Kuala Lumpur: Seorang bekas pekerja syarikat produksi maut dipercayai ditikam sebelum ditolak ke dalam lombong di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa Khairul Fadzmi Shahrulnizam, 19, bersama lima lagi rakannya dikatakan sedang duduk di pondok berhampiran lombong di lokasi kejadian sebelum didatangi 20 lelaki bermotosikal yang dikatakan cuba menyamun mangsa dan lima lagi rakannya yang lain.
Menurut rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 20 lelaki yang memakai topi keledar itu bertindak menyerang mereka berenam menggunakan senjata jenis kayu, rantai besi, batang besi dan helmet sebelum mengarahkan kesemua mangsa menyerahkan barang berharga.
"Dia (Khairul) enggan menyerakan telefon bimbit miliknya dan cuba melawan. Saya sempat lihat dia ditikam di bahagian perut sebelum ditolak ke dalam lombong," katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap polis daerah Wangsa Maju berkata mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 2 pagi selepas usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan bersama pasukan bomba pada jam 12.30 tengah malam.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 9:30 AM
«»
MAYAT mangsa ditemui pasukan penyelamat di dalam lombong Taman Ibu Kota pada jam 2 pagi ini. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9033#sthash.i300tYjh.dpuf Last edited by GhostWalking on 16-11-2014 04:06 AM
|