke gunung ledang nih.. dia gitau mmg ada satu area nih macam berjaga - bersih xde pun daun kering ke, lalang ke apa.. mmg cam laman umah org la.. katanya nih mmg area "diaorg" wallahualam.. diaorg xbrani la nak open port khemah kat situ.. so diaorg gie pat jauh sket la.. tapi xde pun dia nampak or dgr anything out of ordinary katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 03:43 PM | Show all posts
x brp angker sgt cerita ni...

p/s: gmbr tu just hiasan jer. jgn terpengaruh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 04:10 PM | Show all posts
arghhhhh terkejut aku!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2013 04:17 PM | Show all posts
misteri sungguh nenek kebayan nie..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 04:25 PM | Show all posts
Yang pasti selepas kejadian melihat nenek kebayan itu telah berlaku perkara misteri dalam hidup si pemuda. Adakah nenek itu sejenis jin ifrit yang merasuk atau jin baik? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang saya dengar jin islam memang tidak boleh merasuk tubuh manusia kerana itulah perjanjiannya.
Kalau kerasukan kat hutan begitu, biasanya hantu hantu hutan je, bukan ifrit pun.


Jin islam juga merasuk, cuma tak sebanyak hantu hantu merasuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 04:50 PM | Show all posts
hantukiller posted on 11-9-2013 04:25 PM
Kalau kerasukan kat hutan begitu, biasanya hantu hantu hutan je, bukan ifrit pun.

assalam en.hk..boleh tak saya nak tanye kat hk?
nenek kebayan nie mmg wujud ker?
adakah dia nie jenis jin kafir @ jin islam..ataupun mungkin seorg manusia biasa??


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 04:59 PM | Show all posts
purpledesire posted on 11-9-2013 04:50 PM
assalam en.hk..boleh tak saya nak tanye kat hk?
nenek kebayan nie mmg wujud ker?
adakah dia nie  ...

Ujud la, kalau tak ujud ye tak de cerita.... tapi adakah ujudnya dialam nyata???? tentunya tidak la.... di alam hayalan atau alam ghaib je ujudnya dia.


Yg menjelma jadi nenek kebayan tu hanya hantu hantu hutan terutama dari gunung ledang tu, hantu adalah salah satu golongan jin jugak. hantu tak de yg islam walaupun dah diislamkan ribuan kali, sebab hantu macam binatang, tak de iman.



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 05:01 PM | Show all posts
hantukiller posted on 11-9-2013 04:59 PM
Ujud la, kalau tak ujud ye tak de cerita.... tapi adakah ujudnya dialam nyata???? tentunya tidak l ...

yeke??baru saya paham..tq en.hk
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek kebayan ni asalnya adalah orang jua.Banyak mengamalkan ilmu mentera ... Kebanyakkannya berniat baik ... Di istana dahulu kala, nasihat dan pendapat dan kesembuhan penyakit dilakukan olehnya untuk permaisuri dan gundek raja..
Terhapusnya nenek kebayan diakibatkan fitnah dan kemajuan dalam pemerintahan negeri negeri tersebut ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 01:47 PM | Show all posts
hantukiller posted on 11-9-2013 04:59 PM
Ujud la, kalau tak ujud ye tak de cerita.... tapi adakah ujudnya dialam nyata???? tentunya tidak l ...

bang.. ade soalan bodo nak tanye.. ade tak setan islam.. dulu penah bace setan yg selalu ikut nabi muhammad s.a.w masuk islam... kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 05:23 PM | Show all posts
ajis_kg posted on 12-9-2013 01:47 PM
bang.. ade soalan bodo nak tanye.. ade tak setan islam.. dulu penah bace setan yg selalu ikut ...

hehe

Setan tu sifat kejahatan yg ada pada manusia dan jin


Jin yg jahat dipanggil setan, manusia yg jahat pun dipanggil setan


So, kalau manusia islam pun ramai yg jahat(syaitan), inikan pula jin, jin islam yg di 'alam' manisia semuanya jahat, tujuan masuk alam manusia dan berhubung dengan manusia untuk menyesatkan manusia juga, jahat, kira setannnnnnnnnnn jugak.... hehe

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:47 PM | Show all posts
Hoii tesentak aku masuk benang ni!  

Ai nak repot kat momoddddd  
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 10:24 PM | Show all posts
letak je gambar awek cun..kami tak kisah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 11:50 PM | Show all posts
Aku dah la view guna ipad. Sekali scroll setepekkkkk gambo nenek kebayan tu penuh 1 skrin aku ni ha. Bdesup darah aku ke otak mse memule view. Kuang asam btol laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 07:26 AM | Show all posts
hantukiller posted on 12-9-2013 05:23 PM
hehe

Setan tu sifat kejahatan yg ada pada manusia dan jin

hahhaha tersangatlah betulnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:46 AM | Show all posts
arwah nenek kata, kalau nk naik smpai puncak gunung ni ,hati kena bersih
kalau ada niat xelok,maka adalah halangan nak daki ke puncak
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 11:39 AM | Show all posts
terkejut makkk..........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.103211 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list