View: 11202|Reply: 81
|
[Tempatan]
30 tahun kaji agama, sami peluk Islam
[Copy link]
|
|
30 tahun kaji agama, sami peluk Islam
AMRAN ALI | 7 April 2015
Majlis pengislaman sami berusia 66 tahun disempurnakan Abdul Rahim di Masjid Cina, Melaka,
MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.
Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.
Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.
Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.
"Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.
“Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya.
Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.
"Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang
disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin.
Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.
“Kerja kami baru hendak bermula untuk mengajarnya dan kami hanya boleh mengajar dalam bahasa Mandarin kerana dia tidak fasih bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mungkin menuntut sedikit kesabaran,” katanya.
Sementara itu, pada majlis sama semalam turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun.
Menurut Jooi Soon, lelaki dikenali sebagai Teo itu dikatakan ditemui ketika hidup di dalam gelandangan dan hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk sesuap nasi.
“Dia mengalami kecacatan anggota kaki dan tangan. Rakan-rakan kami menemuinya sehingga akhirnya kami dakwah dia untuk tertarik terhadap Islam.
“Paling mencabar lagi bagi kami, OKU ini juga tidak berpelajaran dan tidak tahu membaca,” katanya. --SinarHarian
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhir nya dpt nikmat kawin la kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap dia tak jd islam celup mcm kita sampai penganut agama lain tengok kita ingat islam teruk...sedangkan tindak tanduk kita the opposite of what islam represents |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang mencari terikat kepada pencarian-nya,
yang mengkaji terikat kepada pengkajian-nya,
Yang memileh terikat kepada pemilehan-nya,
Yang dapat dicari, dikaji, dipileh adalah terikat kepada
si pencari, pengkaji dan pemileh itu sendiri.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
shame on us... Islam warisan & take advantage of that
|
|
|
|
|
|
|
|
Agreed
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga berkekalan sehingga ke akhir hayat...pihak zakat melaka dh boleh hulurkan bantuan kewangan spnjg proses pembelajaran makhluk Allah ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah x rela vegetarian kot, nak bidadari.... iols makin kaji makin x minat, bidadari utk kaum jantan je, bukan utk iols |
|
|
|
|
|
|
|
ketuanan DAP semakin tercabar nampaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Diberikan kebebasan memilih apa yg dipercayainya.
Cuma yang dikesalkan treatment yg amat berbeza bagi orang yg lahir dalam agama islam. tidak diberikan kebebasan untuk memilih apa yg dpercayai. kalu bertindak secara open, ugutan bunuh la yg dapat n dikeji n dihina seluruh masyarakat. Keluarga juga diberikan tekanan maha hebat. Di manakah keadilan..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dijek/sekucing/jejakawan: ni cina baik, yg lain cina dap |
|
|
|
|
|
|
|
lostfaith posted on 7-4-2015 12:09 PM
Baguslah. Diberikan kebebasan memilih apa yg dipercayainya.
Cuma yang dikesalkan treatment yg am ...
agree with you ... |
|
|
|
|
|
|
|
zjen posted on 7-4-2015 12:03 PM
dah x rela vegetarian kot, nak bidadari.... iols makin kaji makin x minat, bidadari utk kaum jant ...
untuk pompuan katanya ada bidadara... entah apa itu bidadara pun taktau la sis... ponen kot....
untung kan dia dapat memilih..... |
|
|
|
|
|
|
|
lu nak adil lu mampos dulu la...
kat sana nanti...pasti adil seadil adilnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga kajiannya dibukukan utk ditelaah umat manusia. Islam win. |
|
|
|
|
|
|
| |
|