CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90019|Reply: 517

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

[Copy link]
Post time 13-4-2014 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 25-11-2015 09:54 AM

Nak mencelah kat BOD MPS ni sekejap. Sebenarnya banyak kali fikir nak citer bab seram dan hantu ni sebab byk pengalaman..dan nak lupakan..tapi teruja plak nak tepek satu kisah sendiri kat sini.

Kisah ni masa Ipo duk berjauhan ngan hubby..kiranya part time hubby-wife..hehe. Ipo kerja di Selangor,hubby kerja di Melaka. Dua tahun jugaklah kita orang ulang alik bergilir2..minggu ni Ipo ke Melaka, minggu depan hubby lak ke Selangor..huhuhu.
So, apa kisahnya dengan cik Pon tu? Hmm..di Melaka, kami sewa di Sg Udang, taman dekat ngan askar2 tu..kem tentera. Rumah dekat ngan tepi laut. Kalau musim panas tu..mak ai..panas sungguh! Siyes!
Ok, berbalik citer hantu cik Pon ni. Ipo akan balik dua minggu sekali ke Melaka, jenguk hubby. Jadinya, dari Selangor tu, Sepang exactly, Ipo guna je highway Seremban KL tu dan masuk tol Pedas Linggi sebab nak menuju ke Masjid tanah. Dah biasa lalu jalan tu. Mlasa nak masuk tol Ayer keroh tu sebab banyak trafic light. Habis kerja hari sabtu (half day kerja..huhuu..), Ipo memecut keta ke Melaka. masuk je tol Pedas Linggi tu, kena lalu jugak Ramuan Cina besar sebelum sampai ke masjid tanah. Macam tulah selama setahun ulang alik. Selalunya siang hari la. Entah kenapa satu hari tu, cik hubby call, masa tu hari Jumaat, dia kata dia nak Ipo balik Melaka hari tu jugak, dah la Ipo habis kerja pukul lima setengah petang. Aduih...pukul berapa nak sampai Melaka nanti? Malam? haih...
Nak tak nak, terpaksa Ipo balik juga, memandu sorang2 melalui jalan Pedas Linggi tu. Masa tu dah pukul tujuh petang/malam. Ipo tunggu solat maghrib dulu, baru bertolak ke Melaka. Lepas masuk tol pedas linggi tu, Ipo memandu perlahan sebab dah masuk jalan kampung. Kiri kanan banyak hutan kecil. Rumah pulak jauh2 antara satu sama lain. Lega, bila ada kereta di depan. jadi Ipo ada geng.
Ipo ikut je la keta tu. Keta yang datang dari arah bertentangan pun ada jugak tapi tak banyak. Sekali sekala je. Masa tu dah pukul  lapan lebih dah. Ipo sengaja buka radio kuat2, IKIM..tengah baca Quran. Drive lagi. keta depan tu pun ada lagi. keta Ipo ikut kelajuan keta depan tu. Dia laju, Ipo pun laju. Tiba-tiba keta Ipo rasa berat sangat. Ipo buat dek je dulu, drive lagi. keta kat depan tu dah berdesup jauh. Bacaan Quran dari radio tu pulak, masa tulah jugak nak stop. keluar plak puisi selimut putih dengan latar bunyi menyeramkan..Adoih....gulp...
Perasan jugak ada keta yg lalu dari arah bertentangan menyalakan lampu tinggi kat Ipo. Ipo fikir, apa kena plak dengan keta aku? Atau dia orang ni road bully?..hehee..sempat lagi tuduh orang tu..hiks..

Tiba satu simpang, Ipo terkejut sebab keta yg di depan tadi dah berhenti di simpang tu. Simpang tu, nak ke kiri ke arah rembau, ke kanan pulak, nak ke Masjid Tanah. Keta tu betul2 berhenti di depan simpang menghala ke masjid tanah. Ipo perasan, dalam keta tu ada dua orang lelaki. Otak ni dah fikir, deme tu nak buat apa berhenti kat situ? Otak jahat Ipo mula mencucuk..mungkin dia orang nak buat jahat aku tak?..Ipo dah resah gelisah. Perlahan Ipo pandu kereta, biar keta tadi tu jalan dulu tapi tak jugak. Ipo perhatikan lagi, kedua orang lelaki dalam keta tu pandang ke arah keta Ipo. Muka dia orang pucat!
Ha! Ipo pun apa lagi...mulalah fikir benda lain...tup! Terkeluar dari mulut celupar ni..

'Dia orang ni kenapa pucat semacam je? nampak hantu ke? ke..hantu tu ada atas bumbung keta aku?'

Tu dia..punya la celupar mulut Ipo...

Ipo terus memandu dan memotong keta tadi. Dari cermin pandang belakang, Ipo intai keta tadi..kedua lelaki tu masih melihat ke arah keta Ipo dengan muka pucat dan mata bulat.

"ah! Mungkin dia orang ni saja je nak takutkan aku..'

Malam tu Ipo drive jugak sampailah ke Masjid Tanah dan terus ke Sg Udang. Sampai rumah, hubby dah tersenyum. Ipo ni dah mencuka..membebel sebab terpaksa redah jalan tu sorang2. Sempat tanya hubby, kenapa dia suruh balik jugak malam tu? Hubby cakap dia tak berapa sedap hati. FYI, rumah sewa kita orang tu, belakang tu kubur cina. Hubby cakap, dia rasa seram semacam. Jadinya nak ada Ipo sekali kat situ..hehehe

Pagi esoknya, jiran sebelah  (K. Rozi) yg sedang siram poko bunga tegur Ipo. Masa tu Ipo nak jemur baju. Dia tanya, pukul berapa sampai? Ipo jawab, lebih kurang kul sepuluh malam. K. Rozi tu pun citer, malam tadi, suaminya nampak cik Pon terbang dari keta Ipo dan bertenggek kat pokok belakang rumah sebelah kubur cina. Masa tu, K.Rozi tu preknen, dah tujuh bulan. Suami dia tengah sidai baju kat belakang rumah tu nampak cik Pon tu. Dia nak tebang pokok tu karang, takut jadi apa2 kat anak dlm kandungan bini dia tu, jadi suami K Rozi tu suruh jiran sebelah rumahnya yang lain tebang pokok tu. Katanya tak nak cik Pon tu duk bersidai kat situ. lepas tebang tu, Cik Pon tu terbang ke arah kubur plak. Merajuk agaknya la...hehehe

Gulp! Ipo pun terfikir malam tadi..jadi mungkin kedua lelaki tu nampak cik Pon atas keta Ipo..waaaaaaaaahhhh....mulalah Ipo menggelabah..
Terus citer kat hubby..rupanya hubby dah nampak lama dah benda tu..huhuhu...
Ipo mula ke belakang dapur. memang betul, pokok tu dah ditebang! Tinggal batang kontot je kat situ. Dan yg lebih seram...kubur cina kat belakang tu dah semakin clear dan clean dah...huhu...nampak straight dari rumah. kalau dulu, masa pokok tu ada, tak der lah nampak sangat kubur tu...huhuhu..

petang tu, sembang ngan K Rozi, dia buka citer...sebelum kita orang sewa rumah tu, ada ramai penyewa lain sebelum tu, sewa tak sampai sebulan, blah! Sebab deme nampak macam2..budak masuk bilik air la. orang tua bertongkat ketuk pintu la..cik pon duk intai dekat tingkap la..tapi yg herannya, masa kami tinggal kat situ, tak der pulak benda tu semua datang mengacau..

Dua tahun kat situ, hubby dapat tukar ke KL semula. Hubby pun citer kat Ipo..kawannya pernah larang dia dari guna jalan Pedas linggi tu..bila hubby tanya, kawan dia tak nak jawab...katanya jangan balik malam2, kalau nak guna juga jalan tu..balik waktu siang...huhuhu..

* Jadi masa balik waktu siang, Ipo perhati betul2 jalan tu terutama dekat simpang tu..rupanya ada sebuah kubur lama sebelah kanan tu..dah bersemak dan hutan dah kat situ....huhuhu...

Ada satu lagi citer cik POn ni tengah hisap pad yg penuh darah....nanti Ipo citer ek..



Last edited by Ipo on 13-4-2014 01:20 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow scary tapi dulu mira rajin gi linggi pasal ank kt plkn sana, tapi siang ar
Berani uols ya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:05 PM | Show all posts
citer yg menarik.....teruskan TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:13 PM | Show all posts
amiraira posted on 13-4-2014 11:55 AM
Wow scary tapi dulu mira rajin gi linggi pasal ank kt plkn sana, tapi siang ar
Berani uols ya...

@amiraira...terpaksa rela gitu..bila lalu jalan Pedas Linggi tu..tetiba jek hari tu kena balik malam..huhuhu..

Last edited by Ipo on 13-4-2014 01:15 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:14 PM | Show all posts
medangmru posted on 13-4-2014 01:05 PM
citer yg menarik.....teruskan TT...

@medangmru  memang menarik dah pun..dah tarik cik Pon sekali balik rumah...hehehe..

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 13-4-2014 01:13 PM
@amiraira...terpaksa rela gitu..bila lalu jalan Pedas Linggi tu..tetiba jek hari tu kena balik mal ...

Uols pompuan tau, better avoid drive mlm sesorg ni, kalau x org benda lain lak yg ganggu.
Jgn uols tersampuk suda...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2014 01:21 PM | Show all posts
amiraira posted on 13-4-2014 01:17 PM
Uols pompuan tau, better avoid drive mlm sesorg ni, kalau x org benda lain lak yg ganggu.
Jgn uol ...

tu la tu...haih...sampai ada mak mertua adik pesan..jgn berani sangat. dia pesan lagi..kalau dikacau hantu tak apa lagi..tapi kalau perompak? perogol?..aduih...ke situ la plak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 13-4-2014 01:21 PM
tu la tu...haih...sampai ada mak mertua adik pesan..jgn berani sangat. dia pesan lagi..kalau dikac ...

Tul gak tu coz kita kena pikir negetip dulu
Lain la uols dgn huby kn...
Just change uols punya timing je
Drive day time to be safe with someone u trust
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 01:40 PM | Show all posts
Ni nak citer cik Pon kat tandas plak...

Masa ni..zaman belajar la..kat U (tak yah citer la U mana, nanti tak ada plak nak masuk U tuh..hehe )

Masa tu Ipo tahun kedua kat U. Asrama plak bilik berdepan. kiranya tengah2 tu ada lorong (koridor gitu). Panjang jugak la..ada lebih kurang dua puluh bilik semuanya. Kat hujung plak..kiri kanan..bilik air dan tempat membasuh pakaian. Bilik Ipo di tengah2. Jadinya kalau nak pergi ke bilik air, sama2 jauh. Selalunya student bila study tu sampai tengah malam..yg kaki study la tapi ada gak yg lepak2 dan suka merayap malam2..balik pun ada yg sampai subuh baru nampak batang hidung.

satu malam tu, Ipo study sorang2. roomate plak study kat library. Ipo bukan kaki libary..selalu tolak ajakan kawan2..hehehe. So, study la kat bilik. Malam tu pulak, tak ramai yang ada kat asrama tu. Maklumlah malam minggu..mana yg ada awek dan pakwe tu..sah2 la keluar dating ke hapa ke..
Ipo yg tak der 'calon' ni ler sorang2 duduk dalam bilik. Nak sengkang mata, habis satu gelas kopi pekat! Sedar tak sedar, sudah hampir 12 malam. Ipo jenguk keluar bilik..intai di koridor..lengang. Sunyi jer..
Ipo masuk semula ke bilik. terkejut! Roomate Ipo dah ada atas katil. Ipo tanya ler dia..bila masuk? Dia sengih jer..
Ipo pun buat dek je la. sambung study..entah bila terlelap. termengguk kat meja study tu. Ipo terjaga semula..tengok jam dah pukul 2 pagi. Ipo genyeh mata...pastu jenguk member sebelah kat atas katil tadi. Masih tidur kat situ..mengadap ke arah dinding. perut Ipo memulas..terus berlari ke tandas di hujung sebelah kiri.

Tiba di tandas tu, Ipo perasan ada seseorang di tepi tong sampah. Rambut panjang dan pakai baju putih. Muka tak nampak sebab dia tunduk jer..sempat Ipo berkata:

'berani nyer minah ni duk sorang2 kat sini..'

Ipo pun terus masuk bilik air. Dah tak tahan. Habis melabur tu, Ipo lega sambil melangkah keluar dari bilik air tu. Ipo jeling perempuan tadi. Masih kat situ tapi apa yang pelik..bersepah pad /tuala wanita kat atas lantai..tak ada darah..bersih..
Entah kenapa Ipo ni ramah benar agaknya..tegur la perempuan tu.
"cik, kenapa sepahkan pad tu? kan pad tu kotor.'
Haa..tu dia punya ramah..
Perempuan tu masih tunduk. Rambut panjangnya menutupi muka. Lama juga la dia tunduk.
Ipo ni yang tak berapa nak takut masa tu (tak terfikir pun pasal hantu ke hapa ke), mula intai muka minah tu. Nampak jelas dia tengah hisap darah kat pad. pad tu ditonyoh2 ke mulutnya. Gulp! Ipo pucat. Baru la lepas tu, Ipo tengok perempuan tu dengan teliti. Dah macam menyiasat pun ada gak.
Ciri-ciri perempuan tu yang sempat Ipo bedah siasat:
Rambut panjang sampai kaki.
Baju putih labuh meleret sapu lantai
Mulut merah penuh darah
Last ni..yg buat Ipo lari tak cukup kaki..ada taring!

Pecut laju je Ipo berlari masuk ke bilik. Terus selimut lingkup!
bangun pagi nak solat subuh, ternampak pulak benda tu tidur sebelah roomate! Huaahhhh!!!
Last edited by Ipo on 13-4-2014 01:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:44 PM | Show all posts
amiraira posted on 13-4-2014 01:30 PM
Tul gak tu coz kita kena pikir negetip dulu
Lain la uols dgn huby kn...
Just change uols punya  ...

tul tu! setuju sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 13-4-2014 01:44 PM
tul tu! setuju sangat!

Uols masih mengulang ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 01:54 PM | Show all posts
amiraira posted on 13-4-2014 01:46 PM
Uols masih mengulang ke?

Dah tak der dah..kami dah pindah KL..lega skit..dah duduk serumah..ahaks..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 13-4-2014 01:54 PM
Dah tak der dah..kami dah pindah KL..lega skit..dah duduk serumah..ahaks..

Ok Gud 4 u lh .
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:28 PM | Show all posts
Huihhh..menakutkan ok
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 03:30 PM | Show all posts
cerita ipo ni comel dalam seramlah. hahahhaa. papepon ipo sebenarnya berani dan tak byk pikir. bile tak pikir tu la yg jumpe macam2
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 04:32 PM | Show all posts
huhuhuhuhu seramnyer! bleh plak ko teliti lagi makhluk tuh eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2014 04:45 PM | Show all posts
munchkin posted on 13-4-2014 02:28 PM
Huihhh..menakutkan ok

bila fikir balik..memang takut tp sebab dah tak fikir kan...hehehhe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 04:46 PM | Show all posts
fealefea posted on 13-4-2014 03:30 PM
cerita ipo ni comel dalam seramlah. hahahhaa. papepon ipo sebenarnya berani dan tak byk pikir. bile  ...

Tul tu..sebab tak fikir benda tu, ingatkan kawan2 jek..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 04:46 PM | Show all posts
afira posted on 13-4-2014 04:32 PM
huhuhuhuhu seramnyer! bleh plak ko teliti lagi makhluk tuh eh

Ipo ni jenis nak tahu jek..dah tak fikir benda pelik ni..bleh plak intai2 lagi..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 05:15 PM | Show all posts
Ang nihh..inesen sgt laa    
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.068029 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list