CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5960|Reply: 20

cinta... selamat tinggal

[Copy link]
Post time 12-12-2013 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Angin petang bertiup lembut, menyamankan suasana yang cukup tenang. Sang mentari kelihatan malu-malu bersembunyi disebalik litupan awan yang menebal meredupkan lagi suasana yang cukup mendamaikan sekeping hati Soffiya. Mata gadis itu ralit memandang panorama petang ciptaan Allah S.W.T. yang amat mempesonakan meski pon suasana ini sudah sering kali dinikmati. Dia tidak pernah jemu untuk semua itu. Memang sudah menjadi sikapnya yang gemar memandang permandangan anugerah Ilahi sambil melayan perasaan.

“berangan sampai mana tu?” satu suara menyergah Soffiya yang masih tenggelam dalam lamunan dalam. Lamunan Soffiya ranap sekelip mata. Badan gadis itu sedikit melompat dek sapaan yang tiba-tiba. Berdetak kuat jantung didada tanpa dapat dikawal. Dikerling sang penegur tanpa salam disebelahnya.

“kau ni Wawa…terkejut aku. Masa bila pulak kau balik? Tetiba je ada sebelah aku ni.” Soal Soffiya kehairanan. Wardah tersengih nipis menyerlahkan lesung pipit yang tersemat indah dikedua belah pipinya. Matanya menyorot kearah wajah tenang Soffiya yang sedang menatap wajahnya.

“aku dah lama balik… dah siap mandi dah pon. Kau tu je tak habis-habis termenung, layan perasaan jiwang sorang-sorang. Kau berangan apa tadi?” tempelak Wardah bersama pertanyaan.

“mana ada aku berangan… aku hanya menikmati keindahan alam semulajadi jer… tak ada maknanya nak jiwang-jiwang. Ingat aku macam kau ke, suka berangan tak sudah.” Sela Soffiya pula. Wardah ketawa lepas. Tak ambil hati dengan gurauan Soffiya, si saudara tirinya.

“hek eleh… paku dulang paku serpih, mengata orang kau yang lebihkan… ni mesti kau berangankan si Johan tu. Betul tak?” Wardah buat serkap jarang. Badannya yang tadi setia berdiri disebelah Soffiya kini kembali duduk diatas kerusi yang terletak berhampiran tingkap bilik mereka.

“a’ah… memang pon. Aku tengah berangankan si Johan lelaki idaman kau tu. Kenapa? Cemburu ke?”usik Soffiya dengan senyuman nakal yang mula melebar dibibirnya. Wardah tayang muka tiada perasaan meski pun ada rasa cemburu menapak dihatinya. Dia sedar siapa dirinya dihati Johan. Dia bukan bodoh, dan dia juga bukan perempuan yang tidak tahu malu untuk terhegeh-hegeh dengan lelaki yang tidak pernah mencintainya malah lelaki itu mencintai Soffiya, saudara tiri merangkap kawan baiknya sendiri.

“buat apa aku nak cemburu, aku bukannya kekasih dia. Bini tu jauh sekali. Lantak kau la nak berangankan dia ke, nak kahwin dengan dia ke… ada aku kisah?” balas Wardah. Senyuman dibibir Soffiya muncul sekali lagi. Lucu mendengar jawapan Wardah yang jelas kedengaran cemburu namun masih ada hati untuk menidaknya.

“cemburu kata je lah cemburu cik Wawa comel oii… tak payah nak berlakon depan aku. Macamlah aku baru kenal kau sehari dua. Itulah kau, aku suruh kau luahkan perasaan kat Johan kau tak nak. Malulah, perigi cari timbalah, apalah. Macam-macam alasan kau bagi. Kalau kau tak cakap dekat dia tentang perasaan kau tu, macam mana dia nak balas cinta kau? Karang melepas, gigit jari jelah kau.” Bebel Soffiya ala-ala orang yang cukup ariff tentang cinta. Wardah yang enak menyandar pada kerusi empuk melepaskan satu keluhan kecil.

“buat apa aku nak malukan diri aku beritahu perasaan sebenar aku pada dia sedangkan dia tu cinta mati dengan kau… dari zaman sekolah sampai sekarangkan dia gilakan kau.Mustahil la dia nak pandang aku ni.”

“alasan kau je tu Wawa… kau tak pernah cuba, manalah kau tahu. Usaha kenalah ada, baru betul.Lagi pon, aku tak ada hati pon kat dia tu. Jadi, kau tak payahlah fikir nak jaga hati aku ke apa.”

“kau memanglah tak ada hati kat dia, tapi dia tu syok gila kat kau. Karang tak pasal-pasal aku kena reject. Malu beb. Dah la aku kerja satu tempat dengan dia. Mahu malu bertahun nak mengadap kalau dah kena reject nanti.” Tolak Wardah. Tak sanggup rasanya untuk dibayangkan apabila lelaki pujaan hatinya menolak cintanya mentah-mentah. Entah cukup kuat atau tidak dia mahu menghadapi semua itu. Dia cukup selesa dengan apa yang dia peroleh sekarang. Memandang Johan dari jauh sudah cukup memadai baginya.

“suka hati kaula Wawa… nanti kau jangan cakap aku tak nasihatkan kau pulak. Dah la aku nak mandi.” Soffiya bingkas berdiri. Badannya menggeliat sepuas hati sebelum tangannya menarik tuala mandi yang bersidai elok diampaian dalam bilik yang dikongsi bersama Wardah. tanpa membuang masa, dia terus menuju ke bilik air yang terletak diluar bilik mereka.

Last edited by misssakura on 12-12-2013 03:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2013 03:17 PM | Show all posts
Soffiya menghempaskan tubuhnya diatas katil dengan mata yang hanya terbuka separuh. Rasa mengantuk sudah mula menghantui dirinya. Soffiya mencapai calendar yang diletakkan diatas meja kecil yang berada disebelah katil. Ditenung calendar itu dengan perasaan kecewa.

“ dah 8 tahun berlalu…” desis Soffiya cukup untuk pendengarannya seorang sahaja. Ada rasa sebak merajai hatinya namun cuba ditahan. Dia sudah puas meratap, dia sudah puas menangis tetapi dia belum lelah menunggu kekasihnya itu. Dia yakin, janji yang pernah dikait antara mereka pasti akan tertunai suatu hari nanti. Nazim pasti tidak pernah lupa janjinya untuk mengahwini dia 8 tahun yang lalu.

“sudah-sudah la tu Piya… sampai bila kau nak hidup dengan kenangan silam? Kalau betul cikgu tu masih sayangkan kau , masih cintakan kau pasti dah lama dia datang cari kau.Lamar kau jadi isteri dia macam yang dia dah janjikan dulu tu. Lupakan je la cikgu tu… anggap je la kau dengan dia memang dah tak ada jodoh. Nak buat macam manakan.” Nasihat Wardah yang terbaring disebelah Soffiya. Matanya merenung segenap wajah Soffiya yang kelihatan sendu. Tak sangka gadis yang dulunya liar seperti Soffiya mampu mempertahankan cinta monyetnya sehingga sekarang. Sungguh Wardah tidak sangka perkara sebegitu.

“aku sayangkan dia Wawa… tak mudah aku nak lupakan dia. Dia cinta pertama aku. Dia lelaki pertama yang ajar aku tentang cinta, tentang sayang. Dia janji nak kahwin dengan aku lepas aku tamat belajar. Aku yakin dia akan datang cari aku dalam masa terdekat ni.” Bantah Soffiya apabila Wardah memintanya melupakan Nazim kekasih pertamanya dahulu. Sudah acap kali gadis itu memintanya melupakan Nazim,namun sekali pon dia tidak pernah endahkan. Dia yakin cinta antara dia dan Nazim akan bersatu. Nazim dan dia saling mencintai antara satu sama lain dan cinta antara mereka amat kukuh sebelum ini.

“dah bertahun aku dengar jawapan yang sama dari kau Piya tapi sampai ke hari ini aku belum lagi Nampak batang hidung cikgu kau tu. Kalau betul dia cintakan kau, kenapa dari hari pertama korang berpisah, sampai sekarang dia tak pernah hubungi kau?Bukannya dia tak ada nombor telefon kau malah kau pon tak pernah tukar nombor telefon. Apa lagi alasan yang ada kalau bukan kerana dia dah lupakan kau?”tegas Wardah demi menyedarkan teman baiknya yang sorang ini. Bukan niatnya untuk membuatkan Soffiya bencikan Nazim, tetapi semua itu untuk kebaikan Soffiya juga. Sampai bila Soffiya mahu hidup begini? Mencintai lelaki yang entah cinta atau tidak padanya hampir 8 tahun. Menunggu lelaki itu tanpa rasa jemu sedangkan belum tentu lelaki itu menunggunya. Dia nak Soffiya sedar dan menikmati masa mudanya. Mencari teman baru bercinta dan berkahwin. Bukannya menunggu cinta yang tak pasti. Soffiya diam tidak berkutik. Dia sendiri tak tahu apa yang perlu dibahaskan pada Wardah sedangkan segala lontaran pendapat gadis itu adalah benar. Namun, hatinya tetap berdegil. Dia lebih percayakan janji Nazim berbanding idea logik daripada Wardah saat ini.

“Piya tolonglah sedar… kau sekarang dah umur 24 tahun dan cikgu tu 32 tahun. Kau rasa lelaki yang dah berusia 32 tahun tu akan masih setia menunggu kau ke? Entah-entah dia dah lama beranak pinak. Kau je kat sini setia macam orang bodoh. Tolonglah sedar Piya… Johan tu, dah berapa lama tunggu kau. Apa kata kau bagi peluang pada dia pula. Ambil peluang ini untuk lupakan cikgu Nazim tu sekali.” Sambung Wardah bersungguh-sungguh. Soffiya mengeluh kecil. Ada benarnya segala celoteh Wardah. tapi mudah ke dia mahu lupakan Nazim? Jejaka yang tak pernah lenyap dari ingatannya.

“Wawa… Johan tu kawan aku. Aku tak ada sedikit pon perasaan terhadap dia. Lagi pon, kau sanggup ke tengok aku dengan Johan bersama? Kau betul tak kisah kalau aku bercinta dengan Johan?” duga Soffiya. Dia tahu Wardah terlalu sukakan Johan dan dia yakin lagi pasti Wardah tak rela melihat kawan baiknya sendiri memiliki jejaka yang sudah lama diminati itu. Wardah mengeluh perlahan, bibirnya menguntum senyuman mesra pada Soffiya.

“pasal aku kau tak payah risau la Piya… kau tak perlu rasa bersalah untuk bercinta dengan Johan hanya kerana perasaan aku. Perasaan aku ni tak lama. Aku bukannya jenis setia macam kau. Kalau kau dan Johan bersatu, tak sampai sehari pon aku dah boleh buang rasa sayang aku pada dia. Bukan hal besarlah Piya.”

“eleh  cakap besar. Tak payah nak berlagak sangatlah kau Wawa… Aku takut ada yang terjun bangunan kalau tengok aku dengan Johan bersama. Dah la… tak nak cakap pasal ni. Aku tak akan sesekali bercinta dengan Johan sebab aku tahu aku tak akan mampu cintai dia. Aku tak nak bagi harapan palsu pada orang yang baik macam Johan tu. Sudah-sudah la tu kita cakap pasal ni Wawa. Aku dah mengantuk, nak tidur pulak.” Soffiya menarik selimut lalu membaluti tubuhnya. Wardah disebelah sekadar menggeleng-gelengkan kepala. Keras kepala sungguh Soffiya. Dia berharap suatu hari nanti Soffiya akan bertemu dengan jejaka yang boleh mencintai dan setia padanya. Cukuplah Soffiya berharap pada Nazim yang entah bila akan muncul tiba.

Last edited by misssakura on 12-12-2013 03:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2013 03:25 PM | Show all posts
“mak tak kira Zim…mak nak kamu terima jugak Julia.” Tinggi suara Fatimah memarahi anak sulungnya.Tegang kulit mukanya yang sudah berkedut seribu. Nazim mengeluh keras. Entah untuk kali keberapa emaknya memaksa dirinya menerima Julia si anak jiran tetangga.

“mak.. tolonglah faham. Zim tak cintakan Julia dan Zim tak nak kahwin lagi. Boleh tak jangan paksa Zim buat apa yang Zim tak suka.” Suara Nazim turut meninggi. Tidak mahu kalah dengan suruhan ibunya.

“habis tu bila Zim nak kahwin? Tunggu umur 50 tahun dulu baru nak cari isteri? Macam tu?” Tempelak Fatimah geram. Entah apa masalah anak terunanya yang sorang ini sehingga sekarang masih belum terbuka hati untuk mencari pasangan hidup. Nak kata sudah berpunya, tidak. Dia bukannya hadap sangat untuk menyatukan Nazim dan Julia,tetapi melihat sikap anaknya yang tidak reti-reti mencari pasangan hidup membuatkan dia terpaksa untuk melakukan semua ini.

“mak bagi Zim masa… bila Zim jumpa dia nanti, Zim akan bawa dia jumpa mak dan kami akan kahwin.  Tolong ye mak… jangan paksa Zim terima Julia.” Rayu Nazim penuh berharap. Dia harap emaknya mampu bersabar dalam hal ini. Fatimah tersenyum sinis mendengar rayuan anaknya. Dia sudah penat melayan kerenah Nazim dan dia sudah penat mendengar alasan yang sama daripada jejaka itu.

“masa? Dah berapa lama mak bagi kamu masa Zim… dah 3 tahun kamu bagi alasan yang sama pada mak tapi apa yang mak dapat? Mana menantu mak? Mana dia yang selalu kamu sebut tu?Entah dia tu wujud ke tidak pon mak tak tahu. Mak dah tak nak dengar alasan dari kamu Zim. Bagi mak, dia yang kamu cakap tu cuma alasan untuk kamu tak berkahwin. Sekarang, mak nak kamu ikut cakap mak. Bertunang dengan Julia bulan depan dan kahwin dengan dia 3 bulan lepas tu. Noktah!” Arah Fatimah tegas. Matanya membulat membalas pandang sinar mata Nazim yang jelas tidak puas hati dengan arahan yang diberikan.

“ mak tolonglah jangan nak paksa Zim terima Julia tu. Zim dah ada pilihan hati sendirilah. Zim tak akan terima perempuan lain selain dia mak… Tolonglah faham.” Minta Nazim entah untuk keberapa kali. Fatimah merengus geram. Lagi-lagi alasan itu yang diperolehi dari anaknya. Dia sudah muak, dah bosan dengan kata-kata anak sulungnya itu.

“masalahnya siapa pilihan hati Zim tu? Kalau betul ada bawaklah jumpa mak. Ini tak, dah 3 tahun Zim cakap perkara yang sama tapi habuk pon tak ada. Mak tak sukalah Zim cakap kosong macam ni. Kalau tak ada pilihan hati lagi mengaku je la. Tak payah nak buat alasan entah apa-apa macam ni. Mak bukannya bodoh, mak tahu itu alasan kamu je tak nak kahwin dengan Julia.”

“mak…”

“tak ada mak-mak… ini keputusan mak… muktamad!” potong Fatimah sekeras mungkin. Mahu menunjukkan ketegasan pada anak terunanya.

“Zim tak cintakan Julia la mak… macam mana Zim nak kahwin dengan dia? Julia tu pon mesti tak ada perasaan pada Zim. Tak payahlah nak paksa kami.” Pujuk Nazim lagi. Dia tak akan berhenti memujuk orang tuanya ini demi menghalang perkahwinan yang tidak diingini berlaku. Dia tidak rela memungkiri janji yang telah dimeterai bersama kekasih tersayang.

“ tak payah nak buat alasan lapuklah Zim. Mak dengan arwah abah kamu dulu pon kenal masa hari kahwin jer… elok je beranak pinakkan kamu dan Nadiah tu. Lagi pon, mak bukannya tak bagi masa kamu dengan Julia tu berkenal-kenalan. Kamu ada tempoh empat bulan sebelum kahwin. Berkenalanlah dalam masa empat bulan ni. Julia tu pon bukannya orang jauh. Jiran kita ni jer. Apa lagi masalah kamu? Julia tu tak ada cacat cela pon. Cantik, baik, lemah lembut, hormat orang tua, pandai, kerja pon elok. Apa lagi tak cukup? Perempuan macam mana lagi kamu nak cari?” panjang lebar celoteh Fatimah untuk menyedarkan Nazim. Nazim meraut kasar wajahnya. Sudah mati kutu dirinya dalam memujuk si emak. Keluhan kasar keluar lagi dari celahan lubang hidungnya.

“Julia tu memanglah tak ada cacat cela pon mak… tapi hati Zim ni tak terbuka untuk dia…”

“nak terbuka macam mana kalau kamu tak pernah cuba. Asyik dengan perempuan khayalan kamu tu.Sudah-sudah la tu Zim. Kamu ni dah tua. Dah tiba masanya mulakan hidup baru…  berkahwin, ada anak. Lupakan jelah perempuan yang entah wujud ke tidak tu.”  Sanggah Fatimah lagi. Nazim terdiam. Mencari-cari idea didalam benaknya untuk terus memujuk hati si ibu. Sukar sungguh rasanya untuk menolak permintaan emaknya kali ini.

“Soffiya wujud mak.. dia bukannya khayalan Zim.” Bantah Nazim kurang senang.

“kalau wujud,bawak jumpa mak… senang je kan… habis cerita.”

“sebab tu Zim perlukan masa… untuk bawa dia jumpa mak la…”

“masa? 3 tahun yang mak bagi tu tak cukup lagi ke Zim? Kali ni berapa lagi masa Zim nak? 30 tahun?” Sela Fatimah cukup sinis. Hatinya makin mendidih dengan perangai Nazim yang tidak habis-habis dengan Soffiya. Kalau perempuan itu wujud tak apa la jugak. Entah betul atau tidak kepala otak anaknya ini. Nama sahaja pendidik, tetapi asyik meracau nama perempuan yang tidak wujud. Mungkin dia patut bawa Nazim berubat traditional. Ada jin asyik agaknya berkenan pada anaknya ini.

“macam ni la mak... ini kali terakhir Zim minta. Mak bagi Zim masa tiga bulan, kalau Zim tak boleh juga bawak Soffiya jumpa dengan mak, Zim akan kahwin dengan Julia. Boleh?” akhirnya Nazim berkeputusan.  Meski pon hatinya tidak yakin dapat menemui Soffiya dalam masa yang diminta, namun ini sahaja yang mampu diusahakan.Selebihnya dia berserah pada Allah. Mungkin Allah sudah tetapkan jodohnya bukan dengan Soffiya. Siapa dia untuk melawan semua itu. Fatimah yang enak menyandar pada sofa mengubah cara kedudukan. Berfikir sejenak permintaan anak terunanya.

“tak boleh... mak bagi masa kamu seminggu jer.”

“mak... seminggu tu sekejap sangatlah. Lagi pon minggu ni Zim sibuk. Zim nak kena observe budak praktikal. Mana ada masa nak jumpa Soffiya.”

“itu masalah Zim... dah cukup baik mak bagi masa ni. kalau ikutkan tak ingin dah mak dengar nama perempuan khayalan kamu tu. apatah lagi nak bagi kamu masa untuk cari dia.”

“janganlah cakap macam tu mak... kalau tak boleh bagi 3 bulan,kurang-kurang bagilah sebulan. Please! Ini kali terakhir Zim minta mak. Percayalah.” Pujuk Nazim.

“tak boleh!” tegas Fatimah sekali lagi.

“boleh la mak... please.” Nazim menggenggam erat jemari ibunya. Matanya memandang wajah ibunya dengan penuh harapan. Cuba menagih simpati dari emaknya.Fatimah menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju.

“mak tambah sikit lagi masa. 2 minggu! Muktamad! Kalau Zim nak tawar lagi,mak akan tolak terus perempuan tu dari senarai bakal menantu mak.” ugut Fatimah. Badannya yang tadi selesa dibangku sofa kini bingkas berdiri. Dia kemudiannya beredar tanda perbincangan antara mereka telah tamat. Nazim mengeluh lemah. Dengan masa 2 minggu, dimanalah dia nak mencari Soffiya yang langsung tidak diketahui tempat tinggalnya.

Last edited by misssakura on 12-12-2013 03:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah miss ada citer br rupanya
Akak nk tunggu entry jer
So far buah hati piya dah kuar
Buah hati wawa bila nk menjelma.....kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:49 AM | Show all posts
okay... rasa tertanya2 bila nak sambung ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 03:55 AM | Show all posts
nak tekan button LIKE katne nih?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2013 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 12-12-2013 03:25 PM
“mak tak kira Zim…mak nak kamu terima jugak Julia.” Tinggi suara Fatimah memarahi anak sulungnya. ...

kategori U ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 05:26 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-12-2013 09:44 AM
kategori U ke?

kategori u...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2013 05:28 PM | Show all posts
fatehana posted on 12-12-2013 11:12 PM
Wah miss ada citer br rupanya
Akak nk tunggu entry jer
So far buah hati piya dah kuar

tq kak ana sbb sudi baca... harap2 sakura boleh siapkan citer ni smpai habis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 05:28 PM | Show all posts
Nazim melepaskan keluhan kasar dibangku setelah melakukan larian hampir 2 pusingan. Rasa penat setelah membuat larian tidak sepenat otaknya yang asyik berfikir tentang perbincangan antara dia dan ibunya sebentar tadi. Senak otaknya berfikir tentang masa depannya yang masih kabur. Raut wajah Soffiya samar-samar muncul dibenaknya. Entah bagaimana rupanya si kekasih tersayang setelah hampir 8 tahun mereka berpisah. Namun begitu, tidak dinafikan dia masih lagi sayang dan cinta pada gadis itu. semestinya dia tidak akan lupa janji yang pernah diikrarkan pada Soffiya disaat perpisahan antara mereka kian menjemput.

“Piya... kat mana awak sekarang? Saya rindukan awak...” bisik Nazim pada dirinya sendiri. Dagunya didongak pada langit yang terbentang luas. Cuba mencari ketenangan dengan melihat lautan awan yang membiru yang cukup menenangkan jiwanya. Fikirannya masih lagi berkira-kira bagaimana caranya untuk menjejaki Soffiya. Sikit pun idea yang bernas tidak muncul tiba didalam fikirannya buat masa ini. kali terakhir pertemuan antara dia dan Soffiya, gadis itu pernah menyatakan dia akan berpindah ke Kuantan. Namun, kenapa sekali pon mereka tidak pernah berpapasan sedangkan dia juga kini berada di Kuantan?Sekali lagi Nazim melepaskan keluhan lemah. Makin sesak fikirannya lagi-lagi apabila mengingatkan janji yang telah dibuat bersama ibunya.

“Hai abang Zim... sorang jer ke?” tegur satu suara lemak manis bak kelapa muda sekaligus melenyapkan bayangan Soffiya dalam ingatan Nazim. Nazim yang enak termenung memandang kearah langit yang membiru berkalih pandang. Memandang wajah cantik milik Julia yang tersenyum manis kearahnya. Nazim melebarkan senyuman. Meski pon ada rasa terpaksa untuk menitipkan senyuman kepada Julia namun dia sedaya upaya ikhlaskan hati agar gadis itu tidak berkecil hati.

“a’ah Julia... sorang je. Julia pulak datang dengan siapa?” Nazim sekadar berbasa-basi. Dia mengensotkan badannya ketepi demi memberi ruang untuk Julia turut melabuhkan diri. Rasanya tidak manis pula membiarkan Julia tegak berdiri ketika berbual dengannya. Julia duduk disebelah bakal suaminya dengan perasaan yang berdetak hebat. Segan pula rasanya.

“Julia pon sorang... datang sini pon saja nak ambil angin. Penat mengadap kerja yang tak berhabisan.” Jelas Julia tanpa dipinta. Nazim mendengar penerangan Julia dengan kepala yang terangguk-angguk. Mengerti dengan perasaan gadis itu kerana dia juga kadangkala begitu. Suasana sunyi sebentar.Masing-masing tidak tahu apa yang perlu dibualkan memandangkan mereka tidak pernah berbual sebelum ini.

“ abang nampak monyok aje tadi... kenapa? Ada masalah ke?” cetus Julia.Lembut sahaja suaranya menyerap masuk ke pelupuk telinga Nazim, cuba merisik isi hati bakal suaminya. Nazim tersengih kecil. Dia mengerling wajah Julia yang tenang disebelahnya.

“tak adalah... penat berlari jer.” Dalih Nazim mudah. Rasanya tidak perlu dia menerangkan perkara yang mengganggu perasaannya buat masa ini kepada Julia yang baru dikenali. Memang mereka sudah lama kenal antara satu sama lain, namun ini kali pertama mereka berbual berdua. Julia sedar Nazim menipunya. Mungkin jejaka itu tidak selesa untuk bercerita masalah kepadanya. Siapalah dia dihati Nazim.

“abang tahukan rancangan mak-mak kita...” Julia mengeluarkan topik pertunangan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Nazim pasang telinga. Berfikir dengan dalam bagaimana untuk bercakap dengan Julia perihal pertunangan antara mereka. Silap bahasa yang digunakan ada pula hati yang terguris. Nazim tidak ingin perkara sebegitu berlaku. Biar pon dia tidak cintakan Julia, namun dia takkan sengaja melukakan hati gadis itu hanya kerana dia tidak cintakan Julia. Dia sedar Julia juga sepertinya. Terpaksa kerana ibubapa.

“ abang tahu... Julia tak cuba menolak ke rancangan tu?” Julia menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada pertanyaan Nazim.

“kenapa Julia tak tolak? Julia tak kisah ke hidup Julia diatur oleh keluarga?” soal Nazim ingin tahu. Sedikit sebanyak dia kecewa dengan jawapan Julia yang terlalu menurut kemahuan keluarga. Yang terpaksanya dia juga. Kalau Julia turut menolak, pasti emaknya tidak akan bersungguh-sungguh untuk menyatukan mereka berdua.

“Julia tak kisah sebab Julia percayakan keputusan emak dan abah. Pada Julia, apa sahaja rancangan mak dan abah, itulah yang terbaik untuk Julia.”Akur Julia cukup tenang. Nazim mengeluh kecil.

“Julia tak kisah kahwin dengan orang yang Julia tak cinta?” Duga Nazim. Sedaya upaya dia cuba menghasut Julia untuk menolak rancangan karut keluarga mereka. Ada lagi ke manusia yang percayakan perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Tidak takutkah Julia untuk memperjudikan hidupnya untuk bersama dengan orang yang tidak dikenali.

“ cinta boleh dipupuklah bang... hari ni tak cinta, esok belum tentu lagi.”

“Julia tak takut ke nak kahwin dengan abang? Buatnya abang ni orang yang jahat ke, ada penyakit misteri ke, kaki perempuan... Julia langsung tak kisah ke pasal tu?” Nazim kian tidak mengerti dengan sikap tenang Julia yang terlalu memandang remeh perihal perkahwinan antara mereka. Apa Julia fikir sebuah perkahwinan ini perkara yang mudah dan main-main? Julia yang mendengar persoalan Nazim yang bertubi-tubi itu ketawa kecil. Seolah-olah cukup lucu dengan kata-kata bakal suaminya.

“kenapa Julia nak takut? Julia dah kenal abang... Julia tahu abang macam mana. Abang bukan orang jahat, abang bukan kaki perempuan, abang tak ada penyakit misteri. So, for me you are perfect to be my husband.” Balas Julia mudah. Nazim mendengus kecil. Senangnya cara Julia berfikir.

“abang tak suka ke cadangan keluarga kita?” sambung Julia setelah melihat Nazim hanya diam selepas mendengar jawapannya. Malah keluhan yang keluar dari mulut Nazim meyakinkan dia tentang telahan yang dibuat.

“abang tak cintakan Julia dan pada abang untuk mengharungi sebuah perkahwinan sekurang-kurangnya kena ada perasaan cinta. Julia tak rasa macam tu ke?” jujur Nazim. Kali ini dia sudah tidak ambil kisah Julia ambil hati atau tidak dengan kata-katanya asalkan gadis itu tahu tentang perasaannya yang sebenar. Elok juga Julia tahu perasaannya, mungkin gadis itu akan berfikir kembali perihal rancangan keluarga mereka. Julia yang mendengar pengakuan Nazim mengetap bibirnya perlahan. sedikit tersentap dengan bicara jejaka itu yang terang-terangan mengakui perasaannya.

“ bagi Julia cinta tu penting tapi bukan suatu yang terpenting untuk mengharungi alam perkahwinan kerana cinta, sayang semua ni boleh dipupuk dan dibina. Mungkin hari ini abang cakap abang tak cintakan Julia tapi belum tentu esok, lusa, tulat dan seterusnya perasaan abang tak boleh berubah. Mungkin hati abang akan berubah bila abang kenal Julia lebih dekat. Siapa tahukan semua tu?”tutur Julia penuh berdiplomasi. Nazim sedikit pon tidak termakan dengan penerangan Julia. Baginya, perkara ini tidak semudah itu. perasaan adalah satu perkara yang subjektif dan mereka tidak patut memperjudikan masa depan mereka hanya untuk perkara yang belum tentu terjadi. Andai kata suatu hari nanti Julia bertemu dengan orang yang dicintainya, andai kata dia dan Julia tidak mampu mencintai antara satu sama lain selepas berkahwin, apa yang bakal berlaku pada perkahwinan mereka? Siapa yang mahu bertanggungjawab masa itu? yang merananya pasti dia dan Julia. Julia mengeluh lemah... melihat mimik wajah Nazim yang kelat buat hatinya kecewa. Dia sedar Nazim langsung tidak mencintainya sedangkan dia amat mencintai lelaki itu.

“hmm... abang, Julia nak balik dululah. Dah lewat dah ni...Assalamualaikum.” Julia meminta diri tatkala mula sedar suasana makin gelap.Tak elok pula anak dara sepertinya balik lambat. Nazim sekadar mengangguk.Membenarkan Julia meninggalkan dirinya sendiri di bangku taman rekreasi itu.sedikit sebanyak Nazim sedar pendirian Julia tentang rancangan keluarga mereka tidak mampu membantunya untuk mengelakkan diri dari perkahwinan ini. Nazim meraup wajahnya yang agak berserabut, cuba menenangkan gelodak jiwa dengan masalah yang dihadapi... wajah Soffiya sekali lagi muncul difikiran membuatkan hati dan perasaannya kian merana.

“Piya... maafkan saya kalau saya tak berjaya menjaga cinta kita. Mungkin,kita tidak ditakdirkan untuk bersama.” Desis Nazim pada angin lalu. Kolam matanya terasa pedih. Ada air hangat yang mula memenuhi takungan matanya lalu perlahan-lahan jatuh membasahi pipi.

Last edited by misssakura on 15-12-2013 05:39 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 05:40 PM | Show all posts
Meja makan yang mampu memuatkan enam orang sunyi sepi. Masing-masing ralit dengan makan malam yang sedang dijamah.

“ dapat tak jadi tutor yang Piya minta hari tu?” Adam bapa kepada Wardah merangkap ayah tiri Soffiya bertanya lembut kepada anak tirinya. Wardah dan Faezah memasang telinga, ingin tahu status pemohonan Soffiya untuk bergelar tutor di Universiti Malaysia Pahang.

“tak dapat lagi keputusannya abah. Tak lama lagi tahulah tu kot dapat ke tidak.” Jawab Soffiya mudah. Dia meneruskan suapan yang masih banyak berbaki. Sekali sekala sahaja matanya membalas pandang kearah abah dan emaknya.

“lepas ni kau boleh mohon jadi pensyarahlah pulak Piya... pandai jugak kau rupanya.” Usik Wardah dengan senyuman kecil. Soffiya hanya tersengih.

“nak jadi pensyarah kena sambung belajar lagi Wawa... itu pon kalau berjayalah jadi tutornya.” Balas Soffiya. Adam dan Faezah tersenyum senang melihat keakraban Soffiya dan Wardah. Lega hatinya melihat dua adik beradik tiri ini sudah rapat mengalahkan adik beradik kandung. Teringat pada awal pertemuan Soffiya dan Wardah. Bukan main susah lagi mereka ingin menerima antara satu sama lain, 24 jam mereka bertekak tentang perkara remeh temeh. Namun semua itu kejadian hampir 8 tahun yang lalu, kini Faezah dan Adam sudah boleh menarik nafas lega.

“ harap-harap dapatlah Piya... nanti dah kerja boleh kumpul duit bayar hutang PTPTN kamu tu. pastu boleh la simpan sikit-sikit untuk kahwin pulakkan...” celah Faezah ibu kepada Soffiya. Wardah tersengih nakal apabila topik kahwin mula keluar dari mulut emak tirinya.

“betul tu mak... suruh Piya tu cari calon suami cepat-cepat sikit. Ini tak,asyik single je dari dulu. Tak berkembang langsung.” Wardah tidak lepas peluang untuk membahan Soffiya. Masa inilah untuk mengenakan Soffiya yang terlalu setia dengan cinta yang sudah lama berlalu.

“ sibuklah kau ni Wawa... macamlah kau tu dah tak single.” Marah Soffiya. Geram pula dengan Wardah yang cuba jadi batu api. Mengutuknya mengalahkan orang yang sudah berkahwin sahaja. Padahal, nak luahkan rasa hati pada orang yang diminati pon tak berani.

“ korang dua orang ni ada je nak bertekakkan...  Mak nak korang berdua cepat-cepat cari mak calon menantu. Dah bosan dah mak mengadap muka korang berdua jer. Nak jugak merasa ada anak lelaki pulak.” Bebel Faezah bagi meredakan aura pergaduhan yang mula tercetus. Soffiya mula tersenyum apabila bukan dirinya sahaja disuruh mencari suami, tetapi Wardah juga mendapat nasib yang sama.

“ mak jangan risau yer... lepas Piya kahwin, Wawa akan menyusul pulak. Tapi yang penting biar Piya yang kahwin dulu yer mak sebab Wawa tak nak langkah bendul.” Wardah bermain kata. Adam yang memerhati perbualan anak dan isterinya hampir tergelak kecil. Ada-ada sahaja anak-anaknya ini.

“amboi Wawa... tak payah nak langkah bendul sangatlah. Aku dengan kau sebaya jer. Tak ada yang langkah bendulnya.” Sela Soffiya tidak puas hati. Wardah memang suka mencari pasal dengannya. Sejak awal pertemuan mereka hinggalah sekarang. Namun kini segala kata-kata Wardah padanya hanyalah gurauan. Sekadar merapatkan hubungan antara mereka tidak lebih daripada itu.

“apa pulak sebayanya. Kau tu tua 2 bulan daripada aku. jangan nak berlagak muda yer.” Tambah Wardah dengan senyuman yang meleret. Memang mereka berdua suka sakat menyakat antara satu sama lain. Namun mereka tidak serius, hanya bergurau sahaja.

“ dah-dah Wawa, Piya... tak elok bergaduh depan rezeki. Beginilah senang,apa kata abah kahwinkan korang berdua pada hari yang sama. Mudah pon mudah,jimat pon jimat. Selesai masalah!” akhirnya Adam bersuara demi menghentikan pertelingkahan antara anak daranya.  Wardah tarik muka14 belas manakala Soffiya hanya tersengih nakal. Ada juga orang tolong perkenakan Wardah bagi pihaknya. Dia cukup bersyukur dengan kehadiran Adam yang tak ubah seperti bapa kandung malah Adam jauh lebih baik daripada arwah bapa kandungnya. Adam tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang antaranya dan Wardah sama seperti Faezah yang menyayangi Wardah seperti anak sendiri.

Last edited by misssakura on 15-12-2013 05:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 05:47 PM | Show all posts
Nazim menanti panggilan yang dibuat dijawab. Dengan rasa sabar dan berharap dia menunggu Ehsan menyambut panggilannya.

“Hello... Assalamualaikum. Haa kau Zim, apahal telefon aku tetiba ni?”sergah Ehsan selepas menarik simbol hijau pada telefonnya. Ehsan merupakan cikgu Sejarah yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, Perak.

“ waalaikummussalam... amboi San. Sejak kau dah kahwin ni, nak telefon kau bukan main payah lagi yer. Tak habis berhoneymoon lagi ke apa kau ni?” giat Nazim pula. Ehsan merupakan sahabat baiknya ketika mereka sama-sama mengajar di Kamunting 8 tahun yang lepas.

“honeymoon apa kebendanya... anak dah nak masuk dua orang, tak ada maknanya nak berhoneymoon bagai. Kau tu, bila pulak nak join aku? sampai bila nak membujang?”

“tak ada jodoh lagi San... dah jumpa orang yang sesuai karang kahwin la aku. “

“jodoh ni bukannya datang bergolek bro... kau kena cari, kena usaha...bukannya tunggu perempuan masuk minang kau.” Bebel Ehsan. Nazim ketawa kecil,tidak terasa dengan celoteh temannya yang sudah lama tidak ditemui. Kali terakhir dia menemui Ehsan ketika jejaka itu melangsungkan majlis perkahwinannya kira-kira 3 tahun yang lalu.

“ panjang pulak kau bersyarah San... kalah mak aku. kau masih mengajar kat sekolah yang sama ke?” Nazim berbasa-basi.

“A’ah... kau bila lagi nak mari sini? lama dah tak jumpa kau ni. anak aku pon kau tak kenal lagikan. Dah besar dah pon budak Hazirah tu.”

“Insyaallah minggu depan aku ke sana...” jujur Nazim tenang. Ehsan yang mendengar jawapan Nazim sedikit tersentak. Tak sangka rupanya Nazim ada rancangan untuk melawatnya sekeluarga.

“eh betul ke ni... kau datang tau jangan tak datang pulak. Nanti aku suruh orang rumah aku masak sedap-sedap untuk kau.” Balas Ehsan girang. Gembira rasanya dapat bertemu Nazim, bekas tenaga pengajar di sekolah Kamunting. Nazim dihujung talian hanya tersenyum kecil. Dapat dibayangkan bertapa gembiranya teman baiknya itu.

“tapi kenapa tetiba je kau nak datang sini... tak ada ribut, tak ada taufan tetiba jer cakap nak ziarah aku. Ke kau datang nak edar kad?” sakat Ehsan. Hatinya agak tertanya-tanya dengan keinginan Nazim yang mahu menemuinya secara tiba-tiba. Nazim ketawa lepas dihujung talian. Memandai sahaja Ehsan buat tekaan rambang.

“hish kau ni... takkan nak tunggu ribut taufan dulu baru nak pergi jenguk korang anak beranak... harapkan kau mari ziarah aku lambat sangat.” Tempelak Nazim selamba. Ehsan tersengih kerang. Termalu dengan kata-kata Nazim padanya.

“aku ni orang dah berkeluarga... payah nak ke sana-ke mari macam orang bujang. Kau lainlah, bujang terlajak.” Sela Ehsan untuk menutup rasa malu.Nazim tergelak kecil dengan bicara akhir Ehsan.

“ye la kau menang... weh aku telefon ni pon nak beritahu pasal tu je. Aku nak masuk kelas dah ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam...” balas Ehsan sebagai penutup perbualan antaranya dan Nazim. Nazim menyimpan semula telefon ke dalam poket dan kemudiannya menarik beberapa buah buku dan beg laptop untuk ke kelas yang telah dijadualkan.


Last edited by misssakura on 15-12-2013 05:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2013 11:08 AM | Show all posts
“ Zim nak ke Taiping tu buat apa sebenarnya?” Cetus Fatimah sambil memandang tingkah laku anak sulungnya yang sibuk melipat beberapa helai pakaian lalu disumbat kedalam beg baju. Nazim mendongakkan kepalanya untuk membalas pandang wajah tua Fatimah. Satu senyuman nipis terukir dibibirnya.

“Zim nak pergi observe pelajar praktikal kat sana... alang-alang dah kesana ingat nak jumpa Ehsan sekeluarga sekali. Lama dah tak jumpa Ehsan. Anak dia pon dah besar dah.” Jelas Nazim satu persatu.

“ baguslah kalau macam tu. nanti kirim salam kat Ehsan sekeluarga.Jemputlah diorang datang rumah kita kalau senang nanti...” pesan Fatimah. Dia kemudiannya duduk dibirai katil anaknya sambil membantu memasukkan pakaian yang sudah siap dilipat kedalam beg pakaian.

“Insyaallah mak... nanti Zim tak ada mak jaga diri baik-baik. Kalau takut duduk rumah sorang-sorang, pergilah tinggal dengan mak cik Bedah sebelah rumah kita tu.” suruh Nazim. Risau juga dia mahu meninggalkan ibunya seorang diri dirumah selama 3 hari. Fatimah tersenyum kecil, senang dengan sikap prihatin anak terunanya ini.

“mak tak takut duduk sorang-sorang kat rumah ni... Zim pon bawak kereta elok-elok. Jangan pandu laju-laju sangat. Bukannya tak sampai pon Taiping kalau kamu bawak perlahan.”

“mana ada Zim bawak kereta laju mak...” dalih Nazim. Tidak mahu mengaku sikapnya yang suka pandu kereta dengan laju.

“iyer la kamu tu...” Fatimah mencebikkan mulutnya. Setelah selesai membantu Nazim mengemas pakaiannya, Fatimah dan Nazim mula beredar ke pintu utama rumah mereka.

“Zim pergi dulu yer mak... mak jaga diri baik-baik tau.” Pesan Nazim sekali lagi. Fatimah sekadar menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Tahu sangat sikap anaknya yang selalu risaukan tentang dirinya. Nazim mencapai tangan emaknya lalu dicium penuh hormat tangan tua itu. setelah berbalas salam, Nazim kemudiannya masuk ke dalam kereta untuk bergerak ke destinasinya iaitu Taiping.

Last edited by misssakura on 21-12-2013 11:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2013 11:11 AM | Show all posts
“Aku dah agak dah...mesti kau ada niat yang tersembunyi datang cari aku ni kan...” seloroh Ehsan dengan senyuman yang meleret dibibirnya. Isterinya tekun didapur menyiapkan menu makan malam untuk mereka sekeluarga termasuklah Nazim. Nazim yang mendengar usikan teman baiknya tersengih kerang. Cuba mengawal rasa malu yang menebal.

“ aku ingatkan korang berdua main-main je dulu... tak sangka serius sampai sekarang.” Sambung Ehsan. Air sunquick sejuk yang dihidangkan oleh isterinya diteguk perlahan. Nazim turut sama meneguk air sunquick yang sudah lama terhidang.

“aku mana pernah main-main bab cinta ni San... aku jenis yang setia. Tak macam kau asyik bertukar makwe.”

“Shuhh... dengar dek Ida mati aku karang.” Cetus Ehsan sambil meletakkan jari ke bibirnya. Nazim tersengih. Takut bini jugak buaya darat sorang ni.tapi, Nazim yakin Ehsan sudah berubah. Pasti lelaki ini juga sudah tahu apa itu setia, apa itu erti cinta yang sebenar.

“ dah tu kau tak ada dengar langsung ke berita pasal Soffiya lepas dia bertukar sekolah dulu-dulu?” Nazim kembali ke topik utama mereka. Hatinya cukup berharap Ehsan mempunyai sedikit maklumat tentang gadis yang sedang dicari saat ini. Ehsan mengeluh kecil. Menggeleng lemah kepalanya.

“tak da Zim... aku pon dah tak ingat macam mana rupa budak tu. Soffiya tu pon tak pernah datang ziarah ke sekolah selepas dia pindah sekolah dulu.” Jelas Ehsan perlahan. dia bersimpati pada temannya yang terlalu setia pada cinta pertama. Dia tahu sukar untuk melupakan cinta pertama kerana dia juga pernah mengalami perkara itu sebelum ini. sebelum Suhaida, dia sudah pon belajar erti cinta dengan kawan rapatnya sendiri ketika di Universiti. Namun semua itu sudah menjadi kenangan, dia kini amat mencintai Suhaida, lebih dari cinta pertamanya dahulu. Nazim mengeluh kasar. Wajahnya diraup perlahan. sukar sungguh untuk dia jejaki Soffiya. Adakah ini semua petanda dia dan Soffiya tidak ditakdirkan untuk bersama?

“Zim... aku tahu aku tak layak nasihat kau lebih-lebih. Tapi bagi aku la,ada eloknya kau ikutkan je hasrat emak kau tu. kadangkala rancangan ibu jauh lebih baik daripada rancangan kita sendiri kerana dekat situ ada berkat doa seorang ibu... lagi pon, kau yakin ke Soffiya sama seperti kau? Masih menunggu kau macam kau tunggu dia? Masih cintakan kau sama seperti kau cintakan dia?Seingat akulah, Soffiya tu jenis liar orangnya. Mungkin pada dia kau cuma cinta monyet. Entah-entah tak sampai sebulan korang berpisah dia dah lupakan kau. Buatnya kau jumpa balik dia tapi masa tu dia dah kahwin tak ke kau lebih kecewa nanti?Kau tak ada jaminan yang dia masih sama seperti 8 tahun yang lalu Zim.Entah-entah dah beranak pinak Soffiya tu. kau pulak membujang sampai ke tua hanya kerana setia pada dia. Sudah-sudahlah tu berharap pada yang belum pasti.”Tegur Ehsan lembut. Dia sememangnya dari dulu lagi kurang menyokong percintaan Soffiya dan Nazim. Kerana percintaan itu, kerjaya Nazim sebagai guru hampir tergugat. Soffiya tu pula bukanlah budak yang baik sangat. Suka buat masalah ketika menuntut di Sekolah Menengah Kamunting suatu ketika dahulu.

“memang aku tak ada jaminan yang dia akan terus menunggu aku San... tapi,aku yakin hati dia dan aku sama. Kami pernah berjanji untuk bersama-sama. Andai kata aku terima rancangan emak aku dan dia masih setia menanti aku, macam mana?Aku tak sanggup nak hancurkan perasaan dia. Lagi pon, aku tak ada perasaan langsung pada Julia tu. macam manalah aku nak bersama dengan orang yang aku tak cinta. Aku tak nak ambil risiko besar macam tu.”

“risiko kena kahwin dengan Julia kau tak berani ambil tapi rela pulak kau tanggung risiko untuk tunggu Soffiya yang belum tentu tunggu kau tu? sedarlah Zim oii... kau tu bukan makin muda... aku ni yang sebaya kau dah nak masuk dua orang anak. Kau tak terasa ke nak jadi macam aku. Ada anak-anak, ada isteri,ada keluarga? Takkan umur 50 tahun karang baru kau nak bersanding atas pelamin?”

“ bukan aku tak nak rasa hidup bekeluarga macam kau Cuma aku belum temui calon yang sesuai.”

“Julia tu tak cukup sesuai ke? Dengar pada cerita kau budak tu elok ajer...kerja okey, perangai baik, rupa boleh tahan... apa lagi yang tak cukup?” soal Ehsan sedikit menggesa. Dia nak Nazim sedar yang menunggu Soffiya tak ubah seperti menunggu buah yang tak gugur. Soffiya pon entah masih wujud atau tidak diatas muka bumi ini... Nazim diam tidak berkutik. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan pada Ehsan apa yang dirasai saat ini.

“beginilah Zim... apa kata kau tetapkan satu tempoh untuk cari Soffiya.Lepas dari tempoh tu, kalau kau tak jumpa juga dia kau lepaskan dia dari hati kau. Kau kuburkan betul-betul dia daripada hati kau... aku tahu kau dalam dilema sekarang ni. aku tahu kau takut sekiranya kau bertemu kembali dengan Soffiya yang masih menunggu kau sedangkan kau sudah memilih wanita lain. Kau tak nak rasa bersalah kerana tabur janji dan akhirnya kau yang tak tepati janji tu.” tambah Ehsan lagi. Nazim yang diam berfikir dalam-dalam kata-kata Ehsan yang ada benarnya. Memang itulah yang dirasainya kini namun apa yang lebih penting sebenarnya adalah cintanya terhadap Soffiya yang tidak pernah padam.Sikit pon dia tidak pernah lupa akan gadis itu. bagaimana dia mahu hidup dengan Julia sedangkan hatinya penuh dengan cinta lamanya? Dia tak nak menjadi insan yang kejam pada Julia kerana gadis itu berhak untuk mendapatkan cinta yang sejati. Dia takut dia tidak mampu menjadi adil pada Julia hanya kerana dia tidak cinta pada wanita itu. Nazim merengus kecil. Makin senak pemikirannya kini.

“ aku memang dah janji dengan mak aku... aku hanya akan mencari Soffiya dalam masa dua minggu, kalau aku tak bertemu juga dengan dia dalam masa terdekat ni aku anggap aku dan dia memang tak ada jodoh. “ tutur Nazim. Ehsan tersenyum kecil. Dia menepuk-nepuk bahu teman rapatnya.

“baguslah tu keputusan kau... apa-apa pon kau banyak-banyakkan berdoa pada Allah supaya Dia menemukan kau jodoh yang sebenar. Tak kisah la siapa pon,Julia ke, Soffiya ke atau orang lain sekali pon. Asalkan wanita itu boleh membahagiakan kau ke akhir hayat.” Pujuk Ehsan. Nazim mengangguk-anggukkan kepalanya mengiakan kebenaran kata-kata Ehsan. Sememangnya itulah doanya selama ini. namun dia masih berharap Allah temukan dia dengan Soffiya untuk kali terakhir. Sekejap pon jadilah, sekurang-kurangnya dia tahu Soffiya masih ada didunia ini, sihat sejahtera dan mungkin sedang berbahagia dengan insan yang tersayang. Itu sudah memadai baginya.

Last edited by misssakura on 21-12-2013 11:19 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2013 11:20 AM | Show all posts
Nazim menghentikan keretanya betul-betul dihadapan rumah teres yang pernah disewa oleh Soffiya dan ibunya beberapa tahun yang lepas. Dipandang sekitar rumah sewa itu. banyak yang sudah berubah. Warna rumah, struktur jalan malah kini taman itu sudah punya taman permainan sendiri. Jauh berbeza situasinya pada 8 tahun yang lalu. Segaris senyuman terukir dibibirnya. Teringat kenangan-kenangan manis yang telah tercipta antaranya dan Soffiya. Raut wajah manja dan mudah merajuk Soffiya seolah-olah terbentang dilayar penglihatannya. Buat jiwanya makin perit menanggung rasa rindu yang menggunung. Bertapa dia merindui saat-saat manis bersama Soffiya.

“Encik cari siapa?” sapa seorang wanita beusia lewat 50an kepada Nazim yang ralit merenung taman perumahan yang pernah menjadi tempat tinggal Soffiya dan ibunya. Raut wajah curiga wanita itu menyedarkan Nazim sikapnya yang kurang sopan. Mengendap rumah orang persis ingin mencuri sahaja.

“ saya tak cari siapa-siapalah mak cik...” balas Nazim tenang. Tujuannya kesini hanyalah sekadar mengimbau kenangan silam antaranya dan Soffiya. Mungkin selepas minggu ini, dia perlu menguburkan perasaan sayangnya buat Soffiya buat selama-lamanya dan belajar mencintai bakal tunangannya.

“habis tu kenapa asyik sangat mengendap rumah ni? kau skodeng anak dara orang yer?” tuduh mak cik Jamillah lagi. Pandangan curiga masih lagi dihadiahkan kepada Nazim. Nazim yang mendengar telahan Mak cik Jamillah cepat-cepat menggeleng-gelengkan kepala.

“hish tak adalah mak cik...” tolak Nazim tegas. Mak cik Jamillah mengeluh lega. Risau sekiranya didepannya ini lelaki miang mahu pun pencuri.

“mak cik tak pernah nampak pulak muka kamu sebelum ni... kamu datang sini buat apa? cari rumah sewa ke? Ke cari rumah saudara mara?”

“tak adalah... saya datang ni saja je lawat tempat ni. dulu-dulu saya pernah tinggal kat sini. rindu pula rasanya bila dah lama tak datang ke sini.”tipu Nazim. Rasanya tidak perlu diceritakan perkara sebenar kepada mak cik dihadapannya saat ini. Mak cik Jamillah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Terasa bersalah pula menuduh anak muda didepannya dengan telahan yang bukan-bukan.

“habis tu sekarang kamu duduk kat mana?” soal Mak cik Jamillah lagi.Sekadar berbasa-basi dengan tetamu yang jarang-jarang dilihat dikampung mereka.

“ sekarang saya dah pindah ke Kuantan...”

“ooo... rajinnya kamu datang ke sini semata-mata nak tengok rumah ni... hmm mak cik masuk dalam dululah. Kamu sambunglah tengok kawasan ni. mak cik tak nak mengganggu.” Ujar Mak cik Jamillah senang. Melihat sahaja anggukkan daripada Nazim, mak cik Jamillah mula beredar meninggalkan Nazim lalu mara kerumahnya yang terletak disebelah rumah sewa Soffiya suatu ketika dahulu.

Last edited by misssakura on 21-12-2013 11:24 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2014 07:59 PM | Show all posts
Setelah melawat taman perumahan yang pernah dihuni Soffiya dan ibunya, kini Nazim mula mara ke Taman Tasik Taiping, tempat yang banyak mencoretkan kenangan antara dia dan Soffiya. Mereka sering bertemu janji disini. Melihat dan menghayati keindahan alam sekitar disamping mengeratkan hubungan cinta sesama mereka. Disini jugalah tempat dimana Soffiya pernah meminta hubungan mereka diputuskan hanya kerana sayang padanya. kerana ingin melindungi kerjayanya sebagai guru, Soffiya nekad mengundur diri dari perhubungan mereka. Bertapa dalam cinta Soffiya buatnya. Dia yakin cinta Soffiya kepadanya bukan cinta monyet tetapi cinta yang sebenar-benarnya cinta.

“Soffiya... saya datang lagi ke sini untuk mengimbau kenangan kita bersama.” Bisik Nazim pada angin lalu. Rasa damai dan tenang di taman itu buat hatinya kian runtun. Ada rasa sebak mula memenuhi sekeping hatinya.

“Soffiya... kan bagus kalau awak ada bersama saya sekarang. Sama-sama menikmati ais krim sambil berjalan-jalan mengelilingi tasik ini.” desis Nazim lagi. Dipandang sekitar taman tasik yang dipenuhi manusia. Ada yang tua, ada yang muda malah kanak-kanak pon ada. Masing-masing ada agenda tersendiri.Keluhan kecil terpancul dari mulut Nazim. Perasaannya kian berkecamuk. Tak rela rasanya mahu melepaskan Soffiya pergi meninggalkan hatinya buat selama-lamanya.Andai masa boleh diundur, pasti dia tidak akan lepaskan Soffiya pergi suatu ketika dahulu. Pasti dipujuk Soffiya untuk terus bersama-samanya sehinggalah gadis itu tamat pengajiannya diperingkat sekolah Menengah. Namun semua itu telah berlalu. Tak guna dia menyesali perkara yang sudah berlalu. Tiada apa-apa yang berubah dengan penyesalannya.

“Cikgu...” jerit satu suara membuatkan khayalan Nazim lenyap serta merta.Terus matanya beralih pada si gadis yang menjerit lantang. Gadis berusia 15- 19 tahun itu kelihatan berlari-lari anak menuju kearah seorang pemuda. Ditangan gadis itu terdapat dua kon ais krim yang dibeli daripada penjual ais krim yang berkeliaran disekitar Taman Tasik Taiping. Melihat situasi itu membuatkan Nazim terasa dejavu. Terus ingatannya hinggap pada Soffiya.

Last edited by misssakura on 7-1-2014 08:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2014 08:04 PM | Show all posts
“Cikgu...” Panggil Soffiya sambil berlari menghampiri Nazim yang sedang duduk dibangku kerusi mengadap tasik. Nazim berkalih pandang, tersenyum kecil kearah Soffiya yang membawa dua kon ais krim.

“nah ini untuk cikgu...” tutur Soffiya sambil menyerahkan satu kon aiskrim kepada Nazim namun belum lagi sempat Nazim mencapai kon tersebut Soffiya cepat-cepat melarikan tangannya. Sengaja mempermainkan Nazim.

“ooo.. main-main yer. Siap awak...” ugut Nazim sambil mendekatkan dirinya kepada Soffiya demi mencapai ais krim yang masih dalam genggaman gadis itu.namun langkahnya agak sumbang apabila dia tergelincir lalu terjatuh menghempap Soffiya. Nazim dan Soffiya terpinga-pinga apabila mata mereka bertemu antara satu lain. Baru tersedar wajah mereka terlalu hampir. Cepat-cepat Nazim bingkas dan duduk dengan elok dibangku seperti sebelumnya. Wajahnya dan Soffiya sudah memerah dengan adegan yang tidak terduga itu. masing-masing menguncikan mulut untuk beberapa detik.

“nah cikgu ais krim... cair dah.” Bisik Soffiya cuba mengusir rasa segan yang menerpa. Dia mengerling wajah Nazim yang tenang disebelahnya.

“terima kasih... maaf pasal tadi tu. saya tak ada niat pon nak buat macam tu.” minta Nazim serba-salah. Buatnya Soffiya fikir dia cuba mengambil kesempatan tak ke naya. Soffiya ketawa kecil, cuba menghilangkan rasa serba-salah yang menapak dihati buah hatinya.

“ye ke cikgu tak ada niat? Entah-entah cikgu sengaja buat-buat jatuh atas saya...” Usik Soffiya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang lurus separas pinggang itu ditolak kebelakang.

“ banyaklah saya punya sengaja... entah-entah awak yang sengaja main-main tarik ais krim tadi. Nak suruh saya jatuh macam tu la kan.” Usik Nazim pula.Hilang rasa segannya dengan sikap Soffiya yang selamba. Dijilat ais krim pemberian Soffiya kepadanya dengan rasa nikmat. Suasana berangin petang itu membuatkan rasa sejuk ais krim bertambah lazat. Soffiya hanya ketawa kecil dengan usikan kekasih hatinya itu.

“ jom cikgu kita jalan-jalan pusing taman ni... bosanlah asyik duduk jer.”Aju Soffiya. Badannya bingkas berdiri sambil mulutnya rakus menjilat ais krim yang dibeli daripada peniaga ais krim. Nazim dan Soffiya kemudian berjalan seiringan sekitar tasik itu sambil berbual mesra.

“cikgu...” panggil Soffiya manja. Nazim mengerling kearah Soffiya. Dikerdipkan matanya meminta gadis itu menyambung bicara.

“kalau dalam kelas, boleh tak cikgu jangan pandang sangat muka saya...malulah. Nanti semua budak kelas tahu kita bercinta kalau cikgu selalu sangat tenung muka saya.” Minta Soffiya. Dia merenung lama wajah Nazim yang tersengih lebar.

“Piya... awak salah faham sebenarnya ni. kalau dalam kelas saya layan awak sama sahaja macam pelajar lain. Jadi awak tak perlulah nak malu-malu. Anggaplah saya ni cikgu awak ketika dalam kelas bukannya kekasih. Kita hanya bercinta kat luar sekolah. Di sekolah kita adalah guru dan pelajar. Tak lebih daripada itu.”jelas Nazim lembut. Namun semua itu hanya mampu bermain dibibirnya sahaja. Padahal, dia sendiri pon tidak mampu mengawal hatinya ketika bersama Soffiya disekolah. Dia tidak mampu memandang Soffiya sebagai pelajarnya meski pon didalam kelas.

“ tipulah cikgu... Cikgu ingat saya tak perasan ke pandangan cikgu terhadap saya. Cikgu suka curi-curi pandang dekat saya masa dalam kelas. Saya sedarlah semua tu.”

“awak je yang perasan tu... entah-entah awak yang suka curi pandang saya masa dalam kelas. Betul tak?” sakat Nazim dengan senyuman nakal. Soffiya termalu sendiri. Memang itu yang dibuat ketika didalam kelas. Malah tak dinafikan dia kini makin bersemangat untuk ke sekolah hanya untuk melepaskan rindu kepada Nazim. Tidak lebih daripada itu.

“haa muka merah tu tandanya betullah tu...” sambung Nazim lagi. Dia ketawa kecil melihat raut wajah segan Soffiya.

“mana ada...” hanya itu kata-kata yang mampu Soffiya luahkan untuk menolak tuduhan tepat Nazim padanya. dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menangkis kata-kata Nazim yang sememangnya betul. Nazim tersenyum lagi.

“saya memang suka pandang awak dalam kelas...” akur Nazim perlahan. Soffiya tersentak dengan pengakuan Nazim tiba-tiba. Bebola matanya singgah pada wajah tenang Nazim.

“haa kan saya dah kata. Cikgu yang suka pandang saya semasa dalam kelas.Sekarang nak tuduh saya pulak curi-curi pandang cikgu.” Balas Soffiya gembira.Mengaku juga Nazim dengan tingkah lakunya itu.

“saya pandang awak bukan kerana awak kekasih saya... tapi saya pandang awak sebab awak suka buat perangai dalam kelas. Bagi kerja sekolah tak buat, buku teks tak pernah  bawak, suruh pergi jawab soalan kat depan tak nak, dah tu macam mana saya tak pandang awak. Dah selalu kena denda pon masih tak berubah perangai. Degil sungguh.” Bebel Nazim kemudiannya. Soffiya termalu sekali lagi. Nazim guru matematik a.k.a kekasih hatinya sudah mula bersyarah tentang sikapnya yang pemalas. Soffiya diam sejenak.Mencari-cari alasan untuk membalas kata-kata Nazim padanya.

“saya bukan tak nak buat kerja sekolah cikgu. Tapi...”

“ tapi apa?”

“saya tak pandai la... kalau saya pandai mesti saya dah buat kerja sekolah yang cikgu bagi.”

“alasan awak jer tu. kalau tak pandai boleh belajar...”

“siapa nak ajar saya cikgu? Cikgu-cikgu lain semua tak suka saya...budak-budak pandai dalam kelas tu pon tak nak kawan dengan saya. Dah tu saya nak belajar dengan siapa?” adu Soffiya dengan nada yang kecewa. Sememangnya dia hanya sendiri di sekolah. Kawan-kawan yang ada pon hanyalah kawan-kawan untuk masa suka. Waktu sedih, tiadalah kawan-kawan itu semua.

“ ambil tuisyen la...” cadang Nazim. Pada amatan Nazim sebagai guru Soffiya, gadis ini bukanlah tidak pandai tetapi lebih kepada malas dan tidak berminat untuk menuntut ilmu.mungkin kerana dia tiada hala tuju untuk hidup.

“banyak duit saya nak bertuisyen bagai...” bantah Soffiya tidak setuju. Nak makan pon kais pagi makan pagi kais petang makan petang inikan pula dia nak bertuisyen. Manalah dia nak cari duit untuk semua itu.

“awak buat tuisyen dengan saya... nak? Tapi subjek matematik je la...subjek lain saya boleh bantu sikit-sikit je. Nak mengajar lebih-lebih saya pun bukan tahu sangat.”

“walaupun cikgu kekasih saya, tapi saya tak sampai hati pula nak susahkan cikgu macam ni. mesti cikgu penat nak bagi tuisyen percuma dekat saya.. dah la saya ni pelajar yang lembab a.k.a tak pandai.” Tolak Soffiya segan. Cukuplah Nazim ada disisinya, untuk menyusahkan Nazim lebih-lebih tak sanggup pula rasanya.

“siapa cakap percuma?” Nazim tersengih miang. Dipandang Soffiya atas bawah dengan lirikan menggoda. Soffiya kaget seketika. Air liur terasa tersekat dikerongkong. Tidak mengerti dengan pandangan gatal kekasihnya. Cepat-cepat tangan diangkat dan disilangkan pada dada.

“cikgu fikir apa ni?” marah Soffiya geram. Nazim ketawa besar. Kelakar melihat reaksi berang Soffiya. Apa Soffiya fikir dia jenis lelaki yang macam tu ke?

“awak tu yang fikir apa? otak kuning...” Usik Nazim dengan ketawa yang masih bersisa. Soffiya menurunkan kembali tangan yang bersilang pada dadanya. Mengeluh lega apabila sedar Nazim sekadar mengusiknya.

“dah tu saya mana ada duit nak bayar kat cikgu...” balas Soffiya. Kembali kepada topik utama mereka.

“saya tak perlukan wang ringgit daripada awak Piya... cukuplah awak bayar dengan cinta dan kasih sayang awak pada saya. Cukuplah awak sentiasa ada dan setia bersama-sama saya. Pada saya, cinta antara kita bukan main-main. Saya serius sayangkan awak dan bila tiba masanya nanti saya nak sunting awak untuk jadi permaisuri hati saya. Ini janji saya pada awak.” Tutur Nazim penuh kelembutan.Soffiya terdiam dengan keasyikkan bicara romantis kekasihnya. Ada air mata mula bergenang memenuhi kelopak matanya. Cukup terkesan dengan kata-kata daripada Nazim.

“cikgu tak jadi cikgu tuisyen saya pon saya akan buat semua itu cikgu...saya ikhlas sayangkan cikgu.” Bisik Soffiya perlahan. matanya merenung tepat anak mata Nazim yang tajam merenung kearahnya. Nazim tersenyum kecil, gembira dengan luahan daripada Soffiya dan dia yakin Soffiya tidak menipu semua itu.dia boleh lihat rasa cinta yang tidak berbelah bagi terpancar dari sinar mata Soffiya untuknya.

“Astarfirullahalzim...” Nazim beristighfar perlahan. baru tersedar dari khayalan masa lalunya. Perlahan-lahan pipinya yang terasa basah disapu lembut.Air mata cinta buat Soffiya luruh lagi. Masa yang diberi oleh ibunya hanya tinggal lagi seminggu. Selepas itu, sekiranya dia tidak berjaya bertemu dengan Soffiya dia perlu melupakan hasrat untuk bersama gadis itu buat selama-lamanya.

Last edited by misssakura on 7-1-2014 08:15 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2014 08:16 PM | Show all posts
Johan mundar- mandir didepan Wardah yang tekun mengadap laptopnya. Dia tahu Wardah sibuk dan dia juga sibuk tetapi dia amat memerlukan bantuan daripada kawannya itu.

“Wawa... tolonglah aku.” minta Johan sekali lagi. Langkahnya yang lincah dihadapan Wardah kini terhenti. Kini dia mula melabuhkan diri dihadapan gadis itu. Wardah angkat muka, tayang muka sepuluh sen kepada temannya itu.

“tak nak la... cubalah kau tu jadi berani sikit. Jangan nak pengecut sangat. Asyik-asyik suruh aku cakap kat Piya. Cakap sendirilah, tak boleh ke?”bebel Wardah geram. Sakit hati sungguh dengan sikap malu-malu kucing Johan yang tidak habis-ahbis menyusahkannya. Nak mengorat Soffiya sibuk menggunakan dia sebagai alasan.

“kalau boleh memang aku dah tak minta tolong kau... tolonglah aku Wawa.Nanti apa alasan aku nak ajak dia keluar makan?” pujuk Johan lagi. Dia merenung wajah Wardah penuh berharap. Mengharapkan gadis bertudung itu simpati padanya lalu membantunya.

“alasan apa pulaknya... nak ajak keluar makan tak perlu alasanlah brader. Kau ajak je dia, kalau dia terima alhamdullilah, kalau dia tolak kau cuba lagi. Apa masalahnya? Takkan perkara kecil macam tu pon nak suruh aku ajar?” makin meninggi suara Wardah. Sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Tidak tahukah Johan yang dia pon ada hati padanya? Tidak terfikirkah Johan perasaannya semasa jejaka itu meminta bantuannya? Ish, makin geram pula bila difikirkan sikap Johan yang terlalu lembab.

“ala kau ni Wawa, aku mintak tolong sikit pon dah nak marah-marah.Beginilah kawankan. Tak pe la aku usaha sendiri. Iyerlah siapalah akukan nak minta tolong kau. Lagi pon bukan perkara besar pon kan hal ni.” rajuk Johan.Badannya tadi enak melepak dikerusi empuk dihadapan Wardah mula tegak berdiri.Berura-ura untuk meninggalkan gadis itu. Wardah merengus kasar. Mengada-ngada sungguh Johan. Dia sendiri tidak faham bagaimana dia boleh jatuh hati pada lelaki lembik seperti Johan.

“kau ni sebenarnya lelaki ke perempuan? Dah la pemalu, kuat merajuk pulak tu!” bentak Wardah sambil bingkas mendapatkan Johan yang mahu meninggalkannya.Dihadang pergerakkan jejaka itu. Johan yang menundukkan wajahnya mengangkat wajah monyoknya lalu dipandang wajah Wardah yang kelihatan sedang menahan rasa sabar. Dalam diam hatinya tersenyum kecil. Dia tahu Wardah pasti sudi membantunya kerana sikap gadis itu yang mudah bersimpati.

“iye la aku tahu siapa aku... insan serba kekurangan... tak ada kelebihan pon untuk buat gadis-gadis jatuh cinta. Aku sedar siapa aku. dah la Wawa. Aku nak pergi sambung kerja aku.” balas Johan. Wardah mengeluh perlahan. kalau bab-bab buat drama air mata memang boleh serahkan kepada Johan. Mamat ini memang pakar bahagian ini.

“aku boleh tolong kau tapi dengan satu syarat...” akhirnya Wardah bersetuju untuk membantu. Johan yang sudah mara beberapa tapak terhenti langkahnya.Tersengih meleret mendengar persetujuan Wardah.

“kau pergi makan berdua je dengan dia. Tak payah ajak aku.” minta Wardah.

“tapi...”

“kau nak tak nak? Kalau tak nak tak apalah...” potong Wardah bersama ugutan. Dia sudah penat membantu Johan yang terlalu pemalu. Sudah tiba masanya dia lepaskan Johan menjadi insan yang lebih berdikari. Menunjukkan dirinya yang sebenar didepan Soffiya.

“okey... thank Wawa... nanti aku belanja kau makan yer.”Johan akhirnya mengalah. Sudah cukup baik Wardah mahu melayan permintaannya yang entah apa-apa. Wardah sekadar tersenyum dengan janji Johan. Namun dalam diam ada rasa perit membelah sekeping hatinya. Entah sampai bila dia mahu terus begini... dia sedar dia tidak layak mengutuk sikap pengecut Johan kerana dia pon sama seperti lelaki itu. penakut dalam mengutarakan rasa cinta.

Last edited by misssakura on 7-1-2014 08:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 11:32 AM | Show all posts
Soffiya menghempaskan punggungnya diatas bangku kedai makan yang terletak ditepi jalan. wajah malu-malu kucing Johan dipandang tanpa perasaan. Kerana tidak mahu melukakan hati Johan, dia terpaksa menerima pelawaan jejaka itu untuk keluar makan tengahari bersamanya. Lagi pon, pelbagai ugutan yang diterima daripada Wardah dengan harapan dia menerima ajakkan Johan untuk menjamu selera bersama.

“ nah untuk awak... terima kasih sebab sudi keluar makan tengahari dengan saya.” Ucap Johan lembut. Perasaan gugup yang berlagu didalam dadanya cuba dibuang jauh-jauh. Bunga mawar yang baru sahaja dibeli daripada kedai bunga dihulurkan kepada Soffiya. Soffiya menyambut huluran bunga itu dengan senyuman nipis. Tidak pasti apa perasaannya setelah mendapat bunga daripada Johan namun yang pasti rasa gembira langsung tidak berputik didalam jiwanya.

“terima kasih... susah-susah jer hadiahkan saya bunga ni.” Soffiya berbasa-basi. Bunga yang diperoleh daripada Johan diletakkan disebelah tanpa menciumnya. Johan agak terkilan melihat reaksi Soffiya. Gadis itu langsung tidak teruja dengan pemberian ikhlasnya.

“awak dah pesan belum makanan?” tanya Soffiya setelah suasana antara diadan Johan sunyi sepi. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.

“dah... awak makan je kan nasi ayam?”

“yup... saya okey je apa-apa makanan... tolak batu dan kayu jer.” Jelas Soffiya mudah. Johan tersenyum lega. Risau juga sekiranya makanan yang dipesan tidak kena dengan selera Soffiya. Punahlah temujanji pertama antara mereka.

“awak sekarang buat apa? dah dapat cari kerja?” soal Johan. Matanya merenung sekejap wajah Soffiya. Namun semua itu hanya untuk seketika kerana dia segan untuk merenung wajah Soffiya lebih lama. Jantungnya akan kembali berdetak kencang sekiranya matanya bertemu dengan bebola mata Soffiya.

“tengah cari kerja.” Balas Soffiya ringkas. Johan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.  Suasana kembali sepi. Tiada topik perbualan yang menarik untuk dijadikan modal untuk mereka berbicara.

“Johan...” seru Soffiya perlahan. sebenarnya persetujuannya untuk makan tengahari bersama jejaka ini ada niat tersembunyi. Dia mahu Johan berhenti daripada berharap pada cintanya. Dia tidak mahu Johan menghabiskan masa, wang dan tenaga untuknya yang memang tiada hati buat Johan. Johan yang sedang memandang segenap kedai makan yang dihuni oleh mereka berkalih pandang. Berkait keningnya meminta Soffiya menyambung kata-katanya yang terhenti. Baru sahaja Soffiya ingin menyambung kata, muncul pelayan di kedai tersebut menghantar menu yang dipesan oleh Johan seketika tadi.

“terima kasih...” tutur Johan dan Soffiya serentak pada wanita belasan tahun yang datang menghantar hidangan yang dipesan.

“apa yang awak nak beritahu saya tadi?” soal Johan sekali lagi. Mengingatkan Soffiya dengan bicara tergantungnya itu tadi.

“hmmm... lepas ni, saya harap awak tak payahlah nak beri saya hadiah, ajak keluar makan ke, keluar pergi jalan-jalan... kalau atas dasar kawan tak apa saya tak kisah tapi kalau niat awak untuk...”

“kenapa?” pintas Johan meski pun Soffiya belum habis menuturkan kata-kata.

“saya tahu niat awak baik tapi...”

“awak dah ada kekasih ke? Tunang? Atau bakal suami?” potong Johan sekali lagi. Dia faham apa yang Soffiya cuba sampaikan dan dia takkan biarkan semua itu berlaku. Padanya, jatuh cinta pada gadis yang sama sebanyak dua kali bukan perkara biasa dan dia yakin cintanya pada Soffiya adalah tulus dan ikhlas. Dia tidak bermain-main dalam hal ini. Soffiya mengeluh kecil. Nasi ayam yang diterima belum lagi dijamah.

“belum ada...”

“ dah tu kalau tiada tak salah kalau saya mencuba nasib. Bukannya ada orang marah pon kan...” tutur Johan dengan senyuman kecil. Soffiya merengus geram.Pandai pula Johan berkata-kata hari ini. jejaka itu tidak malu seperti sebelum ini.

“saya tak berminat dengan awak... jadi, tak payah nak mencuba sangatlah.”Tolak Soffiya selamba. Kali ini dia malas mahu menjaga hati Johan. Dah cuba cakap elok-elok pon tak nak faham, rasakanlah pula ayat-ayat menyakitkan hati macam tu. Johan tersentap. Soffiya langsung tidak cuba menjaga hatinya. Buruk sangatkah dia dimata Soffiya sehingga gadis itu menolak perasaannya mentah-mentah bukan sekali tapi dua kali. Kali pertama cintanya ditolak semasa mereka bersekolah kira-kira 8 tahun yang lalu.

“ jangan takbur sangat Soffiya... hari ni awak cakap macam tu, esok lusa belum tentu lagi. Lagi pon, awak belum kenal saya dengan rapat. Jadi awak tak boleh nak yakin sangat yang awak tak akan jatuh cinta pada saya.” Tutur Johan kurang senang. Geram pula dengan mulut Soffiya yang tidak berinsuran. Hilang rasa segan dihati Johan kini diganti pula dengan rasa kecewa dengan sikap Soffiya.

“saya mungkin tak ada kekasih, tunang atau bakal suami tapi hati saya dah berpunya. Tak mudah saya nak berpaling tadah daripada orang yang saya cintai. Jadi, baik awak lupakan sahaja hasrat awak dan fokus kepada orang yang mencintai awak. Dah la, saya nak balik. Saya datang ni pon nak cakap perkara ni jer.” Soffiya bingkas berdiri. Tanpa pamitan dia meninggalkan Johan meski pun sedikit pon nasi ayam yang dipesan jejaka itu dijamahnya. dia tahu sikapnya ini kurang ajar dan tidak sopan. Tapi ini lebih baik untuk Johan. Mungkin dengan sikapnya yang sebegini boleh menimbulkan rasa meluat sekaligus boleh melenyapkan perasaan cinta jejaka itu padanya. Johan hanya menghantar pemergian Soffiya dengan pandangan mata. Satu keluhan lemah terlepas dari mulutnya. Entah bagaimana caranya untuk membuka hati Soffiya supaya menerima cintanya yang tidak berbelah bagi.

Last edited by misssakura on 25-2-2014 11:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 11:40 AM | Show all posts
Soffiya bergerak pantas untuk mendapatkan teksi. Hanya kerana bebelan dari Wardah menyebabkan dia terpaksa menyusahkan diri bertemu Johan. Kalau tak kerana Wardah, pasti Johan tidak akan ditemuinya. Dia tidak berminat untuk membuang masa dan duit untuk perkara yang tidak berfaedah. Untuk masa sekarang,Soffiya hanya fikirkan masa depannya sahaja. Dia mahu mencari kerja sekaligus hidup berdikari tanpa bantuan kedua ibubapanya lagi. Langkah lebar yang diatur Soffiya menjadi sumbang apabila seorang lelaki berkacamata hitam melanggarnya dari arah bertentangan. Tertiarap Soffiya dek perlanggaran yang agak kuat itu, begitu juga lelaki tersebut. Masing-masing tersungkur hingga menarik beberapa mata memandang tragedi yang agak memalukan itu.

“Aduh...” teriak Soffiya agak kuat. Tangannya menggosok siku yang mungkin terluka setelah bergesel dengan jalan laluan bagi penjalan kaki. Dijeling lelaki yang turut rebah disebelahnya dengan perasaan marah. Soffiya bingkas bangun sambil menepuk-nepuk punggungnya.

“jalan tu pakai mata bukan pakai telefon...” rungut Soffiya geram pada jejaka yang melanggarnya. Lelaki itu cepat-cepat bingkas berdiri. Membetulkan spek mata hitamnya dan mengemaskan telefon pada telinganya.

“sorry miss...” minta pemuda itu tanpa memandang wajah merah padam Soffiya.Tanpa menanti jawapan daripada Soffiya, jejaka itu meneruskan perjalanannya yang terhenti. Soffiya merengus geram. Tak reti berbudi bahasa langsung! Dah langgar orang boleh blah macam tu jer... minta maaf pon ala kadar saja. Soffiya meneruskan beberapa langkah ke hadapan namun langkah kaki yang diatur itu terhenti semula. Dia berdiri lama dikaki lima itu sebelum berkalih kembali ke belakang. Entah mengapa ada rasa debar mendetak kuat didalam dadanya.

“siapa lelaki tu... macam pernah tengok jer. Apesal aku berdebar semacam je lepas jumpa dia ni?” bisik hati Soffiya. Bayang lelaki yang melanggarnya hilang entah kemana. Soffiya mengeluh kecil. Perasaan tak enak bertali arus didalam jiwa.

“perasaan aku jer kot.” Pujuk hati Soffiya untuk menghilangkan rasa debar yang cukup misteri. Langkah diatur kembali untuk mendapatkan teksi. Namun sekali lagi langkah Soffiya terhenti. Dipandang aneh pada dirinya sendiri.

“apasal tudung aku selekeh sangat ni? mana pulak jatuhnya kerongsang aku tu...” bebel Soffiya didalam hati. Matanya meliar mencari kerongsang bermata biru disekitar kawasannya berdiri. Mungkin kerongsang itu tercicir semasa diajatuh tertiarap setelah dilanggar lelaki itu tadi. Setelah hampir beberapa minit misi pencariannya tidak menemui kejayaan, akhirnya Soffiya mengalah. Dia menapak ke perhentian teksi untuk mendapatkan teksi seterusnya pulang ke rumah.

Last edited by misssakura on 25-2-2014 11:44 AM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.085196 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list