View: 32123|Reply: 216
|
KISAH 'MACAM-MACAM ADA'
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum kawan-kawan semua...
Kak Is selalu jadi silent reader...bertahun sebenarnya, tapi create nick ni semata-mata terpanggil giliran untuk bercerita pulak...almaklum asyik baca kisah orang, nak jugak share kisah sendiri..
Kalau nak banding cerita aku dengan cerita gang kat sini lagi seriau dan kaw-kaw cerita kawan-kawan lain daripada kisah kak Is...tapi sebab hari ni jari jemari akak gatal sangat nak menaip, takpelah akak share je kat sini jadi makanan mata bila korang boring takde benda nak buat...
HANTU STOKIN
Siapa pernah tengok hantu stokin? Macamana rupanya? Ada ke?
Sebenarnya akak pun tak pasti kalau ini mainan minda almaklum budak-budak (time umur akak dalam 3-4 tahun) imaginasi kan sangat kreatip tapi akak cerita je la ek...
Masa tu akak tengah tidur dengan ibu dan adik akak. Adik akak baby lagi time tu. Ayah pulak takde rumah sebab ayah akak time tu kerja polis - special branch so tak menentulah kadang-kadang ada, kadang-kadang takde macam biskut chipsmore tu. So suatu malam yang hening akak terkejut tiba-tiba. Bila dah terkejut tu sah-sahlah bukak mata kan....di keheningan malam yang syahdu dan di bawah pancaran lampu tiang letrik luar rumah, akak nampak ada suatu makhluk yang boleh kata tinggi la gak pada penglihatan budak umur 3-4 tahun, terbongkok-bongkok dekat almari baju.
Waktu tu akak tak rasa apa-apa sangat, tak rasa takut, tapi lebih pada curious nak tahu apa ke jadahnya ada orang terbongkok-bongkok kat almari baju kitorang...ala macam pencuri nak mencuri sesuatu kat almari...macam cerita katun yang jalan terjengket-jengket, terbongkok-bongkok tu.....Masa akak perhatikan tu, akak masih berbaring. Ekor mata akak je asek memerhati apa benda la makhluk ni buat kat almari baju tu.
Rupa dia tinggi melengkung kalau ikut pengamatan akak kini, tinggi dia macam manusia biasa je tapi time tu akak kecik so akak rasa macam dah tinggi giler dah. Badan dia berbelang-belang melintang ala-ala kuning hitam gitu, badan melengkung, kurus, muka dia takde la menyeramkan sangat tapi hidung dia punyalah besar bentuk penumbuk sambal. Akak ingat hidung dia je sebab besar nak mampus pastu panjang terjuntai.
Waktu tu akak nampak dia macam usik-usik stokin ayah dalam almari. Sedang akak ralit perhatikan gerak geri dia, dia menoleh ke arah akak siap letak isyarat jari kat mulut (isyarat suruh senyap). Eh, dia tahu akak perhatikan dia rupanya! Lepas tu akak terus tutup mata sambung tidur. Boleh plak tidur nyenyak sampai tengahari...cuba kalau kena time sekarang, confirm akak mengeletar suspens.
Akak tak pastilah kalau itu memang betul atau kot-kot aku terpengaruh cerita kartun waktu siang tu...tapi sampai sekarang kak is tak boleh lupa gerak geri, rupanya dan bila dia bagi akak isyarat suruh diam.
Kenapa akak panggil Hantu Stokin? Yelah, mana tak nyer....dah le berbelang-belang macam stokin, pastu asyik belek-belek stokin ayah.
Esoknya as usual la akak story kat ibu, ibu buat donno je.
Standardla budak-budak time comel camtu dengan imaginasi luar kawalan kan...so agaknya ibu akak sangka imaginasi akak je kot. Dah tua-tua ni akak terfikir gak kot-kot itu hanya imaginasi tapi sampai sekarang akak tak boleh lupa incident ni.
Last edited by isaura. on 25-12-2014 03:19 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HANTU RAYA DIIKAT DI LOTENG BUNGALOW
Ni jugak kisah waktu akak usia lebih kurang time nampak hantu stokin tu la...
Satu hari tu kami sekeluarga pergilah ke sebuah bungalow kepunyaan kaum kerabat kat area ...alamak, akak lupa plak nama tempat tu, yang tepi jalan menghala ke Jalan Ipoh, dekat Jalan Duta dulu ada bungalow-bungalow lama...sekarang ni dah pembangunan take over so some of the bungalows dah dirobohkan. Dulu masa remaja bila lalu je highway jalan duta nak ke jalan ipoh tu mesti akak perhati je bungalow-bungalow tinggal ....memang seram giler.
Ok, back to story, akak pergi la melawat sedara ni - sedara by marriage, so bungalow tu baru agaknya, atau memang first time kami datang so kami dibawa la tour ke seluruh pelusuk bungalow tu sampai la naik ke loteng.
So masa kat loteng tu, yang naik sedara akak yang punya rumah tu, ibu, ayah, adik dan sedara mara ...tak terkecuali akak pun menyibuk sama - adalah dalam 6-7 orang. Family akak ni sibuk la borak-borak atas loteng tu. Melihat-lihat keadaan sekeliling loteng...tapi akak ni dok ralit memerhati satu lembaga besar giler berbulu tebal macam kingkong yang terikat dengan rantai besi.
Akak ralit perhatikan lembaga tu, lembaga tu pandang akak, mata merah...tapi time tu akak kan budak lagi, so macam takde perasaan takut langsung, akak jadi sangat curious. So masa parents akak ralit berborak-borak ala-ala jakun tengok rumah besar ada loteng, akak pulak ralit memerhatikan gerak geri lembaga ni dan lembaga ni macam bergerak-gerak ala-ala meronta manja (korang bayangkanlah sendiri ya) macam nak lepaskan diri dari ikatan.
Lama-lama akak tengok lembaga ni makin agresif, seagresif parents akak berborak-borak kemain gelak sakan. So, akak pun pergi kat ayah, cakap dengan ayah 'ada kingkong kena ikat nak lepaskan diri'. Dan-dan itu jugak semua tersenyap, semua cepat-cepat turun.
Sebab akak masa tu budak lagi, akak tak ambil port sangatlah apa yang diorang berbincang bila turun semula ke bawah.
Dulu akak tak tahu langsung itu hantu raya. Mati-mati akak ingat kingkong - bulu-bulu tebal kasar, kaler macam hitam-hitam cekelat merah (korang cubalah bayangkan kaler bulunya ya).
Cuba kalau sekarang akak jumpa? Terkencing terberak kot, takde la berani nak ralit pandang eye to eye dengan makhluk tu....eeeeeeiiiiii
Tapi nanti la bila mood ada, akak ceritakan kisah yang berlaku beberapa tahun lepas si hantu raya datang warning akak.... Last edited by isaura. on 25-12-2014 03:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH ADIK KENA LAMBUNG-LAMBUNG OLEH TANGAN-TANGAN HALIMUNAN
Ni kisah akak masa kecik jugak. Adik akak time tu umur baru dalam setahun lebih memang tengah comel dan montel.
Suatu malam akak terbangun bila terdengar ibu menjerit-jerit meraung-raung dan ayah akak tengah macam nak cuba rebut adik dari 'something'.
Adik akak tu macam dilambung-lambung (macam orang lambung-lambung baby main pass baton gitu). Sambil menggosok mata atas katil akak tengok je la kekecohan yang berlaku. Ayah akak berpeluh-peluh sambil baca ayat-ayat quran, ibu akak tengah meraung-raung ketakutan, adik akal tengah menangis-nangis sebab kena lambung dengan siapa? Kak Is pun tak tahu.
Akhirnya ayah akak berjaya rampas adik akak dari yang seronok melambung-lambung adik tu. Lepas tu akak nampak ayah pergi ambil wuduk, solat dekat dengan katil kami. Ibu akak ni memang dah mengeletar ketakutan sambil peluk adik. Akak pulak masih mamai-mamai sambil sempat nak busybody tanya ayah akak sebaik lepas ayah bagi salam 'ayah, siapa yang lambung adik?". Ayah kata esok dia cerita, dia suruh akak tidur.
Esoknya, pagi-pagi lagi sebelum subuh akak dah tak menyempat-nyempat tanya ayah. Busy body betul akak time tu kan..yelah, mana tak nya, akak tengah syok tidur tiba-tiba tengok drama swasta kes lambung-lambung magic. Ayah cakap, semalam ada orang hantar benda tak elok kacau keluarga, so benda tu nak attack ayah tak boleh jadi dia attack adik. Ala-ala ugut ayah la, lambung-lambung baby tinggi-tinggi macam tu.
Ayah akak time tu memang muka bengis gila, dia memang marah lah keluarga dia kena usik. Akak as usual buat dek je, bila dah dengar cerita ayah tu, akak pun as usual main-main la macam biasa as if nothing happened. Last edited by isaura. on 25-12-2014 03:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu time akak kecik, bila akak dah besar sedikit akak start jadi penakut. Akak tak tahu kenapa...adakah mungkin cerita wayang tangan berbulu keluar dari lubang jamban menghantui dan mempengaruhi tahap ketakutan akak. Nyatanya, akak memang jadi sangat-sangat penakut sehinggakan nak mandi pun sanggup mandi buka pintu - mandi telanjang bulat pulak tu, tak tahu malu betul!
Ayah akak retire jadi polis dan beralih arah kerja dengan KTM pula, so duduklah rumah quarters di Brickfields (setentang dengan Muzium negara tu). Serious angker gila rumah tu, tapi akak taklah kena kacau mungkin sebab ayah dah buat pendinding.
Rumah tu quarters lama yang jenis kalau nak pergi ke dapur kena lalu kawasan luas, ala-ala ada kolam mandi dan atapnya terbukak. Di bahagian dapur pulak, ada bilik bibik dan 1 tandas, 1 bilik air. Kalaulah zaman sekarang masih ada lagi atap terbukak tengah laman rumah macam tu, confirm asyik kena rompak je la kerjanya.
Masa masuk rumah tu, akak dengar jiran sebelah bercerita dengan ayah, rumah yang kami duduk tu ada kes. Al kisahnya ada sekeluarga india tinggal di situ, tetapi sebab hutang yang banyak mereka sekeluarga gantung diri kat bilik bibik di belakang di area dapur tu.
So, sebab akak busy body sangat dengar orang tua berborak, akak dah dapat tahu pasal ni sorry la akak nak pergi bilik belakang atau ke dapur. Kalau pergi toilet mesti nak berteman la jawabnya.
Masa tu akak baru 5 tahun ( ingat sangat sebab masa 6 tahun akak sekolah tadika kat kampung, tinggal dengan opah), lepas tu darjah 1 duduk KL semula. Ibu akak ni memang sangat displin, so akak kena hafal a,b, c sampai z. Tapi akak ni ada masalah nak sebut huruf F, tak tahulah kenapa. Puas ibu ajar, akak tak ingat-ingat jugak macamana nak sebut huruf F.
Satu hari ibu dah tak tahan, dia seret akak dan kurung dalam tandas dapur belakang. Tak cukup dengan itu, ibu cakap 'ambiklah hantu!'. Memang akak meraung-raunglah sebab dah terbayang-bayang tangan berbulu keluar dari jamban, nak pulak teringat kisah keluarga india gantung diri dalam rumah tu. Akak punya meraung rasanya satu brickfields boleh dengar agaknya. Agaknya sebab akak meraung terlalu kuat, ibu lepaskan akak.
Bermulalah alkisah akak demam lama gak, sampai opah terpaksa datang dan memang ibu akak kena kaw-kaw dengan opah. Ayahpun marah dengan ibu sebab memang rumah tu keras, pergi plak kurung anak sebab tak dapat nak sebut huruf F. Sebab kena kurung tu lah, akak jadi pandai membaca bm dan english usia 5 tahun so time tu kiranya macam akak pandai la (that was back in about 1970++ so other parents kagum la dengan kebijaksanaan parents mengajar akak membaca). Sebenarnya akak terpaksa jadi pandai sebab takut kena kurung dalam toilet lagi. - Mungkin to some parents zaman sekarang cakap sadis betul cara ibu akak ni kan, tapi ni cara orang lama....displin lain macam sikit, memang time tu akak bengang giler dengan ibu tapi sekarang sangat berterima kasih sebab displin dia la buat akak jadi siapa akak sekarang ni, Alhamdulillah).
Satu hari akak nampak ibu dengan ayah bergaduh. Bergaduh perang mulut kuat gila, akak pulak duduk tengah-tengah so masa tu stress sangat (budak kecik pun tahu stress tau) so akak jerit kuat-kuat sambil pejam mata dan tutup telinga. Akak pulak buat drama swasta (memang akak terror bab drama swasta ni), akak boleh lari ke bilik bibik yang selama ni akak takut sebab kes gantung diri tu. Bila akak masuk je dalam bilik tu, akak ternampak sekeluarga india tengah tergantung terjeler lidah, mata terbeliak. Akak pulak time tu macam kena paku, terdiam dan macam tak boleh bergerak-gerak (time tu menyesal gila buat drama swasta, apa ke jadahnya pergi lari ke bilik bibik tu). Tak lama lepas tu ayah bukak pintu, dan tarik akak cepat-cepat suruh keluar rumah dan last sekali nampak ayah macam bercakap-cakap dan baca doa ayat quran, pastu azan sekuat-kuat hati dia.
Tak lama lepas tu akak duduk dengan opah kat kampung - sekolah tadika kat sana sebelum datang balik ke KL. Ayah pulak pindah ke tempat lain. Agaknya gangguan 'panas' dalam rumah tu dah bermula, so ayah malas nak berlawan-lawan jadi pindah yang terbaik. Last edited by isaura. on 25-12-2014 03:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 25-12-2014 02:19 PM
HANTU RAYA DIIKAT DI LOTENG BUNGALOW
Ni jugak kisah waktu aku usia lebih kurang time nampak hantu ...
Banglo kat bukit tuanku ek???...
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 25-12-2014 03:22 PM
Banglo kat bukit tuanku ek???...
ya...itu dia, bunglow kat bukit tunku......adoi boleh lupa la plak..dah tua-tua ni...
aku dah tukar jadi akak ...lagi selesa guna akak daripada aku...kes sedor diri dah tua
|
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 25-12-2014 03:32 PM
ya...itu dia, bunglow kat bukit tunku......adoi boleh lupa la plak..dah tua-tua ni...
aku dah t ...
Banglo bkt tuanku tu memang anker....
Quarters kat bangsar tu dulu aku pum pernah gi rumah sedara masa kecik-kecik...tapi aku tak ingat quarters mana...yg paling aku ingat, depan tu ada sekolah tamil....tetiap pagi & petang aku dok kat tangga perhati ank-ank india gi & balik sekolah....aku tak sek lagi masa tu...nanti ptg abg sedara aku main bola kat situ dgn ank-ank india....bila nk maghrib lagi ayah dia jerit -" khalid...balik"..ha..ha..menonong je dia balik takut kena tibai...dia sampai je dpan pintu ajak aku masuk sekali, tak leh dok kat tangga dah...
Best nya masa tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
HANTU RAYA WARNING DIRIKU YANG JELITA
Amboih title kemain lagi...mengaku jelita la pulak kan...tapi siapa yang cakap diri dia buruk ye tak? so yes, of course kak Is ni 'jelita'
Okay, kisah ni berlaku a few years ago....masa tu akak duduk kat rumah di daerah Selangor . Rumah ni memang banyak kenangan angker tapi buruk-buruk pun rumah kita gak....
Ni akak skip-skip dulu story tak ikut turutan tau, sebab menaip ikut mana yang sempat menerjah minda dulu.
Masa tu memang dah banyak la kes kacau mengacau kat rumah akak ni, tapi suami akak ni jenis degil ya Rabbi, kedegilannya rasa macam nak hempok-hempok je dia (tapi tak boleh nanti jadi isteri derhaka, so akak mengurut dada menahan sabar je la). Dia sakit, akak dapat rasa dia sakit lain macam sebab ada la incident-incident yanga kan ku ceritakan kemudian bila ingatan kembali menerjah (ayyoyo baru ku tahu nak bercerita menaip ni tak semudah bercerita berborak gossip..kalau tak jenuh muncung akak ni panjang herot berot berceloteh).
So akak bawaklah suami kesayangan ku ini berubat. Ikhtiar kata orang. Lepas siangnya berubat, malam tu waktu akak tengah khusyuk tidur tiba-tiba boleh plak terbangun, macam dikejut-kejut gitew. Tapi akak tak la bangun terus duduk, hanya terkebil-kebil memerhatikan keadaan bilik yang ala-ala romantik gitew.....
Tiba-tiba akak nampak ada asap berkumpul dihujung kaki suami akak. Lama-lama semakin banyak asap hitam tu dan terbentuk lah sesusuk tubuh yang besar melengkung dan duduk dalam keadaan mencangkung tetapi tubuh dia tak mengadap kami, hanya kepalanya sahaja MENGADAP KE AKAK! Matanya merah menyala-nyala.
Memang tabiat akak la dari kecik selalu jadi observer je, takde berani nak bangun ke apa ke...terbaring jadi kaku je memerhati. So sebab benda tu dah pandang tepat ke arah akak, memang takut lah jadinya.
Akak nampak dia tarik suami akak (ibarat macam tarik roh suami, jasad masih sebelah akak), dan makhluk tu campak roh suami akak ke ruang tamu. Akak pulak time tu macam kena kunci, serious takut giler time tu sebab akak tahu benda tu tengah marah sangat kat akak.
Pastu makhluk tu terus meloncat ke dinding merangkak sampai ke ceiling, lepas tu pelan-pelan merangkak turun balik separuh dinding dan dalam keadaan merangkak melekap kat dinding tu dia boleh pulak mendongak pandang akak macam bengis ya amat! Korang bayangkan je spiderman merangkak turun bangunan, ha macam tu la posisinya.
Masa tu akak rasa benda tu macam nak attack akak, tapi akak tak boleh nak gerak dah....tak boleh ke kiri, tak boleh ke kanan. Macam kena kunci. Suspensnya toksah cakaplah.....
jap-jap anak akak ni ngaco pulak....nanti akak sambung sket lagi |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 25-12-2014 03:43 PM
Banglo bkt tuanku tu memang anker....
Quarters kat bangsar tu dulu aku pum pernah gi rumah seda ...
memang angker area sana....
akak kalau lalu area tu dulu-dulu kat highway tu taknak pandang-pandang sebab rasa kalau pandang mesti nampak, so baik toksah pandang...pandang je jalan raya tu selamat sikit .....
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
Makhluk tu berhenti hat separuh dinding lepas tu tengok akak dengan mata merah menyala .....
Ok, akak bagila gambaran ghoper dia ya...korang bayangkanlah sendiri.
Mesti pernah tengok cerita Mummy the Return kan? yang tentera Anubis tu. Kalau tengok kat pyramid atau lukisan-lukisan kuno zaman mesir tu banyak gambar manusia muka dan berkaki anjing. Ha, macam tu la rupa dia, tapi real tak sama dengan lukisan.
Real punya sungguh menakutkan! So benda tu pandang akak macam marah, dan akak memang rasa sangat-sangat dia nak attack akak sebab dia marah. Tak tahulah kenapa tapi akak dapat rasa dia marah sangat dengan akak sebab ikhtiar nak ubatkan suami akak. So masa tu akak hanya boleh ucap dalam hati Ya Allah selamatkanlah aku, ya Allah selamatkanlah aku. Tu je akak dapat cakap dalam hati sebab semangat akak macam kena tarik. Akak macam kena kunci kat katil.
Entah macam mana masa makhluk tu nak meloncat, dia macam tak boleh...sebabnya, tiba-tiba terpacul ada hamba Allah (membelakangkan akak) duduk mengadap dia. Hamba Allah ni bersongkok, berbaju macam pakai baju melayu biasa tu dan berkain pelikat. Entah mana datangnya ada di antara hujung kaki akak dan suami.
Sebab hamba Allah ni la benda tu tak dapat nak loncat ke akak. So benda tu tak puas hati, dia merangkak pulak keliling dinding nak cari angle 'free' untuk boleh attack akak. Tapi setiap kali dia nak attack, setiap kali itu jugak dia tak boleh sebab hamba Allah ni ada. Sayangnya akak cuma dapat tengok susuk tubuh hamba Allah ni je, mukanya tak nampak sebab dia membelakangkan kami.
Dalam pada tu, akak masih takut lagi.
Yelah, cer korang fikir...dah le ada binatang ala-ala tentera Anubis nak attack akak kat dinding....merangkak-rangkak dengan mata dan menyeringai dia tu..mencari peluang nak menerkam. Pastu ada pulak hamba Allah bersongkok entah dari mana datangnya tiba-tiba ada celah kami suami isteri. So i ala-ala konpius gitew...bermimpikah aku, tapi kompem tak bermimpi....so akak kuatkan semangat dan cuba jugak jerit..habis semua orang akak panggil dalam hati akak 'Allah tolong aku, Rasulullah tolonglah aku....last-last akak jerit ayah tolong-tolong'...
Siapa pernah kena tindih tahu la macamana susahnya bila nak bersuara....tapi finally akak dapat jugak lafazkan Allahu Akbar, dan serta merta akak seperti terjaga dan terus terduduk dan terus jerit-jerit bangunkan suami.
Suami akak pulak boleh tido mati!!!! Geram gila time tu. Dahlah kita mengeletar bagai nak rak, dia boleh tido mati la pulak. Selalunya dia la yang paling susah nak tidur.
Bila suami akak dah bangun, akak kena marah sebab kacau dia tidur sebab dia jarang dapat tidur nyenyak macam tu (dia tak tahu bini dia separuh nyawa hilang kus semangat aku melayang).
So akak bukak tv, supaya keheningan malam tu tak la rasa seram. Lepas tu akak cakap la dengan suami, yang akak kena kacau....akak tak tahulah lelaki memang selalu macam ni ke tak, tapi dia peluk akak pastu cakap...jom tido takde apa2 tu, u mimpi je. You all tahu, elok je akak baring, pang! satu pukulan ala-ala pukul manja kat kaki akak diberikan.
Siapa yang berikan tu? Padahal takde saper kat hujung kaki.
Mimpi sangat la bak kata suami akak tu.....benda tu memang berani pukul manja kaki akak nak bagitahu apa yang berlaku tu memang sebenar-benar kejadian bukan cobaan.
Esoknya semangat akak hilang terus. Akak rasa seluruh rumah tu diperhatikan. Sampaikan akak nak pergi kencing pun akak paksa suami hadap akak kencing...ni bukan bersorok-sorok tau, punyalah takut sampai akak paksa dia hadap akak kencing.
Akak dah menangis-nangis dah ....tu siang, so kalau malam apa jadi? lagi la teruk kan?
So suami akak dah tak tahan tengok akak macam ketakutan sangat, suami akak bawak akak jumpa ayah akak.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung balik...
so bila dah jumpa ayah akak....part paling boring ialah ayah akak ni selalunya tak banyak cakap, asyik-asyik dengan senyum dia je....
Cuma ayah ada cakaplah benda tu marah sebab Is cuba ubatkan suami. So benda tu warning supaya Isaura jangan menyebok gitew.
Akak ceritalah kepelikan akak pasal hamba Allah bersongkok berbaju melayu berkain pelikat yang tiba-tiba muncul seolah-olah protect akak dari serangan si tentera Anubis ni. Ayah akak cakap wallahualam, tetapi mungkin itu bantuan yang Allah sampaikan untuk akak waktu tu kot, katanyerrr.
Tapi akak masih mengeletar. Entahlah macam semangat kena tarik habis, akak jadi penakut ya amat. so ayah akak ambil segelas air dan baca doa. Ayah akak cakap ni ayah bacakan doa sikit je untk Isaura sebab nanti jadi breani sangat sampai tak takut suami, polis semua payah la pulak. (Nanti jumpa ayah nak kecek la doa yang dia bacakan pada air tu).
Bila dah minum, dengan berkat izin Allah, mungkin berkat doa ayah, mungkin jugak psychology akak sendiri, akak jadi tenang dan dah tak takut. So balik la dengan aman dan beraninya.
Masuk rumah pun relax je padahal siang tu kemain mengeletar menangis-nangis all the time ketakutan.
Tapi bila dah berani pulak, akak kena hadapi serangan 2 ekor cik Ponti la pulak! Aiseyman...nanti aman-aman akak cerita pasal akak lempang cik ponti.
p/s ayah akak cakap yang macam tentera Anubis tu ialah hantu raya
Last edited by isaura. on 25-12-2014 04:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
miskay posted on 25-12-2014 04:36 PM
Uishhh kak memang berani terus tu. Siap lempang cik ponti
akak lempang tu bukan sebab berani, tapi sebab dah bengang sangat.
campur pulak psychology akak sebab ayah dah bagi air yang didoakan untuk pulih semangat lepas si hantu raya tu nak attack akak.
sebabnya depa 2 ekor ni datang selepas beberapa malam tak dikacau.
kay sementara nak dapat mood menaip pasal kes lempang cik ponti ni, akak story dulu kisah cik ponti ni.
Mula-mulanya ia bermula dengan suami akak ni yang suka sangat tidur lambat. Sebab business dia memang jenis tak menentu so dia selalu tidur lambat. Orang dah nak bangun subuh, dia baru nak masuk tidur. Salah satu sebabnya memang dia tak boleh tidur malam.
So suatu malam, lepas masak maggie me kat we kitchen akak (wet kitchen bersebelahan dengan wet kitchen jiran sebelah yang tak ada orang sewa waktu tu). Dia nak la bawak maggie me dia ke depan, so kena la lalu tepi bilik kecil (kitorang buat bilik stor letak mainan anak-anak).
So dalam bilik stor tu ada la organ kecil anak sulung akak. Organ ni pakai electric. So masa dia nak ke ruang tamu, elok je lalu bilik stor ni, dia terdengar bunyi organ macam orang main ting, ting, teng, teng, toooong....pastu suami akak ni terhenti la kejap. Diam kejap nak pastikan betul ke bunyi tu bunyi organ dari dalam bilik. Untuk pengetahuan semua, rumah akak ni rumah hujung so lepas bilik kecik ni memang tak ada jiran. Sebelah lagi satu pulak rumah tu belum ada orang sewakan. Menghadap rumah kami pulak jiran akak tu selalu outstation so waktu tu memang diorang suami isteri lama tak balik-balik lagi.
So bila suami akak pasang telinga, bunyi organ tu berhenti. Bila dia nak melangkah dah start balik ting, tong, teng tonnnggg.. so suami akak tak puas hati, dia bukak la pintu bilik nak check kot-kot organ ter switch on ke apa ke.
Bila dia check, memang tak on, dan wire tak bersambung pun! So dia anggap itu hanya mainan perasaan dia je.
Elok je tutup pintu, nak jalan je...start balik ting, tong, tengm, tooonggggg....
Suami bukak pintu balik, to double confirm. Tutup pintu, nak jalan je start balik organ berbunyi.
So bak kata suami akak, kalau tak faham-faham bahasa lagi tak tahulah kan....so cepat-cepat suami akak pergi duduk kat ruang tamu, kuatkan volume tv dan makan maggie cepat-cepat, pastu masuk tidur.
Suami akak cerita pasal ni lepas dia kena kacau beberapa hari kemudiannya dengan ketukan bertalu-talu di bilik air pada jam 3pagi - nanti akak cerita. Permainan depa dah bermula waktu tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
TOK, TOK, TOK...SIAPA TU?
Okay, berjela akak cerita hari ni sebabnya hari ni memang takde buat apa langsung, banyak sangat free time dan mood nak bercerita datang...so korang baca je la bila-bila time free. Semua yang akak share ni kisah benar bukan creation sebab tak kuasa i nak create-create benda tak ada nanti jadi ada pulak, kan naya
Lepas semangat akak yang hilang dipulihkan ayah...akak jadi berani.
Maksud berani, pergi mana-mana dalam rumah pun rasa tak takut. Kalau tak, siang pun akak rasa saspens je macam ada mata mata tajam yang memerhatikan segala gerak geri kami sekeluarga.
Sejak kes suami akak dengar bunyi organ anak berbunyi sendiri tu, suami akak kerap diganggu.
Suatu hari suami akak ni kepanasan, so nak mandi tengah subuh pukul 3 am kata dia, kalau dia menipu, menipula akak kat korang ek.
Memang suami akak ni pantang kepanasan, selalu sangat mandi tak kira waktu. Lagi satu dia pembersih ya amat mengalahkan orang perempuan, so bila nak tidur mesti nak bersih-bersih dan berwangi-wangian. So hari tu dia mandi as usual sebab nak masuk tidur. Tengah syok-syok shampoo rambut, pintu toilet diketuk: tok, tok, tok - 3x.
Suami akak tanya 'siapa?'...sebab dia ingatkan anak akak atau akak nak guna toilet. Senyap pulak dah. So dia sambung la syok shampoo rambut berwangi-wangian dia.
Tok, tok, tok, lagi sekali pintu bilik air kena ketuk. So dia tanya lagi 'siapa?'. Senyap. So suami akak bukak pintu, tengok tak ada sesiapa. Tutup pintu sambung mandi balik.
Tok, tok, tok! kali ni lagi kuat pintu kena ketuk, so suami akak bukak pintu terus, takde sesiapa jugak!
Suami tutup pintu (adedeh suami akak ni pun macam tak faham-faham bahasa!).
Tok, tok, tok! Kali ni suami akak pukul balik pintu toilet, bunyi lagi tok, tok, tok! Amboi! berlawan-lawan diorang main ketuk-ketuk pintu!
Then suami akak terfikir "kalau isaura atau anak-anak mesti dah bising mulut riuh panggil aku' - semedang tu jugak terus bulu kejantanan segala saknika bulu berdiri meremang-remang. Suami akak mandi cepat-cepat, lepas tu terus keluar, masuk bilik dan lagi menguatkan syak wasangkanya, kami semua tengah nyenyak tidur!
Suami akak tak cerita dengan akak immediately pasal ni,dia start bercerita bila akak dah mula dengar suara jeritan cik ponti dalam rumah akak! Pandai betul suami akak timing cerita kan!
|
|
|
|
|
|
|
|
miskay posted on 25-12-2014 04:40 PM
kuarters bomba kah? ada kuil kan dekat2 situ
Tak ingat lah miskay....tapi mgkin gak kot sbb ada hari-hari tertentu ramai Achi-achi lalu dpan rumah....akk sedara kata dorang nk gi semayang....
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak....sori nk tanya...
Lepas akk ubatkn suami yg sakit tu, pastu ada mkhluk mcm tentera anubis tu kan...pastu dia tak kacau lagi ke?... dia lari mcm tu je ke?....
Ni kisah benar memang ada yg terlupa...klu rekaan tu memang sebaris ayat pun tak lupa....semua blh cerita in detail lagi...:lol
Akk tlg sambung kisah suami akk lepas berubat tu....0 |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 25-12-2014 05:44 PM
Akak....sori nk tanya...
Lepas akk ubatkn suami yg sakit tu, pastu ada mkhluk mcm tentera anubis tu ...
sebenarnya @jazaa benda ni masih ada lagi....sebab yang ayah akak cakap hantu raya tu, bukan hantu raya sesat, tapi bertuan.....memang nak aniaya suami dan keluarga akak.
sebabnya akak dapat tahu dari ustaz-ustaz yang akak jumpa kami disihir dari banyak penjuru maksudnya bukan kerja seorang, tapi beberapa orang yang berlainan.
Yang akak cerita tu kisah beberapa tahun lepas...banyaklah kisahnya....waktu tu memang hantu raya, pontianak, toyol semua tu akak jumpa DALAM RUMAH sendiri. Bila akak cerita mengadu dengan keluarga, ada yang gelak-gelakkan sebab dorang tak pernah kena, so dorang ingat akak main-main. Bila akak mengadu kat kawan-kawan pun sama jugak...akak banyak intai dalam thread ni sambil-sambil ikhtiar, akak belajar jugak kisah orang lain supaya akak ada semangat nak mengharunginya...
Paling sedih bila orang label kami tak solat padahal takkan solat kita nak jaja kat semua orang kan... Tapi akak tak nafikanlah kami ni bukanlah warak pun...beribadat ikut kemampuan.
Pastu bila berubat macam okay sikit...sikit je, sekejap je...pastu datang balik....berubat lagi, okay kejap pastu datang balik.....
So masih tak habis lagi and in fact sebenarnya 'trend' dah datang semula sekarang ni. Cuma kali ni akak memilih untuk luah kat thread daripada cerita kat sedara mara dan kawan-kawan sebab tak semua faham (akak tak marahpun, sebab manusia ni selagi tak kena memang susah nak percaya. Akak dulu pun macam tu jugak)
|
|
|
|
|
|
|
|
isaura. posted on 25-12-2014 06:29 PM
sebenarnya @jazaa benda ni masih ada lagi....sebab yang ayah akak cakap hantu raya tu, bukan hantu ...
Ooo...ingatkn ni cerita dolu-dolu waktu akk baru kawin ke...
Tak pe lah dia kacau akk & suami...klu kacau anak-anak kan payah...
|
|
|
|
|
|
|
|
CIK PONTI KENA LEMPANG!
Okay, sebelum masuk Maghrib ni akak nak sambung dulu sementara tengah ingat ni..pasal akak lempang cik ponti.
Berani betul akak kan? Eleh, sebenarnya akak penakut ya amat, tapi akak rasa psychology (lepas minum air ayah baca doa) + bengang giler menyebabkan akak berani nak lawan.
Sebelum tu tengah-tengah malam selalu la akak dikejutkan dengan jeritan cik ponti. Siapa pernah dengar tahulah bunyinya macamana (macam baby menangis + perempuan tua + anjing melolong + kucing mengawan + saknika lagi bunyi tapi yang nyata cukup meremangkan bulu roma).
Paling tak boleh blah ialah bunyi tu selalunya dari arah suami akak! SElalu sangat akak terkejut! Memang kus semangat la kejap...pastu akak mesti nak bangunkan suami tapi payah ya amat, as if dia tidur mati dan setiap kali itu mesti suami akak cakap dia kena tindih.
So, theory akak sendiri setelah sekian lama mengalami incident ni ialah bunyi tu adalah dari dalam diri suami akak sendiri kot. Pernah sekali tu time akak tengah bersahur dengan anak-anak di dapur (suami akak tidur tengah ruang tamu) dah dekat nak masuk waktu imsak dah tiba-tiba bunyi cik ponti melolong betul-betul dekat area ruang tamu. Kitorang langsung tak berani nak intaipun. Akak panggil suami akak berkali-kali dari dapur tapi jenguk kepala mengintai pun akak tak berani. Lama kami tunggu, sampai bunyi azan Subuh baru akak beranikan diri pergi ke ruang tamu, bukak semua lampu dan bangunkan suami.
Bila kami anak beranak berebut-rebut nak bercerita, suami akak terus menyampuk 'I baru je berlawan dengan cik ponti 2 ekor nak cekik I' lebih kurang camtu la suami akak cakap. Pastu dia cerita dia lawan sekuat tenaga di waktu kena tindih tu sampai cik ponti tu menjerit. Gamaknya tu lah jeritan yang kami dengar.
Ok, ni dah melalut dah ni....so back to story akak lempang cik ponti.
Beberapa malam lepas si makhluk ala2 tentera anubis ni ganggu akak, tengah syok-syok tidur tiba-tiba akak terkejut dan rasa macam malam hening. Pastu rasa macam kawasan akak tidur gelap semacam. Incident ni berlaku terlalu pantas. Dalam akak tengah pelik tu, tiba-tiba akak nampak seekor cik Ponti terawang-awang atas akak dan kedua tangannya macam nak cekik akak. Camner akak nak describe kat korang ya....rupa dia macam blur, baju tu of course la kembang-kembang kelawar menjurai kaler putih kena lumpur (ni pengamatan akak dalam pada keadaan bilik yang samar-samar). Muka? Kosong! Takde hidung, takde mulut, mata dia pun tak jelas. Tapi yang jelas jari jemari dia. Serious panjang pucat lesi dan kuku memang panjang giler!
So tangan dia macam nak cekik akak so waktu ni akak cuba lah lawan. 1 tangan dia kat leher, 1 tangan dia kat mulut akak seolah-olah nak bagi akak lemas. Memang dah rasa nak lemas dah time tu. Suami akak kat sebelah akak je, tapi tak le sempat akak nak perhatikan hal suami ni sebab benda tu dah melayang-layang atas badan akak.
Ada part kelakar, masa jari dia nak katup mulut akak tu, akak try gigit. Berani betul time tu (sebenarnya dah panic sangat yelah dah sesak nafas dibuatnya!). So akak gigit-gigit tapi tak ada kesan apa pun! Sebabnya akak rasa macam gigit angin!
Pastu entah macamana akak tak tahu akak boleh ada kekuatan (sebab selalunya bila jadimacam ni badan macam kena kunci), sebelah tangan akak ni boleh kasik 'pang' sekali kat dia! Masa tu dia tengah nak dekatkan muka dia kat akak. Semedang tu jugak benda tu hilang macam angin. Baru nak hela nafas....
Datang pulak seekor lagi arah sisi nak attack akak pulak dari sisi katil. Memang melampau betul diorang, so masa tu akak 'pang' sekali lagi sebab dah geram sangat dah!
Serta merta benda tu hilang. Akak pun apa lagi, menjerit bagai nak rak la sebab paksa suami akak bangun.
Bukannya suami akak nak pujuk, dia marah akak kaw-kaw sebab kacau dia tengah nyenyak tidur!
Memang jadi trend bila akak kena je mesti time suami akak tidur mati (padahal dia jenis telinga lintah).
Lepas tu akak dah tak jumpa dorang 2 ekor ni tapi akak kerap la diganggu dengan jeritan diorang tengah-tengah malam dan selalunya berdekatan dengan suami akak. And most of the time, memang suami akak akan cakap dia tengah berlawan dengan 2 ekor ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bermakna lepas akk berubat tu
byk le gangguan iya...'dia' dah berani munculkn diri.....
Ok akk...sila sambung lagi...best sbg hidangan xmas hari ni....
lol:lol
|
|
|
|
|
|
|
| |
|