CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12814|Reply: 141

[Tempatan] Peniaga bumiputera tidak mampu lawan Suria KLCC - Kelantan Delights

[Copy link]
Post time 19-2-2015 08:54 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Peniaga bumiputera di Suria KLCC disifatkan tidak dapat 'hidup' lama di lokasi itu kerana tekanan pengurusan pusat membeli belah terkemuka berkenaan.

Pengarah Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah berkata, lebih malang kini tekanan berpindah lokasi turut diberi kepada hampir kesemua peniaga jika tidak mengikuti beberapa undang-undang yang dibentuk untuk mengaut keuntungan segera.

"Tiga tahun mesti kena pindah lokasi, jika selalu bodek pengurusan, peniaga akan selamat tetapi jika kebanyakan peniaga bumiputera yang dikategorikan 'nyawa-nyawa ikan' ini berniaga, kita akan berdepan pindah ke hujung bangunan, bersebelahan tandas atau terus gulung tikar.

"Peniaga bumiputera di KLCC kini difahamkan kurang 10 premis sahaja, yang tinggal ini pun semuanya di lokasi tidak strategik, kini pengurusan cuba mencari mangsa baru dengan menarik peniaga lain dalam permainan mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Juhaidi mengulas laporan sebuah akhbar mengenai keluhan Pengasas BritishIndia, Pat Liew yang memfailkan saman terhadap pengurusan Suria KLCC kerana cuba mengeluarkan butik itu dari premisnya.

Kata Pat Liew, syarikat yang menyewa di Suria KLCC sejak 1998 itu turut diberi empat hari untuk menerima tawaran tanpa syarat sama ada untuk berpindah ke lokasi lain atau diletakkan ke tempat lain.

Kenyataan itu turut disokong Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di dalam laman Facebooknya yang meminta pengurusan Suria KLCC untuk memainkan peranan untuk mempromosikan jenama-jenama negara.

Khairy turut mengakui, kebanyakan premis berkenaan 'disorok' di lokasi-lokasi pinggiran selain menyifatkan Suria KLCC tidak bersungguh mempromosikan jenama negara.

Pada 31 Ogos 2007, kisah sedih Juhaidi bermula selepas dia mengucapkan ‘'salam terakhir'’ kepada dua sahabat yang akhirnya terpaksa menghentikan perniagaan di kompleks membeli-belah terkemuka itu.

Juhaidi pada waktu itu terpaksa melepaskan premis mereka selepas pihak pengurusan menaikkan sewa tapak lebih 50 peratus setiap tiga tahun.

Selain sewa dinaikkan pada kadar yang terlalu tinggi, peniaga terbabit juga diberi notis berpindah ke lokasi lain selain diminta membuat pengubahsuaian konsep dan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Dalam pada itu katanya, Pat Liew membuat tindakan betul dan diharap membuka mata pengurusan serta orang ramai.

"Biar orang tahu apa masalah di Suria KLCC. Mereka nampak gah berniaga namun hakikatnya sengsara.

"Pat Liew membuat tindakan betul dengan menyaman pengurusan KLCC, kita memberi sokongan moral selain mengakui tidak mampu menyaman dahulu kerana kekurangan sumber kewangan," jelasnya.

Katanya, 'skandal' dalaman pengurusan Suria KLCC yang menekan peniaga diharap diselesaikan demi kelangsungan perniagaan di sana.

"Kita tidak dibenarkan mempertahankan diri dan hanya mengangguk di atas semua arahan yang diberi. Jika melawan, tunggulah nasib kamu nanti.

"Kita juga tidak boleh membuat sebarang kesatuan atau gabungan peniaga di sana...itu undang-undang yang harus dipatuhi," ujarnya.

Ujarnya lagi, peranan kerajaan dan menteri-menteri Kabinet diharap dapat memberi dimensi baharu kepada baki peniaga bumiputera di Suria KLCC.

"Kita faham semua pihak tersepit di antara kasihan kepada peniaga bumiputera dan pengurusan KLCC yang merupakan ikon kemajuan negara.

"Namun jika ia tidak diberi perhatian segera, kita tidak boleh bayangkan apa lagi yang akan terjadi kepada peniaga bangsa lain yang mencari rezeki di sana," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Boring lah gi klcc... Now penuh dgn boyan2.. Nepal
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketuanan aussie di klcc

food court tgh tu pun kasi kat singapore,,, tu psl kecoh sekjp dulu x halal...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
BritishIndia tu kedai dia memang strategik. Tepi eskalator
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik dia alamanda pun sama kejdahnya...saper sanggup byr lebih dpt le maintain duduk tmpt strategik...kalo idak hampun ko kene humban..last2...get losttt....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Petronas plak diam membatu. Lama-lama takde dah peniaga local kat suria klcc tu. Semuanya peniaga asing. Aku lama dah boikot suria klcc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2015 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Petronas plak diam membatu. Lama-lama takde dah peniaga local kat suria klcc tu. Semuanya peniaga asing. Aku lama dah boikot suria klcc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:24 AM | Show all posts
Boikot KLCC toksah pergi sana.
Lagipun tempat lepak warga asing pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by poison_paradise at 19-2-2015 12:41 PM

Food court pon warga asing handle... Geli tekak kot bkn semua dpt imunisasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:26 AM | Show all posts
mak aih 50% naik pas 3 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:04 AM | Show all posts
kerajaan gak la bongok.. apa guna menteri kalo xleh guna kuasa veto.. nak  x nak pengusaha dan phk pgurusan kena ikut la apa yg patut..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
igt dh settle..bkn dh lama ke kes kelantan delights nih..bumiputera dianktirikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
igt dh settle..bkn dh lama ke kes kelantan delights nih..bumiputera dianktirikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:17 AM | Show all posts
Kelantan Deight dah lama tutup kan...dengar citer Suria KLCC is not belong to Malaysian...

Betul ke @mongengade akak gosip aka lobainita ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nilah jadinya kalau harap org lain bantu. Cana nak maju? Tanak usaha. Pastu bila dah lingkup salahkan sbb xdpt bersaing ngan cainis. Padahal, malas. Melalak tak gunalah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:24 AM | Show all posts
Kesiaan Juhaidi Yean
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama kot xpegi klcc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:28 AM | Show all posts
Inilah namanya dasar kapitalis
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Boringnya klcc.. Last pegi 2 years bk. Byk foreigner jer suka pg sana. Tkpun org2 yg keje klcc je kot yg memenuhkn tempat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:30 AM | Show all posts
Kesiaan peniaga tempatan.. Tak kira lah apa bangsa. Semua tak mampu bersaing dengan jenama asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.081558 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list