CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21266|Reply: 42

Kenali Jenis Najis/Tahi Anda! masa berak

[Copy link]
Post time 22-11-2013 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, kita semua menjalani rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi. Tapi tahukah anda, tahi itu mencerminkan sebagus mana diet yang anda semua praktikkan?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.
Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:






  • Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
  • Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
  • Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
  • Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
  • Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
  • Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
  • Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.


Tahi  jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.

Tahi jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Tahi jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 12:44 PM | Show all posts
kena plak time rehat camni ade yg tgh makan sambil bukak porum.. mau buang makan tu sambil muntah-2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 01:06 PM | Show all posts
kurga posted on 22-11-2013 12:44 PM
kena plak time rehat camni ade yg tgh makan sambil bukak porum.. mau buang makan tu sambil muntah-2. ...


itu la pasal...aku lak baru lepas ngadap nasi dagang..kembang kuncup kembang kuncup je tekak den ni haaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 01:53 PM | Show all posts
type 3 & 4 mmg sihat & puas hati...


aku baru makan nasi daaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:43 PM | Show all posts
...teringat cerita anak Maharaja cina (lupa nama cete tu) dimana tahi dia akan diperiksa dan rasa oleh tabib bg mengesan penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:55 PM | Show all posts
aikee04 posted on 22-11-2013 02:43 PM
...teringat cerita anak Maharaja cina (lupa nama cete tu) dimana tahi dia akan diperiksa dan rasa ol ...

The last emperor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2013 02:58 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 22-11-2013 02:55 PM
The last emperor

Yeaaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:58 PM | Show all posts
Baru buka plastik nak makan pretzel Auntie Anne's...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
blinkazwa posted on 22-11-2013 02:58 PM
Baru buka plastik nak makan pretzel Auntie Anne's...

Dah makan lum pretzel ko tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Semu jenis di atas aku dah alami.. Bntuknye bergilir2, hr ni lain, lusa lain  tulat lain... Ehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:11 PM | Show all posts
intandanial posted on 22-11-2013 01:06 PM
itu la pasal...aku lak baru lepas ngadap nasi dagang..kembang kuncup kembang kuncup je teka ...

jangan biar kan gambar itu menghantui anda tika makan....
kembang kencup x per.. jgn terkuar balik udah ler..

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:12 PM | Show all posts
yang gambar last tu.. satu tu aku tengok da macam kuih bulan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:20 PM | Show all posts
baca tajuk pun dah tau akan ada gambar taik.. nasib2 la sapa yg muntah kayak tu yer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:24 PM | Show all posts
blinkazwa posted on 22-11-2013 02:58 PM
Baru buka plastik nak makan pretzel Auntie Anne's...

satgi uk uk mesti kluar type 4
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:24 PM | Show all posts
mine type R. no worries.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 03:44 PM | Show all posts
Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari
Orang macam ni pun ada? Adedeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 05:50 PM | Show all posts
artikel ok..pic tu xleh tahan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 06:35 PM | Show all posts
Haishhh....goli den.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 06:49 PM | Show all posts
abg lokman ni minat nau dgn taik kan

obses gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 07:00 PM | Show all posts
type 1 dan 2 confirm nak meneran sikit punye haru.. sbb sangkut kat dlm dah lame..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.083806 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list